VVIP BLOG INI

Comperative Religion "COMREL '10": Brother Shah Kirit dan Lim Jooi Sun In Bandung!! (Video Trailer)

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/29/2010 12:27:00 p.m.

0

Salam,

Seperti yang dilakukan tahun lepas, tahun ini juga daripada Biro Agama Islam Kelab UMN Bandung (BAIK) sekali lagi menganjurkan program comperative religion bersama dengan pembicara tersohor di Malaysia iaitu Brother Shah Kirit.




Kali ini, program akan dilakukan lebih komprehensif lagi dengan pembawaan acara selama 3 hari dan pembicara ditambah dengan kedatangan Lim Jooi Sun.

Apa yang menjadi objektif di dalam program ini adalah untuk membuka minda mahasiswa supaya melihat semua agama dan menilai sendiri mengikut kematangan. Kita tidak boleh jumud dan taksub. Jangan kerana kita lahir di dalam Islam, maka kita hanya mengikut Islam secara membuta-tuli. Program ini adalah satu program yang akan membuka minda semua mengenai Islam dan lain-lain agama samawi dan non-samawi yang ada di dunia ini.

Aku mengesyorkan pembaca melihat video trailer di bawah. Bagi aku video ini adalah antara yang terbaik hasil produksi mahasiswa di Bandung terutamanya pada bahagian akhir video. Syabas di atas usaha tim yang menghasilkan video ini.



 




Dan aku berharap agar semua mahasiswa dapat mengambil manfaatnya di dalam program ini. Yang istimewa berkenaan program yang akan dilaksanakan bermula esok adalah, ia bukan sahaja dibuka untuk orang Islam tetapi dibuka juga untuk orang bukan Islam yang berminat untuk bersama-sama menilai manakah agama yang benar. Dan untuk yang bukan Islam, ini adalah satu program yang berguna untuk menambah ilmu mereka semua. Adalah menjadi tugas kita menunjukkan jalan, tetapi hanya Allah lah yang memberi nur kepada mereka.

Aku berharap agar program ini akan berjalan dengan lancar. Insyaallah mahasiswa di sini tidak akan menyiakan peluang dan tidak selalu mereka perolehi ini. Mari sama-sama kita buka hati kita, dan kita nilai adakah agama yang kita anuti ini benar atau tidak!!



TAK SABAR!!!



sekian...




Perhatian FK KPBI 06!! Hasil Perbincangan Mengenai Jadual Peperiksaan Dengan Dr. Imam!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/29/2010 07:27:00 a.m.

0

Salam,

Oleh kerana  apa yang aku nak tulis ini sangat panjang untuk ditulis di mana-mana seperti FB dan SMS, aku tuliskan di blog aku, diharap rakan-rakan dapat membacanya.

Seperti yang aku janji pagi tadi untuk membaca hal jadual exam yang akan dimulai pada 10 Mei, aku dan ditemani dengan Noddy telah bertemu dengan Dr Imam di bilik PPSK selepas tutorial. Dan kebetulan ketua angkatan mahasiswa Regular 2006, Ajay pun sama-sama datang untuk bincang masalah ini dengan Dr Imam.

Setelah kami berada di dalam bilik PPSK. Dr Imam terus memberikan hujahnya mengenai mengapa exam TIDAK BOLEH DILAMBATKAN LAGI. Ada beberapa hal yang beliau beritahu kepada kami yang datang:

1. Beliau tahu yang kita mintak supaya exam di anjak ke minggu tenang sidang yang seminggu tu, tapi beliau kata yang minggu itu adalah exam untuk pelajar tahun 3, jadi tak cukup doktor untuk membantu dalam exam kita.

2. Beliau kata waktu minggu tenang sidang sangat penting untuk preparation terakhir semua mahasiswa untuk sidang nanti. Jadi dia tak mahu kelam-kabut nak cari dosen sana sini.

Daripada pihak kita, aku dan Noddy dah berbicang dan kami mahu membawa isu mengenai beban pelajar untuk menyiapkan thesis dan tak perlunya untuk diberikan minggu tenang untuk sidang kerana sudah ada semua bahan, hanya tinggal nak bentang sahaja.

Tetapi, Dr Imam memberikan SATU CADANGAN yang BAIK. Beliau memang memahami kita sebagai mahasiswa yang ada beban yang berat tapi pada waktu yang sama kena tahu juga ada perkara yang beliau tak mampu nak buat. Oleh itu, beliau bagi satu solusi yang bersifat menang-menang


EXAM AKAN TETAP DIMULAKAN PADA 10 MEI, TETAPI PADA MINGGU PERTAMA ITU HANYA KERTAS-KERTAS YANG MUDAH DAHULU AKAN DITANYAKAN SEPERTI BHP DAN PHOP, KERTAS PEPERIKSAAN YANG LAIN AKAN DITANYAKAN PADA MINGGU-MINGGU KEMUDIAN.


Aku anggap ini solusi yang terbaik, dari pihak diorang akan terus laksanankan ujian pada tanggal 10 Mei tetapi untuk mudahkan kita, kertas-kertas yang senang dulu yang ditanya. Tak ada lah beban sangat.

Noddy ada tanyakan mengenai bila jadual keluar dan SOCA untuk tahun ini keluar SATU kes sahaja atau GABUNG

Dari Dr Imam, jadual akan dikeluarkan secepatnya, dan SOCA hanya SATU kes, TAK ADA kes GABUNG. Itu kata beliau tadi.

Jadi, aku rasa hasil perbincangan tadi itu dah cukup puaskan hati kedua-dua belah pihak, dan aku rasa keputusan dari beliau memang mengambil kira kesusahan kita juga. Aku harap beliau akan kotakan lah apa yang beliau beritahukan tadi.

Jadi selamat membuat thesis dan selamat exam kepada semua!!


khairul hafidz alkhair
Ketua Angkatan KPBI 06




PUAS HATI!!!!


 
sekian....








TV3: Bandung Games Web Launch!!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/24/2010 08:34:00 a.m.

0

Salam,













YUK BERTANDING!!!



sekian....





DS Najib: 3 Sifat Yang Harus Ada Pada Mahasiswa Di Luar Negara!!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/23/2010 11:22:00 a.m.

0

Salam,


TOKYO, 20 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghuraikan tiga sifat yang sangat penting yang harus ada pada penuntut-penuntut Malaysia di luar negara.

Menurutnya jika penuntut tidak mengamalkan tiga sifat itu adalah lebih baik mereka meneruskan pengajian di negara sahaja kerana tindakan menghantar mereka ke luar negara tidak akan memberi faedah.

Beliau mendedahkan perkara itu kepada penuntut Malaysia yang menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Penuntut Malaysia di Jepun di sini malam ini.

Najib berkata perkara pertama ialah menguasai ilmu kerana untuk melaksanakan transformasi kepada negara, penuntut mestilah menguasai mata pelajaran sains dan teknologi, yang asasnya ialah matematik.

Katanya sains dan matematik adalah "dua beradik kembar" yang perlu dikuasai dengan cemerlang.

Perkara yang kedua, katanya, ialah penuntut haruslah dapat membangunkan personaliti diri.

"Ujian litmusnya ialah sama ada kita ini boleh diberikan pekerjaan atau tidak, bukan diberikan pekerjaan oleh kerajaan tetapi ujian litmus ialah diberikan pekerjaan oleh syarikat-syarikat multinasional dan syarikat-syarikat nasional yang lain.

"Jangan macam rusa masuk kampung...tergamam...dulu sebelum pergi ke luar negara, malu-malu, takut jumpa orang dan tak peramah...," katanya.

Beliau menasihatkan mereka supaya membangunkan personaliti supaya menjadi lebih ceria, berkeyakinan diri dan menguasai kemahiran berkomunikasi.

Najib berkata mereka harus berubah di peringkat individu supaya menjadi lebih yakin dan menjadi seseorang yang berjaya agar mereka boleh menjadi warganegara global atau penggerak global.

Perkara ketiga, kata Najib, ialah dalam mendapatkan pendidikan, yang penting bukan mengenai soal ilmu semata-mata tetapi juga mempelajari nilai-nilai baik yang terdapat pada masyarakat di negara tempat mereka menuntut.

"Saudara-saudari bukan sahaja perlu melihat tetapi juga perlu memerhati apa yang baik di Jepun ini," katanya.

Beliau berkata mereka harus memerhatikan bagaimana Jepun yang pernah hancur dalam Perang Dunia Kedua dan tidak mempunyai hasil-mahsul boleh membangun dan berjaya.

"Tentu mereka mempunyai banyak nilai-nilai positif. Perhatikan kejayaan Jepun ini dan apakah nilai-nilai yang boleh membuatkan mereka berjaya," katanya.

Beliau berkata antara nilai-nilai positif yang dimiliki masyarakat Jepun ialah kerja kuat, perasaan bangga dan masyarakat yang tepat dan teliti).

Lebih 300 penuntut Malaysia menghadiri majlis itu yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Pemangku Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Duta Malaysia ke Jepun Datuk Shaharuddin Md Som.

(Sumber: BERNAMA)


Aku bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh PM, DS Najib mengenai3 sifat yang perlu semua pelajar terapkan apabila belajar di luar negara.

Aku sangat bersetuju dengan poin no. 3 mengenai perlunya memerhatikan nilai-nilai yang baik yang ada pada sesuatu bangsa. Apabila dah ada di luar negara, pasti mata dan minda akan terbuka melihat perbezaan di antara orang kita dan mereka. Dan tak semua perbezaan itu buruk, ada perkara baik yang boleh kita ambil contoh dan tauladan, dan jika yang tak baik tak perlu kita nak ikuti.

Aku berharap semua mahasiswa di Indonesia dapat mengambil apa yang telah PM kita, DS Najib beritahu ini. Walaupun beliau beritahu kepada pelajar Jepun, tak semestinya kita di Indonesia tak boleh nak ambil manfaat daripada yang beliau hasratkan. Semoga semua mahasiswa yang ada di luar negara,apabila pulang nanti dapat berbakti, jika tidak pada peringkat kerajaan, sekurang-kurangnya kepada masyarakat kita.




MEMBENTUK SIKAP!!



sekian...




Pelancaran Website Bandung Games 2010 oleh Dato Shabery Cheek

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/21/2010 07:33:00 p.m.

0

Salam,



Majlis Pelancaran Laman Web Bandung Games 2010 telah berlangsung di Menara KBS, Putrajaya pada jam 3.30pm semalam. Menteri Belia Dan Sukan, Dato Shabery Cheek telah merasmikan majlis pelancaran tersebut.

 

 

Dengan pelancaran yang telah dilakukan oleh Dato Shabery, maka dengan ini dengan secara rasmi bermula tugas kami sebagai Jawatankuasa Kerja akan melakukan tugas-tugas kami untuk menjayakan Bandung Games yang julung kali diadakan di bumi Indonesia ini.

Sebelum majlis pelancaran dimulakan semalam, aku mengucapkan selamat kepada Dato Shabery dan Dato telah mengucapkan semoga berjaya kepada semua Jawatankuasa Kerja. Tugas yang diberikan kepada kami mahasiswa di sini bukan satu tugas yang boleh dianggap enteng. En Azizuddin sebagai Pengerusi Badan Induk telah memberikan apa yang beliau mahu dan apa yang beliau hasratkan memang besar. 

 

 
Bandung Games Web Site klik sini

 

Walau seberat mana pun tugas ini, kami akan sambut cabaran yang diberikan dan kami akan cuba sedaya upaya kami untuk merealisasikan sukan tahunan yang akan diadakan, dan ia bermula pada tahun ini.

 

Hasrat Dato supaya adanya satu sukan yang dapat meningkatkan hubungan antara dua negara adalah satu hasrat yang baik dan perlu disokong. Sukan adalah salah satu wadah untuk memperbaiki kembali hubungan antara dua negara. Begitu juga hubungan antara kami mahasiswa di sini. Walau sejauh di Acheh hingga ke Makassar, dengan adanya festival sukan ini, dapat kami bersua muka dan berkenal-kenalan antara satu sama lain.

 

Apa yang aku harapkan adalah program ini akan dapat dijalankan secara gilang-gemilang. Tanggungjawab ini bukan hanya ditanggung oleh kami jawatan kuasa kerja sahaja tapi perlunya kerjasama daripada semua 6000 mahasiswa di Indonesia. Mari sama-sama kita jayakan festival ini!!

 

khairul hafidz

Penyelaras Badan Induk Bandung Games 2010

 

 

YUK BERTANDING!!!

 

 

sekian.... 





Petua Dan Etika Ber'SMS' - Part 2

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 4/19/2010 07:42:00 a.m.

0

Salam,




Aku pernah membuat satu artikel mengenai Petua Dan Etika Ber'SMS' dua minggu lepas [klik sini]. Ada 5 poin yang aku ketengahkan untuk semua pembaca-pembaca aku. Ada yang menanyakan aku, kenapa aku boleh terfikir untuk membuat artikel seperti itu. Jawapan aku mudah sahaja. Aku melihat ramai di kalangan rakan taulan yang tidak terlalu mengendahkan kepentingan untuk beretika di dalam SMS. Pada pandangan aku, keupayaan dan skill untuk ber'SMS' dengan baik adalah sangat vital dalam orang lain mengenali peribadi kita. Salah gaya hantar SMS boleh menyebabkan orang berpandangan serong ke atas seseorang.

Di sini aku ingin berkongsi idea dan pandangan aku dengan semua mengenai beberapa lagi poin yang boleh kita guna bersama untuk orang rasa selesa apabila ber'SMS' dengan kita.


Apabila Meminta Bantuan, Minta Dengan Baik!!

Yang selalu aku perhati apabila orang SMS untuk mintak bantuan, sepertinya bukan nak minta tolong tapi mengarah atau paksa orang tu tolong kita.

Contoh ayat:

'Weh, tengok jap buku tu untuk buat kerja rumah, nanti ko bahagi-bahagilah kepada semua, pandai-pandai la ko k'

Kenapa tidak kita buat ayat yang lebih baik untuk bagi orang tak kecik hati dengan kita? Contohnya

'Salam, kita ada kerja rumah yang guna buku ni kan? Nak MINTAK TOLONG boleh? Mintak tolong dari ko bahagi-bahagikan kerja ni kepada semua, tolong yek....

Tak boleh ke kita nak buat macam tu?? Orang kadang-kadang bukan tak nak membantu, tapi kalo cara kita minta dengan orang agak kasar, orang susah nak bantu kita dengan ikhlas. Mungkin kali ini akan tolong, tapi lepas ni belum tentu nak tolong dah..


Apabila Orang Sudah Membantu Kita, Ucap Terima Kasih Dan Hargai Mereka!!!

Ini lagi satu penyakit bila orang ber'SMS'...apabila ada orang bantu kita atau memberi satu informasi yang kita nak melalui SMS yang kita berikan sebelumnya, kita tak reti nak ucap TERIMA KASIH dan tak reti nak MENGHARGAI seseorang.

Sebagai contoh kita minta bantuan orang untuk bagi update perlawanan bola sepak, dan orang itu bagi informasi kepada kita. Apa salahnya kita ucapkan terima kasih?? Tak ke sejuk hati orang tu bila ada orang hargai bantuan yang dah diberikan??

Contoh lagi jika ada satu kerja yang kita minta dia tolong dan dia siapkan kerja itu untuk kita..kenapa tidak kalau malas nak telefon atau tidak ada kredit, berikan satu SMS berbentuk penghargaan kepada dia. SMS tu tak perlu berbunga... tapi yang mereka mahu baca dalam SMS itu adalah satu penghargaan yang ikhlas dalam hati..

Kawan-kawan..jangan sangka apabila kita bagi SMS kepada seseorang, mereka tidak dapat hidu adakah kita ikhlas atau tidak...jangan MEMANDANG RENDAH orang lain..jadi, daripada bagi SMS yang hanya sekadar melepas batuk di tangga..kita sms ikhlas dalam hati. PENDEK tapi BERMAKNA..
cukup lah dengan mengatakan...'Terima kasih..sangat-sangat hargai ko tolong aku tadi.. :)..salam...'


Macam Mana Nak Mulakan Perbualan SMS Dengan Mereka Yang Tidak Kenal Kita??

Ini aku nak tekan kan sangat kepada semua rakan-rakan..Daripada pengalaman aku, dan aku sendiri selalu hadapi perkara ini. Ada yang berikan SMS tapi nombor tak dikenali. Lihat SMS hanya beritahu tujuan untuk SMS tetapi TIDAK KENALKAN diri sendiri. Kadang-kadang terpaksa kena tanya dulu siapa gerangan yang SMS barulah nak kenalkan diri.

Jadi untuk perkara ini, aku nak bagi solusi..ini sangat penting apabila kita nak ber'SMS' dengan orang...lagilah pulak orang yang kita nak SMS adalah orang-orang besar..kalau dia tak kenal kita siapa, memang tak kan nak layannya..Jadi ini solusi daripada aku..

'Salam..tuan...bla..bla....bla.. (tujuan SMS)

Hafidz,
UNPAD,
Bandung, Indonesia'

Jadi apa yang aku tunjukkan di atas adalah, apabila kita SMS orang, tulis dulu apa yang kita nak kasi tahu kepada orang itu, dan pada akhir SMS, di bawah, kenalkan diri dan di mana tempat korang berada sekarang. Jika korang ada pangkat dalam apa-apa persatuan, tulis sekali pangkat korang...

Apa yang aku beritahu ni adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri..dan memang cara itu berkesan..dan tak de lah korang kena sembur balik sebab tak kenalkan diri sendiri..betul tak??



Ini lah beberapa tips lagi yang aku boleh kongsi bersama teman-teman semua..aku berharap idea yang aku ceritakan ini boleh sedikit sebanyak membantu korang semua untuk lebih terampil dalam ber'SMS'...tak rugi nak tulis elok-elok kan?? Insyaallah orang pun tak rasa menyampah dan marah dengan SMS yang berikan kepada orang..Selamat Mencuba!!




TERAMPIL BER'SMS'




sekian.....






Manchester Derby: Hail Paul Scholes!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 4/17/2010 10:15:00 p.m.

0

Salam,





Baru sahaja tadi berlangsung pertandingan derby di antara Man Utd dengan Man City. Yang pasti semua sudah tahu bahawa kedua-dua pasukan adalah seteru tradisi yang telah lama berentap untuk mengatahui siapa jagoan di Manchester.

Kebiasaan dalam pertandingan derby adalah kekerasan pasti akan berlaku dalam pertandingan. Semangat juang kedua-dua pasukan yang meningkat secara maksimum yang ingin memastikan kedua-dua pasukan menang dalam pertandingan ini.

Secara keseluruhan, pertandingan setara di antara kedua-dua pasukan. Mereka masing-masing memperoleh beberapa peluang untuk menyumbatkan gol.

Bagi Man Utd, perlawanan ini merupakan satu perlawanan yang sangat penting. dengan berbaki empat perlawanan dan beza dengan Chelasea adalah sebanyak 4 poin. Mereka perlu mengincar kemenangan supaya masih terus kompetetif dalam usaha untuk merebut gelaran juara.

Dalam perlawanan ini dapat kita lihat kelibat Wayne Rooney walaupun masih lagi dibelengu oleh kecerderaan. Perlawanan dilihat seperti sedikit hambar kerana peluang untuk menyumbat hanya datang beberapa kali sahaja. Tidak seperti perlawanan yang lepas di mana kedua-dua pasukan berjaya memperroleh beberapa gol dan akhirnya kemenangan berpihak kepada Man Utd dengan gol minit-minit akhir oleh Owen.

Teves yang bagi aku masih lagi menyimpan perasaan tidak puas hati dengan pasukan lamanya dilihat dikawal ketat oleh pertahanan kebal Man Utd. Teves tidak berjaya untuk mencipta peluang dalam perlawanan ini. Dan begitu juga dengan penjaring pada perlawanan lepas, Bellamy, dikawal supaya tidak membuat larian-larian deras yang pada perlawanan lepas berjaya melepasi Ferdinand untuk mencetak gol.






Rooney dikeluarkan pada seperempat perlawanan dan diganti oleh Berbatov. Aku rasa kecerderaan Rooney masih lagi belum pulih sepenuhnya dan kerana itu diganti oleh Ferguson. Ada beberapa kekasaran yang dilakukan oleh pemain Man City terhadap Rooney. Ditakutkan foul-foul yang sengaja pemain Man City lakukan terhadap Rooney akan menerukkan lagi keadaan dia.

Perlawanan kali ini bagi aku berjalan dengan baik tidak seperti perlawanan yang sebelumnya. Bagi aku, mungkin kerana pemain-pemain Man City adalah muka-muka baru yang dibawa masuk oleh Mancini maka semangat derby itu masih belum kuat lagi dalam hati.

Walaupun sudah masuk minit-minit akhir perlawanan, masih lagi seri 0-0. Pada minit ke-3 masa tambahan, satu kejutan daripada Man Utd apabila Evra membuat hantaran silang di kawasan D dan Paul Scholes menanduk masuk bola ke gawang Man City! Penjaga gol Man City dan juga bekas pemain Newcasle Shay Given tidak dapat menyelamatkan gawang.




Syabas Man Utd!! Harapan untuk mendapat takhta juara EPL masih lagi terbuka untuk Man Utd. Tahniah juga kepada Paul Scholes, walaupun telah lanjut dimakan usia tapi taring masih lagi berbisa!!



MENGINCAR MAHKOTA JUARA!!!



sekian...... 



Petua Dan Etika Ber'SMS'

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 4/17/2010 06:56:00 p.m.

0

Salam,





Sebenarnya dah lama aku nak post kan entry ini, terpaksa menunggu waktu dan ketika yang sesuai je. Banyak sangat post-post lain yang aku rasakan lebih penting untuk didahulukan dulu. Hari ini adalah peluang aku nak bercerita mengenai SMS.

Kita orang-orang muda zaman cyber dan teknologi makumat ni, SMS adalah satu cara telekomunikasi yang terpenting selepas telefon. Tak kira la jenis maret telefon yang kita semua miliki, SMS memang tak akan lari dalam hidup kita dalam berkomunikasi.

Ada yang ber'SMS' adalah urusan kerja, ada sebab nak tahu keadaan keluarga, ada yang saja nak tanya khabar member dan ada juga menggunakan perkhidmatan SMS untuk berindu-dendam bersama girlfren kesayangannya!! Memang dapat kita simpulkan di sini, kalau tak adalah perkhidmatan SMS nih, memang mati kebosanan lah kita sebab tak tahu nak buat apa di waktu-waktu tenggang, dan waktu dalam kuliah (bosan dosen mengajar kat depan...tak paham apa pon..huhuhuhu)

Entry aku kali ni lebih aku nak tekankan kepada pimpinan-pimpinan pelajar nih. Yang lain juga aku sangat alu-alukan untuk baca baca, tak ada masalah. Aku dah lama perhati mengenai perkara ini. Aku perhati sebilangan orang apabila ber'SMS', kadang-kadang ayat yang dia pakai secara tak langsung menyebabkan orang tak puas hati. Mungkin bukan niat dia pon nak buat ayat-ayat kontroversi macam tu, tapi secara tak sengaja sebenarnya bagi member-member terbakar dan bengkek jek baca SMS dia.

Bagi aku KEMAMPUAN pimpinan pelajar untuk ber'SMS' dengan BAIK adalah sangat VITAL untuk dia ambil perhatian. Jangan main suka-suka keluarkan ayat di SMS, salah ayat dan gaya bahasa alamat kredibiliti dan kewibawaan diri jadi tagangannya.

Bagi aku juga, cara dia ber'SMS menunjukkan keperibadian seseorang. Jika orang itu jenis romantik, habis ayat-ayat berbunga yang keluar. Jika mamat tu orangnya tegas...ayat-ayat SMS dia pon kita boleh terbatu membaca...dan sama juga jika pemimpin itu menjawab dengan cara yang salah, orang mungkin akan salah faham terhadap pemimpin itu.

Sebab itu bagi aku SANGAT lah penting untuk tahu dan kaji beberapa perkara mengenai kemahiran ber'SMS' ini. Memang jika nak kaji lebih dalam, nak ber'SMS' dengan orang ni kita kena kaji orang itu sendiri. Bagaimana gaya bahasa yang orang tu boleh terima, apa ayat-ayat yang dia tidak suka..itu semua perlu ambil kira..susah?? memang susah pon....tapi di sini aku nak bagi beberapa tip atau petua atau boleh juga kita kata etika secara general macam mana kita nak ber'SMS' dengan orang


1. TOLONGLAH JAWAB SMS SECEPATNYA!!

Antara banyak-banyak petua, aku rasa ini yang paling perlu diperhatikan!! Apabila kita dapat satu-satu SMS daripada orang. Sudah tentu yang paling dia nak adalah orang itu menjawab dengan secepatnya. Korang lambat balas, orang akan fikir macam-macam...malas ke nak jawab? tidor ke? sibuk ke?

SMS ni samalah seperti telefon atau berjumpa muka ke muka. Apabila ada soalan yang nak kita tanyakan, kita harapkan orang tu cepatlah respon. Kalau tidak ada benda penting yang nak tanya, tak de lah orang tu nak SMS kita.

Kepada pimpinan pelajar!! Jika ada orang yang SMS untuk tanyakan masalah-masalah pelajar.. korang kena cepat jawab!!Gagal untuk menjawab cepat akan menyebabkan orang tak akan percaya dengan korang sume!!tak percaya?? Buatlah selalu perangai buruk tu dan lihat apa reaksi kawan-kawan selepas beberapa ketika. Aku nak nasihatkan, rajinkan tangan tu bergerak dan balas secepatnya!!


2. Jangan Jawab Pendek Sangat

Ni lagi satu penyakit orang menjawab SMS. Kadang-kadang orang yang bagi SMS punyalah panjang. Habis dia gunakan segala skill untuk terangkan kepada kita supaya orang tu paham apa yang kita nak sampaikan..

Punyalah penat dan panjang lebar bagi...dia jawab..   'k'

Itu jek jawapannya!! Tak la nak buat titik-titik selepas perkataan tu ke..ataupun buatlah panjang sikit macam 'ok..' atau nak lagi orang tu sedap membaca balasa kita buatlah macam 'okeh', 'wokey' atau mungkin 'okeh!'

Dan kalau nak bagus lagi, boleh lah tulis panjang-panjang sikit, ambil masa kita nak tulis panjang..aku paham kalau kita SMS orang-orang tua atau pun orang-orang besar memang jawapan yang dia bagi menyakitkan hati..pendek sependek-pendeknya..tapi kita orang muda yang dah dibesarkan dengan kemudahan SMS ini, patut lebih bijak dalam menjawab SMS orang lain.

Ini adalah perkara yang perlu kita tekankan.. bagi kita mungkin itu perkara biasa yang kita buat. Kalau bagi kepada rakan-rakan yang dah paham tak pe. Ni pulak orang baru je kenal kita dan nak cerita tentang masalah..cuba fikir apa perasaan orang yang dapat?? Tak terasa nak baling telur kat kita??


3. Jangan Terlalu Banyak Pakai Perkataan Singkat!!

Ini pon masalah besar. Aku kadang-kadang bila nak baca orang punya SMS ni sampai kena kecikkan biji mata untuk paham apa yang dia tulis. Tergamam 5 minit depan telefon pon ada. Punyalah tak paham apa yang dia tulis.

Kalau perkataan yang dah biasa orang pakai itu tak pe lah contohnya 'yg', 'ak', 'g'.....ada tu perkataan-perkataan yang aku langsung tak paham dia tulis apa!! sampai kena tanya sekali lagi apa maksud yang dia tulis. Lagilah pulak jika ada dimasukkan UNSUR KENEGERIAN dalam SMS....pecah mata dan otak nak pahamkan maksudnya~~

Jadi kepada pimpinan, kalau lah orang itu tak biasa dengan gaya SMS-an kita, elakkan buat banyak sangat singkatan...tulislah penuh-penuh supaya orang tak salah paham...nanti apa yang kita nak sampaikan itu lain, tapi orang paham lain, dan mungkin dia akan beritahu kepada rakan-rakan dia maklumat yang berbeza..kan susah nak jelaskan banyak-banyak kali...


4. Jangan Salah Masukkan Emosi Di Dalam SMS

Ini kena jaga-jaga..ye lah, kita bukan malaikat, ada hati dan perasaan...bukan selalu emosi kita stabil, ada waktu-waktu kita nak marah nak sedih dan gelak ketawa....

Yang penting bila nak SMS jangan salah letak mood di dalam SMS itu.. salah mood fatal lah jawabnya.

Ada satu mood yang paling aku menyampah bila orang balas SMS aku...MOOD MALAS NAK LAYAN!!

Bila ada orang bagi SMS ngan kita, macam nak tak nak jek jawab..jadi pemimpin semua, mood macam ni kena elakkan...tak kira lah emosi ko berkecamuk dan bergelodak waktu itu, tapi apabila ada rakan yang SMS nak tanya..jawab elok-elok..jangan nak luahkan emosi yang tak sepatutnya di SMS..nama korang jugak yang busuk nanti.



5. Jika Lambat Nak Jawab SMS??

Jika kita terlambat nak jawab SMS orang, mungkin ada urusan atau tertido, bila membalas itu kita mintak lah maaf dulu kerana lambat menjawab..dan jika boleh beritahulah apa urusan kita yang menyebabkan kita lambat.

Ini sangat penting kawan-kawan, kita berhadapan dengan hati dan perasaan orang lain. Orang bukan tak paham kita lambat, tapi jika lambat kita kenalah beritahu sebab kita lambat. Orang bukanlah tidak rasional nak berfikir, tapi dari kita pula perlulah memberikan maklumat yang selengkapnya untuk dia berfikir.Walaupun jawab lambat tapi tetap orang boleh menerima jawapan itu sebab memang kita ada kerja yang perlu diselesaikan dulu.





Ini adalah petua dan etika yang aku rasa perlu diambil berat oleh semua orang. Dan aku nak mintak pada pimpinan pelajar, tolonglah baiki kelemahan kita dalam SMS. Aku juga kadang-kadang tak ada lah ikut selalu, tapi aku cuba sedaya upaya untuk ikut guidebook yang aku sendiri buat ini.

Apa yang aku buat ini adalah berdasarkan pengalaman aku. Mungkin betul mungkin juga salah. Jadi tergantung kepada rakan-rakan untuk terima atau tidak..aku hanya memberikan cadangan dan saranan. Tak nak ikut tak apa jek, tapi kalau nak turut alhamdulillah.

Marilah sama-sama kita berubah menjadi penjawab SMS yang lebih baik. Tak ada rugi nak bagi SMS yang elok-elok kepada orang (kalau dengan member rapat, nak buat macam mana tu tak apa lah..dia dah kenal kita luar dalam).Semoga lepas ni dah tak ada orang yang kecil hati dengan kita kerana salah faham dengan kandungan SMS kita atau pun gaya kita menjawab SMS..aminnn...




SMS!!!!



sekian....




Perkhidmatan Wajib Doktor Dikurangkan Menjadi 2 tahun!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/16/2010 04:07:00 p.m.

1

Salam,

Adalah satu berita gembira bagi semua bakal-bakal doktor kerana Menteri Kesihatan,Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata bahawa perkidmatan wajib doktor dikurangkan daripada 3 tahun kepada 2 tahun.Ini kerana atas kebijakan kerajaan dulu yang menaikkan tempoh latihan sebanyak setahun sebab itu sekarang tempoh perkhidmatan dikurangkan sebanyak setahun. Bacaan lanjut klik sini





Bagi semua bakal doktor yang mahu mungkin ingin membuka klinik sendiri atau mahu bekerja di luar ini adalah berita gembira. Cumanya yang masih tidak jelas di sini adalah bagaimana dengan pelajar-pelajar yang telah mendapat biasiswa daripada pemerintah yang diwajibkan bekerja selama 10 tahun terutamanya pemegang biasiswa JPA, adakah mereka masih lagi harus bekerja selama 10 tahun ataupun tidak.

Aku juga bersetuju dengan Tiong Lai apabila beliau mengatakan bagi doktor pakar yang telah berumur lebih 45 tahun yang masih bekerja di luar negara, tempoh perkhidmatan ini tidak perlu mereka laksanakan. Aku setuju dengan beliau jika beliau kata DOKTOR PAKAR. Tidak seperti beberapa hari lepas ada laporan di surat khabar mengatakan sesiapa yang bekerja di luar negara akan dilepaskan dari ikatan perkhidmatan.

Jika itu yang beliau lakukan maka itu menjadi ketidakadilan bagi doktor-doktor yang lain yang wajib berkhidmat untuk kerajaan. Kebijakan baru yang dibuar menteri bagi aku sangat vital untuk menarik lebih banyak doktor pakar yang tidak mahu berkhidmat di negara sendiri yang mungkin kerana sebab-sebab ini. Pendapat aku, jika doktor umum, kita telah ada banyak, tapi jika doktor pakar kita memang kekurangan.

Dan menteri menetapkan umur 45 tahun ke atas yang bagi aku juga sesuai, jika masih muda umur 30-an pun dapat juga kelepasan ini, mungkin ini boleh juga menimbulkan perasaan tidak puas hati doktor yang lain.

Sekarang negara masih lagi mengambil tenaga pakar luar kerana memang negara tak cukup orang yang berkemahiran itu. Kita perlu lebih banyak waktu untuk ada lebih banyak tenaga dengan peningkatan lebih banyak lepasan siswazah dari bidang perubatan. Mungkin kita perlu 10-15 tahun lagi untuk mendidik banyak lagi tenaga pakar di negara kita. Jadi pada waktu sekarang, tenaga pakar yang telah ada yang bekerja di luar harus kita panggil balik untuk mengisi kekosongan yang ada.

Aku mencadangkan kepada kerajaan untuk kaji kembali gaji yang akan diberikan kepada doktor pakar kerana ramai yang ke hospital swasta kerana mereka menawarkan gaji yang lebih tinggi. Aku berpendapat kerajaan perlu bersikap lebih kompetitif dalam hal ini. Jika gaji yang ditawarkan oleh kerajaan lumayan, pasti akan ada yang berminat. Jika kita menggaji tenaga pakar dari luar dengan harga yang tinggi, kenapa tidak gaji yang sama diberikan kepada tenaga temapatan juga?? Mungkin kerajaan perlu memikirkan perkara ini. Terima kasih kepada kementerian kesihatan atas keprihatinan mereka terhadap doktor di Malaysia!!




WEEHOOO!!!!




sekian.....








Mahasiswa Malaysia Di Jogjakarta Kemalangan, Mari Doakan Keselamatan Dia!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/15/2010 11:36:00 p.m.

0

Salam,






Baru tadi dapat berita bahawa seorang pelajar tahun 4 fakultas kedokteran baru sahaja kemalangan motor. Dia dimasukkan ke hospital dan di operasi. Pelajar tersebut bernama Wong Wai Kit.

Baru sahaja dapat informasi terbaru daripada YDP Jogjakarta, Fazrul bahawa Wai Kit baru sahaja selamat menjalani pembedahan dan keadaannya stabil. Yang diharapkan tidak ada komplikasi setelah pembedahan.

Kepada semua Mahasiswa Malaysia di Indonesia, mari kita sama-sama mendoakan keselamatannya. Di harapkan dia cepat sembuh dan dapat meneruskan pengajiannya di Jogjakarta.

Kami di PKPMI akan terus mengambil tahu keadaan Wai Kit dan terus mendoakan agar dia segera sembuh.




SEMOGA LEKAS SEMBUH!!!



sekian......


Gelombang Kedua H1N1: Kementerian Perlu Ambil Langkah Drastik Dan Masyarakat Perlu Peka!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/13/2010 05:06:00 p.m.

2

Salam,




Dua minggu yang lalu kita dikejutkan sekali lagi apabila ade kes kematian akibat virus H1N1 yang berlaku di Melaka yang melibatkan ibu hamil dan anak dalam kandungan. Ibu hamil itu meninggal akibat 'Adult Respiratory Distress Syndrome' dan yang menyedihkan anak dalam kandungan juga mengalami nasib yang sama seperti ibunya.

Beberapa hari sebelum itu ada juga kes kematian seorang wanita tua yang selepas dimasukkan ke hospital dengan simptom Penyakit Serupa Influenza (ILI). Akhirnya kerana penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus) yang dihadapi oleh wanita tersebut, akhirnya wanita itu juga meninggal dunia akibat komplikasi 'severe metabolic acidosis' (peningkatan kandungan acid di dalam darah) [klik sini]

Yang terbaru pula, Pahang telah mencatatkan 57 kes jangkitan virus Influenza A(H1N1) sejak awal tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang, Datuk Hoh Khai Mun.Akan tetapi tiada kes kematian dicatatkan. [klik sini] 

Kementerian Kesihatan akan meningkatkan sistem pengawasan dan kempen kesedaran awam dalam usaha untuk mengekang kemunculan semua wabak Influenza A(H1N1). [klik sini]


1. Masyarakat Malaysia

Kepada rakyat Malaysia, isu H1N1 ini bukan isu yang boleh dibawa main-main, setiap dari kita perlu peka dengan masalah kesihatan terbaru yang melanda di negara sekarang ini.

Kesedaran dari setiap masyarakat adalah sangat penting dalam membendung penularan virus ini ke skala yang lebih besar. Jika sudah ada tanda-tanda yang menunjukkan akan timbul kembali penularan penyakit H1N1, masyarakat perlu berhati-hati dan bersiap-sedia dalam menangani masalah ini.

Semua metode-metode yang diajarkan oleh kementerian untuk mencegah penularan ini perlulah dipatuhi oleh masyarakat. Jangan apabila masalah ini sudah menjadi polemik barulah nak tengadah. Apabila kematian mencecah ratusan orang barulah mahu sedar akan bahayanya penyakit ini. Sejarah hitam yang pernah kita lalui dulu tidak perlu diulang kembali!! Penularan ini boleh kita cegah jika adanya kerjasama dan kesedaran masyarakat mengenai penyakit berbahaya ini.


 Bentuk virus H1N1

 Gejala-gelaja H1N1






2.Kementerian Kesihatan

Aku meminta kepada kementerian supaya satu sistem pemantauan (surveilance system) yang cekap perlu di implimentasikan dengan kadar segera supaya penyakit ini tidak akan menular dengan lebih jauh lagi. Jangan apabila penyakit ini sudah menjadi pandemik, barulah ada langkah-langkah yang mahu dibuat.Sistem kuarantin bagi mereka yang disyaki positif H1N1 dan ahli keluarga terdekat perlu diketatkan untuk memastikan mereka ini tidak membawa virus tersebut dan disebarkan kepada orang lain.

Jika masalah ini terus berlarutan, perlu ada pembekalan vaksin yang mencukupi untuk keperluan rakyat Malaysia. 400,000 vaksin yang diperuntukkan oleh WHO belum tentu mencukupi untuk bekalan pada masa hadapan. Aku merayu kepada kementerian supaya mengambil langkah proaktif untuk membawa masuk lebih banyak lagi bekalan vaksin ke dalam negara dalam usaha mengawal dan merawat pesakit-pesakit positif H1N1.


3.NGO yang berkenaan

Badan bukan kerajaan juga perlu turut serta dalam membantu kerajaan memberikan kesedaran dan memberikan idea-idea yang baru dalam menangani masalah ini. Badan bukan kerajaan yang kebanyakannya terdiri daripada golongan profesional ini perlu berganding mahu dalam membanteras penularan H1N1.

Golongan profesional perlu mempunyai sikap ambil peduli terhadap masalah besar yang bakal berlaku dan aku pasti golongan profesional di negara kita sangat prihatin dengan permasalahan masyarakat. Tolak tepi dahulu politik, itu belakang kira. Yang penting adalah taraf kesihatan rakyat perlu dikekalkan ke tahap tertinggi.



Apa yang penting dalam menghadapi masalah seperti ini adalah, perlunya pengembelengan tenaga, usaha dan buah fikiran daripada semua pihak. Bukan hanya kerajaan sahaja yang berusaha, tetapi semua juga perlu turut serta untuk sama-sama membendung penularan penyakit ini.

Apabila kita berbicara soal kesihatan, segala agenda dan propaganda politik perlu kita ketepikan, jika salah strategi hanya SATU NEGERI akan dikuasai pihak lawan, tapi jika salah cara untuk menangani masalah ini, mungkin SATU UMMAH akan ditimpa kesan buruknya.. Fikir-fikirkanlah...




CEGAH SEBELUM PARAH!!!!



 sekian....




Gempa Di Acheh Hari Ini!! Mahasiswa Malaysia Di Sana Selamat!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/07/2010 05:01:00 p.m.

0

Salam,



(sources: klik sini)



Hari ini pada seawal jam 5.00 pagi, Indonesia dikejutkan dengan satu lagi siri gempa bumi di Pulau Sumatera dan kali ini terjadi di bumi Acheh. Aku mendapat khabar berita daripada Pengarah JPMI, Dato Paduka Dr Junaidy mengenai prkara ini.


 *******************************

JAKARTA, 7 April (Bernama) -- Gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter berlaku Sinabang, Aceh pada Rabu 5.15 pagi namun belum ada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan harta benda.

Gempa yang berlaku di kedudukan 75 kilometer ke Tenggara Sinabang itu berkedalaman 34 kilometer di bawah permukaan laut.........


Empat gempa susulan dengan ukuran antara 5.1 dan 5.2 pada skala Richter turut berlaku.

Sejumlah 165 pelajar Malaysia di Aceh dilaporkan selamat.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata beliau telah menghubungi pemimpin pelajar di Aceh dan diberitahu bahawa mereka semua selamat.

"Pelajar Malaysia ada 165 orang, 130 daripada mereka terdiri daripada pelajar tahun akhir dan selebihnya di tahun satu, dua dan tiga di Universitas Islam Negeri ArRaniri.

"Rumah kediaman pelajar jaraknya adalah 10 kilomter dari laut dan mereka sentiasa bersedia sekiranya berlaku tsunami," katanya.

Dr Junaidi berkata beliau telah mengarahkan para pelajar Malaysia di Acheh supaya mengikuti prosedur kecemasan jika ada arahan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan.


(bacaan lanjut : klik BERNAMA)




***************************************



Aku telah menghubungi YDP Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) cawangan Acheh, Mohd Azzar mengenai keadaan di sana. Dia melaporkan yang memang pada awal pagi kejadian itu gegaran agak kuat dirasai. Gempan bumi kali ini berukuran 7.2 SR berbeza maklumat aku pada awalnya yang hanya 5.5 SR. Dia juga menyatakan semua mahasiswa Malaysia di sana yang rata-rata pelajar jurusan agama Islam selamat dan tiada kerosakan yang serius dilaporkan.

Aku menghubungi pula Juruaudit PKPMI Pusat yang juga pelajar di Acheh. Mohd Hakimi. Dia juga melaporkan bahawa semua pelajar selamat.

Aku berharap semua mahasiswa supaya berhati-hati untuk ke depannya. Yang aku takuti adalah gempa susulan. Diharap semua mahasiswa dapat MENJAGA KESELAMATAN dan DOKUMEN PENTING buat masa ini perlulah sentiasa berada DEKAT pada diri.

Aku meminta semua pimpinan PKPMI di sana supaya terus mengawasi keadaan di sana dan jika ada apa-apa yang berlaku minta terus menghubungi PKPMI Pusat ataupun JPMI.

Semoga semuanya dapat bersabar atas dugaan yang menimpa.




JAGA DIRI!!!!



sekian.....

JPA: Urusan Pembuatan KITTAS Pelajar Tajaan JPA di UNPAD

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/07/2010 06:46:00 a.m.

0

Salam,


Adalah saya merujuk perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa akibat timbulnya beberapa isu termasuk teknikal, maka aturan pengurusan KITTAS oleh PADMA seperti sebelum ini terpaksa dihentikan. Oleh yang demikian pelajar-pelajar disarankan supaya membayar sendiri wang pengurusan pembaharuan KITTAS sama ada menerusi PADMA atau agen lain dan seterusnya mengemukakan tuntutan kepada JPA menerusi pejabat JPA Jakarta. Prosedur mengemukakan tuntutan dan checklist dokumen yang perlu disertakan telah diperjelaskan dalam posting sebelum ini di blog ini.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

PPL Jakarta
5 April 2010

(sources: klik JPA JAKARTA)

*******************************

Aku minta mahasiswa di UNPAd untuk menghubungi En Jazman untuk mengatahui perkara ini dengan lebih lanjut. Jika memang kerjasama antara JPA dan PADMA telah dibatalkan, jadi mahasiswa perlu membuat KITAS sendiri ataupun dengan agen yang lain.

Beliau boleh dihubungi di +6281384799037. Sila berbuat demikian dengan segera.



KITAS!!!



sekian




A Bloggers Code Of Ethics

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/05/2010 09:03:00 p.m.

2


Salam,


A BLOGGERS' CODE OF ETHICS

Be Honest and Fair
Bloggers should be honest and fair in gathering, reporting and interpreting information.

Bloggers should:
• Never plagiarize.
• Identify and link to sources whenever feasible. The public is entitled to as much information as possible on sources' reliability.
• Make certain that Weblog entries, quotations, headlines, photos and all other content do not misrepresent. They should not oversimplify or highlight incidents out of context.
• Never distort the content of photos without disclosing what has been changed. Image enhancement is only acceptable for for technical clarity. Label montages and photo illustrations.
• Never publish information they know is inaccurate -- and if publishing questionable information, make it clear it's in doubt.
• Distinguish between advocacy, commentary and factual information. Even advocacy writing and commentary should not misrepresent fact or context.
• Distinguish factual information and commentary from advertising and shun hybrids that blur the lines between the two.

Minimize Harm
Ethical bloggers treat sources and subjects as human beings deserving of respect.

Bloggers should:
• Show compassion for those who may be affected adversely by Weblog content. Use special sensitivity when dealing with children and inexperienced sources or subjects.
• Be sensitive when seeking or using interviews or photographs of those affected by tragedy or grief.
• Recognize that gathering and reporting information may cause harm or discomfort. Pursuit of information is not a license for arrogance.
• Recognize that private people have a greater right to control information about themselves than do public officials and others who seek power, influence or attention. Only an overriding public need can justify intrusion into anyone's privacy.
• Show good taste. Avoid pandering to lurid curiosity.
• Be cautious about identifying juvenile suspects, victims of sex crimes and criminal suspects before the formal filing of charges.

Be Accountable
Bloggers should:
• Admit mistakes and correct them promptly.
• Explain each Weblog's mission and invite dialogue with the public over its content and the bloggers' conduct.
• Disclose conflicts of interest, affiliations, activities and personal agendas.
• Deny favored treatment to advertisers and special interests and resist their pressure to influence content. When exceptions are made, disclose them fully to readers.
• Be wary of sources offering information for favors. When accepting such information, disclose the favors.
• Expose unethical practices of other bloggers.
• Abide by the same high standards to which they hold others.

credit: [klik sini]

Another bloggers code of ethics:
10 BLOGGERS CODE OF ETHICS
• I will tell the truth.
• I will write deliberately and with accuracy.
• I will acknowledge and correct mistakes promptly.
• I will reply to emails and comments when appropriate, and do so promptly.
• I will strive for high quality with every post – including basic spellchecking.
• I will stay on topic.
• I will ensure that entries, quotations, headlines, photos and all other content do not misrepresent.
• I will disagree with other opinions respectfully.
• I will recognize that private people have a greater right to control information about themselves than do public officials and others who seek power, influence or attention.
• I will abide by the same high standards to which I hold others.

credit: [klik sini]



ETIKA!!!

sekian...


SRS KAMARA Terima Penghargaan, Tahniah KAMARA!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/05/2010 04:32:00 p.m.

2

Salam,






Tahniah aku nak ucapkan kepada Skim Rondaan Sukarela (SRS) kampung aku Kampung Malaysia Raya (KAMARA) yang telah mendapat penghargaan daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Cheras. Penghargaan ini disampaikan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Abdul Rahim Hamzah Othman bersempena dengan Hari Polis yang ke 203. Penghargaan ini diberikan kerana SRS KAMARA telah berjaya mengurangkan jenayah di kampung sehingga sifar kes yang bermula dari Januari hingga Mac tahun ini.

Aku berbangga dengan komitmen yang diberikan orang-orang kampun, dengan pimpinan Wak Jalal sebagai Ketua SRS, jenayah yang berlaku di kampung dapat kita bendung. Kampung aku ni bukan sebarang kampung, kalau nak ikutkan sejarah kampung ni banyak yang hitamnya. Dan untuk mencegah sebarang kes jenayah berlaku di kampung bagi aku itu adalah satu tanda bahawa kampung aku telah mula berubah.

Orang kampung dah mula sedar mengenai kemuafakatan. Orang kampung dah mula sedar bahawa pentingnya untuk menjaga satu sama lain. Kita bukan hidup berseorangan, bukan hanya nak jaga keluarga sendiri, tapi keselamatan kampung juga adalah tanggungjawab bersama.

Jika pulang ke kampung, aku selalu bersama dengan pak cik-pak cik yang lain berkumpul di post-post yang telah disediakan khas untuk sukarelawan yang menjaga kampung. Tugas mereka bermula daripada jam 9-10 pm dan mereka yang bertugas untuk menjaga kampung akan menjaga hingga ke paginya.

Yang aku rasa canggihnya SRS KAMARA ini kerana mereka ada walkie talkie!! Hampir setiap anggota SRS mempunyai walkie talkie untuk memudahkan perhubungan sesama mereka. Senang lah nak berkomunikasi jika ada apa-apa hal yang mencurigakan berlaku pada waktu itu.

Banyak kes-kes yang berjaya mereka selesaikan. Dan waktu paling sibuk untuk mereka adalah pada waktu hari raya. Waktu ini, semua maling-maling (pencuri) mula beroperandi. Jika dulu, kami masih belum ada SRS, kes-kes curi cukup banyak. Ada je rumah-rumah yang aku dengar dimasuki perompak penyamun ni. Tahu je lah yang masuk bukan guna ilmu serapah ke apa, tapi bawak parang kapak segala!! Orang kena ikat, kena pukul itu perkara biasa.

Alhmadulillah, kerana adanya penubuhan SRS ini, kes-kes seperti ini dikurangkan. Aku pernah dengar SRS telah berjaya menangkap pencuri yang cuba untuk masuk ke rumah penduduk. Dah dapat tangkap lunyai lah ceritanya....hohoho...lain kali fikir dua kali sebelum nak masuk ke kampung gua!!

Untuk SRS KAMARA, aku mintak teruskan usaha kalian!!Kami penduduk KAMARA rasa bangga dan berterima kasih kerana ada orang yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjaga keselamatan kampung ini. Nampak macam remeh, nampak seperti jasa tak besar...tapi sebenarnya mereka-mereka inilah orang yang telah menjaga nyenyak tidur kami dari segala anasir-anasir luar.



TERUSKAN USAHA!!!


sekian....







Bandung Games: Road To Bandung 2010!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/01/2010 01:00:00 p.m.

2

Salam,






Aku ingat lagi pada Oktober tahun lepas, Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek pernah datang ke Bandung membuat pertemuan bersama kami pelajar di Bandung atas urusan untuk memperkenalkan Sukarelawan Rakan Muda di Indonesia. Waktu itu aku dan Pengerusi BPN, Feendi ada bersama beliau dalam satu pertemuan dengan pelajar Bandung di hotel Puri Khatulistiwa.



 Bergambar dengan Dato' Shabery sewaktu pertemuan di Bandung

Di situ kami menanyakan apakah kerjasama dan program yang dapat kami lakukan dengan kerjasama oleh Kementerian Belia dan Sukan. Dan kami mencadangkan agar diadakan satu sukan tahunan di Bandung. Dan beliau menyambut baik apa yang kami sarankan. Sewaktu dalam ucapan beliau, beliau membuat pernyataan agar dibuat Bandung Games dan ianya akan menjadi sukan tahunan di Bandung.


"The ministry is also planning to hold the Bandung Games, an annual sports carnival for Malaysian students in Indonesia, said Ahmad Shabery."[klik sini]

 
Untuk merespon apa yang diilhamkan oleh Dato Shabery, pelajar dari Bandung telah membentuk organisasi untuk menjayakan program ini. Dari kementerian sendiri telah menunjuk organisasi induk untuk membantu pelajar dalam menganjurkan karnival sukan yang akan dilakukan.

Dalam bulan Februari yang lalu, aku dijemput pulang menjadi wakil pelajar dalam membincangkan mengenai Bandung Games. Dalam perbincangan, ada beberapa perubahan yang telah dilakukan.

Di bawah badan induk, telah ditubuhkan beberapa divisi bagi menjayakan program ini. Antara divisi itu adalah:
1.Events
2.Students Affair
3.Public Relation and communication
4.Commersial
5.Finance

Dan dari acara juga terdapat dua acara yang dibuat:
1. Pertandingan sukan yang akan berlangsung di Bandung
2. Expo yang bertempat di Jakarta.

Aku berpandangan apabila kita katakan Bandung Games, yang difikirkan hanya satu pertandingan sukan yang kita akan panggil pelajar-pelajar di seluruh Indonesia. Rupanya pandangan aku meleset. Dengan pimpinan En. Che Azizuddin b. Che Ismail yang menjadi pengerusi badan induk yang ditunjuk oleh Dato' Shabery, beliau berpandangan bahawa acara ini perlu dibuat lebih besar daripada yang lain.

Dalam pertemuan kami pelajar daripada Bandung dan Jakarta sabtu kelmaren, beliau telah meluahkan apa yang beliau mahu di dalam acara ini.Aku masih ingat lagi apa yng beliau katakan


Its Not The Game That Is Important, Its The Journey


Beliau banyak cerita apa pandangan dan pemikiran beliau di dalam acara ini.Beliau mahu acara ini bukan hanya sekadar kalah dan menang. Apa yang beliau nak bawak adalah NILAI yang boleh orang lain lihat di dalam acara ini. 

Mungkin bagi kami yang masih lagi hingusan ini susah mahu memahami sebagaimana yang beliau fahami. Mungkin pengalaman yang mengajarkan beliau maksud NILAI yang dikatakan itu. Kami sendiri tidak pernah ada pengalaman tersebut, kami boleh paham maksud nilai itu, tapi nak suruh memahami apa yang tersirat perlu untuk tempuh perjalanan yang pernah ditempuh oleh beliau.

Di dalam perjumpaan itu, beliau mengajak kepada sesiapa yang mahu untuk turut serta dalam menjadi sukarelawan dalam acara ini. Beliau mahu biarlah komiti yang ditubuhkan nanti disertai oleh semua mahasiswa Malaysia di seluruh Indonesia. Beliau tak nak kalau namanya Bandung Games, jadi AJK hanya daripada Bandung.Dan beliau juga menjanjikan habuan kepada sesiapa yang menjadi AJK dalam acara ini.


Semua yang hadir dalam perjumpaan di Jakarta


Delegasi dari Bandung

Dan dari kami persatuan pelajar di Indonesia (PKPMI). Kami dengan ini menyambut baik apa yang diminta oleh en Azizuddin. Kami tahu ada baik buruk daripada apa yang diilhamkan oleh beliau, tapi apa salah cuba dulu metode beliau dan kita lihat hasilnya nanti.

Dan dengan ini aku mengajak kepada semua ahli-ahli PKPMI seluruh Indonesia yang berminat menjadi AJK, boleh menghantar resume yang diminta oleh badan induk Bandung Games. Dan insyaallah anda akan dihubungi kembali untuk ditemuduga.Untuk mendapat maklumat lebih lanjut, boleh melayari blog PKPMI Pusat. Di blog telah ada Excecutive Summary [klik sini] yang menjelaskan mengenai Bandung Games dan untuk mendapatkan kriteria untuk setiap jawatan yang ada di dalam komiti Bandung Games sila [klik sini].

Dan aku menyeru kepada semua ahli PKPMI, mari kita sama-sama menyokong Bandung Games. Mari kita turun ke Bandung dan Jakarta untuk menjayakan program ini. Program ini bukan untuk pelajar Bandung sahaja ataupun untuk siswa siswi Jakarta sahaja. Program ini adalah untuk KITA SEMUA.


Let's The Game Begin!!!


sekian.....