VVIP BLOG INI

Pernyataan Akhbar Saya Mengenai BERSIH 2.0: "Dialog Lebih Berkesan Berbanding Demonstrasi, Kata Pemimpin Pelajar"

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 7/06/2011 06:47:00 pm

4

JAKARTA, 6 Julai (Bernama) -- Pendekatan berdialog adalah pilihan yang lebih baik berbanding tindakan berdemonstrasi bagi mencapai objektif yang dihasratkan, kerana demonstrasi lebih banyak memberi kesan buruk.

Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Khairul Hafidz AlKhair Khairul Amin berkata dialog adalah cara lebih baik digunakan oleh penganjur perhimpunan haram Bersih 2.0.

Namun pada masa yang sama beliau berharap kerajaan juga bersedia membuka ruang untuk berdialog dengan semua pihak secara terbuka.

Beliau yang tidak menyokong sebarang bentuk demonstrasi di Malaysia, berharap penganjur perhimpunan haram itu menghormati dan akur dengan titah khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang antara lain mengingatkan pentingnya menjaga supaya tuntutan demokrasi tidak membawa kepada kemusnahan kepada negara.

Demonstrasi jalanan bukan sahaja mengganggu kestabilan negara, malah boleh memecah belahkan integrasi nasional yang telah terbina sekian lama, kata pemimpin pelajar itu di sini Rabu.

Dengan mengambil contoh di Indonesia yang setiap hari dilaporkan di televisyen mengenai tindakan kumpulan tertentu berdemonstrasi di jalanan, beliau berkata perbuatan mereka itu tidak menampakkan sebarang kesan kepada perubahan dasar kerajaan terhadap isu yang dituntut.

"Tindakan mereka itu hanya mencoretkan nama baik negara di mata dunia dan tidak sedikit kerugian rakyat dan negara harus ditanggung oleh mereka.

"Atas pemerhatian dan pengalaman saya di sini, saya secara peribadi kurang bersetuju rakyat menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka dengan turun di jalan. Itu bukan penyelesaian yang terbaik," katanya.

Khairul Hafidz berharap kerajaan akan mengadakan banyak dialog dengan semua pihak terbuka bagi membincangkan isu-isu proses pilihan raya di Malaysia dan menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan memang serius menjadikan pilihan raya negara lebih telus dan adil sesuai dengan aspirasi rakyat.

Rakyat perlu sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan usaha itu agar pihak tertentu tidak mengambil kesempatan memutarbelitkan fakta, tambah beliau.


-- BERNAMA

My Press Statement in BERNAMA: Malaysia To Woo Indonesian Tourists

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 6/29/2011 06:28:00 pm

1

Saya menyokong hasrat kerajaan yang mahu lebih banyak pelancong Indonesia ke Malaysia. Ini adalah strategi serampang dua mata yang mana bukan sahaja boleh membantu meningkatkan lagi sektor perlancongan negara malah dapat mengubah persepsi rakyat Indonesia tentang negara kita setelah mereka melancong ke Malaysia

Berikut merupakan berita selengkapnya:

The effort to promote Malaysia as a tourist destination among Indonesians will be enhanced with the establishment of a Malaysia Tourism Club.

Tourism Minister Datuk Seri Dr Ng Yen Yen said Sunday the club would gather about 6,000 Malaysian students in the republic to disseminate information on Malaysian tourism products to Indonesians.
“The Malaysian students are our ambassadors in Indonesia and they can influence their friends and the community around them,” she told reporters after meeting West Java tourism agencies here.


She said the ministry would set up the club in Bandung as a pioneer project which was expected to start operating in two months.


“There will be an allocation for the club to carry out its activities. The ministry will also conduct seminars to brief the students on the Malaysian tourism industry,” she said.


There are now about 1,000 Malaysian students in Bandung.
Ng said that the participation of students in the club was voluntary, and the ministry would make sure that it did not affect their studies.


She said the club would promote Malaysia as a tourist destination by opening counters during carnivals or festive celebrations at the universities and also work with the Indonesian tourism agencies.


The National Association of Malaysian Students in Indonesia expressed support for the club.


Association president Khairul Hafidz Al-Khair Khairul Amin, who was present at a meeting with Ng earlier, said the club could help change the negative perceptions of Malaysia which certain quarters had inculcated among some Indonesians.


About 2.5 million Indonesian tourists visited Malaysia last year.

-sumber: BERNAMA-


"Call To Send More Students To Indonesia" (Disiarkan Di News Straits Time)

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 6/07/2011 07:34:00 am

0

 

Call to send more students to Indonesia


JAKARTA: The rise in the number of Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 high achievers should push the government to offer more scholarships to students to further their studies abroad, including Indonesia.
The president of the Malaysian Students Association in Indonesia, Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin, said the government must continue sponsoring students to Indonesia because it will produce a generation of credible individuals and future leaders.

The government's move to send fewer students to Indonesia, especially for medical courses in the past two years, should be reviewed, considering its long-term effects on the country, he said in a statement here.

"There are several reasons why the government should consider Indonesia. Firstly, it is much cheaper to send medical students to Indonesia compared to the United Kingdom and Ireland," he said.
Khairul Hafidz said sending a student to the UK or Ireland would cost about RM1 million, while sending them to Indonesia only required between RM300,000 and RM400,000 per person.

He said the government could save one-third of the cost and fund three times more students to take up medicine, adding that the tropical and infectious diseases found in Indonesia were similar to those in Malaysia.

Khairul Hafidz urged Malaysians, especially parents, to stop having a negative perception of the neighbouring country following several demonstrations during strained relations between both countries in the past, as those involved did not represent the whole of Indonesia.

He also asked the government to evaluate students on their co-curricular activities in awarding scholarships.
-- Bernama --

(Dari akhbar News Straits Time 5/6/2011)

Artikel Saya Yang Disiarkan Di BERNAMA, Utusan Online Dan Berita Harian "Kerajaan Disaran Hantar Pelajar Perubatan Ke Indonesia"

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 6/05/2011 08:30:00 pm

0



JAKARTA 4 Jun — Kerajaan disaran supaya menghantar lebih ramai pelajar untuk mengikuti bidang perubatan di Indonesia yang kosnya lebih murah.


Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Pusat berkata langkah kerajaan mengurangkan penghantaran pelajar biasiswa ke Indonesia terutamanya untuk kursus bidang perubatan sejak dua tahun yang lalu, harus dipertimbangkan kembali dengan mengambil kira faedah jangka panjang kepada negara.


"Ada beberapa alasan mengapa pihak kerajaan boleh menimbangkan penghantaran pelajar ke Indonesia, pertama, menghantar pelajar dalam bidang perubatan ke Indonesia masih jauh lebih murah jika dibandingkan dengan penghantaran pelajar ke negara seperti United Kingdom (UK) dan Ireland,” kata Yang Dipertua PKPMI Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin.


Dalam satu kenyataan, beliau berkata belanja untuk menghantar pelajar ke UK dan Ireland misalnya ialah kira-kira RM1 juta paling kurang, manakala belanja menghantar pelajar ke Indonesia hanya memerlukan kos sebanyak RM300,000 hingga RM400,000 seorang.


"Oleh itu, kerajaan boleh mengurangkan satu per tiga kos penghantaran pelajar ke luar negara atau boleh memberikan tiga kali lebih banyak peluang kepada pelajar Malaysia yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan,” katanya. 


Selain itu, katanya penyakit yang ada di Indonesia hampir sama dengan yang ada di Malaysia iaitu kebanyakannya adalah penyakit tropikal dan jangkitan menular. 


Khairul Hafidz berkata pelajar perubatan juga akan lebih berpengalaman dalam latihan klinikal kerana kebanyakan pesakit di Indonesia memberikan kerjasama sangat baik untuk mereka memeriksa dan membuat diagnosis.


"Begitu juga dalam bidang lain seperti kedoktoran gigi, kedoktoran haiwan, farmasi, jurusan agama, pertanian dan perikanan. Mereka diajar oleh pensyarah-pensyarah terbaik dalam bidang masing-masing dan tidak akan kalah dengan pelajar universiti lain di mana-mana negara pun,” katanya. - Bernama

"Ceritalah Indonesia" oleh Journalist Antarabangsa Karim Raslan. INDONESIA-MALAYSIA BERSATU! HARAPANKU!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 5/30/2011 08:22:00 pm

3

Salam,



Hari Sabtu lepas, Bandung telah didatangi oleh seorang journalist yang tidak asing lagi di dalam profesinya. Seorang yang telah menempa namanya di persada antarabangsa, merupakan columnist The Edge dan terlibat aktif dalam drama serta teater. Karim Raslan, nama besar dalam journalist telah menulis sebuah buku 'Ceritalah Indonesia'. Beridentitaskan tukang cerita, beliau datang ke Indonesia dan mendengar cerita-cerita dari golongan bawah hinggalah golongan atasan mengenai Indonesia. Beberapa aspek yang telah disentuh iaitu mengenai seni, politik dan juga agama.

Tidak disangka, sebuah pengajian tinggi di Indonesia yang terkenal dengan pelajar ala tentera, memakai baju tentera walaupun keluar dari kampus dan menjalani latihan tentera setiap pagi. Institut itu adalah Institut Pengajian Dalam Negeri (IPDN). Aku masih teringat jam 5 pagi pasti aku mendengar suara nyanyian pelajar di sana sambil berjoging di sekitar kawasan Jatinangor. Kuat suaranya hingga boleh menggerakkan aku yang lena tidur.

Mereka telah menjemput saudara Karim dalam membedah karyanya di depan semua peserta program. Malam sebelum program telah mendapat sms daripada PKPMI cawangan Bandung yang memberitahu kedatangan beliau ke bumi Jatinangor dan aku mengambil keputusan untuk turut serta. Saudara Karim dengan loghatnya sudah seperti loghat Indonesia menjelaskan isi kandungan buku tersebut kepada semua peserta.




Tibalah waktu soal jawab, dan inilah yang ditunggu-tunggu oleh peserta. Baru sahaja moderator membuka peluang untuk peserta bertanya, penuh tangan yang mengacung. Inilah yang menjadi kekaguman aku orang di sini. Mereka berani untuk bertanya, mereka tidak malu untuk memberikan pendapat. Bagaimana dengan orang kita?

Soalan demi soalan ditanyakan, dan soalan yang ditanyakan adalah soalan yang selalu aku dengar. Sudah pasti fokus soalan tersbut mengenai hubungan bilateral Malaysia-Indonesia. Isu claim, isu terrorist, isu media dan yang paling menarik hati aku adalah isu demokrasi di Malaysia.

Ada yang menanyakan kepada saudara Karim mengapa tiada pemilihan walikota di Malaysia (yang menjaga setiap bandar). Mereka tidak memahami bagaimana pilihan raya di Malaysia yang hanya langsung memilih ahli parlimen.

Memang sistem demokrasi Malaysia dan Indonesia berbeza. Aku merasai PEMILU (Pemilihan Umum) di sini. PEMILU mereka dibahagikan kepada dua peringkat. Kali pertama adalah pemilihan partai. Dan partai yang berjaya memungut sejumlah peratus suara rakyat akan dipilih untuk memilih calon dari partai mereka untuk Pilihan Raya Presiden. 

Sebagai contoh PEMILU kelmaren, dari beberapa puluh partai di Indonesia yang mendaftarkan diri untuk PEMILU kali pertama, antara partai dengan suara tertinggi rakyat adalah Partai Demokrat, Golkar, PDIP, PKS, Hanura dan Gerindra. Partai ini memilih calon mereka atau kebanyakan mereka bergabung untuk membentuk koagulasi. (Mungkin aku akan buat satu artikel mengenai PEMILU, mahu cerita di sini memang panjang)

Dan berbeza dari kita Malaysia yang menggunakan sistem ADUN dan Ahli Parlimen. Sistem berbeza akan tetapi tetap setiap lapisan masyarakat di Malaysia terjaga.

Aku sendiri telah memberikan pendapat dalam program tersebut. Sudah pasti apabila suasana memanas di Indonesia, yang paling menerima kesan adalah pelajar kita di sini. Sepanjang pemerhatian aku di Indonesia, beberapa faktor yang menjadi penyebab masalah ini terus berkelanjutan. Faktor kurang komunikasi dan pemberitahuan, kurang diskusi ilmiah antara dua negara, faktor media dan yang paling penting adalah adanya orang ketiga yang cuba untuk melagakan kedua negara.

Walaubagaimanapun, kami beruntung, bahawa tidak semua rakyat mereka begitu, banyak yang boleh berfikir secara rasional mengenai isu ini. Saudara Karim menyatakan bahawa satu hari nanti Malaysia memerlukan Indonesia dan aku tidak fikir itu satu pendapat yang salah. Dengan populasi Indonesia yang setakat ini hampir mencecah 250 juta. Bayangkan jika kedua negara saling memanfaatkan antara satu sama lain. Dan setakat yang aku lihat, ada pihak yang tidak suka dua negara makin makmur, dirosakkan dan dipecahbelahkan hubungan ini dan mereka mula menangguk air yang keruh.

Aku di sini lebih dari 5 tahun, semakin aku mendekati mereka, semakin aku mengagumi mereka. Semangat mereka, usaha mereka, idealisme mereka dan hati nurani mereka. Alangkah ruginya jika kami di sini tidak menerapkan apa yang baik untuk membentuk peribadi kami.

Jangan memperkecilkan orang, kerana belum tentu kita ini baik. Jangan memandang serong mereka kerana kita juga belum pasti benar segala segi. Marilah kita sama-sama membuka hati dan minda untuk saling belajar di antara satu sama lain. Segala salah tangkap dan salah faham boleh diluruskan jika kita saling mendengarkan.

Carilah TITIK PERSAMAAN antara kita bukannya sibuk mencari PERBEDAAN, kerana itulah KUNCI KESATUAN.



INDONESIA-MALAYSIA BERSATU!! HARAPANKU!!




Alhamdulillah! Akhirnya Mesir Buka Perbatasan Di Rafah Untuk Penduduk Gaza!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted on 5/29/2011 08:31:00 am

0

Salam,

Egypt on Saturday reopened its Rafah border crossing with Gaza, allowing people to cross freely for the first time in four years, in a move hailed by Hamas but criticised by Israel.

Among the first to cross were two ambulances ferrying patients from the hitherto-blockaded Gaza Strip for treatment in Egypt, as well as a minibus carrying a dozen visitors.

A total of around 200 Gazans crossed by early afternoon.

The crossing is to open to people for eight hours a day from 9:00 am, apart from holidays and Fridays, giving Gazans a gateway to the world as Rafah is the only crossing which does not pass through Israel.

Under the long-awaited change, which excludes the flow of goods, people under the age of 18 or older than 40 require only a visa to pass, but men between 18 and 40 still need security clearance, officials said.

Jamal Nijem, 53, whose wife and daughter live in his spouse's native Egypt, was among hundreds who flocked to the border post, but he was unsure whether he would be allowed to cross.

"I came here three years ago to rejoin my family but my Egyptian residency permit had run out because of frequent closures of the crossing, and the security services barred me from going back," he said.

Commercial traffic will continue to have to pass through border points with Israel to enter the impoverished Palestinian enclave.

According to an official in charge of administrative procedures on the Palestinian side of the terminal, "the process is going without a hitch, and we are providing the facilities for travellers to pass quickly and comfortably."

On the Egyptian side, an official said: "We are going to do everything possible to ease the passage of our Palestinian brothers, and we hope procedures will be simplified further in due course."

Aman Mahdi, 21, said she hopes her husband will be able to accompany her to Malaysia for medical treatment.

"I've been trying in vain for four months to travel. I am registered, but there have not been any concrete results due to a lack of coordination with the Egyptian authorities. I hope this time we can finally leave," she said.

Egyptian Foreign Minister Nabil al-Arabi announced in April that the crossing would reopen permanently, stressing this would help ease the blockade imposed by Israel.

The border has remained largely shut since June 2006 when Israel imposed a tight blockade on Gaza after Palestinian militants snatched Israeli soldier Gilad Shalit, who is still being held.

The blockade was tightened a year later when the Islamist movement Hamas seized control of the territory, ousting forces loyal to the Western-backed Palestinian Authority.

The United Nations has called the blockade illegal and repeatedly demanded it be lifted.

The decision to permanently reopen the Rafah crossing came more than three months after former Egyptian president Hosni Mubarak resigned under pressure following 18 days of massive street protests against his rule.

It was hailed by Hamas and the European Union, but Israel has greeted the news with trepidation.

Hamas spokesman Fawzi Barhum said on Thursday the move was "a courageous and responsible decision which falls in line with Palestinian and Egyptian public opinion."

The European Union said it was in consultations with Egypt, the Palestinians and Israel about returning its team of advisers to monitor activity along the frontier.

But Israel expressed concern, with Home Front Defence Minister Matan Vilnai telling public radio it would create "a very problematic situation."

The opening follows an April 27 unity accord between rival factions Hamas and the Fatah party of Palestinian Authority leader Mahmud Abbas that was signed in the Egyptian capital.

Israeli NGO Gisha, which campaigns for freedom of movement for Palestinians, said that over the past year an average of 19,000 people a month used the crossing, just 47 percent of the number who used it in the first half of 2006.

Isu Biasiswa: Biasiswa Bukan Hanya Untuk Mereka Yang Cemerlang Dalam Peperiksaan Sahaja!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 5/28/2011 07:11:00 pm

7

Salam,



Sejak akhir-akhir ini banyak pihak yang membawa isu ketidak adilan dalam pemberian biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke luar negara kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam SPM. Sungguh satu perkara yang harus kita banggakan adalah semakin lama semakin banyak anak-anak muda kita yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam akademik. Seramai 9,239 calon membabitkan sekolah KPM dan keputusan itu meningkat berbanding 7,987 pada 2009 dan sebanyak 403 calon yang mendapat semua A+. Statistik ini jelas menunjukkan bahawa anak muda kita semakin sedar akan pentingnya ilmu.

Pihak oposisi, DAP selar kerajaan kerana 'janji' kerajaan untuk memberikan biasiswa kepada 'top flight students' dengan tidak mengira bangsa apa pun mereka. Mereka menuduh DS Najib terutamanya tidak menunaikan janji untuk mengutamakan pelajar yang cemerlang yang mendapat semua A+ untuk menerima biasiswa. Dan ada juga pemimpin dari pihak kerajaan menyuarakan sama rasa tidak puas hati mereka dalam isu ini.

Dalam isu biasiswa, secara logika nya siapa yang cemerlang, dia lah yang patutnya mendapat 'priviledge' untuk menerima biasiswa. Penat berusaha siang dan malam, menelaah buku dengan harapan jika mereka mendapat keputusan yang baik maka mereka akan mendapat biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara. Namun aku punya pandangan yang berbeza..

Memang benar biasiswa harus diberikan kepada mereka yang baik keputusannya, tapi itu hanyalah salah satu dari kriteria penerimaan biasiswa. Untuk menerima 'priviledge' ini, harusnya kriteria-kriteria lain juga perlu dimasukkan. 
 
Penerima biasiswa bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi mereka juga perlu aktif melakukan kegiatan luar dan organisasi. Dan aktif itu bukan hanya aktif atas nama, boleh sahaja mereka itu menjadi presiden sebuah persatuan dan kelab tetapi perlu dikaji lagi adakah mereka berbuat sesuatu yang boleh dibanggakan. Ini yang kita mahukan, pelajar yang seimbang dalam bidang akademik dan juga ko-kurikulum.

Banyak contoh yang aku sendiri perhatikan yang mana pelajar yang kurang sedikit cemerlangnya tetapi seimbang antara akademik dan ko-kurikulum lebih berprestasi dari mereka yang hanya cemerlang dalam bidang akademik. Mereka tahu apa yang mereka perlu fokuskan dalam pelajaran dan pada waktu yang sama mereka ingin mengembangkan bakat-bakat yang lain yang akan menjadi nilai tambah buat mereka.

Yang kita mahukan bukanlah mahasiswa yang hanya 24 jam di dalam kamar dan menelaah buku, tetapi yang kita inginkan adalah mereka yang mampu membahagikan waktu untuk pelajaran dan juga kerja-kerja luar yang lainya.Oleh itu, dalam pemilihan penerima biasiswa, selain dari akademik, ko-kurikulum juga perlu  diambil kira.

Seharusnya pada mereka yang menerima biasiswa, mereka perlu sedar bahawa mereka menjadi harapan untuk negara dalam membawa apa yang baik dari negara tersebut ke dalam negara. Memberikan idea-idea yang baru dan bernas untuk memperkasakan sistem yang sedia ada di negara, itu yang bagi aku menjadi objektif kerajaan. Apa gunanya hantar jauh-jauh ke negara orang akan tetapi apabila mereka pulang langsung sedikitpun mereka tidak menyumbang kepada negara?

Bagi aku, kerajaan hanya menghabiskan duit rakyat membayar yuran pengajian mereka, kerana mereka bukan mahu kembali berbakti kepada rakyat tetapi hanya untuk diri sendiri. Mereka yang mempunyai sikap seperti ini tidak patut untuk diberikan biasiswa kerajaan walaupun secemerlang manapun mereka. Anda bagaimana? Mahu orang seperti ini dibiayai kerajaan?

Penerima biasiswa harus sedar yang mereka telah berhutang budi dengan kerajaan dan menjadi tanggungjawab mereka apabila pulang ke tanah air untuk kembali menabur jasa kepada masyarakat. Jangan seperti kacang yang lupakan jasa kulit. Orang yang tidak tahu erti menghargai dan tidak tahu berterima kasih tidak perlu diberikan biasiswa. Mereka hanya liabiliti rakyat bukannya mendatangkan keuntungan kepada bangsa dan negara. Dan aku yakin kerajaan tidak meminta mereka membayar dengan wang, cukuplah menggunakan kepakaran yang mereka pelajari buat rakyat negara yang tercinta.

Ketahuilah bahawa tidak banyak negara yang seperti negara kita yang menghantar pelajat kita ke luar negara secara massal untuk degree course. Aku ambil contoh Indonesia, berlambak dengan pelajar pintar sehingga aku sendiri peribadi berasa kagum dengan kepintaran mereka, tapi adakah Indonesia membuat kebijakan hantar pelajar ke luar negeri hanya kerana banyak pelajar pintar tidak mendapat tempat dalam negara?

Di sini jelas hasrat kerajaan untuk menghantar pelajar ke luar negara selain daripada menuntut ilmu dalam bidang masing-masing, kerajaan mengharapkan agar kita dapat membawa sesuatu untuk membantu memajukan lagi negara. Lihat teknologi mereka, lihat pembangunan negara mereka, lihat budaya mereka dan lihat sistem mereka dan simpan dan gunakan pengalaman di negara orang untuk memantapkan lagi negara.

Jangan sebelum dapat berteriak bagai nak rak, tapi setelah dapat sedikit sumbangan pun tiada.. Adakah tiada sedikitpun perasaan malu dalam diri?


Yang menerima biasiswa kerajaan dan setelah itu mengkritik secara berlebihan kepada orang yang berbudi kepada kita, lebih memalukan lagi...

Belia Indonesia Turut Sama Berpartisipasi Dalam Hari Belia 2011 Di Putrajaya

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 5/26/2011 07:43:00 pm

0

Salam,





KUALA LUMPUR, KOMPAS.com - Indonesia in this case the Youth and Sports Ministry and the Indonesian embassy in Kuala Lumpur took part in observing Youth and Sports Day (HBN) from May 27 to 29, 2011 at Putrajaya, Kuala Lumpur. Suryana also said that the participation of Indonesian youths also show their creativity.


In this year’s HBN, Indonesia was given four booths occupied by young people with a business spirit presenting "angklung" Mang Udjo, batiks, shoes and other creative products.


The booths are also filled with artistic products, and for the promotion of tourist objects, business opportunities in Indonesia, shopping tourist places and the promotion of higher learning institutions in Indonesia to the Malaysian community.


-Kompas.com, 26 May-



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


1. Satu penghormatan bagi Malaysia apabila kerajaan Indonesia berhasrat untuk hadir dan bersama-sama kita dalam Hari Belia yang akan diadakan pada akhir minggu ini. Kebijakan pemerintah Indonesia ini menunjukkan bahawwa hubungan bilateral antara dua negara saban hari semakin kukuh.

2. Setakat pengamatan aku, sememangnya DS Shabery mempunyai hubungan baik dengan MENPORA (Menteri Pemuda dan Olahraga) di sini. Kali pertama DS Shabery datang ke Indonesia pada 3 tahun lepas dan orang pertama yang ditemui oleh DS Shabery adalah MENPORA, Pak Andi Mallaranggeng dan setelah pertemuan di antara mereka, banyak program yang telah dilakukan bersama dalam usaha untuk mengeratkan hubungan antara dua negara. Dan bagi aku antara program yang boleh dibanggakan kedua negara adalah Bandung Games yang dibuat di Indonesia oleh pelajar Malaysia di Indonesia dan Bandung Games juga yang diadakan di Malaysia

3. Semoga target Hari Belia untuk mendapat jumlah pengunjung sebanyak 1 juta belia dapat direalisasikan. Ikut hati nak juga pergi, sudah ada juga yang mengajak ke sana, tetapi merenung minggu depan adalah minggu ujian, terbantut hasrat. Belia harus ramai-ramai datang ke Putrajaya, program sebegini hanya setahun sekali dan pasti belia akan berpuas hati dengan program dan acara yang dianjurkan di sana.

Gambar Korban-korban Yang Sempat Diambil Sebelum Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 5/24/2011 10:46:00 pm

1

Salam,





Sumber: FB Realiti Alam Perkahwinan

Al-Fatihah buat semua mangsa korban tanah runtuh di Hulu Langat.
Semoga Allah s.w.t merahmati roh-roh anak ini semuanya.
Sejuk hati ini apabila melihat gambar di atas,
Sungguh..Syurga untuk mereka

MAN UTD! CHAMP19N!!! FOTO-FOTO SEWAKTU MENJULANG PIALA!!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 5/23/2011 07:05:00 pm

1

Salam,



Tahniah Man Utd menjulang piala buat kali ke-19! Man Utd telah cipta sejarah baru dalam dunia bole sepak Inggeris!

Terima kasih Alex Ferguson kerana telah menjadi mastermind dalam membawa Man Utd menjadi juara Liga Inggeris

Terima kasih Van Der Sar atas jasa yang telah kau curahkan dalam pasukan.

Syabas buat semua pemain!

May Next Season We Are The 20-th Champ!!

Glory! Glory! Man Utd!

NOW AND FOREVER!!!













Pelajar Rumah Anak Yatim Di Hulu Langat Menceritakan Pengalaman Sewaktu Kejadian Tanah Runtuh Berlaku

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 5/22/2011 06:51:00 pm

0

Salam,





Gambar dari Utusan



KAJANG, 22 Mei (Bernama) -- "Saya jerit suruh yang lain melarikan diri namun tanah runtuh dalam sekelip mata menyebabkan kebanyakan rakan ditimbus," kata Mohd Iman Abdullah.

Mohd Iman, 14, adalah antara pelajar Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang sempat menyelamatkan diri dalam kejadian tanah runtuh itu yang menyebabkan 25 orang tertimbus.

Mohd Iman berkata beliau sempat menjerit menyuruh rakan-rakannya yang lain melarikan diri apabila melihat tanah mula runtuh.

"Ketika itu kami semua berada di bawah khemah kerana hendak menyiapkan persiapan majlis dan saya melihat tanah bergerak dan runtuh sedikit," katanya.

Seorang lagi pelajar yang terselamat Mohd Jihad Jalal, 14, berkata keadaan ketika itu huru hara dengan bunyi pekikan dan jeritan minta tolong.

"Saya sendiri pada mulanya tertimbus sedikit di bahagian kaki sebelum ditarik oleh penduduk," katanya.

Mohd Faizal Isni, 17, pula berkata sebelum kejadian, dia terdengar bunyi kuat seakan ranting patah dan benda jatuh sebelum melihat tanah runtuh ke khemah.

"Ketika itu kami sedang siapkan pentas di khemah untuk sambut pegawai Finas yang dijadual datang pukul 5 petang dan saya berjaya melarikan diri sejurus kejadian," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk setempat yang merupakan antara yang terawal tiba di lokasi kejadian berkata beliau tiba 10 minit selepas kejadian dan mendengar jeritan meminta tolong sebelum setengah jam kemudian tiada suara yang kedengaran.

"Saya nampak ada budak yang badannya separuh tersepit dan saya cuba mengalihkan runtuhan namun tidak berjaya.

"Ketika saya sampai dengar suara minta tolong tetapi setengah jam kemudian tiada suara langsung," katanya sambil memberitahu bahawa semalam hujan lebat di kawasan itu.

Warden asrama anak yatim itu, Mohd Hambali Ismail, 34, berkata kejadian berlaku selepas pelajar selesai makan tengah hari dan beberapa pelajar ditugas membersihkan ruang makan itu.

"Masa kejadian saya berada di asrama dan mendengar bunyi dentuman kuat dan saya tengok ramai pelajar dah tertimbus.

"Keadaan masa tu tak boleh gambar dengan kata-kata...," katanya yang telah lima tahun menjadi warden di situ.

Beliau berkata sebelum ini beberapa kejadian tanah runtuh kecil pernah berlaku kira-kira 50 meter dari bangunan rumah anak yatim itu.

-- BERNAMA



-------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Bersedih dengan kejadian menyayat hati yang berlaku di Hulu Langat. Anak yang tiada ibu dan ayah mendapat musibah seperti ini.

2. Aku ingin mengucapkan tahniah buat semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa tanah runtuh. Usaha cepat mereka telah berjaya menyelamatkan 9 nyawa. 

3. Doa buat 16 korban tanah runtuh. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya buat anak-anak yatim ini.

4. Bangga dengan keputusan PM, DS Najib Tun Razak kerana memendekkan lawatannya ke luar negara setelah mendengar musibah ini. Ini yang kita mahukan, seorang pemimpin yang peka dengan kejadian yang berlaku di negaranya. Bukan setelah dengar, tetap mahu teruskan kerjanya. Rakyat dulu yang harus diutamakan, yang lain boleh diatur kemudian hari.

5. Aku sangat berharap kejadian ini tidak dipolitikkan. Ini adalah musibah yang mana semua rakyat bersatu mendoakan keselamatan mangsa. Bukan menyalahkan mana-mana pihak. Let Us Be Human Once!!

6. Aku mewakili pelajar Malaysia di Indonesia turut berdukacita atas musibah ini dan mendoakan buat mereka...Salam Takziah...

Pernyataan Anwar Di Jogjakarta: Indonesia Lebih Demokrasi Berbanding Malaysia

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 5/20/2011 06:42:00 pm

6

Salam,





VIVAnews - Mantan Deputi Wakil Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, menilai Indonesia harus lebih serius menangani kasus korupsi yang kembali marak, terutama yang diduga melibatkan elit politik dan negara. Anwar mengatakan, jika terbukti terlibat korupsi maka petinggi-petinggi pemerintahan di Indonesia pun harus ditangkap.

"Muatannya banyak. Sekurang-kurangnya, orang yang terlibat di atas itu ditangkap," kata Anwar usai menjadi pembicara dalam pertemuan aktivis mahasiswa Islam dari berbagai negara di gedung Universitas Club (UC), Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta, Selasa 17 Mei 2011.

Pemerintah Indonesia pun harus berani melakukan pemberantasan korupsi secara lebih serius. "Harus ada komitmen yang lebih," jelasnya.

Walau masih memiliki masalah korupsi, Anwar Ibrahim pun menilai Indonesia lebih demokratis dibandingkan Malaysia.

"Malaysia seharusnya belajar dari Indonesia untuk bangun demokrasi," ucap Anwar.

Misalnya, tokoh oposisi Malaysia itu mengatakan, dirinya tidak bisa berbicara bebas, apalagi mengkritik pemerintah di negerinya sendiri.

"Saya tidak bisa berbicara bebas di Malaysia," ujarnya. "Oposisi di Malaysia tidak bisa berbicara bebas".

Amwar menambahkan, media di Malaysia pun hanya bisa mengikuti mind-set pemerintah yang berkuasa di Malaysia.

"Kalau saya membandingkan Malaysia dengan Indonesia, saya dinilai tidak nasionalis. Padahal Indonesia memang lebih demokratis dari pada Malaysia," ungkapnya.
Laporan: Erick Tanjung | DIY

• VIVAnews - 17 Mei 2011



Apa kata pembaca?

Tun Mahathir Dikejarkan Ke IJN Mengadu Sakit Dada. Semoga Lekas Sembuh Tun!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 5/18/2011 12:21:00 pm

1

Salam,




Dapat berita di twitter mengenai Tun Mahathir masuk ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini kerana mengadu sakit dada. Semoga Tun lekas sembuh dan dapat meneruskan perjuangan. Pemikiran Tun amat kami perlukan untuk pembangunan bangsa dan negara. Kami mendoakan Tun..amin...

Terima Kasih Guru.....

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 5/16/2011 07:49:00 pm

0

Salam,

Zaman kanak-kanak dulu aku dikenali sebagai murid yang nakal. Suara pula memang taraf speaker sekolah. Setiap hari riuh-rendah kelas dibuatnya sampai kelas dicop kelas paling bising waktu sekolah rendah. Yang kagumnya, guru aku tidak pernah berputus asa dengan kami, tetap sepenuh hati mengajar kami ilmu dengan harapan kami akan menjadi seseorang apabila besar nanti.

Dulu waktu sekolah memang tak faham bahasa. Ikut kawan memang kerja sehari-hari. Kerja rumah buat waktu pagi sebelum masuk ke kelas. Mujur waktu aku sekolah handphone tak la popular lagi,, kalau tak memang tiap saat handphone dalam meja. 

Satu yang tak boleh kita nafikan adalah guru pasti dapat menghidu potensi anak muridnya. Mungkin instuisi itulah yang membuatkan guru gigih mengajar aku, nampak dalam kemalasan itu, ada potensi yang belum lagi digilap. Berkat guru, aku berjaya di PMR. Seperti tak percaya, orang macam aku boleh mendapat keputusan seperti itu.

Masuknya ke sekolah berasrama penuh mengubah diriku 180 darjah. Stress tengok kiri kanan semua mengadap buku 24 jam, cuba untuk menjadi seperti mereka. Akhirnya bertambah stress. Keluarga pula jauh di KL, akunya di Muar. Guru tempat aku mengadu. Mereka berikan semangat, mendorong aku untuk terus menuntut ilmu dan alhamdulillah, berkat doa keluarga dan mereka, aku berada di sini sekarang. Dari aku dulu seorang murid nakal dan jahat menjadi manusia yang akan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Semuanya berkat mereka yang bernama guru....




 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan


 Menjadi pengawas pusat sumber









Sekolah Menengah Sains Muar






Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
1979


Kartun Unggul Negara Upin dan Ipin Fenomenal Di Indonesia!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 5/15/2011 09:43:00 pm

0

Salam,

Aku ingat lagi waktu aku tahun pertama di sini, waktu itu bulan puasa, kami mahasiswa adakan berbuka puasa bareng (bersama) dengan rakan-rakan Malaysia di Indonesia. Memang perkara biasa kami buat program seperti ini, maklumlah kalau sudah namanya anak perantau, rakanlah yang menjadi andalan. Berbuka bersama seperti ini boleh mengeratkan lagi hubungan di antara kami.

Sewaktu makan, mereka membuka satu cerita kartun yang aku tak tahu namanya, cerita mengenai dua orang budak kembar yang baru mahu belajar berpuasa. Comel betul. Setelah tanya-tanya rakan baru aku tahu nama cerita itu Upin dan Ipin. Ceritanya pendek sahaja, dalam 10-15 minit dan banyak pengajaran yang boleh digarap daripada cerita ini.

Cerita Upin dan Ipin mula ditayangkan di kaca tv Indonesia sejak beberapa tahun ini. Aku sungguh tak menyangka cerita Upin dan Ipin disambut hangat oleh rakyat di sini. Di mana-mana sahaja terutama anak kecil pasti akan sebut-sebut nama Upin dan Ipin.

Pernah suatu hari, aku bertemu dengan seorang pak cik, dia bertanya aku adakah aku orang Malaysia dan aku jawablah ya, takut juga kalau dia nak buat apa-apa, waktu itu pula isu hubungan Malaysia-Indonesia sedang kembali timbul. Perkataan pertama yang pak cik itu keluarkan adalah, 

'Upin dan Ipin ya? Bagus ceritanya.Lucu'.

Rupa-rupanya secara aku tak sedar cerita Upin dan Ipin sangat popular di kalangan rakyat di sini. Ingat Malaysia pasti ingat Upin dan Ipin. Kita sendiri rakyat Malaysia yang tinggal di Indonesia juga jarang menonton.

Baru-baru ini aku lihat iklan di tv. Lihat Upin dan Ipin membuat iklan Gery Pasta. Makanan ringan keluaran Garuda. Hebat orang sini, mereka tahu Upin dan Ipin sangat popular di kalangan kanak-kanak. Langsung mereka gunakan peluang itu untuk tarik kanak-kanak beli makanan mereka.

Bangga? Memang bangga. Mana tidaknya, rakyat di sini menyukai kartun buatan Malaysia dan dijadikan ikon di sini. Seronok lihat anak-anak membeli baju gambar Upin dan Ipin, belon Upin dan Ipin dan pelbagai lagi barangan yang punya gambar mereka. Betapa kartun ini menjadi fenomenal di negara Republik ini.

Kerajaan Malaysia boleh menggunakan populariti Upin dan Ipin untuk mengeratkan lagi hubungan antara dua negara. Banyak sangat salah faham antara dua negara. Ditambah pula dengan orang ketiga yang cuba nak menangguk air yang keruh memecah belahkan dua masyarakat serumpun ini. 

Peluang sudah ada, jangan sia-siakan. Jika dulu Siti Nurhaliza, sekarang giliran Upin dan Ipin yang boleh kita jadikan sebagai duta keamanan kita.





Foto Menyayat Hati Seorang Wanita Tidak Berdosa Yang Disimbah Asid, Apa Hukuman Kita Terhadap Manusia Ni??!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 5/15/2011 08:42:00 am

4

Salam,







Credit: FB Tiara Jacquelina



Apa hukuman yang kita nak berikan kepada binatang yang bertopengkan manusia ini?


Cadangan kawan aku, kita taruk catheter di kemaluan dia dan kita curah acid ke dalam pundi kencing manusia ni...setuju?

AWAS!! Gambar Dan Nombor Plat Suspek Simbah Acid Di KL!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 5/14/2011 07:54:00 am

2

Salam,


Ada dua suspek kes simbah acid, yang pertama pihak polis telah mengeluarkan foto suspek dan yang kedua berlaku di Wangsa Maju yang mana IPD Tun Razak telah berjaya menemukan no platnya:

1. Foto yang dikeluarkan pihak polis





2. Nombot plat motor suspek simbah asid yang berlaku sekarang di Wangsa Maju

Honda EX5. WPV 4963
 
 
Boleh hubungi Rakan Cop hotline 03-2115 9999 atau SMS POLISKL at 32728.
Membantu rakan yang sedang menyebarkan amaran ini..
Berhati-hati ya... 
 
p.s: akhirnya masalah teknikal dari pihak blog selesai, dapat kembali mengemaskini blog
p/s 2: membuat pembetulan artikel semalam

KEJUTAN: Wakil Rakyat Indonesia Mahu Daerahnya Menjadi Sebahagian Dari Malaysia!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 5/13/2011 11:49:00 pm

2




Rabu, 11 Mei 2011 , 21:28:00


JAKARTA - Anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) asal Kalimantan Timur, Luther Kombong menyatakan, sejumlah kecamatan yang berbatasan langsung dengan negara Malaysia menuntut agar daerahnya dilepaskan saja, selanjutnya masuk ke dalam wilayah Negara Malaysia.

"Masyarakat yang berdomisili di daerah Krayan, Sebatik dan Ligitan selalu menuntut agar daerahnya dilepaskan saja untuk bergabung dengan Malaysia," kata Luther Kombong, mengungkap sebagian hasil kunjungan masa resesnya ke Kaltim, di gedung DPD, komplek Parlemen, Senayan Jakarta, Rabu (11/5).

Hal yang mendorong mereka untuk ingin bergabung dengan Malaysia, kata Luther, karena secara de facto seluruh kebutuhan hidupnya sehari-hari didatangkan dari Malaysia. "Bahkan uang sebagai alat transaksi mereka di sana tidak lagi menggunakan mata uang rupiah. Mereka lebih mempercayai ringgit Malaysia."

Pernyataan yang sama juga disampaikan oleh anggota DPD asal Sulawesi Utara, Ferry FX Tinggogoy. Menurut Ferry, telah terjadi kesenjangan infrastruktur yang sangat signifikan pada setiap wilayah perbatasan antara Indonesia dengan Malaysia.

"Di daerah perbatasan Krayan misalnya. Ada kesepakatan kedua negara Indonesia-Malaysia yang secara bersamaan membangun berbagai infrastruktur wilayah perbatasan dengan total biaya yang sama dalam ukuran mata uang dollar Amerika Serikat. Hasilnya, Malaysia dapat membangun gedung kantor, jalan permanen, listrik dan penyediaan air bersih. Sementara di Krayan dengan jumlah dana yang sama hanya bisa membangun kakus tanpa air dan seikit kantor yang cocok untuk kandang Kambing," kata Ferry.

Padahal, kata Ferry, daerah Krayan itu penghasil beras terbaik di dunia dan menjadi konsumsi para petinggi kerajaan baik di Malaysia maupun di Brunei Darrusalam.

"Pedagang asal Brunei dan Malaysia membeli beras itu seharga 3 Ringgit dari petani Krayan. Dengan hanya bermodalkan kemasan maka pedagang Brunei dan Malaysia menjual beras itu dengan 30 Ringgit untuk setiap kilonya," imbuh Jenderal Purnawiran Bintang Dua itu.

Terakhir, anggota Komite I dan mantan Ketua Pansus Perbatasan Negara DPD RI itu juga mempertanyakan pembangunan jembatan selat Sunda yang menghubungkan Pulau Jawa dengan Sumatera.

"Pembangunan jembatan Selat Sunda itu benar-benar menyakiti masyarakat Indonesia Wilayah Timur yang masih berkutat dengan kemiskinan dan sangat menggantungkan hidup dari kebaikan Negara Malaysia dan Brunei Darrusalam," tukasnya. (fas/jpnn)
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Inilah bukti bahawa betapa negara jiran kita meyakini Malaysia adalah sebuah negara yang maju dan stabil. Tindakan mereka ini membuktikan betapa kerajaan kita menjaga kebajikan rakyat.

Orang kita terlalu sempit pemikiran dan tidak cuba untuk berfikir lebih luas dari itu.  Cuba lihat bagaimana keadaan di negara lain dan waktu itulah kita akan sedar yang kita sudah cukup beruntung dilahirkan di Malaysia. Kerajaan ada salahnya? Tak perlu kita menafikan tetapi tidak semua kebijakan kerajaan itu salah. Banyak betul dari salahnya.

Apa tindakan kerajaan jika mereka mengatahui perkara ini?




TERKINI: Satu Lagi Foto Osama Mati Ditembak!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 5/11/2011 07:03:00 pm

1

Salam,



Aku mendapat foto ini dari temanku, katanya dari Reuters..ada yang boleh mengkomfirmasikan?

Superimposed lagi?


Selamat Ulang Tahun UMNO Yang Ke-65, Perjuangan Belum Selesai, Perjuangan Harus Diteruskan Demi Agama, Bangsa Dan Negara

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 5/11/2011 06:14:00 am

0

Salam,





Selamat ulang tahun yang ke 65 buat UMNO. Dalam 65 tahun penubuhannya UMNO telah banyak membantu rakyat dan negara.

Sudah pasti banyak onak ranjau dan duri yang harus ditempuhi oleh parti. Namun dengan kebijaksanaan dan usaha keras pemimpin bersama ahli di dalamnya, segala masalah dapat diatasi.

Seperti yang dinyatakan oleh YAB Dato Seri Najib bahawa  PRU sudah semakin hampir dan semua jentera haruslah bersiap sedia. Dan sebelum menghadapi PRU, aku berharap UMNO dan parti komponen yang lain yang memerintah negara sekarang untuk menyelesaikan dahulu isu-isu yang timbul dan menarik lebih banyak kepercayaan rakyat kepada BN.

Dengan beberapa keputusan kabinet baru-baru ini yang tidak popular dan tidak mesra rakyat, pasti ada rakyat yang mula untuk mengubah haluan.Aku yakin bahawa UMNO dan parti komponen sudah merangka formula yang terbaik untuk menyelesaikan isu ini dan sekaligus mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada BN.

Tahniah dan syabas kepada UMNO.



Ponari, Si Dukun Cilik Dengan Batu Petir, Puluhan Ribu Pesakit Setiap Hari

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 5/10/2011 09:51:00 pm

0

Salam,

M Ponari, Si Dukun Cilik yang dipercayai mempunyai batu petir yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Setiap hari hampir 10,000 orang datang untuk berobat dengannya. bagaimana cara dia menyembuhkan penyakit? Sangat mudah, hanya dengan dia mencelupkan batu petir itu ke dalam air yang dibawa oleh pesakit dan setelah itu air di minum.

Ponari menjadi buah mulut orang ramai apabila dia berjaya mengubati tetangganya, masyarakat di sekitar Jombang bahkan provinsi jawa Timur mula berduyun-duyun datang ke rumah si anak kecil ini. Media dengan pantas menghidu cerita menarik ini untuk disiarkan, natijahnya? Lebih ramai mereka yang datang.

Tempat pengobatan Ponari tutup kali pertama pada awal tahun 2009 kerana waktu itu ada yang ditemukan mati. Dilaporkan sebanyak 4 orang mati akibat keletihan sewaktu menunggu. Orang ramai sanggup menunggu berhari-hari hanya untuk menunggu si kecil ini mencelup batu petirnya ke dalam air mereka. Aneh kan?

Persoalan, mengapa mereka memilih rawatan alternatif? Adakah ini menunjukkan bahawa rawatan medis gagal untuk membantu orang ramai?

Dari pengamatan aku di sini, beberapa faktor mereka mencari rawatan alternatif seperti ini:

1. Kebanyakan mereka adalah dari golongan rakyat miskin. Mereka tidak mempunyai cukup wang untuk menampung kos perubatan moden. Di sini, mereka hanya memberikan wang sumbangan seikhlas mereka. Dan aku tidak salahkan mereka. Sememangnya kos perubatan di manapun mahal, anda akan mendapat pelayanan kesihatan yang terbaik, ubat yang terbaik jika anda punya wang, lebih-lebih lagi di sini.

2. Mereka berputus harap kepada rawatan perubatan moden. Mereka mencari jalan lain untuk penyakit mereka.

3. Kurang berpuas hati dengan pelayanan medis yang sedia ada. Mereka menganggap pelayanan kesehatan di sini kurang memberikan tumpuan kepada mereka maka sebab itu mereka mencari alternatif lain.


Kami sebagai tenaga kesehatan memahami mengapa mereka bertindak demikian namun menjadi tugas kami untuk memahamkan kepada masyarakat bahawa perubatan moden adalah yang terbaik buat mereka.

Perubatan medis moden bersifat empiris secara total. Kajian demi kajian dilakukan untuk memastikan metode atau prosedur yang ingin dijalankan benar-benar boleh menyembuhkan penyakit.

Jika orang kata rawatan alternatif adalah anugerah tuhan kepada orang-orang tertentu, aku hairan, tidak kira rawatan alternatif atau pun rawatan moden bukankah semuanya DATANG DARIPADA TUHAN? Jadi kenapa dibedakan?











Harga Gula Naik RM0.20, Pilihan Raya 11.11.11?? Mungkin Tidak...

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 5/10/2011 12:24:00 pm

4

Salam,

PUTRAJAYA 9 Mei - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuat kuasa esok.


Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zin Mohd. Dom berkata, dengan kenaikan itu, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta.
"Dengan kadar subsidi sebanyak 20 sen sekilogram, penjimatan dapat dilakukan sebanyak RM116.6 juta.

-Utusan-







Izinkan aku yang tak tahu langsung pasal bab-bab ekonomi untuk memberi pendapat. Aku tak nak terlalu analitik dan guna data untuk pendapat aku untuk artikel kali ni, hanya nak pakai logik sahaja:

 1. Kita memahami tujuan kerajaan untuk mengurangkan subsidi gula untuk menyalurkan wang tersebut ke sektor yang lebih penting dan bermanfaat untuk rakyat. Yang kita kisahkan bukanlah harga gula, kerana apa lah sangat dengan kenaikan RM 0.20. Yang kita kisah sangat apabila adanya 'kenaikan berantai' akibat dari harga gula.

 Jangan terkejut bila harga air dan makanan naik sebab harga gula naik. Pergi kedai mamak teh tarik naik (walaupun teh tarik pakai susu sejat, bukan gula), harga makanan warung tepi jalan naik, ntah-ntah harga kuih donut mak cik Kiah juga naik, 'Adik nak buat macam mana, kuih donut ni pakai gula, gula dah mahal sekarang, jadi terpaksa la mak cik nakikkan harga. Kalau tak makanlah donut tanpa gula'

 Bukan sahaja itu, harga barang-barang lain yang menggunakan gula pasti akan naik. Contohnya roti krim dalam siap-siap pek, bukan pakai gula? Kalau tak naik harga pun, mereka akan kurangkan krim dalam roti, dah jadi tak sedap. Kualiti barang yang dijual dalam pasaran berkurang. kenapa? Harga gula naik...


 2. Bila harga barang semua naik, maka bertambahlah perbelanjaan bulanan rakyat. Untuk mereka yang berada dalam golongan sosioekonomi menengah dan ke atas, aku tak rasa ada masalah. Yang kita khuatirkan untuk mereka yang masih lagi dalam golongan sosioekonomi rendah.

 Di Indonesia perlu aku beritahu harga gula masih lagi jauh lebih tinggi dari Malaysia. Harga lebih kurang Rp10,000 (dalam RM3 lebih). Aku dapat lihat kesannya kepada mereka yang berpendapatan rendah. Susah mereka nak hidup. Ditambah dengan kenaikan harga barang global. Hidup rakyat miskin di sini makin parah.

 Untuk kerajaan membuat tindakan menaikkan harga gula secara berperingkat, pendapat aku satu pelan alternatif perlu ada buat mereka yang berpendapat rendah. Adakah dengan cara menaikkan gaji minimum mereka ataupun menaikkan elaun bulanan untuk menampung beban yang mereka akan tanggung.

Ambil contoh sebab naik harga gula, jadi mereka terpaksa berbelanja lebih dalam RM1 setiap hari, jadi sebulan pakai RM30. Jika kerajaan naikkan gaji mereka walaupun sebanyak RM50 sebulan, kurang-kurang dapatlah lega sikit hati.

Tahun 2008 dicatatkan kakitangan kerajaan sebanyak 1.2 juta. Ambillah tahun 2011 jumlah kakitangan kerajaan sebanyak 1.5 juta orang. Jika naikkan gaji walau sebanyak RM50, kerajaan terpaksa keluarkan wang sebanyak RM75 juta. RM75 juta - RM116 juta. Kerajaan masih ada lebihan RM41 juta. Jadi beban rakyat berkurang dan lebihan boleh digunakan ke sektor lain.

Memang benar dangkal sungguh hitungan aku ni, banyak lagi faktor lain yang nak kena ambil kira. Kalau nak hitung banyak faktor lain, aku tak rasa jadi RM1 setiap hari, mungkin lebih. Macam aku kata, aku bukan pakar ekonomi, tapi aku yakin inilah semua rakyat macam kami ni fikir.

Kalau naik lebih lagi sebagai contoh RM300-400 kerana perbelanjaan rakyat meningkat? Kerajaan rugi kan? Jika begitu mana lebih baik, kekalkan subsidi atau naikkan gaji rakyat? 

 RM116 juta mampu untuk menggerakkan kerajaan? Secara makro aku tak rasa RM116 juta itu banyak. Tak banyak yang boleh kerajaan lakukan dengan wang sebanyak itu. Bagaimana pakar ekonomi sekalian? Adakah aku salah?


3. Aku kecewa dengan pandangan yang kurang bijak dari segolongan pemimpin. Kenaikan gula untuk mencegah penyakit???

 Apa kandungan gula? Sukrosa..Lepas tu jadi apa? Glukosa..

 Apa pula kandungan nasi, tepung dan ubi? Owh ya..karbohidrat..lepas tu jadi apa? Glukosa...

Yang menjadi masalah penyakit sistemik seperti diabetes adalah kerana meningkatnya KANDUNGAN GLUKOSA dalam darah yang mana kemungkinan kurangnya insulin dalam darah sehingga glukosa tidak dapat disimpan di dalam sel dalam bentuk glukagon atau mungkin kerana sel badan sudah resisten dengan insulin menyebabkan insulin tidak dapat mengubah glukosa kepada glukagon.

MENGURANGKAN PENGGUNAAN GULA PASIR tidak bermakna kurang penyakit akan kita dapat. Banyak lagi etiologi lain iaitu pemakanan tidak seimbang seperti memakan terlalu banyak sumber karbohidrat seperti nasi yang mengarah kepada penyakit diabetes dan juga gaya hidup yang tidak sihat.

Oleh itu, kepada mereka ni, hentikan penggunaan alasan kata kurang penggunaan gula pasir akan mengurangkan penyakit. Alasan anda tidak tepat dan salah dari fakta perubatan. Kalian hanya tunjukkan kalian tidak buat homework terlebih dahulu. Pakailah alasan lain yang lebih relevan.

Bab ni bidang aku, jadi aku tak rasa aku salah.



4. Walaubagaimanapun, jangan juga kita lupa yang kerajaan dah banyak membuat beberapa kebijakan untuk mengurangkan beban rakyat dari segi yang lain. Skim Rumah, Klinik 1Malaysia dan lain-lain sebenarya dah bayak bantu rakyat. Rakyat sedar tak? Mungkin tidak, sebab dah jadi fitrah manusia nampak susah depan mata, yang senangnya tak perasan pun.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pastilah pihak pro-pembangkang akan gunakan isu ini dan juga isu RON 97 sebagai modal mereka untuk hentam kerajaan. Jika mereka nak mainkan isu RON97, mereka salah strategi, hanya 10% yang pakai RON97, itupun orang kaya, jadi tak ada kena mengena dengan golongan berpendapatan rendah.

Dan kerajaan pula aku yakin apa yang aku cakap ni mereka dah fikir lama dah. Aku banyak borak-borak dengan pemimpin negara. Mereka tahu masalah ini, dan pasti mereka tahu bagaimana nak atasi. Hanya perlu tunggu dan sabar apa yang mereka rancangkan untuk kita rakyat. Jika tak ada juga? Jangan nak marah rakyat kalau ada yang berubah undi. Itu salah kalian kerana gagal untuk mengantisipasi isu yang timbul.

Kalau orang tanya aku, betul ke PRU ke 13 nanti tanggal 11.11.11????

Mungkin tidak.....