VVIP BLOG INI

Showing posts with label Bola. Show all posts
Showing posts with label Bola. Show all posts

MAN UTD! CHAMP19N!!! FOTO-FOTO SEWAKTU MENJULANG PIALA!!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 5/23/2011 07:05:00 pm

1

Salam,



Tahniah Man Utd menjulang piala buat kali ke-19! Man Utd telah cipta sejarah baru dalam dunia bole sepak Inggeris!

Terima kasih Alex Ferguson kerana telah menjadi mastermind dalam membawa Man Utd menjadi juara Liga Inggeris

Terima kasih Van Der Sar atas jasa yang telah kau curahkan dalam pasukan.

Syabas buat semua pemain!

May Next Season We Are The 20-th Champ!!

Glory! Glory! Man Utd!

NOW AND FOREVER!!!













Surat Permintaan Terbuka Buat Sir Alex Ferguson Dari Fan Setengah-Mati Man Utd!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 4/28/2011 09:05:00 pm

4

Hi dan selamat sejatera,

Kepada memanda Sir Alex Ferguson,

Ni kali pertama gua tulis surat kepada lu, gua harap lu jangan delete dulu surat ni, lu baca dulu sampai habes.

Gua adalah penyokong susah-sangat-nak-mati Man Utd sejak dari kecik. Sejak kali pertama gua tengok game bola EPL, gua memang dah suka Man Utd. Tak tahu lah lu bawak aura alam perwira mana, tapi bila gua tengok game Man Utd, mata gua melekat depan tv tengok game play Man Utd. Bermula dari hari tu, tiap hari gua follow cerita Man Utd, walaupun tak de lah gua korek sampai cerita zaman dulu-dulu tapi tau jugak lah ade satu kejadian nahas kapal terbang jatuh terhempas, kebanyakan pemain mati. 

Idola gua dalam Man Utd adalah Ryan Giggs. Mamat tuh memang legend Man Utd! Sejak dari muda dia main untuk Man Utd. 20 tahun, rileks jek loyal, bukan macam mamat yang sok kononnya rasa diri God-of-Dribble tuh, main 5 tahun, cipta nama, pastu blah dari team. Memang tak appreciate langsung usaha lu. Bagus gak la dia blah ke Real Madrid, dapat jugak duit banyak, beli pun murah.

Dulu gua jeli sket tengok Bekham, tak de lah power mana, populariti jek lebeh, tapi gua kena admit la dia nye free kick bagos. Smart gak gua tengok lu bagi cop maharaja kat mata dia, langsung dia keluar team. Lu pun memang terkenal panas baran, hah, sapa bangkang lu memang azab lah lepas tu...he he he

Memanda Ferguson,

Dua hari lepas gua nonton game semi final Man Utd vs Schalke. Hati gua berbunga, gua seronok tengok Schalke kena main. baru depa tahu langit tinggi rendah. Ada hati nak main di Champion League. Kena tapau habes Schalke, gua yakin depa balik rumah nangis teresak-esak di pangkuan isteri tersayang, tak pun merenung masa depan tak makan 3 hari. 

Tapi satu yang gua kagum dengan depa. Keeper depa bapak giler hebat!! Pertama kali gua tengok satu team bengkek ngan mamat ni sebab dia save semua bola-bola maut pemain Man Utd! Gua tak tahu ubat gegat mana, tangkal mana dan jampi apa yang dia pakai, yang gua tahu ada jek tangan ngan kaki dia halang bola. Lu bayangkan, bola rembatan Rooney, Giggs, Fabio, Chicarito semua dia tahan. Gua yang tengok ni pun stress berat tengok keeper nih. Baik nye Chicarito ciluk, pon tak lepas! Apa ke hal??!!

Lu bayangkan bro, lepas gua tengok game tuh, gua tengok buah kelapa, gua teringat bola keeper tuh save. Gua makan bakso, gua terbayang muka keeper tuh dan bila gua usha cewek-cewek pon gua meroyan kat keeper tuh! Apa kes??!!

Ni lak semalam punya citer, gua sambut anny ngan cikaro gua (untuk tahun ke 5) dekat Paris van Java. Punyalah gua kasi ayat cairr punya. Tapi gua tak tahu lah apa kena ngan conscious gua sampai gua tersebut nama Neuer, si keeper tuh. Perang besar beb!  Penat gua pujuk rayu dia. Dia ingat gua pasang girl lain. Mana ada beb girl lain. Muka gua bukan hensem macam Rio Ferdinand. Ni semua bahana gua tengok Neuer ni main lah beb!

Gua dengan ini sebagai fan lu paling loyal ni mintak lu beli lah Neuer tuh! Dia jek calon paling sesuai ganti Van Der Sar. Gua tak nak lu beli keeper macam Barthez tuh lagik, buat bazir duit jek. alah, lu pun banyak duit jual Ronaldo, dapat 80 juta. Setakat beli keeper berapa la sangat. Memang la Bayern dah beli, lu pandai la ejas-ejas sket ngan Bayern, lu kacis-kacis mesti dapat nye. Lu putar alam la sket. Rugi ooo kalau lu tak beli. Gua tak nak lu melepas beli diorang macam lu melepas beli Ronaldinho (sebelum dia boroi dulu lah). Gua memang stress menonggeng lah dulu lu tak berjaya beli. Gua harap kali ni lu beli lah. Lu pun kata memang dia keeper paling bagus lu pernah tengok.

Apa-apa pun gua nak ucap syabas kat lu sebab lu beli pemain paling superb musim ni. Gua rasa ni striker yang paling mantap lu pernah beli kut. 1st season dah dekat 20 gol dia sumbat! CHICARITO! Sapa kata badan kecik tak boleh jadik striker? Memang patut la Berba tuh tak dapat main..he he he

Gua harap lu buang lah O'Shea tuh, passing tak sampai, lari pon slow, bikin panas jek gua tengok kalau dia jadik defence. Setakat leh main banyak position, gua ni lagi multitasking, suruh jek jadi paper, semua boleh, jadi ball picker pon boleh. Fabio dah bagus dah, lu pakai jek dia. Tapi dia kena gilap sikit lagi lah, darah muda memang macam tu. Emo sikit bila main.

Ni gua nak tanya, lu punya hubungan ngan Glazer per cer beb? cer cite cer cite?? Aku duk Bandung nih mana lah tahu cerita betul. Yang aku tahu dia buat banyak hutang lagi untuk Man Utd ada lah. Kalau dia dah tak leh nak tampung, ko demo jek la suruh dia jual kelab, bagi kat orang yang lagi kaya. Tuh, banyak pedagang Arab yang sanggup beli. Nanti jadiklah team mee instan macam Man City. Dapat duit ratus juta, memang lah klub boleh jadik power.

Kalau ikut hati gua, banyak lagik yang gua nak cakap ngan lu, tapi takut lu tak terbaca pulak. nanti lah kalau gua rasa nak tulis surat cinta kat lu lagi gua roger-roger lu. Apa-apa pun all the best my fren.  Lu kena menang Champion League nih! Kalau jumpa Real lu patah riukkan Christiano  tuh, kalau jumpa Barca lu suruh soldodu lu tempangkan kaki Messi..he he he. Gua tahu lu takkan pencen sebelum ajal memanggilmu. Lu pegang jek klub tu sampai bila-bila. Gua kasi izin..






Yours truthfully,
Fan ko yang paling loyal...


p/s: Semua cerita di atas adalah cerita rekaan semata-mata kerana penulis sedang mereng dan mengharap Man Utd beli Neuer. Jangan ada yang ambil hati yek..he he he

Manchester Derby: Hail Paul Scholes!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 4/17/2010 10:15:00 pm

0

Salam,





Baru sahaja tadi berlangsung pertandingan derby di antara Man Utd dengan Man City. Yang pasti semua sudah tahu bahawa kedua-dua pasukan adalah seteru tradisi yang telah lama berentap untuk mengatahui siapa jagoan di Manchester.

Kebiasaan dalam pertandingan derby adalah kekerasan pasti akan berlaku dalam pertandingan. Semangat juang kedua-dua pasukan yang meningkat secara maksimum yang ingin memastikan kedua-dua pasukan menang dalam pertandingan ini.

Secara keseluruhan, pertandingan setara di antara kedua-dua pasukan. Mereka masing-masing memperoleh beberapa peluang untuk menyumbatkan gol.

Bagi Man Utd, perlawanan ini merupakan satu perlawanan yang sangat penting. dengan berbaki empat perlawanan dan beza dengan Chelasea adalah sebanyak 4 poin. Mereka perlu mengincar kemenangan supaya masih terus kompetetif dalam usaha untuk merebut gelaran juara.

Dalam perlawanan ini dapat kita lihat kelibat Wayne Rooney walaupun masih lagi dibelengu oleh kecerderaan. Perlawanan dilihat seperti sedikit hambar kerana peluang untuk menyumbat hanya datang beberapa kali sahaja. Tidak seperti perlawanan yang lepas di mana kedua-dua pasukan berjaya memperroleh beberapa gol dan akhirnya kemenangan berpihak kepada Man Utd dengan gol minit-minit akhir oleh Owen.

Teves yang bagi aku masih lagi menyimpan perasaan tidak puas hati dengan pasukan lamanya dilihat dikawal ketat oleh pertahanan kebal Man Utd. Teves tidak berjaya untuk mencipta peluang dalam perlawanan ini. Dan begitu juga dengan penjaring pada perlawanan lepas, Bellamy, dikawal supaya tidak membuat larian-larian deras yang pada perlawanan lepas berjaya melepasi Ferdinand untuk mencetak gol.






Rooney dikeluarkan pada seperempat perlawanan dan diganti oleh Berbatov. Aku rasa kecerderaan Rooney masih lagi belum pulih sepenuhnya dan kerana itu diganti oleh Ferguson. Ada beberapa kekasaran yang dilakukan oleh pemain Man City terhadap Rooney. Ditakutkan foul-foul yang sengaja pemain Man City lakukan terhadap Rooney akan menerukkan lagi keadaan dia.

Perlawanan kali ini bagi aku berjalan dengan baik tidak seperti perlawanan yang sebelumnya. Bagi aku, mungkin kerana pemain-pemain Man City adalah muka-muka baru yang dibawa masuk oleh Mancini maka semangat derby itu masih belum kuat lagi dalam hati.

Walaupun sudah masuk minit-minit akhir perlawanan, masih lagi seri 0-0. Pada minit ke-3 masa tambahan, satu kejutan daripada Man Utd apabila Evra membuat hantaran silang di kawasan D dan Paul Scholes menanduk masuk bola ke gawang Man City! Penjaga gol Man City dan juga bekas pemain Newcasle Shay Given tidak dapat menyelamatkan gawang.




Syabas Man Utd!! Harapan untuk mendapat takhta juara EPL masih lagi terbuka untuk Man Utd. Tahniah juga kepada Paul Scholes, walaupun telah lanjut dimakan usia tapi taring masih lagi berbisa!!



MENGINCAR MAHKOTA JUARA!!!



sekian......