VVIP BLOG INI

Lawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin Ke Indonesia!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , , | Posted on 6/28/2010 03:00:00 p.m.

0

Salam,






Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSM) telah berbesar hati ke Indonesia atas kapasitinya sebagai Menteri Pendidikan. Beliau ke Indonesia untuk menyelesaikan masalah visa mahasiswa yang telah sedia maklum sangat membebankan. Sememangnya pertemuan dua hala ini boleh lah sedikit sebanyak mengurangkan masalah kami yang kuliah di sini.

Malam ini akan diadakan pertemuan di antara TSM dan juga mahasiswa yang belajar di Jakarta. Insyaallah aku juga akan ke sana untuk sama-sama mendengarkan nasihat dan amanat TSM kepada mahasiswa di Indonesia. Semoga pertemuan ini akan mendapat manfaatnya buat TSM dan juga kami pelajar.






Lawatan Muhyiddin Perkukuhkan Lagi Hubungan Bilateral Malaysia-Indonesia
Oleh Ahmad Fuad Yahya

JAKARTA, 27 Jun (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini Ahad untuk lawatan rasmi ke luar negara yang pertama sebagai Timbalan Perdana Menteri, bagi memperkukuhkan lagi kerjasama dan hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dan Indonesia.

Pemilihan Indonesia sebagai negara pertama untuk lawatan rasminya selama tiga hari itu menunjukkan betapa rapatnya hubungan antara kedua-dua negara bangsa serumpun ini, sebagaimana yang telah juga diperlihatkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengambil alih kepimpinan kerajaan.

Ketibaan beliau dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma disambut oleh Timbalan Menteri Luar Indonesia Triyono Wibowo.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan serta para pegawai kanan Kedutaan Besar Malaysia di sini turut sama menyambut ketibaan mereka di lapangan terbang.

Sepanjang tempoh di sini, Muhyiddin dijadual mengunjungi dan mengadakan perbincangan dengan Naib Presiden Boediono serta Menteri Pendidikan Nasional Muhammad Nuh mengenai pelbagai perkara, termasuk isu-isu dua hala.

Antara isu yang dijangka disentuh ialah pengeluaran dan penyambungan visa kepada pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Indonesia iaitu untuk tempoh dua tahun dan boleh diperbaharui bagi tempoh dua tahun selama dua kali semasa mereka masih menuntut di sini (2+2+2).

Pada masa ini, pelajar Malaysia di Indonesia, yang majoritinya mengambil kursus dalam bidang perubatan, hanya diberikan visa untuk tempoh dua tahun dan boleh diperbaharui setahun, setahun sebanyak tiga kali (2+1+1+1) di negara ini namun perlu pulang ke Malaysia selepas itu untuk mendapat visa setahun lagi bagi menamatkan pengajian mereka.

Muhyiddin juga dijadual mengadakan sesi meja bulat dengan para anggota Dewan Perniagaan dan Perdagangan Indonesia (Kadin) serta tokoh perniagaan tempatan dalam rangka meningkatkan hubungan pelaburan dan perdagangan Malaysia-Indonesia.

Selain menjadi hos kepada jamuan malam untuk pelajar dan masyarakat Malaysia di sini, Timbalan Perdana Menteri akan turut memberi syarahan bertajuk "Democracy and Social Responsibility in Asia" di Universiti Indonesia, Kampus Depok.

Muhyiddin juga akan berdialog dengan ketua-ketua editor media Malaysia dan Indonesia mengenai peranan media dalam usaha merapatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

-BERNAMA, 27 Jun 2010-





TSM!!!





Sekuan...





Gambar-gambar Sempena Lawatan Kerja PKPMI Di Jakarta!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 6/28/2010 07:38:00 a.m.

2

Salam,






 Telah pun pulang daripada lawatan kerja PKPMI di Jakarta. Lawatan telah dibuat selama 3 hari lamanya. Seperti biasa agenda aku sewaktu lawatan dimulakan dengan lawatan ke universiti dan hospital di cawangan tersebut dan kemuncaknya adalah perjumpaan dengan pimpinan PKPMI cawangan.

Jakarta mempunyai 5 universiti yang mana mahasiswa kita ditempatkan. Universiti itu adalah, Universitas Indonesia (perubatan), Universitas Trisakti (Perubatan), UKRIDA (Perubatan), Universitas Moestopo (Kedokteran Gigi) dan UIN Syariff Hidayatullah (Usuluddin). Mahasiswa kita yang ada di sana hampir 700 orang.



Hari Pertama


 Sewaktu pergi hanya menaiki bas, nak cuba-cuba travel dengan pengangkutan lain..travel malam


Hari Kedua



 Menaiki busway ke Keduataan Besar,membuat pasport baru dan bertemu dengan beberapa kenalan pegawai Kedutaan.


 Meeting PKPMI Pusat yang ada di Jakarta, Cynthia (Bendahari) dan Fairuz (Exco)



 Hari Ketiga




 Universitas Indonesia













 Universitas Moestopo





 Melawat Nabieh, TYDP PKPMI Pusat, dimasukkan di hospital kerana suspect denggi..yang pakai oxygen mask tu hanya berlakon sahaja...kang ada yang ingat serius sangat pula..huhu


 UKRIDA




 TRISAKTI




 Setelah seharian keluar melihat semua universiti, makan lunch+dinner di Bandar D'Jakarta di Anchol.






 Kebetulan waktu itu adalah malam kemuncak tahun lahirnya Bandar Jakarta ke-483..jadi di Anchol diadakan konsert..alang-alang dah ada di situ..lihatlah sebentar..huuuu~~~


  J-Rocks..progressive genre!!




  Kuburan..


 Maia juga tak ketinggalan buat persembahan!!


 Main singer malam itu adalah tak lain tak bukan Ari Lasso!!!



Hari Keempat




Perjumpaan bersama pimpinan PKPMI Jakarta

 





 Terima kasih kepada YDP PKPMI Jakarta kerana sudi untuk menyambut dan memberikan tempat penginapan kepada aku. Dan terima kasih juga kerana sudi bawa aku melawat tempat-tempat di Jakarta.

Buat pimpinan PKPMI Jakarta, semoga perlantikan yang baru ini bolh kerja kuat demi dan hanya untuk mahasiswa kita..itu yang menjadi fokus utama yang kita akan perjuangkan dalam persatuan!!








JAKARTA!!





Sekian...






Lawatan Kerja PKPMI Di Jakarta!!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 6/25/2010 07:24:00 p.m.

0

Salam,

1. Bermula lagi lawatan kerja aku melawat ke cawangan PKPMI yang ada di Pulau Jawa ini. Kali ini destinasi aku adalah Jakarta.

2. PKPMI Jakarta adalah PKPMI yang penting kerana mereka mempunyai hubungan terus dengan kedutaan besar kita. Banyak perkara yang perlu didiskusikan untuk menguatkan lagi PKPMI.

3. Terima kasih kepada YDP Jakarta, Farid Ashraf kerana sudi untuk menyambut aku. Lawatan kerja aku adalah selama 3 hari.

4. Secara kebetulan pada hari Isnin ini Tan Sri Muhyiddin Yasin, TPM Malaysia akan datang ke Jakarta dan ingin bertemu dengan mahasiswa kita di sini.

5.Insyaallah akan aku update gambar pertemuan aku bersama pimpinan PKPMI di Jakarta. Semoga pertemuan ini membawa manfaatnya..





JAKARTA!!!





Sekian....

UMNO MASIH TAK BERUBAH!!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 6/23/2010 06:29:00 a.m.

2

Salam,

Nukilan daripada Mohd Zainuddin bin Amran, Pengerusi PERKASA Pusat [klik sini]


UMNO satu-satunya parti politik nasionalis Melayu kini sedang hebat dilanda pelbagai 'ujian'. Antara ujian yang dihadapi adalah seperti berikut:

* Krisis kepimpinan dalam parti yang menyaksikan 'pergeseran' di peringkat kepimpinan UMNO di beberapa buah negeri;

* Integriti dan kepimpinan UMNO dalam Barisan Nasional seringkali 'dipersoalkan' oleh parti-parti komponennya;

* Cabaran yang bertali arus dari parti-parti pembangkang - Pakatan Rakyat;

* Kepercayaan dan sokongan rakyat yang semakin terhakis sejak peletakan jawatan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; dan

* Wujudnya sikap 'tidak ambil peduli' dalam kalangan segelintir pemimpin dan penyokong
UMNO terhadap keadaan parti tersebut serta lupa matlamat sebenar perjuangan dalam UMNO.
Sama ada ingin percaya ataupun tidak, inilah realiti sebenar yang sedang dihadapi oleh UMNO sebagai sebuah parti politik nasionalis Melayu dalam mengharungi arena politik tempatan yang sesungguhnya semakin mencabar dan 'ganas'.

Walaupun senario sebegini, jatuh dan bangunnya parti politik pemerintah boleh disifatkan sebagai satu lumrah atau kebiasaan dalam dunia politik tempatan di mana-mana negara di serata pelosok dunia. Dalam hal ini, pemimpin dan penyokong parti politik tersebut tidak seharusnya mengambil pendekatan 'berdiam diri' atau 'tunggu dan lihat' terhadap apa yang sedang dan bakal berlaku, serta menyerah 'bulat-bulat' kepada takdir untuk menentukan masa depan parti mereka sendiri.

Jika sesebuah parti politik ingin mengekalkan kuasa kerajaan yang mereka pimpin, meningkatkan sokongan rakyat, serta untuk terus kekal relevan sepanjang masa, usaha 'keras' perlu dilakukan untuk 'memulihkan' kredibilitinya pada 'mata rakyat'.

Dalam konteks UMNO, rasanya telah banyak saranan-saranan diutarakan sama ada di peringkat atasan atau bawahan supaya UMNO berubah ke arah yang lebih baik terutamanya ketika parti tersebut berada dalam keadaan 'tidak stabil'.

Sungguhpun begitu, apa yang agak menyedihkan ialah semua saranan tersebut hanya tinggal pada nama sahaja. Tidak ada tindakan proaktif dibuat. Semuanya, baik pemimpin mahupun penyokong masih mengambil sikap 'tunggu dan lihat' siapa yang akan berubah dahulu.



Lebih buruk lagi, ada yang masih ingin menyalahkan antara satu sama lain, menuding jari kepada orang lain dan rakan seperti tanpa menyedari bahawa mereka juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Hasil daripada sikap yang tidak berfaedah itu, tiada sebarang perubahan yang konstruktif berlaku kepada UMNO, manakala imej parti tersebut masih tidak dapat dipulihkan seperti sediakala.

Apa yang jelas di sini adalah 'kegagalan' UMNO memberi respons terhadap semua tuntutan untuk berubah selaras dengan perkembangan politik semasa telah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti persepsi dan budaya berpolitik yang sudah 'outdated'.

Pemimpin dan penyokong UMNO harus faham bahawa peranan UMNO sebagai sebuah parti nasionalis Melayu kini sudah pun mencapai tahap tepu dan telah berada di kemuncaknya. Kitaran pertama peranan UMNO sebagai parti politik yang mendokong perjuangan orang Melayu kini sudah pun lengkap dan sekarang sebenarnya sedang mengalami proses kitaran kedua yang cabarannya sangat hebat dan 'ganas'.

Bagi menghadapi proses kitaran kedua itu, UMNO memerlukan pembentukan persepsi dan budaya berpolitik yang berlainan dengan apa yang pernah ia amalkan sejak merdeka dahulu. Inilah proses transformasi politik yang sangat diperlukan UMNO untuk terus kekal relevan dalam konteks politik tempatan.

Begitupun, untuk melengkapkan proses transformasi politik itu, ia memerlukan sifat berani terutamanya dalam kalangan pemimpin UMNO di pelbagai peringkat kerana merekalah yang bertanggungjawab mencorak dan menentukan hala tuju parti tersebut. Sebaliknya, penyokong parti pula tidak mempunyai apa-apa 'kuasa' dalam soal ini.

Para pemimpinlah yang menentukan jatuh bangunnya UMNO sebagai sebuah parti politik nasionalis Melayu.

Justeru, perubahan ke arah proses transformasi politik dalam UMNO mesti diterajui oleh para pemimpinnya di pelbagai peringkat terutama pemimpin atasan yang 'beribu pejabat' di PWTC.

Sebagai pemimpin tertinggi parti, mereka mesti berani membuat keputusan-keputusan 'strategik', bukan sahaja untuk masa depan UMNO tetapi juga orang Melayu dan Malaysia amnya.

Tanpa sifat berani, tiada apa yang boleh dilakukan oleh UMNO untuk memulihkan imej dan kredibilitinya pada 'mata rakyat'. Masih belum terlewat bagi UMNO untuk berbuat demikian.

Sebaliknya, jika UMNO 'takut' untuk berubah, mungkin satu hari nanti, ia hanya 'berada' di muzium dan arkib menjadi tontonan pelawat sebagai 'bahan' sejarah yang membuktikan bahawa negara ini pernah pada satu ketika dahulu diperintah oleh sebuah parti politik nasionalis Melayu yang dikenali sebagai UMNO.






BERUBAHLAH!!!






Sekian....











KEADILAN UNTUK MELAYU!!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 6/22/2010 09:03:00 p.m.

3

Salam,





Tun M dalam blognya telah memperkatakan tentang nasib Melayu di tanah air sendiri dan sebilangan bloggers bangkit untuk menyatakan pentingnya untuk memperjuangkan hak Melayu.

Apabila kita mengatakan mengenai hak, yang akan kita lihat juga adalah KEADILAN. Apa maksud keadilan dalam erti kata sebenarnya?? Adakah menyama ratakan??Pasti tidak!!

KEADILAN bermaksud MELETAKKAN SATU PERKARA PADA TEMPATNYA.

Sebagai contoh, jika kita ada seorang anak perempuan dan seorang lagi anak lelaki. Kita mahu membelikan pakaian. Adakah kedua-duanya kita belikan baju kurung?? Atau adakah kita belikan songkok untuk kedua-duanya?? Eh?? Kata maunya adil..itu kan keadilan??Dua-duanya sama-sama dapat barang yang sama...Bapa yang buat benda bodoh itu harus baca balik HOW TO BE A FATHERS FOR DUMMIES kerana jahilnya pengatahuan mengenai menjaga anak.

Dari aspek sosial, kita tahu bahawa negara kita adalah negara yang di dalamnya ada pelbagai kaum. Tiga kaum utama adalah Melayu, Cina dan India dan juga kaum Bumiputera. Dan apabila kita ingin menerapkan keadilan di dalam hal ini, adakah kita pukul sama rata berikan kepada semua??

Aku ambil contoh, seorang majikan mempunyai 100 pekerja yang pelbagai. Beliau mempunyai satu kek yang baru sahaja rakannya berikan kepada dia sebagai hadiah. Bagaimana cara majikannya nak berikan kepada semua pekerjanya secara ADIL?? Adakah memberikan ikut kaum?? ataupun ikut bilangan??

Dari anologi itu, ada beberapa hujah yang perlu DIFAHAMI kaum lain mengapa kaum Melayu perlu diutamakan:

1.Populasi Penduduk Mengikut Kaum

Melayu mempunyai populasi yang teramai di antara semua.

Mengikut data pada tahun 2008, jumlah penduduk Malaysia adalah 27,730,000 orang. Populasi Melayu adalah sebanyak 38% (10,550,685), kaum Melayu dan Bumiputera adalah sebanyak 65%, populasi orang Cina adalah sebanyak 26% dan penduduk India adalah sebanyak 8%.

Di sini dapat dilihat bahawa populasi kaum Melayu sendiri lebih banyak daripada semua kaum yang ada . Jika ditambah dengan kaum Bumiputera yang mana kedua-duanya adalah kaum asal Tanah Melayu ini. Populasi mencecah 18,024,500 orang.


2. Penduduk asal.

Kita tahu bahawa Melayu dan Bumiputera adalah penduduk asal negara ini.
 
Kedatangan Buruh dari China secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien.

Kedatangan orang India adalah sejak abad ke-19 dan semakin bertambah pada awal abad 20 yang mana data menunjukkan pada tahun 1911 kaum India pada waktu itu mencecah 270,000 dan meningkat dari tahun ke tahun.

3. Ketuanan Melayu

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera.

Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia
[klik sini]



Jadi di sini adalah hujah-hujah yang kukuh kenapa Melayu perlu diberikan kelebihan dalam kemudahan. Adakah 3 hujah di atas masih lagi tak jelas dan tak paham?? Adakah ini yang bermaksud rasis?? Sudah pasti tidak.

Kita dapat lihat realita sekarang kerajaan hanya menumpukan kepada satu kaum dan kaum lain termasuk Melayu diketepikan dan dinafikan haknya.

Lihat sahaja PRK Sibu, berjuta ringgit dijanjikan kepada sekolah-sekolah Cina..bagaimana kaum Melayu dan Bumiputera di Sibu??

Lihat sahaja biasiswa akan dikurangkan, agak-agak kaum mana yang lebih memerlukan biasiswa itu?? Cina?? atau Melayu, India dan Bumiputera??

Ekonomi Melayu mundur, adakah kerana kerajaan tak bagi bantuan? Memang ada... tapi pernah diwar-warkan secara meluas?? Atau bantuan itu nak simpan untuk kroni sendiri sahaja??

Banyak yang tak puas hati. Orang Melayu sendiri pun dah semakin marah. Bukan kita tak mahu kerajaan tak bagi langsung kepada mereka, masalahnya kami ni seperti di anak tirikan. Itu sahaja. Silakan beri kepada mereka, tapi jangan lupakan kepada kaum lain.

Jangan kerana nak jaga hati satu kaum, kaum lain berdarah hatinya, berdendam selagi hayat masih dikandung badan.




MELAYU MUDAH LUPA!!!






Sekian...










RMK10: Program MyBrain15, Kerajaan Jangan Terlalu Murah Hati Nanti Makan Diri Sendiri!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 6/12/2010 08:41:00 a.m.

4

Salam,





1. Aku membaca intipati RMK10 yang telah dibentang oleh PM kita DS Najib Tun Razak [klik sini]. Apa yang telah dirancang oleh kerajaan untuk rancangan ekonomi pada tahun 2011-2015 mendatang adalah baik dan insyaallah diterima oleh semua.

2. Dengan tema Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM290 bilion dan nisbah 60/40 dipecahkan untuk pembangunan fizikal dan bukan fizikal, aku yakin apa yang dirancang oleh DS Najib telah difikirkan secara holistik.

3. Satu poin perbentangan telah menarik perhatian aku,



"MyBrain15, iaitu program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran, akan digiatkan bagi meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015."


4. Bagi yang mahu melanjutkan pengajian dalam PhD, ini adalah satu peluang baik untuk mereka kerana kerajaan memberikan satu dana khas buat mereka dan aku yakin ini atas kesedaran negara memerlukan lebih banyak pakar dalam usaha untuk memacu ekonomi negara ke arah pertumbuhan yang lebih besar.

5. Ini adalah usaha yang baik daripada kerajaan. Cumanya apa yang aku khuatir apabila 'kemurahan hati' kerajaan ini akan disalahgunakan untuk kepentingan sebilangan individu. Individu ini akan datang dengan muka penuh pengharapan, memujuk merayu dan jika PhD dimiliki, mereka pun LARI KE NEGARA YANG MEREKA RASAKAN LEBIH MENGUNTUNGKAN MEREKA.

6. Aku pernah berborak-borak dengan pak supir (pemandu kereta) dalam perjalanan pulang aku daripada Bandung. Pak Supir bercerita yang dia mempunyai seorang adik yang telah mendapat ijazah S3 (PhD) dalam bidang Bedah Rahang dan kerajaan Indonesialah yang telah membiayai kos pengajian adiknya. Apabila mahu pulang untuk memberikan bakti kepada kerajaan, dia merasakan yang gaji yang diperoleh tidak setimpal dengan pengatuan yang dia telah timba. Apa yang dia buat?? Buka internet, lihat kerja kosong di Malaysia dan kerja di negara kita!!

7. Itu realita di Indonesia, mereka akan berhijrah ke negara yang mereka anggap lebih maju daripada negara mereka. Bagaimana dengan kita?? Sama sahaja. Bukan kita tidak tahu dalam profesi kedokteran, berapa ramai yang telah berpindah ke Singapura. Semuanya kerana Singapura menjanjikan habuan yang lebih besar daripada negara kita. Hebat tak hebat Singapura, kerajaan bersusah payah nak semai satu orang, perlukan waktu berbelas tahun, membelanjakan ratusan ribu ringgit, mereka senang-senang mendapat dan memakan hasilnya!! 

8. Sama juga kepada pemegang biasiswa yang telah diberikan kerajaan untuk program Ijazah. Ada sahaja beberapa mahasiswa yang tidak mahu pulang setelah tamat pengajian dan bekerja di negara itu. Kan lengkap segala dokumen dan perjanjian, itu pun mereka masih berani nak breach the contract. Lagilah pula nak berikan kepada individu yang mengambil PhD, akal masing-masing panjang je nak 'auta' kerajaan.

9. Dan atas pertimbangan ini, aku tak mahu jika kerajaan akan terus salah langkah lagi, beberapa mekanisme dan undang-undang perlu digubal sebelum memberikan pembiayaan kepada mereka ini. Jangan biarkan kita diambil kesempatan! Tak perlu nak berikan dana kepada mereka yang sejak awalnya nawaitu hanya nak pergunakan duit rakyat untuk kepentingan diri. Beri kepada mereka yang mahu berbakti kepada rakyat kita. Biarlah segenius manapun orang itu, jika tak nak bantu negara, tak payah kita nak bantu dia. Carilah duit sendiri atau mintak lah kepada negara yang dia ingin berhijrah kemudian hari.


Buat ngabehkan boraih ja kalau nak bantu orang macam ni!!




JANGAN TERTIPU!!!




Sekian...