VVIP BLOG INI

Showing posts with label J-town. Show all posts
Showing posts with label J-town. Show all posts

Tahniah Naqi dan Yah! Semoga Hubungan Berkekalan Selagi Hayat Dikandung Badan

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 4/25/2011 10:37:00 pm

0

Salam,

Aku ingin mengucapkan sekalung tahniah buat dua orang rakan seangkatan-ku yang telah selamat melangsungkan perkahwinannya hari minggu kelmaren. Buat Naqiuddin Mohamed dan Rafahiah Haron, semoga kamu hubungan berdua kekal hingga ke anak cucu. Kalau diberikan rezeki umuq tu panjang, dapatlah tengok cicit tu..he he he




Aku bila lak nak kawen? Haaa... soalan cepumas tu, rasa nak lempang laju-laju jek siapa yang bertanya tuh, kuang ajaq ek, ha ha ha...insyaallah kalau ada rezeki nanti selamat lah, dah lama dah pun dengan si dia cuma masih lagi belajar dan pitih tak cukup. Nak bagi bini makan apa? batu berulam pasir? haih~~

Setakat ini, sudah empat orang rakan angkatan ku yang sudah berkahwin (dua pasangan), satu lagi berkahwin sebelum masuk ke fakulti kedokteran. Yang lain, hajat tinggi sekali, tapi semua sama sahaja masalahnya, duit tak cukup~~ Tak pe, hidup masih panjang *mata bersinar-sinar*

Di bawah kebetulan terjumpa satu video yang amat menarik sekali untuk kalian semua tonton, mengenai peringkat-peringkat dalam hubungan pasangan. Bermula dengan Meeting, diikuti Chasing, Honeymoon, Comfortable, Tolerance, Downhill dan akhirnya Breaking Up. Inilah putaran yang selalu terjadi buat pasangan yang bagi aku tidak ada tujuan dan matlamat dalam hubungannya. Dalam hubungan cuma ada dua jalan. Satu akhirnya akan putus atau satu lagi seperti kawan aku ini, kahwin dan bahagia (tak de lah selamanya, tipu lah, ni bukan cerita dongeng, he he he...sori lah naqi, aku jealous dengan ko)

Jadi kepada yang berpasangan, apakah matlamat anda dalam berhubungan? :)







Tahniah sekali lagi buat rakan ku Naqi dan Yah!!!

p/s: kami nak main-main dengan anak mung!! cepat sikit woi! hahaha!

Gambar-gambar Sewaktu Dinner La Luna LaSix!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 7/05/2010 07:24:00 am

0

Salam,

Pada hari Khamis lepas, kami angkatan KPBI 2006 telah mengadakan dinner angkatan sempena meraikan tamatnya tahun teori kami. Sememangnya dinner ini telah lama dirancang dan menjadi acara kemuncak setelah 4 tahun kami bersama-sama dalam angkatan.

Walaupun ini hanyalah dinner angkatan, tetapi bagi aku, inilah dinner yang paling seru dan paling havoc yang pernah aku hadiri (yelah, kata dengan member sendiri, kompem la suasana tu lain, masing-masing boleh buat kepala..hoho)


How's my outfit??hoho


MC untuk malam itu, Patrick, Diba dan KANNA!!!


Comittee Batch dipaksa rela oleh Irika untuk buat opening performance..Lady Gaga


Makan time!!

Our batch have artist!! Teorist!! Yang nyanyi pakai gitar itu adalah Amir dan his band, 2 Malaysians and 3 Indonesians!!Sekarang sedang nak release album baru!! Jangan terkejut, siapa kata jadi doktor tak boleh 'ngeband'?? Semoga sukses Amir!!


Aku yang khusyuk mendengar

Main music chair


Limbo rock!! Reza adalah pemenang!!












Aku bersama Adiba..gambar semua ni daripada kamera dia ah!















My beloved batch committee!! Ada yang tak masuk gambo sebab dah balik..

Aku nak ucapkan terima kasih kepada panitia dan comittee batch yang bertungkus lumus menjayakan dinner ini. Aku tak segan untuk kata yang aku sangat bangga menjadi ketua angkatan KPBI 2006. Walaupun comittee ini kecil, walaupun tak sebesar dengan tanggungjawab aku yang satu lagi, but i love my batch commitee's work most!! The bond between us is very close sehinggakan aku sanggup buat apa sahaja untuk angkatan aku. Pelik? tapi memang benar...

Aku nak ucapkan terima kasih kepada timbalan aku yang kiut Noddy, S/u aku yang gigih menari Irika, Bendahari aku yang kemut duit Hafiz, dan semua Exco batch Farid, Natrah Adi, Nad, Yani, Sugen, Devan dan Awang. Tanpa mereka aku tak boleh nak menggerakkan angkatan. Tanpa mereka kami takkan boleh berjaya seperti sekarang. SALUTE THEM for their EFFORT!!!

Dan aku nak ucapkan terima kasih kepada semua rakan angkatan yang telah banyak membantu angkatan secara langsung atau tidak. Tanpa korang punya support, kami juga tak dapat nak bergerak dengan lancar!!
Thanx guys!!

Semoga rakan-rakan semua dapat menjalankan tahun praktikal selama 2 tahun dengan lancar..doa aku semoga rakan-rakan semua beroleh kejayaan dunia dan akhirat!!

p/s: credit kepada Adiba Wahida untuk gambar-gambar di atas!!






LUV U ALL!!!!!






Sekian....










Attention KPBI 06!! Perbincangan Bersama Dr Yulia (Kepala Bahagian CRP) Mengenai Jadwal Thesis!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 5/03/2010 05:05:00 pm

4

Salam,

1. Baru sahaja tadi aku berjumapa dengan Dr Yulia untuk berbincang mengenai jadual penghantaran thesis yang sepatutnya kita semua hantar pada 10-12 Mei. Sepertimana yang kita semua maklum yang pada masa yang sama juga kita mempunyai paper exam yang mungkin akan mempengaruhi kita untuk menyiapkan kerja thesis.

2. Sebab tu, aku telah berkira-kira untuk mencari jalan alternatif setelah permintaan kita kepada PPSK mengenai mengubah jadual exam gagal. Jadi, aku berfikir lebih elok untuk menukar jadual penghantaran thesis jadi boleh lah kita untuk lebih fokus dalam peperiksaan akhir tahun kita nanti.

3. Aku ditemani oleh Ajay dalam perjumpaan bersama Dr Yulia. Setelah berbincang, akhirnya Dr Yulia bersetuju untuk memberikan kelonggaran dalam penghantaran draf thesis. Ada beberapa perkara yang penting untuk semua mahasiswa ambil perhatian:

i) Semua mahasiswa harus memberikan nama penuh, NPM dan juga Judul thesis kepada semua Ketua Tutorial masing-masing. Yang masih belum pasti judul thesis diminta menanyakan kepada dosen pembimbing masing-masing. Dan kepada ketua tutorial harus memberikan nama semua mahasiswa dalm bentuk MICROSOFT EXCEL dan emailkan kepada aku (khairul_hafidz_alkhair@yahoo.com) ESOK!!

ii) Pada 10-12 Mei, semua pelajar harus mendaftarkan diri menyatakan kesanggupan untuk mengambil bahagian dalam thesis kepada Ibu Ipur di SBK.

iii) Semua mahasiswa harus menghantar draf thesis selewat-lewatnya jam 3.00 pm hari jumaat, 14 Mei.

4. Aku mahu ucapkan terima kasih kepada Dr Yulia kerana mengambil kira masalah kami dan memberikan kelonggaran kepada kita untuk menghadapi peperiksaan. Walaupun dari pihak mereka juga akan susah, tapi mereka tetap mengambil berat terhadap masalah mahasiswa.

5. Aku ingin memberikan sedikit komen mengenai sikap PPSK. Aku kecewa terhadap pentadbiran PPSK yang telah memungkiri janji yang telah ditaburkan. Mula-mula janjinya lain tapi apabila jadual yang keluar lain pula dan jadual yang diberikan tidak masuk akal!! Jangan berjanji jika tak dapat nak tunaikan. Dan ini menunjukkan sikap buruk mereka yang tak sepatutnya mereka tunjukkan kepada kita.

6. Aku ingin meminta maaf kepada semua kerana percaya dengan janji yang mereka berikan .Mula-mula kita semua terasa lega jadual tak terlalu padat, tapi lain pula jadinya sekarang. Aku berharap agar selepas ini PPSK perlu lebih bertanggungjawab. Jangan hanya tahu mengambil ramai mahasiswa tetapi tidak tahu cara untuk menguruskan.

Kami memahami yang mereka juga mempunyai kesulitan tetapi jangan pula melupakan beban kami. Kami bukan robot yang lakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Tolong fahami kami dan kami akan memahami kamu. Kami bukan orang yang tiada perasaan dan mementingkan diri dan harap kamu juga tidak. Jangan anggap kami budak kecil lagi dan barulah kami akan menganggap kamu semua adalah dewasa yang matang dalam tindakan.

7. Kepada rakan-rakan, harap tabahkan hati, tahu semua pun penat dan stress dengan kondisi kita sekarang, tapi kita cubalah sedaya upaya kita untuk kita sama-sama dapat masuk ke tahun praktikal pula!!



MEKASIH DR YULIA!!!!



sekian....