VVIP BLOG INI

Mahasiswa Kita Di Makassar Kena 'Saman' Walaupun Ada Lesen Internasional? Apa Cerita Bapak Polisi?!!!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 2/17/2010 06:45:00 am

Salam,

Sedang aku melayari internet kat rumah aku (memang itu la kerja aku tiap-tiap hari), kawan aku YDP Makassar, Hafiy (hafi-y with 'y' bukan hafi-z.. aku pun conpius mula-mula..huhu) telefon aku nak cerita masalah mahasiswa kita di sana.

Aku dapat tahu daripada dia yang sebenarnya mahasiswa kita kat sana terutama mahasiswa perempuan kena 'paw' dengan polisi masa memandu dengan alasan tak ada lesen!!! Aku terkejut la dengan aduan dari YDP Makassar tuh, aku tanya lagik, betul ke tak de lesen? Dia kata pelajar ni ada lesen internasional, tapi lesen tu tak diambil kira, dia nak gak lesen memandu cap indonesia punya!!




 Gambar Hiasan



Aku tak nak la terus emo tak tentu pasal bila dengar cerita nih, aku tanya kepada dia ramai ke yang kena? dia kata ramai yang kena mahasiswa perempuan, yelah, pakai baju kurung kan, senang la diorang nak attack.

Aku tak nak buat konklusi lagik, aku tanya lagik, yang diorang tunjuk tuh betul ke lesen atau kad pengenalan jek.

Aku bukan tak tau taktik mahasiswa kita kat sini, sebab aku tak nak memihak tak berdasar, aku tahu banyak mahasiswa kita tipu polisi sini, tunjuk kad pengenalan kata kununnya kita nye negara terlampau canggih sampai lesen kita dalan IC (tapi memang betul pun negara kita canggih....).

Jadi sebelum nak bagi kata dua, ada beberapa benda yang aku nak kena kaji :
1. Pelajar kita ada lesen, tapi lesen malaysia je, tak convert lagi lesen internasional.
2. Pelajar kita memang tak de lesen langsung, menggebang kata ade lesen.
3.Pelajar kita memang ada lesen internasional

Pertama, jika pelajar kita ada lesen melaysia je, memang aku terpaksa jawab dengan hati yang berat, korang memang salah. Sebab kita pon tahu lesen kita tak valid kat sini. Kalau kantoi terpaksa la menjawab dengan bapak polisi. Susah nak bantu kalau macam tuh.

Kedua, ni pun satu lagi yang nak carik penyakit. Langsung tak de lesen tapi buat-buat confident kata ada lesen, tunjukkan la IC dia kata lesen dia dah ada dalam cip IC tuh. Taktik ni memang banyak pelajar kita buat. Yang ni pun kalau bapak polisi tuh bijak sikit dan korang kena tahan, itu pon aku tak boleh nak tolong dan buat laporan kepada pihak atasan.

Ketiga, kalau la mahasiswa kita dah ikut saluran yang betul, dah buat lesen internasional yang dah standard satu dunia, kena jugak tahan, ini kami di PKPMI kena perjuangkan!!! Apa cerita pak nak tahan mahasiswa kami di sini?? Sim nya udah ada, kok bisa salah??

Yang lagik aku hot masa aku borak-borak dengan Hafiy tadi, dia claim yang mahasiswa kita memang ada lesen internasional!! So kenapa pulak masih nak tahan?!! Nampak sangat sebenarnya korang nak carik makan!! Makan la makan!! kembung perut tu ada ulat kat pusat ko!!

Ini adalah satu helah dan perbuatan jahat yang mereka lakukan terhadap pelajar kita. Mereka anggap pelajar kita kaya sebab tu mereka sengaja tahan untuk meminta wang. Bukan sedikit mintak, beratus ribu rupiah bahkan berjuta!! Tak bayar cerita kat balai, apa kes?!!

Aku akan mintak YDP Makassar untuk selidik perkara ini dengan mendalam, jika benar pelajar kita ada lesen internasional, dan tak dilayan oleh polisi, aku nak bawa perkara ini ke kedutaan. Pelajar kita telah dicabul hak asasinya walaupun kami adalah warga negara asing.

Kami di PKPMI bukan mahu merenggangkan hubungan, aku anggap ini adalah isolated kes, BUKAN terjadi di SEMUA tempat. Jadi kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini.

Aku juga meminta supaya dari pihak kedutaan dapat membantu kami PKPMI untuk bantu pelajar-pelajar yang teraniaya ni.Jika perkara ini tak ditangani segera, pasti mereka akan ingat kita ni lemah dan akan terus menindas pelajar kita yang ada di sana.

Aku nak ucapkan terima kasih kepada Hafiy sebab bawa cerita ni kepada aku, aku cerita di blog aku bukan kerana nak malukan pelajar kita tapi aku nak semua mahasiswa satu indonesia tahu dan aku minta semua mahasiswa untuk berhati-hati dan melaporkan kepada PKPMI jika kes ini ada berlaku di kawasan mereka.



PAW!!!



sekian.....

Comments (4)

Saudara,
Apa yang saya tahu, 'International Driving License' hanya laku di sesebuah tempat selama setahun. Misalnya di UK, pelajar Ijazah dan PhD terpaksa mengambil UK License dengan mengambil kelas dan latihan praktikal semula. Bagi pelajar Master tidak perlu kerana program adalah selama setahun. Saya tak tahu samada maklumat yang saya akan nyatakan ini salah atau tidak. Tetapi banyak di kalangan pelajar kita di UK menghantar lesen memandu Malaysia beserta dengan Passport Original ke Hongkong dengan bantuan orang tengah (ajen) dengan bayaran 400 pound. Dalam masa paling lama 2 minggu lesen UK akan diperolehi. Perkara ini dapat dilakukan kerana United Kingdom menerima lesen Hongkong yang pernah menjadi tanah jajahan sehingga tahun 1997 lalu.

Mungkin saudara boleh membuat siasatan samada perkara ini salah atau tidak dari segi keselamatan negara kerana passport dihantar ke hongkong tanpa pelajar itu sendiri ke sana.

Salam.

Di negara-negara komanwel, lesen memandu negara sendiri, boleh berlaku dimana-mana negara komanwel tersebut selama visa 6 bulan. Jika seseorang itu masih berhasrat untuk tinggal dan memandu di negara berkaitan selepas 6 bulan, kes seperti ini kena apply untuk International License dan berlaku hanya untuk 6 bulan berikutnya.

Kalau nak stay dan memandu di negara berkaitan lebih dari 1 tahun, seseorang itu perlu urus untuk dapatkan kebenaran memandu dan lesen dari negara tersebut. Ini berlaku di mana-mana negara komanwel.

Aku tak pasti tentang aturan jalanraya di Indonesia. Kita kena check pasal ni dengan pihak berkaitan.

Yang pasti, Indonesia bukan negara komanwel jadi aturannya pasti berbeza. Kalau negara komanwel kita hanya boleh guna international license utk 6+6 bulan, aku tak rasa di Indonesia, international license kita boleh berlaku lebih lama dari setahun.

Mungkin juga kerana kita adalah negara jiran, ada perjanjian lain tentang aturan Jalan Raya. Ini pun kena disemak semula melalui kedutaan Malaysia di sini.

Tapi jangan berharap tinggi. Walaupun aturannya ada, susah juga nak deal dengan orang di bawah yang jalankan tugas terutama polisi. Aku je pernah urus satu benda dan walaupun berada pada aturan benar, dia susahkan aku sampai pi balai etc. Dah panggil kedutaan baru nak lepas (dan dia tekanan sebab kedutaan tak bagi duit suap).

Bak kata orang-orang sini. Di Indonesia,"Kalau bisa dipersulit, kenapa dipermudah?"

Rizal Abd Rahman

ananymous:

ini satu maklumat yang saya tak tahu..pelajar hantar passport ke hong kong?? nak main tuduh tak boleh ni sebab perlu ada bukti kukuh untuk sabitkan kesalahan ni kepada mereka..

dari segi itu mungkin saya akan rujuk kepada pihak atasan lagik mengenai perkara ini..

terima kasih atas informasinya

rizal:

betul la tuh.. masalahnya, diorang tak kan bagi tugas kita jadik mudah.. orang asing..pe jadahnya nak bagi mudah..bukan rakyat negara aku pun..

tak leh nak salahkan diorang jugak..kita pon sama je sebenarnya..tak perlu nak defend orang kita jugak...

hmm... bile dah nama perangai manusia..tak kira la kulit warna apa.. hati dah hitam.. tetap jugak nak pedajal orang