Evaluasi Gerak Kerja PKPMI cawangan Bandung 09/10
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in PKPMI | Posted on 2/15/2010 06:27:00 pm
Salam,
Akhirnya habes jugak kerja aku sebagai TYDP PKPMI cawangan Bandung untuk sesi kali ni, penat dah bekerja selama setahun. Orang tua-tua kata, rumah kata pergi, kubur kata mari. Bukan setakat ajak-ajak jek, tarik-tarik, paksa sampai masuk lobang kubur dah..hohoho~~
Dan baru jek kita di Bandung ni buat mesyuarat agung kita hari Sabtu lepas, walaupun memasing yang datang hari tu bagaikan garuda yang meneropong kambing-kambing gemuk di bawah, terbayang leher kambing untuk digigit, tapi alhamdulillah kami kambing-kambing ni berjaya untuk menangkis segala kecaman dari garuda tuh (entah apa benda analogi yang aku pakai nih..)
Pemilihan baru dah dibuat, harapan aku amat besar buat diorang supaya mereka dapat meneruskan tugas kami yang terdahulu untuk jaga semua pelajar yang ada di Bandung ni.
Untuk post aku kali ni, aku saja nak membuat evaluasi apa yang telah aku dan Fahmi, YDP Bandung telah usahakan, bukan untuk nak berlagak dan bongkak dengan apa yang kami nak buat, sekadar nak kita review kembali apa yang dah kita buat...
Dari pada mula lagi aku dan Fahmi semasa pegang jawatan ni, kami berpaksikan kepada dua perkara:
Dan daripada dua dasar inilah kami mula untuk buat program kerja yang bermanfaat selaras dengan apa yang kami dah tetapkan.
Tahun ni banyak perubahan yang kami dah buat, aku nak sebut beberapa untuk perhatian semua:
1) Penubuhan Tabung Kebajikan dan Tabung Dana PKPMI-CB.
- Tabung ni memang tak pernah dibuat orang sebelum ni, dan atas dasar kebajikan yang kami war-war kan, kami buat tabung ni sebagai salah satu wadah untuk meringankan beban pelajar yang ada di sini.
2) Mewujudkan Majlis Ketua-ketua Angkatan
- Ni pun benda baru jugak, kami tahu yang lebih tahu ketua angkatan lebih paham masalah angkatan masing-masing, jadi kami kumpulkan mereka dan setiap bulan bersama-sama berdiskusi untuk kami PKPMI peka apa sahaja masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli PKPMI.
3) Program-program yang baru yang bermanfaat.
- Aku tahu banyak betul pelajar-pelajar kita yang kreatif, dan kami bagi peluang untuk setiap biro untuk mengembangkan biro mereka dengan cara masing-masing.
- Contoh, Karnival Sukan Malaysia, memang dah ada tahun lepas, tapi mereka tambah dengan Karnival Sukan Rakyat. Kita berjaya kumpulkan hampir 500 orang di satu padang dalam sehari dan maen macam-macam permainan sukan rakyat.Orang boleh bersorak dan dapat eratkan hubungan antara satu sama lain.
- Banyak lagi program lainm macam Malam Inspirasi Seni (MAISEN), Qurban yang berjaya kita panggil Dr MAZA dan Dato Seri Shahidan Kasim, Buku Be In Pact yang makin cantik ade warna-warna, Diwali Nite dan sebagainya, nak sebut satu-satu memang tak terkira banyak!!
4) Penambahan Inventori PKPMI
- Kami beli LCD dan Layar Baru. (lama dah mengidam, 4 tahun kut!!)
- Kami beli PA system.
- Ade jugak khemah, ice box dan alat perkakas masak.
- Barang-barang sukan
- Ni sume kami beli sebab kami fikir jauh yang benda-benda ni memang sangat penting sebab semua barang-barang ni memang selalu dipakai jika ada program-program yang nak buat.
- Tahun ni kami buat lain sikit, dulu pencalonan dan pemilihan dibuat dalam mesyuarat, tahun ni calonkan dulu, pilih waktu mesyuarat.
- Ni nak bagi supaya semua peka terhadap kepimpinan, dan orang yang di calon bolehlah fikir dari sekarang apa yang diorang nak buat supaya lebih bersedia untuk menerima amanah ni.
Ok, sekarang aku dah selesai bitau apa yang kami dah buat, sekarang aku nak beritahu apa yang aku TERKILAN sangat sampai aku buat post nih.
Aku tak tahu apa yang korang fikirkan, adakah apa yang kami buat ni sebenarnya baik untuk semua, ataupun sia-sia jek. Kami tak minta untuk DIAPPRECIATE gila-gila sampai sembah kaki, itu aku pon geli. Tapi apa aku mintak kooperasi dari semua ahli-ahli.
Contoh, mesyuarat agung semalam, aku kecewa dengan bilangan yang hadir. Yang datang, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak. Yang tak datang ni aku nak tanya
Kalau dah puas hati, lega lah jugak. Tapi kenapa tak nak datang? Ni kan penting untuk masa depan kepimpinan di sini jugak??
Kalau lah tetiba jek yang baru ni buat tak bagos, korang jugak yang kritik macam orang tu bersalah dari sejak nenek moyang korang. Mulalah kata korang leh buat lagi bagos. So kalau macam tu kenapa tak nak datang untuk sokong orang yang berkelayakan??
Bila program cacat sana sini, mula salahkan pemimpin, kalau korang tahu macam tu akan jadi, kenapa dulu tak pilih betul-betul??
Orang boleh cakap macam-macam, ko sendiri bikin tengok, tau tinggi rendah langit tuh.
Aku nak tahu dalam post nih, apa sebab korang tak nak hadir.. malas?..parent datang?...thesis?...sakit??
Kalau ikutkan kami dah beritahu SEMINGGU sebelum sekurang-kurang nya, tak kan segala rancangan korang tak leh nak ANJAKKAN untuk mesyuarat setahun sekali. Logik fikir pon boleh..
Aku tak nak la menyalahkan sesapa, so dalam post ni bolehlah aku nak jadikan medan korang beritahu apa yang sebenarnya korang rasa tentang PKPMI, tolonglah beritahu supaya aku boleh beritahu yang akan datang.
Beritahu je apa-apa, kalau aku boleh jawab aku jawab, kalau tak aku beritahu kepada pimpinan depan untuk kita perbaiki.. MINTAK TOLONG SEMUANYA!!
sekian.......
Buat AGM kat hotel 5 bintang...
makanan yang mahal-mahal, kambing golek 40 ekor...insyAllah akan ada orang datang menyembah kaki nak pergi...
Termasuklah orang-orang yang tidak pernah nampak muka di program-program PKPMI sebelum-sebelum ini...
bagus jugak cadangan tuh,
masa tuh aku tak suruh sembah kaki, aku mintak jilat jek.. haih~~
susah betul nak datang ke satu mesyuarat pon.. bila dah terase nanti bahna salah pilih pemimpin, baru la nak nganga~~
sedih je potong kertas undi banyak-banyak smpi subuh T,T
tak polah...camno nak buek...
nanti dah tuo nanti sodar lah...
buih mulot cakap tak guno...
ntah ler.. susah betul nak bagi kesedaran.. tau nak kritik tapi tak nak participate.. orang kita semua memang mcm tuh..sedih aku tengok diorang nih~~~