VVIP BLOG INI

Showing posts with label JPA. Show all posts
Showing posts with label JPA. Show all posts

JPA: Mahasiswa Jangan Tangguh Kepulangan

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 5/12/2010 09:02:00 pm

0

Salam,

PUTRAJAYA 5 Mei – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini memutuskan pelajar-pelajar dalam semua bidang pengajian yang ditaja dengan biasiswa di luar negara tidak lagi dibenarkan untuk membuat sebarang penangguhan pulang ke tanah air atas apa alasan sekalipun.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Ismail Adam berkata, pelajar perubatan, pergigian dan farmasi yang ditaja oleh agensi penajaan Kerajaan sama ada secara biasiswa atau pinjaman pelajaran hendaklah kembali ke Malaysia untuk menjalani housemanship setelah tamat pengajian.

Dalam aspek ini, kata beliau, para pelajar di dalam bidang kritikal akan mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat kepakaran dan sub-kepakaran semasa mereka berkhidmat kelak.

“Pelbagai pihak tidak bersetuju dengan dasar penangguhan balik sedia ada yang memberi kebenaran kepada pelajar-pelajar tajaan kerajaan untuk menangguhkan kepulangan mereka selepas tamat pengajian.

“Dengan mengambil kira bidang-bidang tertentu yang amat diperlukan oleh negara, para pelajar di dalam bidang tersebut perlu kembali ke tanah air untuk menyumbang khidmat bakti mereka kepada masyarakat dan negara bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat tidak terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam surat pekeliling perkhidmatan bilangan 2 tahun 2010 berhubung Pindaan Dasar Penangguhan Balik Pelajar Tajaan Kerajaan Di Luar Negara di sini hari ini.

Sebelum ini, para pelajar perubatan, pergigian dan farmasi yang ditaja dengan biasiswa dibenarkan untuk memohon penangguhan kepulangan kerana melanjutkan pengajian ke peringkat kepakaran atau menunggu pasangan yang ditaja oleh agensi kerajaan untuk menamatkan pengajian.

Ismail memberitahu, kerajaan tidak pernah membenarkan pelajar tajaannya untuk berkahwin semasa di dalam tempoh pengajian masing-masing.

“Ia kecuali dengan kebenaran Kerajaan dan sebarang risiko yang dihadapi berhubung ketetapan yang disyaratkan oleh pihak penaja hendaklah dipatuhi sepenuhnya termasuklah mematuhi arahan balik ke Malaysia serta-merta.

“Makluman awal diberikan oleh agensi penajaan Kerajaan kepada semua pelajar yang telah berkahwin dan mempunyai pasangan yang masih di dalam pengajian bahawa tiada lagi kebenaran penangguhan balik untuk menunggu pasangan diberikan,” katanya.

Beliau berkata, untuk pelajar yang ditaja secara pinjaman pelajaran sama ada bagi bidang kritikal ataupun bukan kritikal dibenarkan untuk membuat penangguhan balik bergantung kepada pertimbangan oleh pihak kerajaan.

“Penguatkuasaan dari segi arahan lapor diri dan memastikan pelajar membuat pembayaran balik pinjaman perlu diberi penekanan dan usaha ke atas penguatkuasaan itu dipertingkatkan,” katanya.




TAK BOLEH LAMBAT!!!



sekian....

JPA: Urusan Pembuatan KITTAS Pelajar Tajaan JPA di UNPAD

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/07/2010 06:46:00 am

0

Salam,


Adalah saya merujuk perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa akibat timbulnya beberapa isu termasuk teknikal, maka aturan pengurusan KITTAS oleh PADMA seperti sebelum ini terpaksa dihentikan. Oleh yang demikian pelajar-pelajar disarankan supaya membayar sendiri wang pengurusan pembaharuan KITTAS sama ada menerusi PADMA atau agen lain dan seterusnya mengemukakan tuntutan kepada JPA menerusi pejabat JPA Jakarta. Prosedur mengemukakan tuntutan dan checklist dokumen yang perlu disertakan telah diperjelaskan dalam posting sebelum ini di blog ini.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

PPL Jakarta
5 April 2010

(sources: klik JPA JAKARTA)

*******************************

Aku minta mahasiswa di UNPAd untuk menghubungi En Jazman untuk mengatahui perkara ini dengan lebih lanjut. Jika memang kerjasama antara JPA dan PADMA telah dibatalkan, jadi mahasiswa perlu membuat KITAS sendiri ataupun dengan agen yang lain.

Beliau boleh dihubungi di +6281384799037. Sila berbuat demikian dengan segera.



KITAS!!!



sekian




JPA: Mahasiswa Biasiswa Digesa Tamat Pengajian Ikut Waktu Yang Telah Ditetapkan

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 3/05/2010 06:58:00 am

0

Salam,


****************************




Semua Pemegang Biasiswa/Pinjaman JPA di Indonesia

Adalah saya merujuk perkara di atas.

2. Sepertimana termaktub dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan, pelajar tajaan JPA (Biasiswa/Pinjaman) hendaklah menamatkan pengajiannya dengan memperolehi ijazah atau diploma atau sijil dalam tempoh yang dinyatakan dalam Surat Tawaran atau sesuatu masa sebagaimana yang diluluskan oleh Kerajaan.

3. Oleh yang demikian, saudara/i dinasihatkan supaya sentiasa menindik tarikh akhir penajaan saudara/i dan membuat perancangan belajar supaya dapat bergraduat sesuai dengan tempoh penajaan asal.

Namun jika terdapat keadaan-keadaan tertentu yang menyebabkan saudara/i mengalami masalah untuk bergraduat dalam tempoh yang ditetapkan tersebut, maka saudara/i BERTANGGUNGJAWAB memohon perlanjutan tempoh penajaan 3 BULAN sebelum tamat tempoh penajaan bagi memastikan bayaran yuran pengajian dan elaun sara hidup terus dibayar. Namun sayugia diingatkan bahawa kelulusan perpanjangan tempoh penajaan bukanlah sesuatu yang automatik sebaliknya kelulusan adalah berdasarkan merit kes.

4. Bagi tujuan permohonan perpanjangan tempoh penajaan, dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

(i) Surat permohonan pelajar menyatakan sebab dan justifikasi mengapa tempoh perpanjangan penajaan diperlukan secara terperinci;

(ii) mengisi Borang Laporan Prestasi Akademik dengan sempurna. Borang boleh dimuat turun dari blog ini (posting tahun 2009);

(iii) mengisi Borang Laporan Stase Ko-As. Borang boleh dimuat turun dari blog ini (posting tahun 2010);

(iv) mengemukakan Surat Keterangan dari universiti mengesahkan bahawa pelajar berkemampuan untuk bergraduat serta menyatakan tarikh jangkaan bergraduat yang baru; dan

(v) Study plan atau Jadual Ko-As secara keseluruhan, sekiranya ada.

5. Pelajar disarankan supaya memastikan semua dokumen di atas diposkan ke pejabat ini dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

PPL Jakarta
5 Mac 2010 
************************
1.Ini adalah surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh En Jazman, Pegawai JPA di Indonesia. Dalam surat ini telah dinyatakan bahawa mahasiswa WAJIB tamat belajar ikut perjanjian yang telah ditandatangani.

2.Surat pekeliling ini pasti akan memeningkan mahasiswa di sini kerana ada beberapa universiti di Indonesia yang secara sengaja atau tidak memanjangkan tempoh pembelajaran terutamanya sewaktu praktikal. Ada rungutan dan aduan yang dibuat oleh mahasiswa beberapa universiti yang kata lambatnya untuk masuk ke hospital atas pelbagai sebab yang dikeluarkan oleh pihak universiti.

3. Jadi aku nak mintak kepada semua mahasiswa di seluruh Indonesia, mintak KOMFIRMASI dari pihak universiti bila kalian akan tamat belajar, dan cuba lihat balik perjanjian bila sepatutnya korang kena habis belajar. Jika tempoh nya sama, takkan jadi masalah, tapi jika terlebih, sila rujuk kepada surat di atas supaya persediaan awal untuk mintak perpanjangan kontrak. Kalau tak, biasiswa kemungkinan besar tidak akan disambung.

4. Kepada sebilangan mahasiswa yang ada masalah tidak dapat naik tahun kerana masalah pointer, ini adalah masalah besar buat kalian. Minta untuk berurusan dengan persatuan pelajar untuk bantu korang atau boleh berhubung langsung dengan En Jazman untuk langkah seterusnya.



PANTAS BERTINDAK!!!


sekian...






JPA : Mahasiswa Harus Pulang Serta-Merta Setelah Tamat Pengajian

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 2/08/2010 07:49:00 am

12

Salam,


************************************

Semua Pemegang Biasiswa/Pinjaman JPA di Indonesia

Adalah saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman Kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2010 bertajuk "Pindaan Dasar Penangguhan Balik Pelajar-Pelajar Tajaan Kerajaan di Luar Negara" pada 29 Januari 2010.

3. Antara ketetapan dalam pekeliling tersebut adalah seperti berikut:

(i) pelajar-pelajar dalam semua bidang pengajian yang ditaja dengan biasiswa TIDAK dibenarkan untuk membuat sebarang penangguhan pulang atas apa jua alasan;dan

(ii) pelajar-pelajar bidang perubatan, pergigian dan farmasi yang ditaja oleh agensi penajaan Kerajaan (Biasiswa/Pinjaman Pelajaran) hendaklah kembali ke Malaysia untuk menjalani housemanship setelah tamat pengajian.

Sekian, untuk makluman semua. 
Terima kasih.

Jazman Azi Jamaluddin
Pegawai JPA di Indonesia
PPL Jakarta
4 Februari 2010

 (sources: En Jazman blog [klik di sini])


**************************************



Aku agak tertarik dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA dalam menangani masalah mahasiswa yang tak nak langsung pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian mereka.

Aku tengok banyak contoh-contoh mahasiswa yang belajar sebagai contoh di UK dan Ireland, bila habes belajar terus tinggal di sana mungkin setahun dua dan ada yang lebih 10 tahun sebab anggap di sana gaji lebih tinggi berbanding dengan di Malaysia.

 
Yang aku tak paham, macam mana lah korang ni boleh sebegitu tak malu, dah la dulu mintak kerajaan macam-macam, lepas tu bila dah habes buat hal pulak tak nak pulang, buatlah pelbagai alasan.

Bukan sikit kerajaan kena support diorg nih, sorang RM1juta++!!! Aku tak tahu kenapa ade jenis manusia macam ni yang tak reti nak terima kasih. 

Dan tak segan ke ko dengan semua orang-orang Malaysia?? Duit yang korang guna nak belajar tu sume orang Malaysia ade saham, ye lah diorang bayar cukai, jadi jangan la anggap duit hasil titik peluh mak ayah korang jek, orang lain pun ade menyumbang, kalau anak diorang sakit, korang la yang dia harapkan nak tolong sembuhkan.


Aku budak medic, sebab tuh aku banyak bang budak medic, dan aku tak kate hanya di UK dan Ireland saja, di mana-mana pon same. Negara tadi tu sebagai contoh. Dulu aku gelar budak-budak macam ni budak yang tak tahu diuntung, dan sekarang tetap sama aku nak beritahu yang orang macam ni memang tak tahu diuntung!!

Kalau lah kita ni miskin tapi otak bagus, kerajaan pon dah nampak potensi kita dan bagi biasiswa, jadi orang miskin macam ko dan aku ni kena lah bersyukur, tok sah la nak lari memane, tak kembung ke perut ko tuh makan duit orang lain??

Aku menyambut baik keputusan yang dibuat oleh JPA. Dengan adanya pindaan ini, kompemlah sesapa yang tak nak balik akan dapat dihadapkan ke mahkamah, saman jek la, biar diorang rasakan benda tuh!!

Yang pasti pelajar yang belajar di Indonesia akan terus pulang bila belajar di sini, tak yah suruh pun bila habes bawak segala barang-barang dan binatang-binatang peliharaan balik gak..hehehe...kepada Pak Jazman, jangan bimbang, kami kat sini kompem-kompemlah akan ikut arahan JPA tuh.. :D


PULANG??!!!
sekian......

JPA : Mahasiswa JPA Disaran Tukar Kepada Bank CIMB

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 2/07/2010 07:30:00 am

0

Salam,



Jazman Azi Jamaluddin



Adalah saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya mendapat makluman dari pelajar-pelajar tajaan JPA yang menggunakan Bank BNI bahawa setakat 4 Februari 2010, mereka masih belum menerima wang elaun sara hidup. Namun bagi pelajar tajaan JPA yang menggunakan perkhidmatan Bank CIMB Niaga, elaun telah diterima serentak pada 29 Januari 2010.

3. Untuk makluman semua, kini BMI JPA Putrajaya sedang menyemak dengan pihak bank di Malaysia mengenai kes ini. Pelajar-pelajar akan dimaklumkan kedudukan kes ini sebaik menerima laporan kelak.

4. Untuk mengatasi masalah keterlewatan dalam jangka masa panjang, saya ingin menyarankan pelajar-pelajar yang menggunakan perkhidmatan Bank BNI supaya membuka akaun di Bank CIMB Niaga untuk kemasukan elaun sara hidup. Berikut prosedur pentadbiran yang diperlukan :

(i) Pelajar membuka akaun Bank CIMB Niaga;
(ii) Fotokopi muka depan Buku Akaun CIMB Niaga (Pastikan fotokopi dibuat terang dan jelas); dan
(iii)Pos atau e-mel ke pejabat PPL Jakarta sebelum 28 Februari 2010.

5. Saya bagi pihak penaja saya kesal dengan kejadian ini dan berharap semua pelajar dapat terus bersabar.

Sekian, terima kasih.

Jazman Azi Jamaluddin
PPL Jakarta
5 Februari 2010

( sources : http://jpajakarta.blogspot.com/)



CIMB!!!



sekian...

Ingatan Daripada Pegawai JPA, En Jazman Kepada Mahasiswa JPA Di Indonesia

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 2/02/2010 03:55:00 pm

0

Salam,


Sila Tingkatkan Kewaspadaan


Semua Pemegang Biasiswa JPA di Indonesia

Adalah saya merujuk perkara di atas.

2. Sepertimana saudara/i sedia maklum baru-baru ini masyarakat di Indonesia heboh dengan insiden kecurian wang beberapa pemilik akaun bank. Modus operandi tersebut menggunakan taktik yang licik di mana akhirnya wang dipindahkan dari akaun pemiliknya kepada akaun lain menerusi mesin ATM. Insiden tersebut membawa kerugian yang sangat besar dan kes tersebut kini sedang diselidiki pihak polis Indonesia.

3. Selain insiden di atas, saya difahamkan oleh seorang pelajar JPA di Jakarta bahawa baru-baru ini (sempena dengan kemasukan ESH pelajar) cubaan penipuan (scam) berlaku sekali lagi menggunakan 2 modus berikut :

(i) "pukau menerusi telefon". Pelajar akan terhipnotis dan mengikuti segala arahan si pemanggil jika menjawab panggilan tersebut termasuk memindahkan wangnya ke akaun pemanggil. Lazimnya nombor telefon pemanggil tidak terpapar di skrin telefon penerima atau yang terpapar hanyalah private number. Dinasihatkan supaya pelajar jangan menjawab panggilan orang yang tidak dikenali; dan

(ii) mesej dihantar ke nombor telefon pelajar kononnya oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Secara ringkas mesej tersebut memaklumkan bahawa pelajar memenangi hadiah berupa wang tunai dan sekiranya mahu mendapatkan hadiah tersebut, beliau perlu menghubungi nombor tertera. Sekiranya beliau menghubungi nombor tersebut, dengan cara yang licik dan meyakinkan, pelajar diminta membayar wang sebelum hadiah dihantar kepada beliau.

4. Saya suka memberi peringatan kepada rakan-rakan pelajar supaya mereka hendaklah sentiasa berwaspada pada setiap masa dan ketika termasuk jika menerima mesej/penggilan seumpama ini. Logika mudah yang harus diingat adalah TIADA PIHAK TANPA BERSEBAB MAHU MENAWARKAN SEBARANG HADIAH KEPADA PIHAK LAIN TANPA IMBALAN APA-APA! SEBARANG SKIM YANG MENAWARKAN PAKEJ HADIAH YANG SIFATNYA TOO GOOD TO BE TRUE HARUS DITANGGAPI DENGAN HATI-HATI DAN BIJAKSANA SUPAYA KITA TIDAK MENGALAMI KERUGIAN.

Sekian, terima kasih.

PPL Jakarta
1 Februari 2010

(sources: http://jpajakarta.blogspot.com/)



OPERASI JEMBALANG!!!!


sekian....