VVIP BLOG INI

Misi Menyelesaikan Tugasan Skripsi

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 3/30/2010 01:03:00 p.m.

2

Salam,


Hari ini bermula perjalanan aku nak mencari subjek untuk tugasan thesis aku,

Skripsi aku adalah berkenaan dengan pengatahuan masyarakat mengenai hypertensi dan komplikasinya,

Jadi aku kenalah berjalan ke segenap pelusuk kampung sasaran aku untuk cari orang-orang nak bantu aku melengkapkan questionairre,

Macam biasa, aku dapat jangkakan tak akan semua yang akan mahu bekerjasama,

Yang tolak tu dah pasti ada,

Jeling-jeling macam aku ni komunis Malaya tak payah nak nak cerita,

Yang buat muka ketat lagilah banyak nanti,

Ye lah, orang asing yang tiba-tiba datang ke kampung mereka beritahu nak kumpul data,

Tapi aku nak terima jugak cabaran ni,

Bila lagi nak redah kampung untuk tahu apa yang masyarakat tak tahu,

Kita rasa mereka ni tahu padahal realitinya mereka apa pon tak tahu,

Skripsi rakan lain kebanyakan ambil sampel dari hospital ataupun subjek member-member sendiri,

Memang agak senang, kecuali beberapa orang yang mencari sampel di hospital,

Yang mintak member-member jadi 'tikus uji' lagi la senang,

Kesian aku tengok member aku 'high' lepas dapat macam-macam 'makanan' yang best-best,huhuhu

Aku yang pilih nak jumpa masyarakat kampung untuk tugasan skripsi aku, jadi aku terimalah cabaran ini,

tAk BaNyAk~~ 300 jek sampel!!!

Tak pe lah labu, cubalah dengan terbaik!!!

SEMANGAT!!!

Kepada rakan angkatan aku jugak, selamat menyelesaikan tugas skripsi korang gak!!

CHAIYUK!!!!



Aku baru belajar mengenai kuman-kuman yang beranak-pinak di tangan korang!!kalau tak menjaga kebersihan tangan itu la contoh-contoh kuman yang akan berlari di tangan masing-masing!!macam berlari di padang besball!!


Jadi, nak ajak semua marilah kita menjaga kebersihan tangan kita....nampak macam tak penting tapi kalau la masyarakat sedar berapa banyak penyakit-penyakit di sebabkan tak jaga kebersihan tangan ni..bukan sahaja menyusahkan diri tapi jugak dapat share dosa sebab menyusahkan orang lain jugak!!


JOM JAGA KEBERSIHAN TANGAN!!! 



THESIS!!!


sekian....


Nota kaki: 

1. Doa kan aku supaya aku dapat cukup subjek untuk thesis aku!! (cuak-cuak sempat lagi tulis dalam blog!!hahaha)

2. Tiba-tiba ada kesedaran pasal basuh tangan...bila belajar blok tropikal medicine ni mula la menggelabah nak bersihkan tangan ni..kalau tak~~~

Tahniah Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Di Indonesia (JPMI)!! Dato' Dr Junaidy!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 3/29/2010 10:15:00 p.m.

0

Salam,





Tahniah daripada kami seluruh mahasiswa Malaysia Di Indonesia kepada

Pengarah JPMI, Dato' Dr. Junaidy yang telah pulang ke Malaysia untuk menerima darjah kebesaran di Kelantan, 
iaitu Darjah Kebesaran : Ahli Kedua (Dato Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan
Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) 
pada 30 Mac 2010
yang membawa gelaran Dato'.
Semoga Dato' Dr Junaidy dapat terus membantu kami mahasiswa Malaysia Di Indonesia dalam menghadapi segala cabaran yang bakal ditempuhi oleh mahasiswa di sini.. 



TAHNIAH!!!



sekian....



Sehari bersama ahli-ahli Biro Dana Kelab UMNO Bandung (KUBI)

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 3/27/2010 03:16:00 p.m.

2

Salam,

Dah hampir sebulan dah AGM berlalu...ahli-ahli Biro Dana pun dah kami bubarkan, dah 2 tahun kami bersama-sama buat kerja..banyak yang dah kami lakukan bersama, dan minggu lepas, sebagai macam rasmi lah kitorang dibubarkan, kami rancang nak keluar bersama-sama, nak gembira-gembira keluar ke Bandung. Ini aku dan timbalan aku, Natrah rancang supaya kami nak hargai segala usaha yang dah ahli-ahli kami dah tolong kami selama ni.




Jalan-jalan kami bermula jam 10 pagi, mula-mula sewa dua kijang, tengok macam rugi jek, Fawwas, Bendahari Biro Dana (YDP PKPMI Bandung sekarang..hehehe) fikir elok ambil satu jek kijang, dan nampak lah macam gambo di atas, bersempit-sempit dalam kijang (memasing dah gemuk!!dulu masa 1st year kurus jek lagi budak-budak ni..hahaha)






ini lah steek yang kitorang makan..tak ingat nama dia..banyak kut!!!

Sampai di Bandung, kami ke Ciwalk pergi beli tiket wayang...pastuh memasing pon buat muka lapar, kitorang pergi lah makan dulu. Cadangan dari Nabilah, Setiausaha Biro Dana kata nak makan di Kartika Sari, kata sana ada steek yang best...tengah hari camtu pergi ke sana makan steek tu, harga berpatutan, Rp50,000 RM20. Memang berbaloi kut!! Aku ingatkan kalo makan steek je kompem tak kenyang, nafsu serakah makan kata suruh amek nasi, tengok-tengok tak sampai separuh, aku dah tak boleh nak makan,banyak tak banyak la steek tu..hohoho (padan muka ikut nafsu sangat...ikut nafsu lesu!!)


 Bergambo dulu sebelum nak masuk wayang!!!




Kami tengok cerita How To Teach A Dragon To Fly 3D!!! Sangat best!!mula-mula ingat nak tengok cerita Alice In The Wonderland..tapi 3D dah tak de..nampak la cerita ni..mula-mula ragu-ragu jugak nak tengok, entah apa cerita, tak pernah tahu pun. Tanya penjual tiket akak kaunter cun, dia kata baru keluar semalam..Lenjan~~~Hentam kromo aja~~~

Muka-muka artis bila pakai spek 3D

Orang buta masuk wayang..ahaksss

Ni lah cerita 3D yang kitorang tengok..sume wajib tengok!!!5 star!!!!Tak sia-sia tak dapat tengok alice,lagi best kut!!!


Aktiviti kami teruskan lagi...kami cadang-cadang nak masuk kArOeke!!ni bab-bab karoc aku tak de lah reti sangat, yang lain-lain semua pakar karoc..hahaha..


Aku dengan innocent nye menyanyi..1st kut masuk..sora ketaq-ketaq..hahaha

Azna (bukan nama sebenar),Performer terbaik!!nampak sangat selalu pergi karoc!!

Back up singer terbaik!!!

Masuk la ke satu karoeke keluarga di Ciwalk, sume pon pakat-pakat la masuk, dalam kepala sume blank tak tahu nak nyanyi lagu apa, tapi bila dah masuk, berebut-rebut nak pilih lagu..tihtihtih...

Habes dua jam berkaroc (tak rasa pun dua jam,seyes!!), lapar pun datang, pergi la ke MacD utnuk makan...yang bawak kereta pulak Taiko (bukan nama sebenar jugak), melilau cari jalan, patuh buat alasan kata nak bawak ronda-roda..hahahaha..cover sebab sebenarnya tak tahu jalan..terkekek-kekek dalam kereta gelak Taiko bawak kitorang entah ke mana-mana...

Di MacD kitorang dapat makan dan kat situlah kitorang curhat (curahan hati) dan masing-masing pun bercakap apa yang mereka nak luahkan..hmmm...sedih kut waktu ni...dua tahun tu bukan waktu yang sekejap..macam-macam terjadi..tak semua pun gembira..ada jugak yang tak best...asam garam kehidupan..kalo suami isteri boleh bergaduh, inikan pulak kami ahli-ahli biro (ada kaitan tak??huu~~)

Dan selepas tu baru lah balik, dah lewat malam pula, sebelum nak balik Intan nak amek barang daripada kawan dia. Besar lah pulak barang tu, haaa...waku tu jadilah macam gambar di bawah


Pelarian dari Zimbabwe..hahahaha

Bersempit la budak-budak perempuan kat belakang, angkat kerusi duduk kat bawak jek..sian diorang (tapi pastuh sempat lagi bergosip..haih~~~)

Hampir jam 12pm kami balik, semua muka pun kepenatan..

Bagi aku, hari tu hari yang paling seronok aku bersama dengan semua ahli-ahli Biro aku...dengan ni aku nak ucapkan terima kasih kepada semua ahli biro kerana bersama-sama aku untuk menggerakkan Biro Dana..walopon aku tahu aku bukanlah ketua biro yang sangat baik, tapi aku dah cuba sedaya upaya aku untuk bersama-sama korang untuk buat kerja-kerja sambil bersukaria..dan aku nak mintak maaf zahir dan batin kalau aku ada apa-apa kesilapan, aku hanya MANUSIA BIASA dan BUKANLAH malaikat..jadi aku juga takkan lepas dari kesilapan..

Semoga korang semua boleh jadi orang yang terbaik apabila menjadi doktor nanti..dan ambillah pengalaman yang korang dapat di biro untuk menjadi doktor yang lebih berkualiti...itu doa aku kepada kalian semua!!! 


 


ARIGATO KHOZAIMASU!!!!



sekian....




Kedudukan Untuk Kuota Pengisian Housemanship Untuk Setiap Hospital Tahun 2010

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 3/24/2010 06:42:00 a.m.

3

Salam,




(sources: FB Liyana Zainal)


Di atas adalah mengenai kuota yang diperuntukkan oleh hospital bagi mahasiswa kedokteran yang akan mengikuti program pegawai perubatan latihan siswazah (houseman) untuk tahun 2010. Mahasiswa Indonesia  yang bakal mengikuti houseman nanti bolehlah menggunakan gambar di atas sebagai rujukan.

Bagi yang masih lama lagi nak lulus dari program kedokteran umum, bolehlah lihat gambar di atas sebagai satu pendedahan awal mengenai kuota yang diberikan untuk setiap hospital di seluruh negara. Mungkin pada waktu korang lulus kuota ini akan berubah, tapi rasanya tak akan jauh berbeza dan rakan-rakan kedokteran boleh merancang lebih awal ke mana nak pergi apabila dah lulus nanti di Indonesia.



HOUSEMAN!!!



sekian....





Memartabatkan Bahasa Ibunda Bahasa Melayu!!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 3/23/2010 07:02:00 a.m.

2

Salam,

Pernah sekali aku ke Port Dickson, ada program kepemimpinan kampung yang dianjurkan leh kampung aku. Suka lah semua makcik-pakcik dapat bertukar-tukar fikiran dan dapat jugak untuk berjalan-jalan.

Program itu dianjurkan untuk membincangkan segala masalah yang kampung kami iaitu Kampung Malaysia Raya (KAMARA) hadapi. Di situ, kami memikirkan apa sahaja masalah yang sedang dan akan kami hadapi di dalam kampung.

Walaupun masalah kampung ini tak ada lah sebesar masalah negara. Tak ada lah nak fikit duit keluar masuk juta-juta, tak adalah nak fikir akan ada pemberontakan di dalam kampung, dan tak mungkin lah akan ada penghapusan etnik masyarakat kampung!!

Masalah yang dibincangkan pun adalah masalah-masalah yang dah selalu kita gunapakai dalam karangan apabila kita nak membuat karangan Bahasa Melayu dalam SPM. Balik-balik cerita sama jugak.

Tapi cuba fikirkan, memang senang nak menulis, mudah nak bercerita, gampang (mudah dalam Bahasa Indonesia) mau bergosip mengenainya. Itu semua mudah sekali kita nak buat, tapi apa yang susahnya bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Nama pun kampung yang berada di tengah-tengah bandar, sinonim sekali dengan masalah-masalah mat rempit, masalah sosial, masalah kesatuan masyarakat kampung, dan masalah-masalah yang lain. Mudah secara teori untuk kita mendengarkan, tapi untuk mengubah atau sekurang-kurangnya meminimal masalah itu bukan seperti yang kita jangkakan.

Institusi kekampungan adalah satu tempat yang amat penting untuk pembentukan sahsiah seluruh masyarakat di dalam nya. Sifirnya mudah sahaja, jika bagus organisasi kampung, jika terbentuknya perpaduan masyarakat kampung, jika harmoninya suasana kampung dan jika bagusnya satu-satu kampung itu merangka satu program yang bermanfaat untuk orang kampung, insyaallah satu budaya yang baru dengan acuan kampung itu sendiri dapat dibentuk dan insyaallah orang-orang kampung di dalamnya akan menjadi lebih baik dari yang lainnya.

Nampak sepele, tapi sebenarnya inilah yang kurang diambil perhatian oleh sesetengah pihak.

Berbalik dengan tajuk aku (panjang mukaddimah aku tadi..huhu), sewaktu di dalam program tu, ada seorang pak cik yang aku kenal dah lama, umur dekat 40 tapi tak kahwin-kahwin sampai sekarang. Mungkin masih belum ada jodoh.. Aku dan pak cik tu tinggal sebilik di dalam hotel. Pada waktu malam, kami menonton tv sama-sama dan kebetulan dalam berita sukan kami tengok Nicole David (ratu squash negara, orang no 1 dunia sekarang) baru sahaja memenangi Malaysian Open.

Waktu itu, beliau ditemuramah oleh wartawan. Dengan hati gembira beliau mengucapkan syukur kerana beliau telah memenangi perlawanan tersebut. Dan dalam temuramah itu beliau menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar beliau.

'Hafidz, ko tahu tak apa yang tak betulnya kat sini?'ujar pak cik tu.

'Apa yang tak betul nye?'aku bersuara..

'Ni Nicole ni, dia ni dah dapat gelaran no 1 dunia, orang satu dunia semua dah kenal dia, yang pak cik peliknya kenapa dia TAK PAKAI BAHASA MELAYU dalam temuramah?? Kalau orang Russia menang dia cakap bahasa Rusia, kenapa kalau dia menang tak cakap Bahasa Malayu?? Kata nak martabatkan Bahasa Melayu ke satu dunia, nak bagi orang kenal Malaysia, ni kan salah satu cara nak bagi orang kenal negara dan budaya kita?' pak cik menjelaskan aku panjang lebar..





Waktu aku dengar cakap pak cik tu, tersentap aku sekejap, pak cik yang tak ada lah berpelajaran tinggi, pak cik yang tak ada degree pun dalam hidup dia, pak cik yang tak ada lah seperti orang-orang muda sekarang yang rakus nak menimba ilmu, yang usaha keras untuk ke menara gading, tapi boleh BERFIKIR KRITIS SEPERTI ITU!!!!

Aku berpendapat, pendapat pak cik tu sangatlah bagus dan sangat tepat pada waktunya. Benar apa yang pak cik tu cakap, jika orang macam aku atau orang kebanyakan mahu mempromosi bahasa dan budaya negara, siapalah kami ini.

Kenapa tidak sewaktu Nicole David diwawancara, beliau tidak berbicara Bahasa Malayu sahaja? Biarlah wartawan tu termanggu-manggu, biar dia susah nak cari perterjemah untuk terjemah apa yang Nicole cakap. Biar di dalam berita mana-mana negara, mereka kena keluarkan terjemahan di bawah. Semua orang akan tahu inilah bahasa Melayu dan inilah orang Malaysia. Bukankah itu salah satu cara untuk kita menarik minat orang seantero dunia mengenai bahasa kita??

Sepanjang aku di Indonesia, aku kagum satu perkara dengan bangsa mereka. Tidak kira mereka suku apa, Tiong Hua, Jawa, Sunda dan lain-lain, mereka akan berbicara Bahasa Indonesia. Adakah mereka buang bahasa suku mereka? Memang tidak, tetapi jika bersama dengan orang Indonesia yang lain, mereka bercakap bahasa Indonesia dengan FASIH!!Aku tak nafikan ada yang betul-betul di pendalaman hanya tahu bahasa suku sendiri, tapi kebanyakannya boleh berbicara dalam Indonesia.

Cuma, kadang-kadang aku terkilan sikit, Perlembagaan tulis Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan, tetapi realiti yang aku lihat sekarang, semakin lama semakin banyak yang berbahasa Inggeris. Habis semua dah jadi mat saleh berborak dengan member Inggeris loghat British (nampak high standard la tu kan? Apa class kecek-kecek Melayu...jatuh lah saham). Itu belum lagi campur bahasa rojak, ini bertimbun-timbun di negara kita.

Aku rasa sudah tiba masanya untuk kita berbuat sesuatu, kita kena julang kembali Bahasa kita ke peringkat tertinggi. Janganlah asyik nak sebut perkara yang dah lepas kata Bahasa Melayu adalah lingua franca, bangga sangat waktu dulu bahasa kita pernah jadi bahasa internasional. Kita perlu lihat ke depan, bukan asyik nak toleh-toleh ke belakang.

Aku berpendapat, jika orang-orang yang berpengaruh seperti Nicole David dan Lee Chong Wei boleh nak bantu negara, sekurang-kurangnya bercakap dalam Bahasa Melayu sewaktu ditemuramah, itu bagi aku lebih daripada mencukupi. Negara dah bantu mereka macam-macam, boleh jek kan bantu negara balik?? Kita nak biar semua orang satu dunia dapat dengar bahasa kita, mula-mula memang tak faham, tapi kalau dah banyak-banyak kali dengar, tak kan lah tak ada sekurang-kurangnya sebilangan kecil daripada mereka akan tertarik?? Fikir-fikirkan lah!!!






BAHASA JIWA BANGSA!!!



sekian.....




YOYO dan NANA (Two Is Definitely Better Than One)

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 3/22/2010 12:01:00 p.m.

2


 Girlfren aku jumpa secara tak sengaja gambar ni dalam tenet..
Yoyo dan Nana..
Aku yoyo dan dia nana..
It seems like that we are meant to be together..
Hoping my querida that our relationship will long last...
no matter how far are you..
No matter how long we have to wait..
We know that one day we will be together..
Forever??Nahhh..we will die someday..
But what can i promise you..
Until my last breath,
I will be beside you..


 Jauh..tapi terasa dekat..thanx Alaxander Graham Bell!!








Two Is Better Than One (Boys Like Girl ft Taylor Swift)


So maybe it's true
That I can't live without you
And maybe two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one

This song i dedicated to you my querida..
TWO is DEFINITELY better than ONE!! 




WITH LOVE!!!


Komputer Riba Usang Dan Segelas Kopi Cap Kapal Api

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 3/22/2010 07:01:00 a.m.

10

Salam,

Dah hampir 3 bulan aku aktif sebagai blogger. Aku ingat lagi sebelum ni, mula-mula dulu waktu aku nak buat akaun baru blogger, dalam kepala otak aku ni hanya ingin memasukkan artikel-artikel sebagai mengisi masa lapang aku yang dah sedia sikit ni (gatal jugak nak buat walaopun tahu sebuk!!)

Walaupun akaun yang aku bukak pada September tahun lepas, tapi mulanya aku menjadi blogger sejati pada masukkan tahun baru 2010. Aku tak tahu lah apa makhluk yang merasuk diri aku, tapi aku makin lama makin gian nak membuat entry baru untuk tatapan pembaca aku.

Alhamdulillah, aku sangat bersyukur kerana sekarang pembaca aku telah mencapai


10,000!!!

Aku betul-betul bersyukur yang usaha aku meng'update'kan sebenarnya dihargai oleh pembaca!!!YEAY!!!hahaha...bukan apa, mungkin orang akan anggap apa yang aku capai tak perlu nak cerita pun, ye lah, orang lain main ratus-ratus ribu, ada sampai juta-juta tenang jek..kecoh tul...hmmm...

 YEAY!!!

Betul lah tu, aku tak nafikan benda tu, tapi bagi aku blogger kecil dan blogger jalanan tak dibayar dan tak diberi elaun ni, untuk menarik pembaca sebanyak 10,000 dalam masa kurang dari 3 bulan adalah pencapaian peribadi aku. Bukan aku nak berlagak yang orang banyak masuk (sikittt jekk nak riak..boleh?...ahaksss) tapi ini bermakna apa yang aku tuliskan ramai yang mahu dengar dan itu merupakan kepuasan yang sangat susah aku nak gambarkan. 

Mereka masuk bermakna mereka nak dengar pendapat aku dalam satu-satu perkara. Dan blog aku ini kebanyakan entry aku adalah mengenai isu-isu semasa dan politik, walaupun aku ada selitkan juga mengenai kedokteran dan pasal diri aku sendiri.

Aku kadang-kadang tertanya, siapakah sebenarnya yang selalu masuk ke blog aku ni? kalau yang di Indonesia aku tahulah siapa, tapi kebanyakan pembaca pendapat politik aku adalah rakan-rakan pembaca adalah dari Malaysia, mereka ni adalah Pembaca Diam (Silent Reader) blog aku. Bukan ape..aku cuma nak tahu siapa la yang baca yek, nak menghargai korang jugak seperti mana korang menghargai penulisan aku. :)

Di sini aku nak memberi penghargaan blog-blog yang selalu masuk ke teratak buruk aku ni..hahaha, aku cerita TOP 5 jek (nak melawat ke blog yang aku sebutkan, klik nama blog mereka):



Ini sebenarnya blog batch aku, aku tak tahu siapa yang masuk dari sana..tapi nak ucapkan terima kasih la sapa yang masuk tu..HIDUP KPBI 06!!! huuu~~



Ini blogger dari Palembang, dia memang selalu masuk menjengok blog aku ni ha..thx Amshah!!



Ini adalah blogger pro-kerajaan, aku di link kan dalam blog dia waktu aku bagi satu komen mengenai cara hidup masyarakat Bandung.Bro ni datang Bandung hari tuh..banyak la yang dia komen dan aku bersetuju kebanyakan pandangan bro ni. Thx bro for the link!!



Ini jugak adalah blogger politik pro-kerajaan, dia linkkan jugak blog aku kepada blog dia...so again thx bro!!



GAP adalah blogger politik pertama yang aku kenal, banyak aku tahu mengenai isu semasa politik di blog dia. Dan dia adalah orang pertama yang linkkan aku ke blog. Dan banyak pembaca aku adalah daripada blog dia. Kiranya dia lah yang menghidupkan aku sebagai penulis blog..So kat ko bro aku nak ucapkan terima kasih bebanyak!! (pembaca dia dah lebih sejuta!!so kalao ade yang sikit-sikit yang masuk tu aku ucapkan terima kasih ah..hoho)



Dan aku nak ucapkan terima kasih jugak kepada Private blogger dan pembaca aku dari FB kerana sudi nak datang ke rumah buruk ni untuk membaca coretan aku yang tak seberapa ni.

Aku sampai sekarang pun masih macam terbayang-bayang lagik, tak pernah bayangan masa depan aku, aku akan menjadi seorang blogger, paling pun baca blog-blog orang jek. Tapi mungkin kita ni hanya mampu membayang dan merancang. Allah s.w.t lebih tahu mengenai masa depan kita. Perancanaan-Nya sempurna, Ketentuan-Nya adalah yang terbaik. 
 '


 terima kasih~~


Untuk yang ke depannya, selagi ada yang sudi nak baca entry aku,selagi tu lah aku akan terus menulis, biarlah berejam nak tulis,kadang-kadang otak beku sebab tak tahu nak mencantikkan ayat macam mana lagi dah, tapi kepuasan yang aku dapat, Allah jek la yang tahu.



Terima Kasih!!!



 sekian....

Nota kaki:

1. Kepada semua Pembaca Diam yang dah lama mengikuti blog aku, MINTA UNTUK BERI KOMEN di ENTRY ini. Aku nak kenal siapa korang, so aku tahu yang korang selalu membaca entry aku. :)

2. Siapa yang berminat menjadi Rakan Blogger (Follower) aku, silalah berbuat demikian, sebagai balasan, aku akan jadi korang nye follower jugak, suka sama suka. amacam? setuju? huhuhu