PEMIMPIN UMNO PERLU BERI PELUANG KEPADA GENERASI MUDA NEGARA!!!
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in Kepimpinan , UMNO | Posted on 8/04/2010 11:18:00 am
1
Salam,
Orang selalu kata generasi muda adalah pelapis kepimpinan negara. Orang selalu sebut yang generasi muda perlu diberikan pendedahan kepada dunia kepimpinan supaya mereka dapat ambil alih peranan yang dimainkan orang lama.
Akan tetapi, realitanya sekarang, adakah proses itu berlaku? Adakah anak muda kita diberikan kesempatan untuk meneruskan kerja-kerja pemimpin-pemimpin yang telah ada? Adakah belia diberikan peluang untuk mempelajari selok-belok kepimpinan negara?
Untuk kita membentuk pemimpin muda dan berkualiti dan berwibawa, sudah wajarlah mereka turut diberikan kesempatan sama menggalas beban kepimpinan yang ditanggung oleh pemimpin sedia ada. Kita tidak mahu orang kata negara kekurangan orang-orang yang hebat untuk diketengahkan. Kita tidak ada pemuda yang berwawasan untuk kita naikkan sebagai pemimpin masa depan.
Mana tidaknya, jika untuk membuat satu-satu program juga, mereka masih lagi bergantung harap kepada pakcik-pakcik mereka untuk membantu. Masih lagi tak tahu bagaimana nak bentuk program. Tak tahu macam mana nak mencari dana. Tak reti nak berhubung dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk membantu mereka dalam sesuatu acara yang mereka mahu anjurkan. Jika sekarang mereka tidak diberikan pendedahan, bila lagi?
Pro-kerajaan menyelar pro-pembangkang yang pemimpin pembangkang mengamalkan "cah keting". Dan memang terbukti bahawa itu berlaku. Satu persoalan aku, adakah pemimpin pro-kerajaan tidak melakukan perkara yang sama?
Kita lihat sahaja betapa ramai sosok-sosok profesional yang menyertai pro-pembangkang atas sebab mereka telah diketepikan oleh pemimpin yang ada dalam kerajaan. Adakah kita masih lagi hendak menafikan fakta ini? Lihat sahaja barisan kepimpinan mereka, jangan lihat pemimpin yang di atas sahaja, lihat secara kolektif, dan jika aku salah buktikan kepada aku. Banyak pemimpin-pemimpin berbakat yang mempunyai pemikiran baru dan kritikal tidak diambil oleh pemimpin, kerana apa? Tepuk dada tanya lah diri....
UMNO perlu berubah, BN perlu menukar strategi. Untuk memenangi hati rakyat, semua golongan masyarakat perlu diambil berat oleh pimpinan. Jangan ketepikan mereka. Jangan menolak idea-idea perubahan mereka. Jangan takut untuk memberikan peluang kepada mereka. Jangan takut jawatan kita itu akan diganggu gugat oleh pemimpin muda ini. Sampai bila kita nak pegang jawatan? Satu masa perlu dicari pengganti juga.
Aku tidak menunjuk mana-mana pihak. Apa yang aku harapkan supaya mentaliti pemimpin sekarang diubah untuk membawa kebaikan untuk rakyat. Aku mendengar dari pelbagai pihak yang anak muda kurang mendapat perhatian. Mereka mahu menyalurkan kudrat dan pemikiran tetapi ditolak mentah-mentah.
Cadangan aku, apa yang boleh dilakukan oleh pemimpin UMNO dalam menggilap bakat-bakat muda ini adalah dengan dari sekarang memberikan tunjuk ajar kepada mereka bagaimana untuk menjadi pemimpin yang berjiwa rakyat.
Berikan tunjuk ajar bagaimana nak merangka program-program yang bermanfaat. Beri cara bagaimana untuk mencari dana untuk program. Beri pendedahan bagaimana mahu menjalankan aktiviti dengan lancar. Beri jalan bagaimana mahu menghubungi orang-orang yang berkaitan.
Pemimpin UMNO juga perlu memberikan jalan-jalan bagaimana caranya untuk menghubungi dan membuat kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang ada. Mereka harus tahu bagaimana untuk menggunakan segala kemudaha yang sebenarnya ada di depan mata mereka. Actually, a few calls can make things happen. What they must learn is how to reach them.
Tubuhkan persatuan belia di tempat masing-masing. Dan penubuhan itu bukanlah satu medan untuk mempergunakan mereka tetapi untuk memberikan pendedahan awal mengenai kepimpinan. Mereka harus tahu bagaimana nak memimpin sejak dari muda lagi. Barulah kita boleh membentuk generasi belia yang matang dan berpengalaman. Jangan pula tubuh persatuan belia, tetapi tidak ada panduan daripada orang lama. Jika macam tu, tak perlu penat-penat nak buat, habiskan masa dan tenaga.
Harapan aku, pemimpin sekarang perlu lebih terbuka dalam melahirkan anak-anak muda yang mampu menerajui kepimpinan tidak kira di peringkat kampung, cawangan, bahagian, daerah, negeri ataupun negara. Jangan kita ketandusan pemimpin, bagaimana negara mahu maju jika perkara ini dibiarkan?? Mungkin tiba masanya untuk kita memikirkan perkara ini....
Sekian....