VVIP BLOG INI

Mahasiswa DI Indonesia Perlu Peka Tehadap Kepimpinan

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 2/11/2010 06:30:00 am

Salam,






Lama jugak aku tak bercerita tentang kepimpinan dalam blog aku, konsentrasi aku banyak kepada cerita-cerita yang ada di Malaysia sekarang ni, jadi untuk post kali ni aku nak sama-sama berkongsi pandangan dan idea-idea aku mengenai kepimpinan kita yang ada di Indonesia nih.

Kita tahu di Indonesia ada dua persatuan yang telah betul-betul establish, satu adalah persatuan pelajar sendiri (PKPMI) dan satu lagi adalah Kelab UMNO (KULN). Kedua-dua persatuan ini telah mahasiawa semua sedia maklum telah banyak menjaga dan prihatin dengan segala masalah mahasiswa yang ada di tempat mereka.

Dan daripada PKPMI sendiri memang menjadi objektif utama kita nak jaga kebajikan pelajar dan kita nak bentuk perpaduan di kalangan kita. Tak perlulah kita nak contohi tempat-tempat yang lain buat pelbagai persatuan dan akhirnya perpecahan pon berlaku. Kita tak nak perkara itu terjadi di tempat kita. Kita ada acuan dan ramuan kita sendiri untuk membentuk kesatuan di antara kita semua.

Seperti dalam post aku yang lepas aku ada janji untuk komen mengenai bagaimana mahasiswa bersikap pada persatuan. Dalam pemerhatian aku, hanya sebilangan sahaja yang betul-betul ambil tahu dan ambil kesah terhadap segala berita-berita terbaru dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh prsatuan. Yang lain sepertinya acuh tak acuh je dengan apa yang persatuan mahu lakukan.

Nak salahkan mereka ni pon tak guna jugak, mungkin salah kita dari pimpinan persatuan sendiri, mungkin masih tak cukup usaha kita, tak pon mungkin kita hanya nak tumpukan kepada orang yang minat jek. Asal kita anjur satu aktiviti dan ada la beberapa yang nak hadir itupun dah cukup baik.

Aku jugak TAK NAK menjadi orang yang IDEALIS semata dan tidak PRAKTIKAL dalam hal ini. Memang tak mungkin la nak seru semua pon aktif dalam persatuan. Masing-masing dengan alasan masing-masing. Pujuk punya pujuk macam pujuk girlfren sendiri pon tak makan jugak, masih jugak dengan pendirian mereka.

Aku tak nak lah bandingkan kita dengan pergerakan mahasiswa yang ada di Malaysia, gerakan mereka hebat!! Perjuangan mereka mantap!! Jangan cuba nak goyangkan prinsip mereka pasti diserang habis-habisan!!



LAWAN TETAP LAWAN!!




Paham lah tu kan, aku tak la mintak kita jadi seperti tu, aku paham kebanyakan mahasiswa yang ada di Indonesia ni kebanyakan adalah pelajar perubatan. Sedikit je yang ambil jurusan agama dan pertanian. Kalau di Malaysia pun pelajar perubatan memang kurang aktif berbanding fakulti yang lain, sebab beban kerja yang lagi berat dari yang lain

Aku tak mintak kita perjuangkan persatuan sampai kita perlu pertahankan idealistik persatuan sampai perlu berperang sakan. Aku juga tak mintak semua turun ke jalan jika ada perkara yang nak sangat kita tegaskan, biar semua nampak ganasnya pergerakan mahasiswa di Indonesia! Tidak!! Aku tak mintak benda macam tu, dan aku rasa sia-sia je pon kita buat. Nak kena peringat kita ni pendatang!! Ko buat kacau di negara orang, memang silap la masuk lokap, menyusahkan kawan-kawan nak keluarkan kita dari situ pulak.


Jadi apa yang aku nak mintak??


Permintaan aku tak banyak, tak terlalu berat nak buat, tak susah nak cuba, aku cuma mintak rakan-rakan PEKA dengan segala yang berlaku dalam persatuan. Aku hanya mintak PARTISIPASI dari semua mahasiswa dalam semua aktiviti yang persatuan buat. Jangan lah kita hanya nak penting diri buat kerja sendiri. Anggap semua yang dilakukan hanya sia-sia.

Aku nak tanya kepada mahasiswa perubatan, adakah sebab kononnya kita ni pelajar perubatan jadi kita perlu lupakan perkara yang lain disekeliling kita? Kalau aku nak kata korang ni sebuk tapi dalam FB aku tengok aktif semacam jek, segala macam status keluar, ade yang kate bosan, ade yang curhat, ada yang marah-marah, eh?? boleh pulak berFB?

Jadi apa kata kalau segala waktu yang kita luangkan di FB atau pun bersantai-santai borak-borak sembang-sembang dengan member tu kita bagi sedikit waktu kita untuk kerja persatuan. Tak boleh ke? Rugi ke kalau buat macam tu? TAK!!! TAK RUGI SAMA SEKALI!!

Ini adalah latihan untuk kita untuk jadi manusia berketrampilan pada masa hadapan. Kita kadang-kadang lupa sebab kita rasa bila balik malaysia nanti tak pe lah, dah ade kerja. Kita tengok balik pelajar fakulti lain, bila belajar belum tentu boleh dapat kerja. Keluar-keluar nanti kena tahu macam-macam hal untuk nak dapatkan kerja... graduan banyak beb!! tak de ko tak mati nye lah, ade berlambak lagi yang nak kerja tuh.

Kalau aku nak cerita pasal sikap yang perlu kita ubah memang banyak, tak payah lak nak beritahu, semua pun tahu. Nak atau tak jek nak ubah perangai tuh.

Aku nak kecilkan skop di Bandung pulak, minggu depan AGM akan kita buat, tapi masing-masing macam kurang enthusiatisme. Bila ditanya siapa yang nak ambil alih jawatan, masing-masing macam tak berapa pasti, semua pun macam tak percaya diri!!

Aku tak de lah nak mintak kita semua BERLOBI sakan, tapi kurang-kurang tunjukkan KEBOLEHAN. Apa yang aku nak lihat PEMIKIRAN dan IDEA korang sume mengenai persatuan. Boleh buat KERJA hanya salah satu daripada syarat pilihan.

Aku nak tengok di kalangan yang nak ambil alih kami ni orang yang peka dengan persatuan, yang tahu mengenai isu semasa di tempat sendiri dan juga di Malaysia. Selalu ada idea-idea untuk bantu menguatkan persatuan.

Aku juga nak tengok visi kalian bagaimana nak bawak persatuan ni. Aku dah banyak kali pesan, kita ni persatuan mahasiswa, jadi perlu berfikir dan bertindak seperti mahasiswa. Kita bukan lagi ade di persatuan di sekolah, semua pon cikgu yang uruskan, kita pak turut jek. Tapi sekarang dah beza, tergantung inisiatif korang lah untuk menggerakkan persatuan. Kamu tak gerak, maka matilah persatuan.

Rakan.rakan, itu lah yang aku harapkan, mari sama-sama kita mantapkan persatuan kita. Jangan kita kalah dengan persatuan yang ada di Malaysia. Kita juga MAMPU nak jadi seperti mereka!!



HIDUP PKPMI!!!!



Sekian......

Comments (5)

fuuuuhh!!!bersemangat betul baca YDP punya post kali ni.hehe
bagus2..itulah realitinya.sebenarnya yang lain tu tak peka sebab dia tahu ada orang kat atas2 tu yang buat kerja.diorang just seronok nak datang dinner and ikut games je kot.hohoho~tapi betulla,kalau dibiarkan makin lame persatuan makin tak gerak,takde generasi penyambung.lastly,ape yang senior nak pertahankan terkubur je kang..bukan tak pernah jadi benda2 macam ni.apepun,baiki diri masing2 lah kan.baru boleh nak baiki dan menyumbang kepada organisasi(cakap kat diri sendiri=p)hidup mahasiswa!!

hmmm.. itulah yang jadik aku sedih.

aku tak nak la cakap kita ade krisis kepimpinan..

mungkin aku salah, mungkin aku rasa aku jek yang betul, pendapat orang lain tak, tapi yang aku harap sangat apa yang dah dibuat sekarang tak terkubur begitu jek..

bukan senang nak naik, dan lebih susah nak kekalkan..

hopefully yang lain boleh sedar akan hal ini~~

sedih sebab xsempat nak mengundi..

btw,i think we r better then them,at least compare with the students who r in d same fields in us.and another factors are our situations and conditions..

undian sampai isnin ni?

ko balik ke lom time tuh?

Hmm...

Itu ada jugak betulnya..cuma rasa jeles ngan orang lain yang mantap prinsip persatuan.. kita ade persatuan tapi hanya sekedar fikir nak program jek..

apa yang kita nak orang yang bervisi dan bermirikiran..memang berat permintaan..tapi kurang2 leh mencuba~~