VVIP BLOG INI

Showing posts with label politik mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label politik mahasiswa. Show all posts

YB Tian Chua, Sejarah Hari Buruh Juga Mahu Dipolitikkan?

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 5/01/2011 01:08:00 pm

5

Salam,

Aku ingin mengucapkan selamat Hari Buruh buat semua rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang sudahpun bekerja seharusnya bergembira dengan hari yang khas untuk mereka dalam memperingati usaha mereka bekerja demi untuk menampung kehidupan seharian dan meningkatkan ekonomi negara.

Semalam aku tertarik dengan satu pernyataan yang dibuat oleh MP Batu, YB Tian Chua

Beliau menyatakan bahawa sejarah menunjukkan Hari Buruh di Malaysia tidak datang dengan percuma, beribu-ribu orang dipenjarakan dalam usaha untuk mendapatkan hari tersebut dan barulah kerajaan mengumumkan hari tersebut sebagai hari cuti pada tahun 1972.

Setelah aku membaca twitter beliau,  aku bertanya kepada beliau 'Sir, ini juga mahu dipolittikkan?

Bagusnya YB Tian Chua menjawab soalan di twitter aku dan beliau berkata ianya bukan politik tetapi sejarah.




Aku bersetuju ia adalah sejarah, akan tetapi yang aku ingin tanyakan, mengapa mahu dibangkitkan? Ada niat tertentu? Benar hanya sekadar memberikan fakta? Pembaca boleh baca sekali lagi pernyataan beliau...

Pendapat aku, di dalam politik, memainkan isu adalah sesuatu yang biasa, itu mainan dan makanan dalam politik. Akan tetapi, TIDAK SEMUA perkara perlu dipolitikkan. Seperti dengan Hari Buruh ini, seharusnya hari ini adalah hari yang gembira buat semua rakyat Malaysia bukannya mengundang lagi kemarahan rakyat dengan sejarah yang tak perlu untuk kita ungkitkan.

Buat YB, saya bercakap dengan baik, tak marah-marah, tiada provokasi di sini, nasihat saya, carilah isu-isu yang boleh membangunkan minda rakyat dan negara. Politik provokasi seperti ini adalah tidak perlu. Terus terang saya suka jika pihak pembangkang mengeluarkan isu yang baik untuk pembangunan negara. Dalam politik perlu ada  check and balance, dengan itu barulah negara akan lebih maju. Isu seperti ini? Simpan sahaja. 

Dan aku bukan berkata buat pihak pro pembangkang sahaja, sama juga buat pihak pro kerajaan. Carilah isu yang membawa ke arah pembangunan pemikiran rakyat kita. Rakyat kita memerlukan isu seperti itu dalam usaha membentuk negara bangsa yang maju.

Wallahualam.....

PRK UM: Turun Ke Jalan Nak Tegakkan Demokrasi, Universiti Betul atau Mereka Betul??

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 2/05/2010 10:59:00 am

0

Salam,


Di bawah adalah statement bertulis yang ditulis oleh NC UM mengenai keputusan PRK UM yang diadakan baru-baru ini. Berdasarkan apa yang ditulis memang dapat kita tengok perjalanan PRK sebenarnya telus dan memang sebelum itu penyiasat bebas telah dilantik untuk melihat adakah sebenarnya e-undi ni boleh digunapakai atau tidak.

Hari ini dikhabarkan akan diadakan demo aman untuk menentang keputusan PRK yang lepas, aku nak lihat perkembangan demo ini, adakah benar aman seperti yang dinyatakan? Di Indonesia ini sendiri, aku dah banyak sangat tengok mahasiaswa-mahasiswa yang berdemo yang nyatakan ketidakpuasan hati mereka, mula-mula memanglah aman, dah polis belum ambek apa-apa tindakan lagi.







Bila polis dah start untuk bergerak, remaja la katekan, darah muda menggelegak, orang jentik sikit ngamuk, belum lagi kena kejar pakai belantan pak cik uniform merah! Haaa, time tu yang aman pon boleh mengganas, nak tunjukkan diri pon hero, jangan dicabar orang muda, keluar jurus-jurus silat yang kita sendiri tak pernah tengok bila berguru. Sekali tengok macam buah tok guru, bila pandang balik habes langkah bercelaru.

Aku tahu semua pon tak puas hati sebab ini dah masalah ketidak adilan, dan perlu diperjuangkan, mana telur-telur semua orang kalau itu pon dah kecut. Tak kan la kena acah sikit dengan kereta besi merah menyala tu pon dah TAKUT!!

Tak pe lah, itu pendapat masing-masing, aku cuma nak ingatkan, kalau dah berani buat, berani la tanggung akibatnya. Kalau dah berani nak turun ke jalan, jangan lupa hukuman yang diorg nak tunjuk kepada mahasiswa lain sebagai pengajaran.

Masa tu jangan menyesal tak sudah, baru sedar perbuatan yang kononnya adalah jalan yang benar sebenarnya tak de faedah. Baik duduk dalam bilik menuntut ilmu kuatkan akidah, barulah bila keluar dari universiti hidup tak susah.

Kita kena fikir apa yang harapan ibu bapa hantar kita ke universiti, supaya bila dah besar boleh berbakti. Jadi, kawan-kawan fikirkanlah, nak buat tu buatlah sorang-sorang yek, jangan tarik kawan yang tak tahu apa-apa, dengan diorang pon terpalit sama.

Kalau dah habes belajar nanti nak buat gerakan, buatlah, masa tu dah ade, kerja pon dah tetap, dun worry dah tak de orang nak larang, dah tak de AUKU yang kekang, paling pon kena hadap polis Bukit Aman, itu pon kalau ko buat ekstrim-ekstrim sangat. Fikirlah masa depan, masa depan masih panjang, bukan sehari dua depan kita..

Di bawah sekali lagi aku keluarkan statement NC UM untuk bacaan pembaca, semua pon boleh amek dan berfikir guna minda, adakah benar atau tidak pernyataan yang NC buat. Kita kena sedar bila namanya statement bertulis maka ini boleh dijadikan BUKTI di mahkamah, jadi tunjukkan kepada semua yang pernyataan itu salah, masa tu korang buatlah apa yang patut, ada cara lain betul tak? Buktikan salah, buat laporan polis dan adakan press conference.. tak ke nye nanti NC akan malu sebab buat laporan palsu, ye dak??

Tapi kalau betul statement ni, kalau betul lah dah semua perkara yang dinyatakan dah dibuat, jadi sapa yang nak dipersalahkan??KAMU atau DIA?? yang lain boleh la FIKIR yek!!


************************************************************


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.




Izinkan saya untuk membacakan keputusan rasmi pilihanraya pelajar bagi sesi 2009/2010. Sebelum itu saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih saya kepada semua staf UM yang telah dilantik untuk membantu mengurus pilihanraya ini terutamanya kakitangan Pusat Teknologi Maklumat (PTM), kakitangan akademik, anggota keselamatan dan kakitangan pentadbiran dan sokongan yang dilantik daripada fakulti dan pusat.

Kerjasama dan bantuan tuan-tuan dan puan-puan amat dihargai oleh pengurusan universiti.

Tahun ini merupakan kali pertama UM telah menggunakan sistem e-undi yang mana sistem ini telah dibangunkan oleh PTM, UM yang diketuai oleh Dr David Asirvatham. Sebelum berlangsungnya piiihanraya, saya telah mendapat maklumbalas daripada beberapa orang pelajar yang meragui kebolehan dan keutuhan sistem e-undi ini.

Oleh yang demikian, saya telah memberi peluang kepada para pelajar untuk menilai sistem ini dengan membawa pakar IT yang mereka lantik sendiri. Sebelum pilihanraya, dengan matlamat untuk memberi pendedahan dan penerangan kepada semua pelajar, pihak PTM telah mengadakan roadshow dan ujilari sebanyak 8 kali di beberapa lokasi dalam kampus untuk memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menilainya.

Pada saya adalah amat penting sekali bahawa sistem pengundian yang dibangunkan berasaskan IT ini perlu mantap supaya hasil pengundian melalui sistem e-undi ini tidak akan diragui lagi.

Dalam pertemuan saya dengan Sdr. Mohd Aizat Mohd Salleh, EXCO MPMUM dan rakan-rakan beliau daripada MPMUM pada jam 2.30 petang, 3 Disember 2009 di Bilik Lembaga, Bangunan Canseleri, saya telah mempelawa Sdr. Aizat untuk membawa konsultan IT yang dilantik oleh pelajar sendiri untuk memeriksa dan menguji sistem e-undi.

Pada masa itu, Aizat berjanji akan membawa konsultan berkaitan dalam masa terdekat.

Seterusnya pada 22 Januari 2010, jam 8.30 malam di Bilik Lembaga, satu mesyuarat telah diadakan dengan Sdr. Aizat dan rakan-rakan MPMUM dengan disertai oleh pihak MAFREL (Malaysians for Free & Fair Elections). Malangnya pihak konsultan IT yang dikenalpasti oleh Sdr. Aizat tidak hadir juga.

Oleh itu, perbincangan terhadap sistem e-undi tidak dapat dilakukan walaupun pada malam itu pihak PTM turut hadir untuk menerangkannya. Walaupun demikian, saya masih ingin memberi peluang kepada Sdr. Aizat dan MPMUM untuk membawakan konsultan IT dan berunding terus dengan pihak PTM.

Oleh kerana konsultan IT yang dijanjikan oleh Aizat tidak muncul, akhirnya konsultan IT alternatif telah dikenalpasti oleh Sdr. Timothy Cheng, seorang EXCO MPMUM. Konsultan IT ini bernama Ng Hoong Ern yang merupakan seorang pelajar tahun akhir Sains Komputer di Universiti Harvard.

Pemeriksaan kepada sistem IT e-undi UM oleh konsultan ini iaitu Ng Hoong Ern telah dilakukan pada I Februari 2010 dengan dihadiri oleh 3 orang pelajar (Timothy Cheng, Ridhuan Osman dan Shafie Hashim) dan beberapa orang staf PTM yang diketuai oleh Puan Haslina. Sdr Ng Hoong Ern telah menghantar laporan beiiau kepada saya yang saya telah terima pada jam 7.00 petang semalam.

Sedutan dari laporan Sdr Ng Hoong Ern itu ada menyatakan: "The source code of each aspect of the system was inspected and no obvious discrepancies were noted. On general inspection of the code, the flow of the system was found to be smooth with no glitches."

Dalam laporan ini juga, beliau turut memberi beberapa cadangan untuk penambahbaikkan sistem IT yang telah dibangunkan. Saya juga ingin memetik rumusan yang beliau nyatakan dalam laporan beliau yang berbunyi: "As an electronic system, the e-voting system is reliable and secure."

Daripada laporan konsultan IT ini dan ujian-ujian yang telah dilakukan oleh PTM, saya dapat merumuskan bahawa sistem IT e-undi yang telah dibangunkan ini boleh dan amat wajar digunakan sebagai ganti kepada sistem mengundi yang lampau.

Daripada laporan itu jelas pada saya, pihak konsultan IT Sdr Ng Hoong Ern tidak langsung mempersoalkan keboleharapan dan keutuhan sistem e-Udi UM. Saya juga berpendapat bahawa semua staf PTM yang terlibat dalam pembangunan sistem IT eundi ini tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam pilihanraya pelajar ini dan mereka telah membangunkan sistem e-undi ini sebaik mungkin dengan tahap profesiolnalisma yang tinggi.

Untuk makluman para hadirin sekelian, Universiti Harvard sendiri telah menggunakan sistem e-undi dalam pilihanraya pelajar mereka seperti yang diberitahu oleh konsultan Sdr Ng Hoong Ern.

Setelah proses pengundian dilaksanakan Khamis, 28hb Januari lepas, terdapat bantahan dari pelajar dan saya telah memberi peluang kepada 10 orang wakil pelajar yang membantah untuk berbincang dengan saya di Pejabat saya pada keesokan hari iaitu Jumaat lepas.

Dalam pertemuan tersebut, banyak aduan telah dikemukakan kepada saya yang mana kebanyakkannya adalah berkisar kepada pengurusan proses pilihanraya. Saya telah kaji semua aduan itu dan telah mengklaiifikasikan aduan-aduan itu kepada dua kategori: (1) perkara-perkara yang berkemungkinan boleh menjejaskan integriti sistem e-undi dan (2) perkara-perkara yang merupakan kelemahan pengurusan dan perjalanan pilihanraya tetapi tidak-menjejaskan keputusan e-undi.

Saya telah mengarahkan staf penyiasat saya untuk segera menyiasat aduan-adaun dalam kumpulan pertama iaitu perkara-perkara yang boleh menjejaskan integriti sistem e-undi. Hasil siasatan mereka menunjukkan bahawa semua perkara-perkara yang diadukan dalam kategori pertama tidak terbukti telah menjejaskan integriti keputusan pilihanraya baru-baru ini.

Manakala, aduan-aduan lain dalam kategori kedua berkaitan pengurusan, Pelaksanaan dan perjalanan proses pilihanraya dan pengundian terutamanya oleh pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah, sedang dan akan terus disiasat atau dikaji untuk tujuan penambahbaikan perjalanan pilihanraya pada masa hadapan.

Sekiranya aduan berkenaan memperlihatkan terdapat sebarang pelanggaran peraturan atau penyalahgunaan kuasa atau lain-lain kesalahan yang disabitkan kepada staf atau pelajar universiti, tindakan sewajarnya mengikut peruntukan peraturan universiti sedia ada akan diambil ke atas mereka yang terbabit.

Berbalik kepada pilihanraya yang berlangsung minggu lepas, telah dilaporkan terdapat 14 bantahan yang diterima selepas pemilihan ditutup pada jam 6.00 petang, 28 Januari 2010.

Bantahan ini telah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Bantahan dan 4 daripada bantahan tersebut telah dirujuk kepada Jawatankuasa Rayuan. Jawatankuasa Rayuan, yang dipengerusikan oleh Prof Khaw Lake Tee, TNC (Pembangunan) telah menimbangkan bantahan tersebut dan kesemua bantahan telah ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, dengan ini saya mengisytiharkan bahawa keputusan pilihanraya pelajar yang telah saya umumkan pada 28 Januari 2010 adalah dengan rasminya SAH dan DIKEKALKAN.

Sekian. terima kasih.

GHAUTH JASMON
Naib Canselor,
Universiti Malaya.
3hb Februari 2010.

(sources: http://mhafizzuddin.blogspot.com/)



*****************************************************



SIAPA BENAR?!!!


sekian...




PRK UM : Demo di UM Hari Ini Menentang Ketidaktelusan PRK!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 2/05/2010 06:15:00 am

0

Salam,

Ini yang aku dapat maklumat dari rakan aku, nak terima kasih kat dia dulu sebab bagi maklumat yang sangat berharga ni kepada aku!!






Poster Demo..kotor sikit...ahakss



Ini poster yang kawan aku tangkap gambar dan berikan kepada aku. Nampak nya ada pihak yang tak puas hati dengan keputusan NC baru-baru ini.

Demo akan diadakan di Masjid API dan Ar-Rahman selepas sembahyang jumaat hari ini!!

Adakah demo aman akan bertukar ricuh?? Pro M ke yang menganjurkan demo 'aman' ni?? Memang dah terang-terang merekalah orang yang tidak puas hati dengan keputusan PRK hari tuh!! Kita tunggu tengah hari ini, jadi atau tak atau nak retorik sahaja?!!

Kita tunggu dan lihat!!



STUDENT POWER!!



sekian...

Penggerak Mahasiswa SAH sebagai Pemenang!! Naib Canselor UM Umum Keputusan

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 2/04/2010 10:26:00 pm

0

Salam,

Aku dah janji hari tu aku akan cari lagi maklumat terbaru mengenai PRK UM......

Di bawah adalah statement bertulis yang ditulis oleh NC UM mengenai keputusan PRK UM yang diadakan baru-baru ini. Berdasarkan apa yang ditulis memang dapat kita tengok perjalanan PRK sebenarnya telus dan memang sebelum itu penyiasat bebas telah dilantik untuk melihat adakah sebenarnya e-undi ni boleh digunapakai atau tidak.

Adakah kredibiliti NC perlu dipertikaikan? Adakah fovoritisme satu puak sebenarnya berlaku? Setiap mahasiswa akan ada pendapat masing-masing. Jika benar, tunjukkan lah bukti-bukti yang KUKUH, buat LAPORAN polis, buatlah press conference kalau nak tunjukkan bahawa UM memang tidak telus.



************************************************************


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Izinkan saya untuk membacakan keputusan rasmi pilihanraya pelajar bagi sesi 2009/2010. Sebelum itu saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih saya kepada semua staf UM yang telah dilantik untuk membantu mengurus pilihanraya ini terutamanya kakitangan Pusat Teknologi Maklumat (PTM), kakitangan akademik, anggota keselamatan dan kakitangan pentadbiran dan sokongan yang dilantik daripada fakulti dan pusat.

Kerjasama dan bantuan tuan-tuan dan puan-puan amat dihargai oleh pengurusan universiti.

Tahun ini merupakan kali pertama UM telah menggunakan sistem e-undi yang mana sistem ini telah dibangunkan oleh PTM, UM yang diketuai oleh Dr David Asirvatham. Sebelum berlangsungnya piiihanraya, saya telah mendapat maklumbalas daripada beberapa orang pelajar yang meragui kebolehan dan keutuhan sistem e-undi ini.

Oleh yang demikian, saya telah memberi peluang kepada para pelajar untuk menilai sistem ini dengan membawa pakar IT yang mereka lantik sendiri. Sebelum pilihanraya, dengan matlamat untuk memberi pendedahan dan
penerangan kepada semua pelajar, pihak PTM telah mengadakan roadshow dan ujilari sebanyak 8 kali di beberapa lokasi dalam kampus untuk memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menilainya.

Pada saya adalah amat penting sekali bahawa sistem pengundian yang dibangunkan berasaskan IT ini perlu mantap supaya hasil pengundian melalui sistem e-undi ini tidak akan diragui lagi.

Dalam pertemuan saya dengan Sdr. Mohd Aizat Mohd Salleh, EXCO MPMUM dan rakan-rakan beliau daripada MPMUM pada jam 2.30 petang, 3 Disember 2009 di Bilik Lembaga, Bangunan Canseleri, saya telah mempelawa Sdr. Aizat untuk membawa konsultan IT yang dilantik oleh pelajar sendiri untuk memeriksa dan menguji sistem e-undi.

Pada masa itu, Aizat berjanji akan membawa konsultan berkaitan dalam masa terdekat.

Seterusnya pada 22 Januari 2010, jam 8.30 malam di Bilik Lembaga, satu mesyuarat telah diadakan dengan Sdr. Aizat dan rakan-rakan MPMUM dengan disertai oleh pihak MAFREL (Malaysians for Free & Fair Elections). Malangnya pihak konsultan IT yang dikenalpasti oleh Sdr. Aizat tidak hadir juga.

Oleh itu, perbincangan terhadap sistem e-undi tidak dapat dilakukan walaupun pada malam itu pihak PTM turut hadir untuk menerangkannya. Walaupun demikian, saya masih ingin memberi peluang kepada Sdr. Aizat dan MPMUM untuk membawakan konsultan IT dan berunding terus dengan pihak PTM.

Oleh kerana konsultan IT yang dijanjikan oleh Aizat tidak muncul, akhirnya konsultan IT alternatif telah dikenalpasti oleh Sdr. Timothy Cheng, seorang EXCO MPMUM. Konsultan IT ini bernama Ng Hoong Ern yang merupakan seorang pelajar tahun akhir Sains Komputer di Universiti Harvard.

Pemeriksaan kepada sistem IT e-undi UM oleh konsultan ini iaitu Ng Hoong Ern telah dilakukan pada I Februari 2010 dengan dihadiri oleh 3 orang pelajar (Timothy Cheng, Ridhuan Osman dan Shafie Hashim) dan beberapa orang staf PTM yang diketuai oleh Puan Haslina. Sdr Ng Hoong Ern telah menghantar laporan beiiau kepada saya yang saya telah terima pada jam 7.00 petang semalam.

Sedutan dari laporan Sdr Ng Hoong Ern itu ada menyatakan: "The source code of each aspect of the system was inspected and no obvious discrepancies were noted. On general inspection of the code, the flow of the system was found to be smooth with no glitches."

Dalam laporan ini juga, beliau turut memberi beberapa cadangan untuk penambahbaikkan sistem IT yang telah dibangunkan. Saya juga ingin memetik rumusan yang beliau nyatakan dalam laporan beliau yang berbunyi: "As an electronic system, the e-voting system is reliable and secure."

Daripada laporan konsultan IT ini dan ujian-ujian yang telah dilakukan oleh PTM, saya dapat merumuskan bahawa sistem IT e-undi yang telah dibangunkan ini boleh dan amat wajar digunakan sebagai ganti kepada sistem mengundi yang lampau.

Daripada laporan itu jelas pada saya, pihak konsultan IT Sdr Ng Hoong Ern tidak langsung mempersoalkan keboleharapan dan keutuhan sistem e-Udi UM. Saya juga berpendapat bahawa semua staf PTM yang terlibat dalam pembangunan sistem IT eundi ini tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam pilihanraya pelajar ini dan mereka telah membangunkan sistem e-undi ini sebaik mungkin dengan tahap profesiolnalisma yang tinggi.

Untuk makluman para hadirin sekelian, Universiti Harvard sendiri telah menggunakan sistem e-undi dalam pilihanraya pelajar mereka seperti yang diberitahu oleh konsultan Sdr Ng Hoong Ern.

Setelah proses pengundian dilaksanakan Khamis, 28hb Januari lepas, terdapat bantahan dari pelajar dan saya telah memberi peluang kepada 10 orang wakil pelajar yang membantah untuk berbincang dengan saya di Pejabat saya pada keesokan hari iaitu Jumaat lepas.

Dalam pertemuan tersebut, banyak aduan telah dikemukakan kepada saya yang mana kebanyakkannya adalah berkisar kepada pengurusan proses pilihanraya. Saya telah kaji semua aduan itu dan telah mengklaiifikasikan aduan-aduan itu kepada dua kategori: (1) perkara-perkara yang berkemungkinan boleh menjejaskan integriti sistem e-undi dan (2) perkara-perkara yang merupakan kelemahan pengurusan dan perjalanan pilihanraya tetapi tidak-menjejaskan keputusan e-undi.

Saya telah mengarahkan staf penyiasit saya untuk segera menyiasat aduan-adaun dalam kumpulan pertama iaitu perkara-perkara yang boleh menjejaskan integriti sistem e-undi. Hasil siasatan mereka menunjukkan bahawa semua perkara-perkara yang diadukan dalam kategori pertama tidak terbukti telah menjejaskan integriti keputusan pilihanraya baru-baru ini.

Manakala, aduan-aduan lain dalam kategori kedua berkaitan pengurusan, Pelaksanaan dan perjalanan proses pilihanraya dan pengundian terutamanya oleh pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah, sedang dan akan terus disiasat atau dikaji untuk tujuan penambahbaikan perjalanan pilihanraya pada masa hadapan.

Sekiranya aduan berkenaan memperlihatkan terdapat sebarang pelanggaran peraturan atau penyalahgunaan kuasa atau lain-lain kesalahan yang disabitkan kepada staf atau pelajar universiti, tindakan sewajarnya mengikut peruntukan peraturan universiti sedia ada akan diambil ke atas mereka yang terbabit.

Berbalik kepada pilihanraya yang berlangsung minggu lepas, telah dilaporkan terdapat 14 bantahan yang diterima selepas pemilihan ditutup pada jam 6.00 petang, 28 Januari 2010.

Bantahan ini telah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Bantahan dan 4 daripada bantahan tersebut telah dirujuk kepada Jawatankuasa Rayuan. Jawatankuasa Rayuan, yang dipengerusikan oleh Prof Khaw Lake Tee, TNC (Pembangunan) telah menimbangkan bantahan tersebut dan kesemua bantahan telah ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, dengan ini saya mengisytiharkan bahawa keputusan pilihanraya pelajar yang telah saya umumkan pada 28 Januari 2010 adalah dengan rasminya SAH dan DIKEKALKAN.

Sekian. terima kasih.

GHAUTH JASMON
Naib Canselor,
Universiti Malaya.
3hb Februari 2010.

(sources: http://mhafizzuddin.blogspot.com/)



*****************************************************


Memang biasalah kalau ade yang tak puas hati. Mana ade benda dalam dunia ni leh puaskan hati semua orang.. aku nak tengok lagik apakah tindakan Pro-M mengenai statement ini..sama-sama kita tunggu dan lihat!!



GERAK!!!!


sekian...




Pro-Aspirasi Menguasai Kebanyakan Universiti Di Malaysia?!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 2/03/2010 12:16:00 am

4

Salam,







VS








Walopon aku baru je ambik tahu dan amek kesah mengenai cerita-ceriti Pro Mahasiswa (Pro-M) dan Pro Aspirasi (Pro-A) nih, tapi sebab keinginan aku yang semakin menebal nak tahu jugak apa kah sebenarnya landskap politik mahasiswa di universitas di Malaysia menyebabkan aku nak gak korek-korek maklumat sampai ke lubang platipus.

Aku pun tak tahu nape aku sangat busy body dengan kisah diorang, tapi nak buat macam mana, bila kita dah berada dalam kepimpinan, sudah pasti kita nak tahu jugak corak kepimpinan yang di bawak oleh persatuan yang lain.

Pertama kali aku post satu entry mengenai cerita Pilihan Raya Kampus (PRK) UM, aku sangat terkejut respon yang aku dapat. Baru aku tahu ade jugak mahasiswa kita di Indonesia sama-sama perhati situasi politik mahasiswa di sana.

Baru lah aku tahu sebenarnya aku masih lagi kerdil dalam dunia politik mahasiswa. Patutnya aku kena amek tahu dan amek kesah. Jangan nak maen facebook memanjang~~

Daripada post yang lepas banyak komen-komen yang aku terima. Aku tak berapa setuju dengan cara diorang berdemo, dan jawapan yang aku terima berbeza-beza, ada yang sokong penuh buat demo dan ada yang rasa demo ni buang masa carik bala.

Apa-apa pon yang bagi pendapat dan pandangan, aku hormat semua pendapat korang, aku tak kan kate salah atau tidak, macam yang aku selalu kata, aku ingin membuka ruang dan peluang mengajak mahasiswa berfikir secara kritis.

Yang setuju dengan aku terima kasih bebanyak, yang tak setuju aku tak kan kate korang salah, pendapat masing-masing. Itu tergantung kepada pemikiran ante-ante semua, dari pemikiran akan membentuk keperibadian. :)

Apapon mulanya bulan baru, semangat aku membara-bara macam gunung berapi, bukan api yang melekat kat bontot kunang-kunang tuh. Api ini bukan hanya seketika tapi akan aku tiup supaya sentiasa menyala-nyala.

Aku nak supaya otak aku sentiasa terbuka mata aku sentiasa meneliti segala isu-isu mahasiswa di Malaysia, bukan apa, nanti ita dan mereka jugaklah yang akan menjadi pelapis negara. To know them you must understands them. Betul tak?

Habis mukaddimah aku, aku masuk tajuk utama, dalam komen-komen tu ada sorang hamba Allah yang post komen tentang keputusan PRK di sebahagian Universiti di Malysia (thanx ananymous!! dia tak tulih nama dia)

Bila aku perhati, aku terkejut, rupa-rupanya Pro-Aspirasi menguasai banyak universiti di Malaysia!! Ini keputusan yang aku dapat:


***********************************************


UPM - Pro-Apirasi menang 37 drp 48 kerusi

UIAM - Pro-Mahasiswa menang 17 drp 29 kerusi

UM - Pro-Aspirasi menang 24 drp 41 kerusi

USM - Pro-Aspirasi menang 38 drp 39 kerusi

UTM - Pro-Aspirasi menang 35 drp 45 kerusi

UKM - Pro-Aspirasi menang 21 drp 33 kerusi

UMT - Pro-Mahasiswa menang 11 drp 12 kerusi

***********************************************


Aku harap keputusan ni betul lah, takkan la dia nak bagi aku maklumat yang salah lak, bukan ade guna pown. Yang pasti sekarang kita dapat gambaran secara kasar tahun ini tahun keramat Pro-A!!

Aku rasa ada lagi jek universiti yang masih belum adakan PRK, aku akan teruskan pemerhatian aku.

Dan semalam aku tanya kepada sorang kawan aku dak UM. Aku tanya macam-macam kat dia soklan sampai dia dah bosan nak jawab..sori cha~~




Dan aku dapat gambaran yang lebih jelas lagi tentang PRK di UM.

1. untuk Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (PMPM), ada dua jenis calon, calon fakulti dan calon umum.

Di UM, kawan aku beritahu setiap fakulti akan ada dua kerusi yang dipertandingkan untuk calon fakulti.

Jadi waktu penamaan, tak kesah la dua puak besar ni iaitu Pro-M dan Pro-A@ GERAK dan letak calon berapa ramai, kalau aku jadi diorang aku letak dua je la,huhu..pecah banyak undi susah.

Jadi calon fakulti hanya akan bertanding di kalangan fakulti mereka sahaja.


2. Yang kedua adalah calon umum

Calon umum ni pulak diambil dari mana-mana mahasiswa dari mana-mana fakulti yang berminat nak bertanding untuk kerusi tuh.

Calon umum lagi berat, kena ronda satu universiti untuk raih undi.

Selalunya calon umum ni orang-orang femes universiti yang selalu nampak muka dia kat memane majlis..


3. Aku tanya kawan aku, apa bezanya dan taraf dua jenis calon ni.

Dia kate walopon calon ni akan sama saje taraf dia dalam perwakilan mahasiswa. Yang akan jadi beza is selalunya MT Tertinggi akan dipilih di kalangan calon umum.

Diorang lagi banyak usaha kan, so kena la worth it apa yang diorang buat..huhu


4. Aku rasa mungkin kebanyakan universiti akan gunapakai sistem ni. Jadi jumlah kerusi yang dipertandingkan ikut la berapa banyak fakulti x 2 kerusi dan berapa banyak universiti akan allocate untuk kerusi calon umum.



Aku tanya dia apa cerita Pro-M dan Pro-A sebenarnya, dia banyak cerita mengenai pengalaman dia. Ade beberapa maklumat yang aku dapat, mengenai favorinisme kepada satu pihak.

aku tak sebut puak mana yang di favoritekan, terlalu sensitif, dari dia kata kalau lah ade akitiviti universiti pasti mereka yang akan dapat tender. Puak satu lagi diketepikan.

Walopon ade favorinisme dalam aktiviti universiti, aku tak boleh kate itu sama akan dilakukan dalam PRK, aku TAK ADA BUKTI! Jadi, full stop!! huhu

Aku masih tunggu lagi keputusan muktamat NC mengenai isu demo hari tuh, yang aku dapat maklumat PRK tangguh, so tunggu untuk informasi aku seterusnya~~



PRK!!!


sekian....


nota kaki:

1.maaf la kat pembaca aku, banyak lak aku tulis hari ni, banyak sangat idea nak kuar, dari simpan baek aku muntahkan semua, betul x?

2. kalau ade pelajar universiti Malaysia rasa aku salah maklumat, sila beritahu aku, aku masih belajar!!

3. Hidup PKPMI!!!



Pilihan Raya Kampus (PRK) UM : Pro Mahasiswa vs Penggerak Mahasiswa (GERAK)

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/31/2010 08:42:00 pm

24

Salam,

Macam aku dah janji tadi aku nak post satu lagi entry untuk menutup kerja-kerja mengupdate blog aku untuk bulan januari nih.

dalam beberapa hari ni, aku tengok banyak cerita-cerita mengenai gerakan-gerakan mahasiswa di malaysia. Macam-macam cerita keluar, dari demo yang dibuat oleh Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) hinggalah demo yang dibuat oleh mahasiswa yang menyebelahi Pro Mahasiswa di UM.

Aku pun jadi hairan ape ke cerita nye sampai perkara-perkara ni berlaku, jadi bermulalah perjalanan aku untuk mengkaji benda ni dengan tidak menyebelahi apatah lagi aku nak terus menyelar dan menyalahi mana-mana pihak terutamanya orang yang buat demo tuh.

Mula-mula aku lompat ke satu blog yang aku jumpa secara kebetulan iaitu Presiden GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia) Azrinizam Ibrahim, dia sendiri adalah memasukkan entry mengenai isu demo di kedua-dua tempat.

Kaji punya kaji barulah aku paham sebenarnya sekarang ni adalah musim Pilihan Raya Kampus (PRK) di Malaysia.

Dari blog dia aku jumpa lagi beberapa blog yang aku rujuk untuk memahamkan aku lagi pasal cerita demo ni. Selepas kajian aku dalam masa yang singkat ni, ada beberapa perkara yang aku telah temukan.

1. Barulah aku tahu universiti di Malaysia ni mahasiswa yang minat dalam politik boleh menyertai parti mahasiswa yang ada, ada dua parti besar yang mungkin ada di mana-mana universiti di Malaysia iaitu Pro Mahasiswa (Pro-M) dan Pro Aspirasi.

Jadi bila pilihan raya kedua-dua parti akan mencalonkan wakil masing-masing untuk Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (PMPM). Kerusi yang ada tergantung kepada universiti nak letak berapa (yang ni tak dapat aku nak kaji semua kerusi yang dipertandingkan di universiti seluruh malaysia, kalau aku boleh buat, aku rasa aku leh dapat pHd kut..haha)

Dah calon barulah nak berkempen dan bila waktu dah time sume pon keluarlah untuk mengundi~~

2. Sekarang yang jadi masalah sekarang adalah waktu undian. Kedua-dua tempat ceritanya sama je, masing-masing tak puas hati dengan sistem undian yang dilakukan.

3. Di UM pihak Pro-M tidak puas hati dengan sistem e-undi yang menggunakan komputer dan mengatakan sistem itu tidak telus. Akhirnya kata mereka sebab sistem e-undi itu lah mereka kalah tipis di UM. hmmm..di UKM pon cerita nya sama, mereka mendakwa adanya penyelewengan yang dibuat yang menyebabkan mereka kalah di UKM, jadi semua pun tak puas hati lah, habis mereka serbu tempat pengiraan undi untuk menyatakan rasa tak puas hati yang lama simpan tuh.

4. Aku nak fokuskan cerita aku hari ni pasal UM je, bukan aku nak rasict, tak pun, cuma dulu aku pernah belajar di Asasi Sains UM, kejap je la aku kat sana, dalam sebulan sebelum aku pindah ke KTT kolej 'bertuah' tuh.

5. Ada dua parti yang berentap nak rebut kerusi di universiti ni iaitu Pro- M dan Penggerak Mahasiswa (GERAK). Oleh kerana kekalahan tipis Pro-M yang dulunya menguasai UM, mereka jadi tak puas hati, jadi adalah dalam beberapa ratus orang turun untuk berdemo menyatakan rasa tak puas hati mereka (yang aku dapat maklumat yang turun banyak dari Fakulti Pengajian Islam). Kira-kira 300 orang yang turun untuk berdemo waktu itu.


macam ni ke nak tunjuk rasa tak puas hati?


gerakan demo membantah e-undi


hebat semangat mereka


pelajar di Indonesia ada berani nak buat macam ni??



Pening la kepala Naib Canselor (NC) yang sekarang ini dipegang oleh Prof. Dato’ Dr. Ghauth Jasmon, terpaksalah NC turun padang untuk selesaikan masalah (wow! NC turun padang bila ada demo kecik macam ni, bukan ramai pon, 300 orang je dari 20,000 mahasiswa UM).

Semua menyelar keputusan NC yang memperkenalkan sistem e-undi dan mereka menagih janji NC yang kata akan letak jawatan jika adanya ketidaktelusan dalam sistem ni.

Akhirnya dengan guna kuasa demokratik, keputusan undi telah ditangguhkan dan masih lagi perbincangan sedang dilakukan untuk tindakan seterusnya.

Hmm...

6. Hebat tak hebatlah pilihan raya di UM, aku tak nak kata kat sesape, aku tak de bukti yang nak kate Pro-M terlalu emosional dalam menanggapi perkara ini, aku tak tahu adakah sistem itu telus atau tidak, dan aku tak pernah mengikuti cerita Pro-M vs Pro-Aspirasi sampailah sekarang.

Yang aku nak komen adalah cara mereka menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

Apa niiii....

Apalah sangat dengan kerusi di universiti tu, tak perlulah sampai ko berdemo macamlah korang ni nak rampas kuasa negara. Kenyang ke bila dapat kerusi tu??

Atau sebenarnya korang nak berlagak HERO di depan MEDIA yang kononnya korang lah orang yang memperjuangkan keadilan!!

Atau nak tunjuk koranglah preman-preman dan jangan sesekali sentuh korang nanti buruk padahnya?

Jika puak Pro-Aspirasi @ GERAK boleh akur dengan kekalahan mereka tahun lepas, kenapa korang tidak? Tak percaya ke yang korang boleh kalah?

Jika ini lah sikap yang ditunjukkan oleh korang semua, waktu mahasiswa dah menggila dan lapar nak jawatan, aku tak boleh bayang bila korang keluar universiti nanti~~

Aku pun tak boleh nak bagi cadangan untuk ini, tapi kalau lah benar adenye ketidaktelusan dalam e-undi, aku sarankan agar NC UM untuk gunapakai semula sistem lama pakai kertas, kalau betul tak telus, diorang akan menang, kalau telus, diorang jugak la malu nyorok muka belakang bangunan.

Tapi mungkin cadangan aku tak releven, berapa banyak duit dah keluar untuk pilihan raya, nak buang pilihan raya ulang? wahh!!sapa nak tanggung belanja tu beb?!!

Aku nak lihat lagi progress pilhan raya diorang, jika ada maklumat terbaru aku cerita lagi.

7. Ni aku nak tengok kita pulak yang di sini, PKPMI lah aku amek contoh, kita ada 16 cawangan satu Indonesia, tapi kita sepetinya tidak PROAKTIF dan AGRESIF seperti mereka.

sebab kita belajar medic ke?

kita sikit lah, tak payahlah nak buat?

Alaa,,bukan boleh mati pon tak dapat jawatan YDP tu..

hmmm..

mungkin betul, tak payah la nak gila talak sangat nak jawatan tu, dapat jawatan YDP maksudnye ko dapat satu amanah yang mana kalau tak betul-betul dilaksanakan Allah akan tanya balik ke kita. Sebelah kaki dah ade di neraka dah!!

Tapi yang aku sedikit kecewa nya kurangnya enthusiasme mahasiswa di sini untuk terlibat sama dalam proses pemilihan, nak mintak datang AGM pon payah!! apa lagi nak bergadoh sakan nak lobi kawan-kawan dia!

Aku mintak sangat untuk tahun ni kita UBAH SIKAP dan lebih PRIHATIN dengan masalah kepimpinan..

Aku tak nak komen lagi pasal ni, next entries aku akan komen.

Semoga isu yang ada di UM dan UKM boleh cepat selesai, aku masih nak tengok apa tindakan kerajaan dan universiti mengenai hal ini, adakah AUKU akan dikuatkuasakan???

Kita tunggu dan lihat!!


SUARA MAHASISWA!!!


sekian....

nota kaki:

1. aku masih baru lagi dalam hal gerakan mahasiswa di malaysia, jika kawan-kawan aku di malaysia baca blog ni rasa ada salah minta ditegur ye..

2. selepas ni aku akan updatekan lagi mengenai gerakan mahasiswa di malaysia.

3. HIDUP PKPMI!!!