VVIP BLOG INI

Sapa Tahu Apa Beza Highway Malaysia Dan Indonesia? Angkat Tangan!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/17/2010 05:35:00 am

3

Salam,

Aku baru je balik dari kedah, ada program agama di sana, satu family aku pergi, semangat betul walopon jauh.

Kitorang pergi ada dalam dua kereta, ayah dan mak aku pergi ngan adik-adik aku yang kecik, aku dan adik ketiga aku pergi dengan kereta adik kedua aku (FYI, adik aku kedua dah kawen!! isteri dia dah nak beranak dah hujung bulan dua ni..malu aku jadi abg sulung..T_T)

Jadi macam biasa ah kalau nak pergi ke kedah kena la masuk highway, lama la jugak nak sampai, dalam 5 jam lebeh, adik aku pun boleh tahan, bawak kereta macam pelesit, aku yang kat dalam tu cuak-cuak..haha

Sampai je masuk highway, aku pun duk perhati la Malaysia punya highway ni, tetiba pulak dalam otak aku terfikir pasal highway kat Indonesia tu..Meh sini aku listkan perbezaan kedua highway Malaysia-Indonesia


1. Struktur highway

Yang ni memang aku tak payah nak puji banyak, highway Malaysia memang cantik!!! macam-macam bentuk boleh aku tengok.

Kalau Indonesia pulak, bagi aku diorang buat highway ni macam asal ada je, korek tanah, rata tanah, letak besi-besi pastu tampal ngan tar..itu la highway yang aku nampak kat sana.


2. Permandangan sekeliling highway

Aku duk perhati laa kita punya highway, kalau landskap yang tepi-tepi jalan tu macam-macam bentuk dan warna ada. Aku punya puji laa ketekunan pakcik-pakcik pemangkas rumput dan pokok tu, rajin dan teliti sungguh buat kerja. Tak pernah aku tengok scenery tepi jalan tu kusut-masai macam janggut tak potong setaun.

Kalau di Indonesia, macam tak je, kalau ada pun sikit....


3. Jenis kenderaan yang boleh masuk highway

Yang ni aku nampak ada lain sikit Malaysia-Indonesia, kalau di Malaysia, semua jenis kenderaan pun boleh masuk highway, tapi kalau di Indonesia MOTOR TAK BOLEH masuk highway.

Aku dulu macam tak boleh nak terima kenapa tak bagi ja diorang pakai, tapi bila aku tengok volume motor yang ada kat sana punya la banyak, bayangkan kalau diorang masuk highway, macam segerombolan anak-anak bebek (itik) yang kiut sedang berlari-lari kat highway pun ada nanti..hehee..


4. TOL!!

Aku memang puji la Malaysia ni banyak betul highway yang dibina dari masa ke masa. Ada seorang putih ni pernah bitau, yang kita punya jalan ni still and still developing, kalau negara lain contoh Indonesia dah tak boleh, dah sesak sangat, tak de tempat nak tampal jalan dah.

TAPI!!! yang paling aku tak tahan bila ada banyak highway ni, banyak la tempat pakcik-makcik memanggil-manggil mintak duit (orang tol) .. haih..yelah, nak buat macam mana, bukan kerajaan boleh tanggung semua, nak tak nak kena buat perjanjian dengan syarikat swasta untuk cari modal.


5. Kenderaan awam di jalan

Ni satu lagi yang aku perhati lama dah, kalau di Malaysia aku sangat puji sebab sistem kenderaan awam memang sangat bagus dan teratur. Kita dapat tengok dulu macam mana kerajaan nak bagi sistem kita diperbaiki terus-menerus, BAS MINI (kalau sapa masih ingat bas pink tu ah) dimansuhkan atas sebab terlampau kecik dan ekzos tak reti nak lap..

Jadi kita dapat tengok la skang ni memang la bagus perkhidmatan, kalau tak mau naik bas or teksi, yang aku paling seronok kat KL ni ada train!! Ini la aku rasa spisies kenderaan awam yang menyenangkan idup aku sehari-hari, senang betul aku nak pergi ke mana-mana.

Tapi kalau kita tengok sistem kenderaan awam di Indonesia, tak berapa nak teratur dan masih lagi ada kenderaan-kenderaan tradisional. Yang paling popular sekali macam biasa la, ANGKOT!! Ada yang tak pernah tengok ek??





Angkot



Angkot ni memang la dah lama ada di Indonesia, dia akan panggil-panggil penumpang masuk sampai la penuh, kadang-kadang tak mo gerak selagi tak penuh, memang panas hati la, suka betul ngetep (berenti-berenti)!!!

Dan selain pada angkot, ada yang dipanggil tut-tut, banyak ada di Jakarta sahaja




Tut-tut


Banyak lagi lah kenderaan yang lain, kereta kuda pun still ada!! hmm..memang susah nak ubah sistem, sebab itu la mata pencarian rakyat diorang yang diorang mampu, kalau dibuang mereka nak makan apa, itu pun kena fikir jugak.


6. Tahap kesabaran dan toleransi Pemandu

Ini aku bagi 5 star kat Indonesia!! Diorang punya sabar di jalan memang superb!! Aku memang jarang tengok diorang marah-marah di jalan, kereta berenti tengah jalan pun diorang boleh sabar menunggu..wahhh..respek siut~~

Kalau orang kita?? Tak payah aku nak komen lebih-lebih..korang sendiri pun tahu....


7. Main-main hon di Jalan

Orang Indonesia hon kereta maksudnye AWAS!!! nak bagi peringatan supaya lebih berhati-hati..

Orang Malaysia kalau hon maksudnye..HOI, NAK CARI GADOH KE??!!! pantang hon sikit..


8. Lesen

Malaysia : WAJIB AMEK KELAS MEMANDU!!

Indonesia : BAYAR SUDEY!!!!



Itu lah kengkawan apa yang aku boleh fikir pasal higway Malaysia-Indonesia nih.. kalau ada raa nak tambah lagi, sila-sila lah tambah-tambah sendiri...

Walau di mana-mana negara pun, masalah highway dan kenderaan memang perlu diambil serius, macam-macam kebijakan yang dilakukan pemerintah negara untuk memastikan masalah ini dikurangkan SEMINIMAL MUNGKIN.

Apa-apa pun aku berdoa semoga negara kita dapatlah buat banyak lagi jalan-jalan yang bukan saje cantik nak pandang tapi juga bermanfaat demi mengurangkan lalu lintas yang semakin parah di mana-mana..


SOLUSI!!


sekian....

Pemandu Teksi di New York Pun Boleh Bersikap Jujur, Kita...?

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/13/2010 11:25:00 pm

2

Salam,

Setelah berempas-pulas dengan belajar dan macam-macam lagi tanggungjawab aku yang aku kena uruskan di Indonesia, akhirnya pulang juga aku ke Malaysia..YEAY!!!!

Walaupun dapat cuti 10 hari, tapi dah cukup dah tu, kalau lama-lama sangat kompem bosan duduk kat umah..bila dah lelama terperap di rumah tangan kaki ni mula lah gatal-gatal nak buat sesuatu..hahaha...

Banyak yang aku nak buat bila balik Malaysia, jumpa family, si DIA, member lama dan yang paling aku tak tahan sekali...MAKANAN MALAYSIA!!



GEMUK




GEMUK




GEMUK!!!!


Ahhh..persetankan..naik la badan sikit pun tak pe, asal dapat mentakedarah makan semua makanan yang ada di Malaysia ni.

Tak tahan asyik makan makanan Indonesia, tak larat nak telan.. Memanglah Malaysia ni HEAVEN MAKANAN SEDUNIA!! Patut sesape yang tinggal di Malaysia ni kena la bersyukur makanan yang ada..huhu

Satu lagi yang aku suka bila aku balik ke Malaysia..aku suka bukak Berita BERNAMA dan AWANI, memang aku duduk la depan tv nak dengar berita-berita terkini dalam dan luar negara.

Dan tadi aku dapat tengok satu berita yang menarik di berita AWANI. Macam mana seorang pemandu teksi yang JUJUR di New York telah memberikan kembali wang yang tertinggal di dalam kereta dia waktu itu.

Di bawah adalah artikel yang dikeluarkan :

***********************************************************




Honest New York cabbie drove 240 miles to return £13,000 left in his taxi by elderly tourist on Christmas Eve

When an Italian grandmother accidentally left $21,000 (£13,000) cash in the back of a New York taxi, police said she should not get her hopes up.

Felicia Lettieri thought she had ruined her family's Christmas and her visit to America when she lost the money on December 24.

But cab driver Mukul Asaduzzaman had other ideas after he discovered an address in Mrs Lettieri's handbag.

'So kind': Taxi driver Mukul Asaduzzaman twice drove hours out of his way to return over £13,000 left in the back of his cab


















Cab driver Mukul Asaduzzaman drove to Patchogue twice on Christmas Eve after he found $21,000 in cash
The 28-year-old thought nothing of driving 60 miles to a house in the Long Island town of Patchogue.

When he discovered that no-one was home, Asaduzzaman left his mobile phone number and a note that said: 'Don't worry, Felicia... I'll keep it safe.'

The cab driver - a medical student from Queens, New York - returned to Manhattan but drove back to Long Island later that evening after Mrs Lettieri's relatives called.

Recalling the moment the 72-year-old discovered her loss, her sister Francesca Lettieri said: 'Everybody said, "This is New York. Forget about it. You lost everything".

Mr Asaduzzaman, who is originally from Bangladesh, even refused to accept a reward.
He told the New York Post: 'When I was five years old my mother told me, "Be honest, work hard and you will raise your station".'

'If it wasn't for him, it would be a miserable vacation,' said Francesca Lettieri. 'We really love what he did.


'

















Mrs Lettieri was in the U.S. visiting relatives and was carrying cash for the whole family.
She has now returned home to Italy.


*************************************************

Kenapa aku tertarik dengan artikel ni? Kalau dulu selalu orang cakap macam-macam benda buruk mengenai orang-orang yang tinggal di US. Habes segala caci-maki dan nama jolokan yang kita bagi, tapi kisah di atas menunjukkan sebaliknya..

Memang betul lah memang kes-kes jenayah di sana berlambak-lambak..tak payah nak kira, buat penat, tapi TAK SEMUA macam tu dan Asaduzzaman adalah salah seorang daripada orang itu.

Nenek punyalah nak bagi ganjaran kepada dia, dia tolak!! Dia ada kata yang penting dia nak nenek tu bahagia dan yang paling aku terharu sekali dia nak MAK dia berasa BANGGA dengan perbuatan baik yang dia dah buat..WOW!!!

Aku terpikir balik, kita ni orang Asia, lagi la pulak orang Melayu, habes kita canang kepada dunia bahawa betapa kita orang Melayu dan orang Malaysia mempunyai budi pekerti adab sopan yang tinggi?

BETUL KE?

ATAU HANYALAH SATU DAKYAH DAN RETORIK SEMATA?

Kalau lah kita berada di tempat Asaduzzaman ni, dapat pulak durian runtuh orang tinggal duit dalam kereta kita, sanggup tak kita pulangkan balik? Dah la dia bawak sampai 60 batu semata-mata nak pulangkan balik duit tu!!

Tak payah la banyak-banyak.. 50 ringgit pun dah cukup..belum sempat orang tu tutup pintu rapat dah chow laju-laju..betul tak? Tak payah nak gebang le..kalau aku pun mungkin buat macam tu jugak..huhu

Bangga aku bila baca berita ni, walaupun dia orang Islam yang ada di US, tapi Islam dia tak pulak tercemar macam yang kita sangkakan

Aku sedih tengok orang kita, walaupun BUKAN SEMUA tapi kadang-kadang aku tengok dah makin HILANG adab sopan,

ADAB DENGAN ORANG TUA

SOPAN DENGAN GURU

TERTIB DENGAN RAKAN TAULAN

Semua tu aku lihat dah makin tak dijaga

Ni aku ada lagi satu pengalaman, pernah aku tengah naik KTM, masa tu tengah KTM penuh, aku tengah berdiri, boleh tahan jugak lenguh kaki

Tiba-tiba aku terdengar orang marah-marah kat sebelah aku, aku paling lah muka, aku tengok ade dua orang remaja sedang marah seorang budak, aku ingat diorang member-member, tapi tenyata bukan.

Aku pandang lagi, napa pulak nak bising-bising dalam KTM yang tengah padat ni. Rupanya dia marah budak tu sebab budak tu pakai baju lambang naga, mungkin ada kena mengena dengan persatuan ke atau kumpulan yang dia join, kononnya hati panas la budak tu pakai baju cop naga tu, macam la cop naga tu diorang ada dapat pengesahan SIRIM atau ISO, takpun cop HALAL dari JAKIM kata lambang naga tu diorang je yang boleh pakai.

Dalam keretapi tu jugak dia suruh, sian aku tengok budak tu ketakutan, memanglah dia terpaksa bukak jugak baju.. Malu kena bukak depan khalayak ramai dah cite no. 100.. Tak bukak memang naya..

Yang paling aku heran, nak tahu apa yang orang-orang sekeliling tu respon??



BUAT BODOH JE!!!


Ada budak tengah kena gertak semua orang buat tak tahu, sebab nye mudah, sebab peristiwa tu tak ada kena mengena pun dengan diorang, kenapa perlu nak cari masalah?? Senang je pemikiran..

Aku geram jugak..tapi sama lah aku pun tak buat apa-apa..sampai sekarang aku masih menyesal dengan kejadian hari tu..apa pun aku tak buat nak bantu orang kita sendiri

Bayangkan kawan-kawan, kalau lah semua sekali bersatu hati nak tolong budak tu, tak kesah la gedeber mana pun dua remaja tadi, tak kesah lah orang yang nak tolong tu sume mamat-mamat nerd.. tapi kalau reramai pergi dan tempeleng jek remaja tu, tak ke diam dia? Melawan memang silap lah, belasah je reramai.. nak sangat kan tunjuk dia preman (gangster) kampung.

Itu lah kengkawan, jadi fikir-fikirkan lah.. adakah kita masih ada sifat adab sopan yang tinggi yang kita banggakan itu?

Kalau betul kita nak menjadi satu bangsa yang maju, bermaruah dan mempunyai tata susila yang tinggi, patutnya dari sekarang kita pupuk nilai-nilai yang baik tadi.

Jangan kita hilangkan IDENTITI yang telah nenek moyang corakkan untuk kita..itulah khazanah yang paling berharga yang patut kita JAGA dan PELIHARA.


KECEWA!!!

sekian...




Review Cabaran Yang Dihadapi Mahasiswa Malaysia Di Indonesia Tahun 2009

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/10/2010 11:25:00 am

0

Salam,


Tahun baru 2010 baru je menjelang, tapi aku tak dapat nak berseronok pun,
exam masa tu nak dekat, kononnya nak fokus lah kepada study (tengok la aku tengah buat apa sekarang ni,study lah sangat....)


Jadi sekarang ni aku nak cerita sikit mengenai cabaran yang kami pelajar Malaysia di Indonesia hadapi sepanjang tempoh tahun 2009. Jika nak kata orang patut arif mengenai masalah pelajar yang ada seluruh Indonesia memang aku lah, nama pun presiden persatuan pelajar. Jadi dah jadi rasa tanggungjawab untuk beritahu kepada semua masalah apa yang berlaku pada kami.


Aku dah tinggal di Indonesia ni atau lebih spesifik di Bandung ni dah 3 tahun setengah, ada lagi 2 tahun setengah aku nak tamatkan pengajian aku. Dan dalam 3 tahun ni, aku rasa tahun lepas memang tahun tahun yang paling tinggi cabarannya kepada semua pelajar. Meh kita review masalah tahun lepas...


1. Hubungan Antara Malaysia-Indonesia


Haaa...ini aku rasa satu Malaysia pun tahu masalah kami ni, apa lagi kami sendiri yang rasa, sebab kami yang tinggal kat sini.


Alah, perkara dan isu ini bukanlah perkara yang baru pun, sejak dari aku tahun satu lagi masalah ni dah ada. Isu ni dia macam 'chips more', Kejap ada, pastu hilang dah. Yang membezakan adalah, tahun-tahun sebelumnya tak dapat coverage luas, tahun lepas secara besar-besaran. Mari aku kupas satu-satu untuk pembaca.

Tahun kedua, kalau ingat lagi isu orang kita pergi pukul jurulatih@pengadil silat semasa perlawanan apa ntah, wooo...isu tu naik sampai ke universiti aku. Habis demo segala macam diorang buat, yang paling menarik masa tu yang aku masih ingat,
diorang tampal poster dan tulis boikot makanan malaysia! Mahasiswa Malaysia balik! Tak ke pening masa tuh??


Tahun pertama ada jugak kes, tapi tak sesuai aku nak cerita.Terlalu sensitif...


Akhirnya masuklah tahun 3, masa ni paling banyak kes terjadi.


Satu, keluar isu Manohara. Aku pun tak paham juga macam mana kes rumah tangga orang boleh jadi isu negara. Ini kan isu peribadi?Mengapa perlu dibuka pekung tu untuk pengatahuan semua? Tak ke pelik tuh?

Balik-balik kat sini, habis dia cerita masalah dia dan dapatlah dia berlakon drama dengan tajuk 'Manohara'. Habis cerita tu kutuk (secara tak langsung) kita.


Akhirnya, apa yang aku tahu, bila kes ni dibawa ke mahkamah, dia disaman ntah berapa banyak tapi besar jugak sebab gagal untuk menghadiri proceding. So aku nak tanya balik, siapa yang salah? Kenapa nak diceritakan pda semua? Fikirlah sendiri ye? Sebab dalam entries aku ni bukan nak cerita mengenai Manohara. She's HISTORY..hohoho


Kedua, isu ada orang ubah lirik lagu kebangsaan Indonesia iaitu lagu Indonesia Raya. Aku pun ada baca lirik yang diubah tu, memang kurang ajar siapa yang tulis. Sekarang yang menjadi masalah adalah, siapa yang buat? orang malaysia? orang luar? atau orang indonesia sendiri?

Boleh jadi orang luar yang nak lihat kedua negara bergaduh, dia yang mengadu domba. Boleh jadi juga orang indonesia sendiri yang tak suka hubungan antara indonesia-malaysia yang bertambah baik sebab najib-SBY memang rapat hubungan. Diorang nak hubungan tegang macam zaman sukarno dulu yang mencanangkan Ganyang Malaysia, boleh jadi juga.

Dan boleh jadi jugak memang mamat yang tak reti bahasa orang kita sendiri yang tak peduli langsung apa maksud hubungan internasional ni sesuka hati cari pasal. Siapa yang salah aku tak nak tunjuk, tak ada BUKTI sebab benda tu disebarkan melalui internet. Jadi macam mana nak tahu? Betul tak?

Ketiga, lepas jek habis cerita Manohara, keluar pula isu budaya, isu tarian pendet, masa kes manohara, tak meletup sangat media kat sini, tapi bila keluar isu budaya ni, habis perhatian media kepada malaysia, gara-gara satu iklan di Discovery Channel di Astro menyiarkan satu iklan mengenai budaya Malaysia tapi MEMANG dia salah, pergi letak tarian pendet daripada Bali. Orang dia memang lah marah.


Tapi nak kena faham, yang buat tu bukannya KERAJAAN MALAYSIA, hanya satu syarikat swasta daripada Singapura yang buat yang nak ditayangkan di Astro. Jadi mengapa perlu dilibatkan negara hal ni???Itu yang aku jadi tak faham. Yang paling menarik, orang kat sini memang kreatif, itu aku tabik, dia buatlah iklan-iklan yang ada kena mengena dengan tarian tu nak bagi barang dia laku...hmmmm...


Keempat, lepas tu keluar pulak isu Ambalat (banyak betul isu), ini aku tak nak komen banyak-banyak. Masalah kepulauan ni dah daripada dulu problem. Dua-dua pun ngaku sempadan tu negara mereka yang punya. Aku senang je, nak selesaikan buatlah dengan saluran yang betul. Apa guna Mahkamah Dunia kalau tak pakai, ye kan? Nanti diorang tak de kerja lah, makan gaji buta, time ni la kita pergi nyusahkan hidup hakim-hakim bijaksana tu..hehe..


Lepas satu-satu masalah keluar, yang best adalah kesan daripada isu ini. Yang paling POPULAR adalah SWEEPING di Jakarta. Heboh satu malaysia-indonesia pasal perkara ni. Dengan tiba-tiba satu persatuan yang dipanggil BENDERA cuba buat sekatan jalan raya dan kononnya nak tahan orang malaysia dan nak dihantar pulang, famaous buluh runcing kejap masa tu.


















Macam ni la rakan-rakan, bagi aku sendiri, apa yang diorang buat tu hanya nak menarik perhatian media je nak naikkan nama persatuan yang baru diorang tubuhkan, bukan lama pun sekatan jalan yang diorang buat. Tak sampai sejam, tapi kesan daripada tu, ramai orang kita yang takut nak datang ke Jakarta, padahal pelajar kita yang ada di sana pun sebenarnya hidup aman tenteram. Jadi jangan takutlah yek.


Banyak lagi kesan kecil kalau nak tengok satu Indonesia ni, presiden cawangan banyak ngadu kepada aku,



'yo...kitorang nye tempat ada demo, ada rumah pelajar kena baling batu, tingkap pecah'

'yo, orang-orang sini sume pandang-pandang slack kat kitorang, camne yek?'

macam-macam lagi yang datang mengadu. Nak buat macam mana, kita ni pendatang. Sabar je la dengan ujian yang kita dapat kan...

Akhirnya macam aku kata, isu ni Indonesia ni macam chips more, selepas beberapa bulan dah tak de isu, semua pelajar di Indonsia hidup aman dan sejahtera. Alhamdulillah


2.Gempa Bumi Berskala Tinggi

Ini satu lagi tragedi yang sangat menyayat hati. Dalam 3 tahun aku di sini, memang tahun lepas tahun gempa bumi yang paling teruk pernah aku alami.

Dari dulu lagi memang di Indonesia ni terkenal dengan gempa bumi, tapi tak ada lah seaktif tahun lepas, Pulau Jawa dan Pulau Sumatera yang paling teruk terjejas akibat kejadian alam ni.


Pertama, terjadi gempa bumi di Pulau Jawa, di Tasik Malaya, 7.3 skala Richter. Masa tu, berita di media memang fokus kepada cerita ini sahaja. Tapi masyaallah memang sangat teruk, berapa ramai korban jiwa, dan paling sedih banyak rumah-rumah, hospital, sekolah dan bangunan lain yang roboh, fasiliti tak ada, api dan air terputus, semua bergelap, duduk bawak khemah, bayangkan betapa teruknya keadaan masa tu.


Jadi, atas dasar nak bantu orang di sini, kami persatuan pelajar bersama pihak kedutaan pergi menghantar bantuan di Pangalengan, Bandung yang teruk juga terjejas akibat gempa. Pelajar dari Bandung dan Jakarta telah dihantar untuk berikan bantuan.Sedih tengok keadaan di sana.





































Kedua, ini yang paling parah, terjadi gempa di Sumatera Barat, 7.6 skala Richter, kalau yang di Jawa tak melibatkan mahasiswa kita, tapi yang ini mahasiswa kita di Padang dapat direct effect.

Aku ingat lagi waktu tu jam 5.30 pm, tengah syok aku tido, tiba-tiba aku dapat call kawan aku dari Padang, Fahim, pemimpin pelajar di sana, aku ingat saja lah nak buat friendly call, tiba-tiba dia dengan suara sangat takut dan cemas beritahu dia mereka baru sahaja mengalami gempa. baru je 15 minit lepas!!!

Tak melompat aku kat atas katil tu..terus aku hubungi Datuk Junaidy, Pengarah JPMI, masa tu telefon aku tak berenti-berenti berbunyi. Yang paling la aku tak boleh lupa. TIba-tiba ada call dari stesen radio BERNAMA!! (ni ramai tak tahu, hanya aku, stesen BERNAMA, ayah aku dan pendengar radio masa tu).
Rupa-rupanya ayah aku call stesen radio suruh call aku,

'helo en Hafiz,saya terima call dari ayah awak yang katanya di indonesia baru sahaja ada gempa, betul ke?kejap lagi En hafidz live on air yek'

berdebar aku kejap..

'ye betul'

'boleh beritahu keadaan di sana?'

aku pun beritahu, 'mengikut kata kawan saya...blah blah blah..'

stesen radio tanya..' eh? En hafidz tak terasa gempa ke? gempa tu jadi di mana?'

aku pun beritahu..'gempa terjadi di sumatera..'

stesen radio tanya lagi..'jauh ke sumatera dengan tempat En hafidz?'

'BEZA PULAU...'aku jawab..


diam kejap..aku rasa diorang conpius..hehe

Itu lawaknya masa tu, tapi dapat jugak aku terang dengan berkat berita kat tv masa tuh.huhu.

Aku selalu update dengan mereka hinggalah mereka selamat sampai ke malaysia keesokan harinya.. Naik Hercules..aku nak jugak!!!!

Macam tu lah...itu dua isu besar yang ada tahun lepas..ini pun dah panjang lebar aku tulis...Penat semua nak baca..Jadi berharap untuk tahun ke depannya agar mahasiswa kita di sini tidak ada lagi masalah seperti ini. Biarlah kami hidup aman dan tenteram tanpa apa-apa masalah sampai lah kami balik malaysia..



AMIN!!!!!



Sekian...



Perang Gambar Dalam Dunia Blogger

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/09/2010 10:24:00 am

0

Salam,

Hmm..aku ni sebenarnya baru je lagi dalam dunia blogger ni..
Tapi baru je aku terjun dalam dunia ni..masyaallah, mata pun terjojol keluar, minda pun terbukak luas.

Bukan apa, rupa-rupanya dalam dunia maya blogging memang dahsyat dan sadis 'berperang'
Kalau dulu semua akan tunggu ulasan dari penulis-penulis akhbar yang masyhur untuk sesuatu isu.
Tapi sekarang ni, siapa saja pun mengeluarkan idea mereka sendiri. Tak perlu lah dapat tauliah RTM atau tak. Tak payah jugak nak belajar tinggi-tinggi sampai menara KLCC untuk dapatkan sekeping ijazah untuk mendapat 'recognition' masyarakat yang kita ni reti menulis. Bukak jek 'accaunt' blogspot seketul tulis lah berketul-ketul.


Jadi semua pun tulis la apa yang diorang nak tulis...kalau dalam dunia blogger mengenai politik ni, yang baru nak raba-raba dapat tempat ni, tulis pun takut-takut lagi.
Kalau 'otaimer' , tulis pun dah tak pakai cop SIRIM..habis keluar semua benda..ayat carut-carut tu biasa. Tapi dalam ayat carut-carut tu pun aku boleh highlight kan POINT yang dia nak sampaikan, maksudnya bukan dia tak boleh tulis skema tapi nak sesuaikan dengan selera pembaca.

Satu lagi la yang paling menarik perhatian aku sejak aku melompat dalam dunia ni.




GAMBAR!!




Aku tabik spring dengan semua blogger sebab diorang memang kreatif dalam bab ni..Dalam blogger kalau tulis je orang jadi bosan nak baca. Jadi gambar memang lah ada peranan yang penting nak bagi blogger lain paham apa yang diorang nak sampaikan.

Jadi habislah mereka 'master' kan blaja adobe photoshop dan seangkatan dengannya, tak pun member punya amek kejap masuk dalam blog, semua cara pun ada. Rasa nya nak masukkan gambar tu senang je tapi nak dapat idea pakai gambar apa yang menarik perhatian orang yang susah.

Aku bila tengok je gambar-gambar tu jadi tergelak pun ada walaupun gambar yang dia letak tu gambar ustaz (astaghfirullah), bukan gelak kat ustaz tu, tapi gambar dia yang di 'superimpose' kan tuh.

Kadang-kadang jugak bile diorang buat, ko tak terasa terfikir pun idea-idea mantap dan sadis mereka tu. Memang kejam tahap 'dewata raya'..haha.

Aku pun jadi terfikir,

Memang dalam politik kena macam ni ke?

Bukan kita tak boleh kutuk orang ke?

Patut aku rasa marah@simpati atau aku gelakkan je?

Diorang ni kutuk pemimpin negara, tak ada tindakan apa-apa ke?

Macam-macam lah soalan dalam benak fikiran dangkal aku ni. banyak je lagi soalan, tak keluar la pulak bila nak masukkan entries ni..haha

JAdi penat dah aku cerita, yang penting aku kagum dengan SENI dan KARYA diorang, yang pandai BERHUJAH memberikan idea-idea yang logik dan matang dan yang pandai main-main gambar masukkan GAMBAR-GAMBAR yang boleh menguatkan fakta penulis.. :)

Di bawah saya ada beberapa gambar yang boleh djadikan rujukan.

TIDAK DALAM FIKIRAN SAYA UNTUK MENGHINA SESIAPA, TAPI SEKADAR RUJUKAN TEMAN-TEMAN PEMBACA, MAAF JIKA ADA YANG TERASA



Dari blog penyokong kerajaan:























Buku Dummies jadi mangsa




























Muka baru Jim Carrey































Yang ni aku tak nak komen































Gambar Pope pun diorang bantai jugak tukar..



Dari Blog penyokong parti pembangkang:

























Betul ke mamat ni jatuh bangunan??




















Eh, korang pon nak berdemo jugak ke??












korang leh paham sendiri- no comment!!-















Sekian....



Penjenamaan Semula

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/04/2010 03:18:00 am

0



Salam,



setelah dah pikir-pikir balik..
rasanya nak tuka brand la blog ni..
x mo la nama-nama skema..

aku la cari nama yang sesuai dengan jiwa aku..

dan lepas dah berfikir masak-masak (tak tido siap)

aku tukar nama blog aku kepada:



||Aku PeMiKir||


ni rasanya lebih sesuai dengan diri aku..
dan sesuai dengan apa yang aku nak bawakan kepada pembaca-pembaca yang ada..
Aku nak yang baca blog aku ni cuba untuk BUKA PEMIKIRAN..

aku akan bawakan perkara-perkara untuk kita fikirkan bersama..

isu-isu yang boleh kita diskusikan..
aku berharap segala entries yang aku masukkan ada manfaatnya kepada semua..

bukan nak lagha jaaa..hahaha..


sekali lagi:


||Aku PeMiKir||


Sekian
....



Belia KAMARA : 'Kampung Kita Tanggungjawab Kita'

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/02/2010 03:19:00 am

0

Salam,


Alhamdulillah,
baru sahaja 2-3 bulan yang lepas, kampung saya telah menubuhkan satu persatuan yang dibuat khas untuk anak-anak muda,
Persatuan ini dinamakan sebagai Persatuan Belia KAMARA (Kampung Malaysia Raya),
Ini merupakan satu inisiatif yang dilakukan oleh Persatuan Penduduk Kampung Malaysia Raya yang diterajui oleh pak cik saya iaitu En. Mohd Zainudin Haji Amran,

Saya sendiri sebagai belia kampung memang berasa sangat gembira dan bangga,
kerana akhirnya remaja-remaja kampung yang selalunya asyik-asyik merempit, kalo tak main DOTA kalau tak pun hanya berpeleseran akhirnya dibawa oleh persatuan penduduk duduk semeja bersama pak cik-pakcik yang ada di kampung atas nama Belia KAMARA.

Saya merasakan idea yang dibawa oleh pak cik Nordin sebagai pengerusi Persatuan Penduduk ini adalah tepat pada masa dan perlu dilakukan untuk menyelamatkan remaja yang ada di dalam kampung saya.
Walaupun nama sahaja kampung tetapi terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, sudah semestinya budaya bandar tu dah sebati dengan jiwa belia di situ.

Saya berpindah ke Kampung Malaysia Raya semasa saya darjah 6,
Waktu itu masih belum lagi ada persatuan penduduk, belum lagi ada satu organisasi yang kuat dan tersusun.
Tetapi dalam waktu 10 tahun ke belakang ni saya lihat kampung saya sudah banyak berubah.
Mana tidaknya kampung saya pernah menjadi johan Wilayah Persekutuan untuk Komuniti Bestari (lupa tahun berapa, rasanya 2007).

Banyak sudah program-progran yang telah dibuat,
makcik-makcik kampung lain datang melawat, kami pula keluar dari utara sampai lah ke selatan melawat kampung yang lain untuk berkongsi pendapat dan menimba pengalaman.

Seronok penduduk kampung dapat berjalan ke sana sini. Ini semua usaha dari persatuan penduduk.

Banyak program kepimpinan yang telah dihadiri oleh penduduk setempat.
Program agama di surau semakin mantap.Kalau nak kata ustaz-ustaz yang bagi ceramah,
saya rasa satu pelusuk malaysia ni dah kampung saya panggil untuk bagi tazkirah kepada penduduk kampung.
Program yang khas untuk makcik-makcik yang pun dibuat juga,
Ada bola jaring, senam robik dan yang paling saya suka tengok senam POCO-POCO ( dapat johan lagi dalam pertandingan..hoho) v(^-^)

Namun, semua pun sedar terutamanya barisan kepimpinan persatuan penduduk bahawa walaupun mereka dah bersusah-payah untuk menaikkan nama kampung,
mereka perlukan pelapis untuk meneruskan kerja-kerja yang mereka telah buat.
Itu yang timbul idea untuk menubuhkan Belia KAMARA.

Saya sendiri pun dapat melihat, kalau lah tidak ada penubuhan ini, memang susah nak mengumpulkan semua anak-anak muda untuk bersatu, mengembleng usaha dan tenaga untuk membina kampung.
Ye lah , untuk membentuk anak-anak muda untuk jadi pelapis, tak akan lah nak terus diserap masuk ke dalam Persatuan Penduduk,
Kalau macam tu lama lagi tu nak tunggu peluang nak sampai,
Dan macam mana dengan remaja yang baru berumur 14-15 tahun? kan ini masa yang paling sesuai untuk kita bentuk jati diri dan sifat kepimpinan?
Lagi lama ditunggu takutnya mereka langsung hilang minat untuk membantu kampung.
Jadi sesuai sekali ditubuhkan Persatuan Belia supaya memberi peluang dan ruang kepada anak-anak muda membuat program-program untuk kampung.





Belia KAMARA mendapat liputan daripada Sinar Harian



Dan walaupun baru sahaja ditubuhkan, saya lihat anak-anak muda memang bersemangat untuk berpartisipasi,
hari tu semasa Qurban, mereka ramai-ramai turun untuk membantu,
setiap malam akan ada rondaan kampung, mereka juga bersama-sama SRS (Skim Rondaan Sukarela) mengorbankan masa turun untuk menjaga demi keselamatan kampung.

HARAPAN SAYA:

1. Berharap untuk yang ke depan belia dapat memikirkan program-program yang sesuai untuk anak-anak muda yang ada. Kalau boleh cuba untuk fikir sekurang-kurangnya satu acara tahunan yang menjadi acara wajib dibuat tanpa bantuan ayah-ayah kita. Kita tunjukkan bahawa kita pun boleh berdiri sendiri.

2. Supaya organisasi itu dikembangkan lagi supaya akan ajk-ajk yang ada ada bidang kuasa mereka sendiri.

3. Membuat 'networking' yang luas dengan belia-belia yang ada di sekeliling mereka sebagai permulaan. Dah dapat buat barulah fikir untuk besarkan lagi. Bila ada 'networking', fikirkan macam mana nak buat kerjasama supaya kedua-dua pun mendapat keuntungan.

4. Cari jalan bagaimana nak jana duit untuk persatuan, jangan harapkan persatuan penduduk untuk subsidi semua benda. Belajar untuk membuat proposal untuk mencari dana apabila nak buat satu-satu program.

5. Fikirkan bagaimana nak naikkan nama Belia KAMARA supaya semua orang tahu siapa belia kampung kita (tapi mungkin dah glamer dah, dah banyak kali dah masuk paper). Bukan niat untuk berlagak atau menunjuk-nunjuk, tapi nak bagi naikkan semangat remaja yang ada dan senang untuk berurusan dengan agensi kerajaan ataupun NGO jika kita dah ada nama.

6. Pupuk semangat berpersatuan kepada semua anak-anak muda muda kita di kampung supaya mereka dapat menjadi orang yang berguna dan akhirnya dapat mewarisi takhta ayah-ayah kita sekarang ini. Siapa lagi yang mereka mahu harapkan kalau bukan anak-anak mereka ni.

Apa yang saya nak lihat pada masa hadapan,
Walaupun tak boleh lari daripada realiti yang memang susah untuk mengatasi segala masalah sosial yang ada di dalam kampung, tapi sekurang-kurangnya dapat lah DIKURANGKAN ke tahap yang paling minima. Itu yang paling penting.

Kita buktikan kepada orang tua kita yang kita mampu untuk melakukan sesuatu,
Kita mampu untuk menjadi SESEORANG di dalam komuniti kecil di kampung kita.


'KAMPUNG KITA TANGGUNGJAWAB KITA'


Sekian....

Tahun Baru, Pemikiran Baru

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 12/31/2009 06:26:00 pm

0

Salam Perpaduan




Pejam celik pejam pejam celik pejam celik celik,
Sedar tak sedar sebenarnya kita ada beberapa jam sahaja lagi untuk melangkah ke tahun baru tahun 2010..
Kalau nak revisikan apa sahaja yang pernah dibuat pada tahun ini..
Memang tak terhitung dek tangan..

Mungkin boleh nak kata tahun 2009 adalah tahun bagi sahaja sendiri secara peribadi..
Banyak dah perubahan dan pengalaman yang dapat dicapai tahun ini,
Pengalaman tu pula ada macam-macam,
Ada yang pahit untuk ditelan dan ada yang manis untuk diingatkan,
Yang pahit dijadikan tauladan kepada diri sendiri dan yang manis saya jadikan sebagai sempadan.

Memang lah biasa dalam hidup ni, kita akan sering melakukan kesilapan,
Tercuit hati kawan..kadang-kadang bukan dah tercuit..tercarik-carik, koyak-rabak pun boleh tahan juga banyak tu..huhu
Apa boleh buat..
Kita kan manusia biasa, tidak ada yang sempurna di dalam dunia ni..

Jadilah skema macam mana pun, ikutlah segala peraturan yang ada dalam dunia ni..
Tapi tetap pada satu saat satu ketika kita tetap melakukan kesalahan itu.
Yang penting apa???KERJASAMA!! (Farid suka betul cakap benda ni...:P)
Yang penting adalah kita lihat balik diri sendiri,jika betul kita salah kita minta maaf dan berjanji tidak akan kita ulang kesalahan itu..
Nampak macam senang kan?
Tapi sebenarnya nak buat perlukan ingatan pada diri berulang-ulang kali dan perlu ada konsistensi dalam mengintropeksikan diri ni.

Tahun ini juga adalah tahun paling berjaya dalam karier saya sebagai pemimpin pelajar,
Mula-mula TYDP PKPMI cwgn Bandung.
Tettiba peluang datang jadila YDP PKPMI Pusat!!

*PFFFFF!!*

Tetiba hidup pun berubah...
Jangan la kata member-member..
Saya sendiri pun mula-mula tak percaya..
Tapi rezeki Allah tentukan, adalah hikmah di sebalik itu kan..:)
Bila dah ada tanggungjawab yang besar, pengorbanan pun perlulah besar..
Pelajaran kadang-kadang terabai..
Kadang-kadang tak masuk kuliah
Tidur dalam kelas tutorial..
Dosen pun berbuih tegur..Yang marah pun ada
Handphone jangan cakap asyik berbunyi..paling pening bila dalam tutorial..angkat ke tak..serba salah..pernah kena marah dengan dosen sebab handphone tu tak lekang di tangan..maaf ye dosen ku..huuu~~

Cuma harapan setelah macam-macam pengorbanan dah dibuat demi mahasiswa kita,
Yang penting adalah Redha-Nya...Aminnn~~
Dan juga berguna apabila melangkah ke alam pekerjaan nanti.
Dengan berbekalkan pengalaman dalam kerja-kerja kepimpinan insyaallah akan dibawa semasa kerja nanti.
Itu je harapan (Sambil tadah tangan mengharap~~)
Kalau tak sia-sia lah apa yang di buat sekarang,
Pelajaran entah ke mana, hidup tak keruan, yang dapat tensi sahaja memanjang

...(sambil memegang rambut yang semakin sikit ni)...
T_T

HARAPAN TAHUN BARU?

Agar lepas ni boleh menjana ke arah PEMIKIRAN yang lebih terbuka..dah besar panjang dah..
Mak tunggu masa je suruh kahwin..Dah tak boleh berfikiran keanak-anakan..
Lagi pula jika kita sebagai pemimpin menuntut untuk berfikiran lebih terbuka supaya kita dapat melihat sesuatu perkara, benda dan isu dari semua sudut dan aspek.


"Bentuk Pemikiran Kelas Pertama"


Azam tahun baru juga agar selepas ini dapat menyeimbangkan kembali pelajaran dan juga kerja-kerja luar,
Walau macam mana sibuk pun, tetap juga pelajaran paling utama..
Banyak sangat dah tinggal pelajaran.. Takut juga..exam pun minggu depan..baca pun tak habis!!
haiyoo..pe nak jadi la anak Khairul Amin nih..

Berharap juga untuk kerja PKPMI tahun depan akan berjalan dengan lebih lancar.
Banyak dah dalam perancangan.tinggal nak buat je ni...
Nak aktif sangat pun susah jugak.kita kan pelajar perubatan..yang nak dibaca tuhan je la yang tahu..

Tak kesah lah..sekarang dah tahu kelemahan sendiri..tiba masa kena la cuba untuk ubah kembali..Jangan dah tahu masih lagi di takuk yang lama..Itu yang tak bagus...Baik campak je diri sendiri dalam kolam katak FK tu..
Dah degil sangat kan..hohoho

Semoga tahun baru kali ini diberkati oleh Allah s.w.t, tanpa hidayah dan inayah nya tiada gunalah kita hidup di bumi ciptaannya ini.
Walau apa pun yang kita lakukan, seberapa berjayanya kita di dunia ini..
Tak ada redha dari Sang Pencipta..
Tak ada guna....

Semoga kepada rakan-rakan..
binalah azam yang baru
semangat kerja yang baru..
Terus aktif dan jangan jadi beruang setiap hari,tambah lak sekarang ni musim hujan..semua pon berhibernasi..huhuhu


Akhir kata

'Buka Pemikiran, Terampil Keperibadian, dan Tingkatkan Produktiviti'







SELAMAT TAHUN BARU 2010!!



Nota kaki:

1. kali ni curhat sedikit dalam blog ni. 1st time kut..tapi apa salah nye..blog sendiri ponn..hohoho
2. nantikan untuk entries-entries yang akan datang akan lebih banyak membincangkan isu-isu negara..itu phase kedua saya sebagai blogger..dah lama nak buat tapi masih takut-takut lagi..

Membentuk Kualiti, Mengekalkan Prestasi

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 12/28/2009 01:08:00 am

0



Salam Perpaduan,



"Education Is The Key To Unlock The Golden Door Of Freedom"
George Washington Carver




Gambar hiasan: Pelajar Tingkatan 3 yang baru mengambil keputusan PMR


Baru sahaja adik-adik tiga tingkatan 3 mendapat keputusan pepriksaan PMR mereka pada hari khamis yang lalu..
Seperti biasa adat di dalam peperiksaan, yang yang mendapat keputusan yang bagus ada juga yang tidak,
Meloncat-loncat dan berpelukan lah dengan kawan sendiri yang dapat bagus tu dan pada masa yang sama yang dapat tidak bagus menangis menyesal tak sudah.
Ada juga yang langsung tak percaya bila tengok keputusan sebab tak belajar pon boleh dapat bagus.
Nasib masing-masing, kadang-kadang tak boleh nak jangka

Tahniah buat mereka!!


Seramai 28,188 pelajar atau 6.37 peratus daripada 442,721 calon memperoleh semua A berbanding 26,378 tahun lalu.
Nilai Gred Purata Nasional (GPN) peperiksaan itu juga bertambah baik tahun ini iaitu 2.78 berbanding 2.83 tahun lalu.
Semakin lama semakin ramai adik-adik kita yang mendapat nilai yang bagus.

Ini menunjukkan bahawa betapa anak-anak muda yang semakin sedar bahawa betapa pentingnya untuk menuntut ilmu.

Hanya dengan ilmu barulah kejayaan dapat dicorakkan,.

Kita sekarang sudah berada di zaman globalisasi, siapa yang mempunyai ilmu maka dialah yang akan berada di puncak.


TETAPI


Adakah dengan prestasi yang ditunjukkan ini dengan segala macam statistik yang ditunjukkan melambangkan landskap sebenar sistem pendidikan kita?


"Apa Yang Kita Mahukan Adalah KUALITI bukan KUANTITI"

Ini bagi pendapat saya adalah perkara yang paling penting.
Inilah realita sebenar keadaan pelajar-pelajar di negara kita.
Fokus saya bukan hanya kepada pelajar PMR tetapi semua peringkat pendidikan dari sekolah rendah hinggalah universiti.
Walaupun banyak mendapat nilai yang bagus akan tetapi dalam beberapa perkara masih juga ketinggalan berbanding pelajar-pelajar di negara yang lain..

Mengapa ini berlaku??


Sejak saya menuntut di Indonesia, saya banyak memerhatikan budaya masyarakat di sini terutamanya mahasiswa mereka.
Banyak perkara-perkara yang telah membuka mata dan minda.

Di sini saya cuba merangkumkan kelemahan-kelemahan yang ada pada mahasiswa kita:


1. Kebanyakan pelajar kita tidak versatile: Pelajar yang bagus dalam pelajaran HANYA menumpukan sepenuhnya dalam pelajaran sehinggakan tidak mahu untuk berkecimpung dengan kegiatan luar.

2. Malu untuk berbicara: Jika diminta untuk ke hadapan, hanya beberapa orang sahaja yang berani. yang lain semua 'menikus' di belakang.


3. Kurang enthusiasime: Kurangnya minat untuk mengatahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Hanya menghafal apa yang diajarkan dan apa yang ada di dalam buku teks daripada cuba untuk memikirkan mengapa perkara tersebut terjadi.


4. Kurang terdedah dengan kerja lapangan: Secara teorinya memang tak akan dinafikan pelajar kita hebat,tetapi apabila berada di lapangan ternyata tidak ramai yang mampu melakukan dengan baik.


5. Kurang bersosial: Hanya mahu berada dalam kelompok yang mereka rasakan selesa daripada cuba untuk membuka 'social networking'. Ini sebenarnya penting apabila mereka memasuki alam pekerjaan.


6. Tidak berani melahirkan pendapat dan aspirasi : Jika ada yang bertanyakan pendapat atau memberikan komen, semua pun malas nak bagi. Lagilah pula jika guru di depan dan ramai pula rakan-rakan kita pada waktu itu. Bila di minta untuk memberikan idea-idea, tak ramai yang mahu memberikan.Lebih banyak yang hanya mendiamkan diri.


7. Kurangnya sifat kepimpinan : Kebanyakan mereka tidak berminat dalam kepimpinan. Namun, mereka lupa bahawa profesyen yang mereka akan ceburi nanti pun sebenarnya menuntut sifat kepimpinan yang ada dalam diri mereka. Jika tidak ada pembentukan sejak muda.Bila lagi?



Jika saya nak ulas satu-satu, panjang ceritanya nanti. Ini beberapa kelemahan yang saya dapat perhatikan pada pelajar-pelajar kita.
Saya TIDAK katakan SEMUA begitu tetapi kebanyakannya begitu.

Ini memang kenyataan yang bagi saya pahit untuk saya telan tapi mahu tak mahu, nak tak nak kita kena hadapi.


"Tibalah Masa Untuk INTROSPEKSI Diri"


Mari kita berfikir sejenak mengenai situasi yang ada.
Benar banyak graduan yang telah dilahirkan, tetapi berapa banyak di antara mereka yang mampu berjaya sampai ke peringkat tertinggi?


Berapa ramai graduan kita yang masih lagi tidak mempunyai pekerjaan kerana hanya mengharapkan adanya peluang kerja yang dibuka oleh kerajaan?

Mengapa tidak mereka cuba melihat peluang dan ruang yang ada dan cuba untuk membuka perusahaan sendiri dengan menggunakan apa yang telah mereka pelajari?


Mengapa masih tidak banyak penelitian-penilitian daripada anak muda kita yang mampu diketengahkan di peringkat antarabangsa?
Apa yang kita lihat kita masih lagi mengimport barangan atau hasil di luar negara.

Adakah kita tak dapat nak cipta sendiri?

kan sepatutnya dengan ilmu yang telah kita pelajari secara logik akalnya kita mampu untuk untuk berdiri sendiri.
Tidak perlu kita bergantung dengan orang lain.
kan begitu?

Mungkin pendapat saya ni salah, jika benar saya salah maka TUNJUKKAN bahawa sebenarnya anak tempatan mampu untuk melakukannya.

Jangan hanya slogan dilaung-laungkan tapi bagaikan tin kosong, ketuk-ketuk bunyi sahaja yang kuat.

Tidak ada ruginya jika semua anak-anak muda kita berjaya.

Semua ini adalah demi agama,bangsa dan negara.

Jika tak mahu berfikir sejauh itu, lakukanlah demi diri sendiri dan keluarga.
Itu pun sudah lebih dari cukup.


"One Secret Of Success In Life Is For A Man To Be Ready For His Opportunity When It Comes"
Benjamin Disraeli



Marilah kita ubah diri kita dan melakukan anjakan paradigma.
Benar ilmu pengatahuan itu penting tetapi dalam kehidupan ini masih ada kualiti yang lain yang perlu kita kembangkan.
Hidup ini hanya sekali, jangan sekali kita sia-siakannya


"Bentuk KUALITI, Kekalkan PRESTASI"


Sekian.



Idealis- Realistis

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 12/25/2009 02:39:00 am

2



Salam perpaduan,


Memang dah menjadi lumrah anak muda,
Darah masih lagi panas menggelegak,
Otak laju memikirkan pelbagai falsafah dan prinsipal kehidupan.
Apabila ada sesuatu masalah ataupun isu yang berlaku pada diri sendiri ataupun pada lingkungan,
Mulalah anak muda berusaha memerah otak untuk memikirkan solusi untuk mengatasi hal tersebut.

Bila di dalam organisasi dan kepimpinan pula,
pelbagai perkara mereka mahu lakukan,
Idea-idea mencurah-curah keluar bak air yang tumpah ke luar tempayan,
Semua benda nak buat, pelbagai program nak nak dikelolakan,
Sehinggakan kita ni terlupa,
Mampu ke kita nak laksanakan???

Tetapi anak muda ini tak peduli,
Mereka rasa mereka sanggup berbuat apa sahaja,
Maklumlah kudrat masih kuat,
Bila lagi nak gerakkan tulang empat kerat.
Ini lah masanya untuk cuba menunjukkan potensi diri,
Amanah yang diberikan digunakan dengan sebaik mungkin.
Salah kah apa yang mereka nak buat??

SUDAH TENTU TIDAK!!


'Mereka ini adalah golongan IDEALIS'


Ada pula jenis anak muda,
Apabila diberikan sesuatu masalah,
Mereka akan berfikir sedalam-dalamnya,
Pelbagai aspek disentuh,
Sampai perkara-perkara kecil pun mereka ambil kira,

Kadang-kadang orang yang di bawah pun pening kepala,
Bila kerja nak jalan?
Asyik-asyik tangguh kerja nak dibuat,
Bukan tak boleh nak buat tetapi mereka perlukan masa untuk membuat persediaan yang rapi,
Supaya kerja-kerja yang akan mereka laksanakan dapat berjalan mengikut perancangan yang telah disediakan,

Kadang-kadang sebab terlalu berfikir terlalu mendalam,
Akhirnya akan ambil keputusan program atau kebijakan yang telah diutarakan ditolak,
Takut kerana terlalu banyak risiko yang perlu diambil apabila dibuat,
Penat merencanakan 2-3 bulan,akhirnya terbengkalai macam tu sahaja.
Salah ke menjadi golongan yang ini??

SUDAH TENTU JUGA TIDAK!!


'Mereka ini dikenal sebagai golongan REALISTIS'



Jadi???
Nak masuk golongan yang mana??



'IDEALIS-REALISTIS'


Jika rakan-rakan menanyakan pendapat saya..
Ini yang saya akan jawab..
Apa beza nya?

Kita sebagai anak muda memang menjadi fitrah suka untuk memberikan idea-idea yang mereka anggap bernas,
Impian dan cita-cita anak muda memang tinggi,
Jangan sekali kita cuba untuk bangkang, alamat boleh bergaduh sampai ada anak bini! :)
Bagi anak muda tidak ada perkara yang tak boleh dibuat, semua boleh, kena usaha lebih je.


'Success is the ability to go from failure to failure without losing your enthusiasm'
Sir Winston Churchill


'Nothing Is Impossible'


'Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan'


Bagi anak muda yang penting usaha dan semangat,
Kalau semangat ada Insyaallah apa yang mereka perbuatkan akan mendapat hasil.

TETAPI....

Adakalanya kita perlu bersifat realistik..
Ada beberapa perkara sememangnya tak akan boleh kita capai,
Bukan dalam kekuasaan kita,
Bagaimana nak bagi makan beribu-ribu lembu jika lembu di bawa ke padang sebesar padang bola?
Jika sebesar padang golf boleh la kita fikir logik

Logik akal dalam melakukan sesuatu perlu ada...
Jangan terlalu ENTHUSIAS dan EGOIS..
Merasakan diri boleh melakukan segala-galanya..
Kadang-kala perlu RENDAHKAN HATI dan JERNIHKAN FIKIRAN,
Lihat adakah kita mampu untuk lakukan,
Jangan kerana terlalu mengejar nama dan populariti,
Sehinggakan akhirnya terkena batang hidung sendiri,
Alih-alih terpalit ke muka kita..
Yang malu siapa?
Diri kita juga..





Memang bagus menjadi sedikit IDEALIS,
Ini akan mengembangkan fikiran ke arah menjadi seorang pemikir,
BANGSA kita perlukan PEMIKIR!!
Tapi pada yang sama perlu REALISTIK,
Kedua-duanya perlu ada,
Biarlah SEIMBANG,
Kita perlu besederhana dalam apa jua yang kita lakukan,
Tidak meletakkan takukan yang terlalu tinggi dan juga tidak terlalu rendah..

Jadi saya nak menyeru kepada semua barisan kepimpinan dan rakan-rakan..
Marilah kita berusaha untuk menjadi golongan ini..



'IDEALIS-REALISTIS'


Inilah ramuan dan petua yang SAYA RASA terbaik untuk menjadi golongan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Jzk...


Nota kaki:

1. Ramai rakan-rakan saya kata saya punya penulisan terlalu baku..untuk entries saya kali ni saya cuba me'tidak skema'kan bahasa saya..harap dapat memenuhi citarasa blogger sume..huhuhu..

2. Akhirnya sebanyak 1000 orang telah mengunjungi blog saya!Terima kasih kepada blogger dan rakan2 yang lain yang sudi mengunjugi blog saya..insyaallah akan saya cari idea-idea baru untuk saya kongsi bersama-sama,:)


Ngauman Harimau Malaya!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 12/18/2009 10:58:00 am

4

Salam perpaduan,










Setelah lama menunggu,
Bertahun usaha dan doa,
Akhirnya berakhirnya penantian 20 tahun dalam Sukan Sea buat semua penggemar bola sepak tempatan dengan kemenangan Harimau Malaya ke atas Vietnam 1-0 dalam pertandingan akhir semalam.
Walaupun menang hanya dengan gol bunuh diri Mai Xuan Hop pada minit ke 84,
akan tetapi menang tetap lah menang.

Sedih rasanya jika dilihat di 20 tahun ke belakang ini mengenai prestasi bola sepak di negara kita.
Kita kehilangan pemain-pemain berkaliber seperti pemain pada tahun 60-an seperti Mokhtar Dahari..
Kurang nya pemain-pemain versatile seperti pemain-pemain zaman 80-an seperti Dollah Salleh,
Akan tetapi dengan kebijakan jurulatih negara yang baru dan mungkin menjadi jurulatih bola sepak terbaik Malaysia yang penah ada buat masa sekarang sekarang, K. Rajagobal, berjaya membentuk pemain-pemain muda kita dan membawa bola sepak kita kembali kepada zaman kegemilangan.

Pemain-pemain muda kita seperti Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Idlan Talaha dan lain adalah anak didiknya K. Rajagobal untuk pemain kebangsaan Bawah-23, akhirnya di bawa ke tingkat nasional untuk memperkuatkan lagi squad kebangsaan akhirnya membawa dampak yang besar kepada permainan bola sepak negara kita.

Siapa sangka darah muda mampu untuk menggapai pingat emas dalam temasya sukan kali ini.
Lihat sahaja pasukan-pasukan yang telah mempunyai nama seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam akan tetapi TETAP kecundang di tangan tim kebangsaan kita.

Saya sebagai penggemar bola sepak berasa bangga atas kejayaan pasukan negara kita, jika dulu mungkin saya hanya melihat permainan-permainan bola sepak dari EPL dan Spanish League,
nak tengok permainan pasukan negara sekali-sekala atau apabila ada masa..
AKAN TETAPI,
jika beginilah prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan negara kita,
jangankan nak lihat di televisyen sahaja,
bahkan sanggup nak turun ke stadium..
mahal pon mahal lah..
asal dapat tengok pasukan kesayangan kita bertanding membawa nama negara dan bangsa.

Tahniah sekali lagi kepada pasukan kebangsaan kita dan tahniah kepada K. Rajagobal sebagai jurulatih yang sekali lagi membawa nama Malaysia harum di puncak ASEAN.


'AKHIRNYA SEMUA SEDAR BAHAWA MALAYSIA BOLEH'






Mekanisme Baru Pencalonan YDP dan TYDP : Revolusi Ke Arah Demokrasi Terbuka

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 12/15/2009 01:41:00 am

0

Salam Perpaduan,

'Management Is Doing Things Right; Leadership Is Doing The Right Things.'

Peter F. Drucker

Alhamdulillah,
PKPMI-CB telah membuat kebijakan baru di dalam pemilihan YDP dan TYDP untuk sesi kali ini.
Sememangnya kami dari PKPMI akur dengan Perlembagaan PKPMI Pusat Fasal 20 dan 23 menyatakan bahawa pemilihan YDP dan TYDP hanya boleh dilakukan di dalam AGM.


Sehubungan dengan itu , kami pimpinan tertinggi PKPMI-CB mencuba untuk mencari ramuan dan formula yang baru supaya pemilihan YDP dan TYDP untuk kali ini lebih demokrasi dan terbuka.
Setelah dkaji dengan teliti, walaupun pemilihan tidak boleh dilakukan di luar AGM, tetapi TIDAK menyatakan di dalam mana-mana fasal bahawa pencalonan HARUS dilakukan di dalam AGM.

Oleh yang demikian, kami mengambil satu keputusan dan inisiatif yang lebih BERANI dan mungkin TIDAK PERNAH dilakukan sebelum kami, bahwa kami mahu pencalonan YDP dan TYDP kali ini dilakukan sebelum AGM bermula.

Keputusan yang kami lakukan ini di atas kesedaran bahawa:
  1. Kami mahu sistem demokrasi untuk kali ini adalah lebih terbuka.
  2. YDP dan TYDP yang dicalonkan lebih bersedia untuk memikul tanggungjawab dan telah memikirkan lebih awal program kerja yang ingin dibuat setelah mendapat jawatan dan amanah yang akan diberikan nanti.
  3. Adanya partisipasi secara langsung oleh SEMUA ahli-ahli PKPMI-CB dalam memilih YDP dan TYDP untuk sesi akan datang.


Mekanisme yang kami buat ini bukanlah satu perkara yang baru, kami mengadaptasikan mekanisme pencalonan yang dilakukan oleh semua parti-parti politik negara kita.
Contoh yang saya boleh berikan adalah seperti parti UMNO yang mencalonkan beberapa pemimpin untuk kerusi tertentu,
Sememangnya kita ketahui UMNO menggunakan sistem kuota tetapi telah dimansuhkan di dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.


Kami juga melakukan metode yang hampir sama tetapi kami akan melibatkan semua ahli-ahli PKPMI-CB untuk sama-sama mencalonkan YDP dan TYDP pilihan mereka.



'Sudah Tiba Masanya Untuk Kita Lebih Matang Dalam Pemilihan Pucuk Pimpinan'




Kami di sini tidak mahu pemilihan yang seterusnya hanyalah dimonopoli oleh segolongan pihak-pihak tertentu. Dengan ahli cawangan PKPMI yang terbanyak di seluruh Indonesia sebanyak 1200 orang,
sudah tiba masanya untuk membuat satu mekanisme yang lebih baik agar kepimpinan PKPMI-CB diambil oleh orang yang benar-benar mempunyai potensi dan mempunyai kesedaran dan tanggungjawab yang tinggi.


Di sini dilampirkan mekanisme yang telah kami rangka untuk pencalonan YDP dan TYDP PKPMI-CB


Fasal 1: Pencalonan

1.1: Pencalonan akan dilakukan sebelum AGM bermula
1.2: Setiap ahli PKPMI dikehendaki untuk mencalonkan SATU nama YDP dan TYDP
1.3: TIGA nama dengan jumlah undian tertinggi untuk kerusi YDP dan TYDP akan diambil
1.4: Mahasiswa yang SAMA boleh dicalonkan di dalam kedua-dua jawatan tersebut.
1.5: Calon tidak boleh dipilih di kalangan pelajar angkatan 2009

Fasal 2: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

2.1: SPR akan dilantik oleh PKPMI untuk mengelola proses pencalonan
2.2: SPR akan membuat kertas-kertas pencalonan dan mencari mekanisme untuk mendistribusikan kepada semua ahli PKPMI
2.3: SPR akan membuat proses pengiraan undi pencalonan
2.4: Untuk membuktikan ketelusan SPR, pihak SPR mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana ahli PKPMI untuk memantau pengiraan undi.


Fasal 3: Pewartaan Nama Calon

3.1: Setelah proses pengiraan undi, SPR akan mewartakan nama TIGA calon YDP dan TYDP
3.2: SPR WAJIB untuk memastikan setiap ahli PKPMI mengatahui siapakah pelajar-pelajar yang telah dicalonkan
3.3: Proses pewartaan calon hendaklah dilakukan selewat-lewatnya SEMINGGU sebelum AGM bermula.
3.4: Pemberitahuan nama-nama calon boleh dilakukan melalui penampalan nama-nama calon di papan notis atau pemberitahuan di dalam kelas kelas-kelas setiap angkatan
3.5: SRP perlulah memberitahu kepada pelajar-pelajar yang dicalonkan bahawa nama mereka telah dicalonkan oleh ahli-ahli PKPMI

Fasal 4: Pengunduran Diri Sebagai Calon

4.1: Pelajar yang dicalonkan berhak untuk mengundurkan diri mereka daripada dicalonkan.
4.2: Calon perlulah berjumpa dengan ketua SPR dan menyatakan pengunduran diri sebagai calon dalam masa DUA hari setelah nama mereka dicalonkan
4.3: Pihak SPR akan mencari nama-nama untuk pencalonan baru berdasarkan jumlah undian yang telah dilakukan sebelum ini.
4.4: Jika tidak ada lagi nama-nama calon dalam proses pencalonan sebelum ini, jumlah pencalonan dengan sendirinya akan dikurangkan menkadi dua dan seterusnya.

Fasal 5: Kempen

5.1: Calon dibenarkan untuk berkempen setelah nama mereka dicalonkan.
5.2: SPR TIDAK AKAN mengelola jadual kempen calon.


Fasal 6: Pemilihan YDP dan TYDP

6.1: Pemilihan YDP dan TYDp akan dilakukan di dalam AGM bersesuaian dengan Perlembagaan PKPMI Pusat dalam Fasal 20 dan Fasal 23.
6.2: Calon akan diberikan masa untuk memberikan sedikit ucapan terakhir sebagai usaha terakhir untuk mendapat undi daripada ahli.
6.3: Untuk mereka yang namanya dicalonkan di dalam kedua-dua pencalonan. Jika namanya dipilih menjadi YDP maka dengan sendirinya pencalonan TYDP akan dibubar.
6.4: Segala proses pengundian akan dikelola oleh SPR yang telah dilantik sebelumnya.

Kepimpinan : 'Genetic or Acquired'?

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 12/13/2009 12:00:00 am

2


'Leadership is The Art of Getting Someone Else To Do Something You Want Done Because He Wants To Do It.'

Dwight Eisenhower

Banyak orang mengatakan bahawa kepimpinan adalah satu sifat yang telah ada pada seseorang sejak lahir lagi.

Adakah ini benar?
Lihat sahaja Nepoleon Benoparte,
Lihat pula Adolf Hitler,
Jangan dilupakan Barrack Obama,
Ada juga pemimpin zaman Rome iaitu Julius Caesar,

Tidak kurang juga Magapagal Arroyo (Filipina) dan Angel Merkel (German) yang merupakan pemimpin negara dan mereka adalah wanita!
Yang terbaik antara yang terbaik,pemimpin akbar kita, Muhammad bin Abdullah, Nabi akhir zaman.!
Semuanya adalah pemimpin tersohor dan disoroti oleh sejarah dunia.

Jadi benarlah kata orang bahawa sememangnya sifat kepimpi
nan ini telah ada hanya pada sebilangan kecil manusia.
Adakah benar begitu?

Saya TIDAK sependapat dengan perkara ini. Saya berbicara berdasarkan pengalaman saya sendiri.

'Kepimpinan BUKANLAH sifat semulajadi semata-mata akan tetapi ia DIBENTUK dengan USAHA kita sendiri.'


Sifat kepimpinan ini banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan cara pemikiran seseorang. Pemimpin tidak semestinya lahir dari kalangan aristokrat sahaja tapi pemimpin boleh muncul daripada kalangan orang kebanyakan.























Tidak semestinya orang tua yang mempunyai lebih banyak pengalaman mempunyai sifat kepimpina
na yang lebih daripada orang muda. Orang muda juga tidak kurang hebatnya. Tidak semestinya hanya orang yang baik sahaja yang dipilih menjadi pemimpin. Pengalaman yang saya lihat dengan mata kepala saya bagaimana orang muda dan lagi pula preman jalanan akhirnya menjadi ketua kampung yang dibawahnya menjaga hampir 250 kepala keluarga!

Itulah yang mengagumkan saya mengenai sifat kepimpinan. Sesiapa sahaja mampu untuk mendapatkan nya HANYA JIKA mereka BERUSAHA!



'1% adalah BAKAT, 99% adalah USAHA'

Ini adalah ungkapan yang selalu menjadi panduan saya.
Jikalah benar orang itu sememangnya dilahirkan dengan bakat itu,
Jikalah betul kepimpinan adalah anugerah tuhan,
Tetapi kita TIDAK BOLEH menafikan USAHA seseorang untuk mendapatkan sifat ini.
Jika sekali tidak dapat, usaha 10 kali,
Jika 10 kali masih gagal, cubalah 100 kali!
Insyaallah dengan usaha, doa dan tawakal, anda PASTI boleh menjadi PEMIMPIN!!





'The leadership instinct you are born with is the backbone. You develop the funny bone and the wishbone that go with it.'

Elaine Agather



Nota kaki:

1. Maaf karena lama menyembunyikan diri...terlalu banyak perkara yang ingin dilakukan akhirnya terabai bolg ni.

2.insyaallah akan cuba untuk kembali aktif di dalam dunia blogger memberikan idea-idea,menyampaikan aspirasi dan menyajikan perspektif yang baru untuk anda semua