VVIP BLOG INI

PKPMI: Ke Manakah Arah Tuju?

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 9/29/2009 02:58:00 a.m.

2

Salam kepada semua..

Jika ditanyakan kepada pelajar2 di Indonesia apakah itu Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia atau PKPMI pasti kebanyakan mereka tahu kewujudan persatuan tersebut. Ditubuhkan sejak 1945 di Yogyajakarta dan diakui oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1969, PKPMI telah menjadi saluran utama pelajar Malaysia di Indonesia untuk pelajar mengutarakan sebarang masalah yang mereka hadapi di sini.

Dengan terbentuknya 15 cawangan di seluruh Indonesia, hampir semua aktiviti ataupun permasalahan mahasiswa Malaysia di Indonesia dapat dipantau dan diperpanjangkan kepada pihak KEDUBES.

Namun apa yang saya sendiri sedikit kecewa dan sedih adalah penerimaan pelajar2 mengenai PKPMI. Ada di kalangan pelajar masih lagi membuat kerja mereka sendiri dan tidak mahu melibatkan diri dengan persatuan. Ada juga di antara mereka yang tidak percaya bahawa persatuan yang ahlinya terdiri daripada kalangan mahasiswa sendiri mampu menyelesaikan segala masalah yang mereka hadapi.

  • Boleh ke korang selesaikan masalah aku?
  • Tak ade persatuan pon tak pe, aku leh selesaikan masalah aku sendiri!
  • Apa faedahnya aku nak aktif2 sangat?aku datang sini nak belajar. bukan nak buat kerja.
  • Malas la aku nak join, buat penat jek..baik aku duk umah maen facebook, lagi best.
Inilah antara suara2 yang pasti setiap cawangan PKPMI akan dengar mengenai persatuan.

Jadi apa yang saya mahu tekankan kepada semua adalah inilah masanya kita UBAH PERSEPSI dan KEMBALIKAN KEPERCAYAAN pelajar kepada PKPMI.

Daripada Pusat untuk sesi kali ini, kami telah tetapkan 6 objektif yang menjadi dasar perjuangan kami:
1. Jaga kebajikan pelajar
2.Bentuk kesatuan antara pelajar
3.Kembangkan hubungan persatuan dengan BEM, kementerian dan juga NGO yang ada di Malaysia dan Indonesia
4.Menyelesaikan masalah imigrasi pelajar
5.Selesaikan masalah asuransi pelajar
6.Bantu KEDUBES dan juga kerajaan mengenai hal2 yang berkaitan Malaysia-Indonesia

Dasar ini telah dibuat hasil daripada pengumpulan masalah2 daripada pelajar2 di seluruh Indonesia.

Apa yang penting adalah persatuan buat kerja dan prihatin terhadap segala permasaalahan pelajar.Jadilah proaktif bukan pasif. Mendengar segala keluhan pelajar, membantu pelajar2 yang memerlukan dan buat2 lah program2 yang bermanfaat supaya pelajar2 mendapat faedahnya bukannya memikirkan kepentingan sendiri. Itu apa yang diiginkan oleh mereka. Dan jika semua perkara ini dilakukan percayalah kepercayaan kepada persatuan meningkat malah persepsi mereka juga akan berubah.

Tambahan pula, baru-baru ini isu-isu Malaysia-Indonesia semakin memuncak dan menjadi polemik di sini. Ini bukanlah kali pertama isu2 seperti ini terjadi. Ibarat macam chip more.. 'kejap ada,kejap xde'.. Jadi inilah masanya PKPMI bangun membantu atas kesedaran keselamatan pelajar di sini perlu kita awasi. Saya tanyakan kembali kepada semua pembaca2 yang terhormat,bagaimanakah sikap kita dalam isu yang ada ini? Perlukah kita bangkit menentang?atau adakah kita harus berdiam diri sahaja? atau kita hanya endah tak endah seperti tidak ada apa2 yang berlaku?



Sahabat sekalian, kita adalah golongan intelektual, menentang atau terprovokasi dengan isu2 seperti ini bukanlah satu tindakan yang bijak. Apabila batu bertemu batu akhirnya pecahlah batu, lagi pula jika kita adalah batu kecil mereka batu besar. Akan tetapi jika batu bertemu air walaupun nampak sepertinya air itu lemah, namun sebenarnya air mampu melunakkan batu.


'We may be LOSE in BATTLE but we WIN the WAR'
'MENGALAH bukan artinya KALAH'


Jadi rakan2 sekalian, sabarlah dan tabahlah dalam menhadapi dugaan ini. Anggaplah ini sebagai satu pengalaman yang tidak akan kita dapatkan di tempat lain. Mudah-mudahan ini adalah dugaan yang diberikan oleh Allah s.w.t untuk kita menjadi yang lebih peka terhadap lingkungan dan Insyaallah membentuk kita menjadi manusia dan pemimpin yang lebih baik.

Kepada semua pimpinan PKPMI, adalah menjadi tanggungjawab kita menjaga keselamatan pelajar. Benar mereka mampu menjaga diri mereka sendiri akan tetapi keselamatan mereka akan lebih terjamin jika ada usaha2 yang konkrit dilakukan oleh persatuan untuk pelajar.

APA YANG KITA LAKUKAN ADALAH DEMI DAN HANYA UNTUK PELAJAR

Itulah yang menjadi matlamat dan objektif kita bersama sebagai persatuan...
Sekian..

Salam Blogger~~

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 9/27/2009 06:22:00 p.m.

0

Salam Pertemuan kepada semua pembaca2 blog..

Syukur kepada Allah s.w.t kerana dgn limpah kurnia dan hidayah daripadanya telah terbuka hati saya untuk memulakan perjalanan saya sbg seorg blogger..

Telah lama menjadi hasrat saya untuk mempost kan artikle2 cuma terdapat terlalu banyak halangan2 yang ada dan alhamdulillah telah tercapai hasrat itu akhirnya..

Untuk blog saya ini akan banyak menyentuh mengenai isu-isu semasa di dalam dan luar negara dan juga segala hal2 berkaitan dengan persatuan pelajar yang mana saya sendiri adalah merupakan YDP Pusat Indonesia untuk sesi kali ini..

Jika isu2 yang saya keluarkan itu mungkin terlalu kasar ataupon tidak menyenangkan mana2 pihak.. saya meminta maaf akan hal itu..

Saya masih lagi baru di dalam dunia blogger dan dgn itu saya akn perbaiki lg diri spy dapat saya postkan article2 saya dgn lebih baik lg..

Harapan saya adalah untuk terus aktif di dalam blog supaya dapat menyampaikan segala aspirasi dan komentar2 yang bernas dan dimanfaatkan kepada semua..

thx

Khairul Hafidz Alkhair b Khairul Amin
Universitas Padjadjaran (UNPAD) Bandung

YDP PKPMI Pusat 09/10
TYDP PKPMI cawangan Bandung 09/10
Exco Kelab Umno Bandung (KUBI) 08/10
Badan Perwakilan Mahasiswa (BPM) UNPAD 09/11
Pengerusi Majlis Ketua-ketua Angkatan 09/10

email: khairul_hafidz_alkhair@yahoo.com
blog: http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com
no hp: +6287827601240