VVIP BLOG INI

Showing posts with label Poltik. Show all posts
Showing posts with label Poltik. Show all posts

Pak Jokowi: Walikota Solo Yang Tidak Pernah Mengambil Gajinya

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 3/20/2012 06:20:00 pm

0

Salam,









Sosok Pak Joko Wibowo memang telah banyak menambat hati orang-orang yang mengenalinya, seorang peniaga yang akhirnya memilih menjadi Walikota Solo, yang telah banyak mengubah Kota Solo dan memberikan khidmat yang luar biasa kepada masyarakat di sana.


Hebatnya beliau apabila tidak pernah sekali mengambil wang gaji beliau kerana beranggapan bahawa wangnya sebagai peniaga telah mencukupi menampung kehidupan keluarga. Keserdehanaan beliau di dalam khidmat beliau sebagai wali kota, tidak betah di dalam pejabatnya tetapi keluar dan bertemu dengan rakyat menggunakan kenderaan usang milik pejabat yang tidak pernah ditukar beliau. Jangan cuba-cuba untuk memberi rasuah kepada beliau kerana tidak sekali-kali beliau akan menerimanya. Akhirnya pada pemilihan kali kedua wali kota buat beliau, berjaya meraih undi sebanyak 91% tanpa mengeluarkan sedikit wang pun!!


Pasti tiada yang percaya di Indonesia masih ada pemimpin seperti ini tetapi itulah Pak Jokowi, kebanggaan rakyat Solo. Akhirnya kita berfikir, apakah akan wujud pemimpin seperti ini di negara kita?


Nasihat Pak Jokowi dalam memimpin, pendek dan mendalam sekali, "JANGAN ADA PUNYA KEPENTINGAN (untuk diri sendiri)"






Link Untuk Mendengar Perbahasan Di Parlimen Malaysia. Peluang Rakyat Untuk Menilai Hujah Dan Fakta

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 3/19/2012 12:13:00 pm

0

Salam,




Buat mereka yang berminat untuk mendengar perbahasan di Parlimen, beberapa link di sini boleh kalian ikuti:


TVKedah: KLIK SINI

Selangorku : KLIK SINI

Dewan Rakyat Live : KLIK SINI




Perbahasan di Parlimen terbahagi dua sesi

Pagi: 10.00 am - 1.00 pm (Sesi Soal Jawab dan seterusnya disambung sesi perbahasan titah Agong)

Petang: 2.30 pm - 5.30 pm (tergantung kepada YDP Dewan)


Saya mengalu-alukan kepada semua untuk mendengar sendiri perbahasan di Parlimen supaya kalian dapat dengar sendiri isu semasa dan waktu yang sama menilai apakah fakta yang dibawa oleh semua YB adalah tepat atau separuh benar. Ini peluang kita sebagai rakyat nilai, gunakan peluang ini.

Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim Mengenai Isu TKI dan Persempadanan Wilayah Malaysia-Indonesia Di ITB Bandung

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/30/2012 09:57:00 pm

2

Bila Terpilih PM, Anwar Janji Prioritaskan TKI dan Perbatasan

 

 
 
 
 
Senin, 30 Januari 2012 16:43 WIB
 
REPUBLIKA.CO.ID, BANDUNG -  Penanganan permasalahan tenaga kerja Indonesia (TKI) dan perbatasan wilayah antara Malaysia dan Indonesia bakal jadi prioritas utama. Pernyataan itu dilontarkan wakil perdana menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, jika dirinya terpilih menjadi Perdana Menteri Malaysia.

"Oh semua, saya akan prioritaskan semuanya dari mulai masalah tenaga kerja Indonesia sampai masalah perbatasan," kata Anwar Ibrahim, usai memberikan orasi ilmiah di Aula Barat Kampus Institut Teknologi Bandung (ITB), Senin.

Menurut dia, permasalahan tenaga kerja Indonesia tidak harus diselesaikan dengan hukuman cambuk atau sejenisnya tapi harus ditangani dengan bijak.

"Kalau ada kasus kriminal, tidak masalah ini orang Indonesia, orang Burma. Ini soal pekerja asing. Jangan jadikan mereka itu sebagai budak, ini soal moral bukan soal politik," ujarnya. "Bagi saya ada kasus di mana, mereka diperlakukan dan diapa-apakan tapi seolah-olah orang kaya dilindungi," kata Anwar.

Di hadapan para dosen, Rektor ITB, mahasiswa ITB dan tamu undangan lain, Anwar Ibrahim  pun berjanji jika dirinya terpilih sebagai Perdana Menteri Malaysia pada Pemilu Malaysia 2012, ia akan menurunkan harga minyak dan gas di Malaysia.

"Apa hal pertama yang akan saya lakukan untuk negara saya kalau saya terpilih jadi Perdana Menteri Malaysia,. Saya bilang dalam satu hari saya akan turunkan harga minyak dan gas di Malaysia," ujarnya.

Menurut Anwar, Malaysia ialah salah satu negara penghasil minyak bumi dan gas terbesar dan setiap tahunnya pemerintah Malaysia memperoleh keuntungan 90 miliar ringgit per tahunnya.

Dirinya menyakini akan mendapatkan dukungan besar dari rakyat Malaysia dalam Pemilihan Umum 2012 di Negeri Jiran tersebut.

"Kalau dilihat dari dukungan rakyat, setelah dibebaskan 9 Januari lalu. Terjadi dukungan dari rakyat yang besar," ujarnya.
Redaktur: Ajeng Ritzki Pitakasari
Sumber: Antara





Saya akan beri pendapat sy mengenai dua isu ini setelah ini. Jangan buat kenyataan populis DSAI jika tidak tahu fakta...

Twitter

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/30/2012 06:49:00 pm

0

Salam,






Untuk teman-teman yang mengikuti pandangan saya mengenai isu semasa dan juga isu politik boleh follow twitter saya di

@khairul_hafidz


Saya kurang aktif di blog buat waktu sekarang, saya sering melontarkan idea saya di twitter, kepada yang punya akaun twitter boleh follow saya, terima kasih kerana masih sudi mendengar pemikiran saya yang tidak seberapa ini

Politik Dan Agama

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 1/19/2012 08:46:00 pm

4

 
 
Saya masih teringat waktu kecil-kecil yang seronok.. apabila ustaz dan ustazah mengajar kami apa itu Islam, buka mata kami mengenai Islam yang sebenarnya. Diajarnya kami cara solat, doa-doa lazim, sedikit hukum hakam agama, akhlak menjadi seorang Islam yang baik dan pelbagai lagi.

Bila ingat kembali ustaz ustazah bertengkar kecil sesama mereka, berbeza pendapat mengenai cara solat yang betul, masing-masing punya cara masing-masing tapi dua-dua mereka tidaklah salah, ingat sahaja tergelak..Ustaz ustazah ku berusaha untuk mengajar kami yang terbaik dalam kami mengenal Islam..

Sekarang sudah meningkat dewasa, sesuatu yang baru dipelajari, agama ini banyak yang dikaitkan dengan politik, tidak kira apa sahaja isu berkaitan agama.. pasti ada politik terkait sama, perbezaan agama mengikut fikrah politik seseorang, kadang-kala padangan berkenaan agama itu terkongkong dengan fikrah yang dipilihnya. Aneh...ingatkan Islam ini seperti Islam yang saya pelajari waktu kecil dulu..rupanya salah sangkaan, besar pula tu...

Agama dan politik tidak boleh dipisahkan? Pandangan ini tidaklah saya nafikan sepenuhnya, cuma apa yang diperhatikan politiknya yang lebih ditonjolkan daripada agamanya, hinggakan terkeluar dari isu yang asal yang dibangkitkan..boleh kita lakukan demikian? Atau kerana politik dan agama tidak terpisahkan?

Agama dan politik, mana batasnya? Yang mana diutamakan? Setiap individu punya berbeza pendapat mengenai perkara ini. Yang bijak menilai patut tahu agama kah atau politiknya kah yang patut kita junjung hingga hayat di kandung badan...

p/s: Beberapa pandangan mengatakan Rasulullah juga BERPOLITIK.. soalan saya adakah cara politiknya Rasullah seperti politik sekarang ini? Atau sebenarnya apa yang Rasulullah lakukan adalah BERDIPLOMASI?

#MyIdea : Politik Isu vs Politik Idea & Pro Partisan vs Pro Nation

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/15/2012 12:41:00 pm

3

Salam, 






Ada yang bertanya kepada saya, apa yang saya faham mengenai politik. Jawapan saya mudah, politik adalah satu metode untuk seseorang dapat menyalurkan idealisme dan pemikiran mereka dalam membentuk sesebuah negara yang mereka rasakan sesuai dan terbaik.

Melihat kepada negara sendiri, saya tidak nampak politik ini digunakan dengan cara yang benar. Adakah mereka menggunakan politik sebagai platform untuk membangunkan negara? Adakah mereka menggunakan politik sebagai media untuk mereka memikirkan bagaimana untuk membentuk bangsa yang kuat?

Apa yang saya lihat, politik adalah tempat caci maki, saling cerca mencerca, tuduh menuduh dan akhirnya bergaduhlah rakyat dan berpecah belah lah mereka. Soalan sy adakah politik seperti ini yang kita inginkan?


Politik Idea vs Politik Isu

• Permasalahan yg dapat sy lihat adalah suasana politik dalam negara yang akan membesarkan apa jua isu sehinggakan timbullah ketegangan antara pihak yang menyokong dan pihak yang menentang. Kadang-kala ada isu-isu yg tak perlu di’media’kan tetapi tetap dibesarkan. Mempolitikkan segala isu, bagi sy ini bukanlah politik yang perlu kita ikuti

• Saya lebih suka dalam kita berpolitik, apa yang kita ketengahkan adalah idea dan pemikiran masing-masing. Idea dan pemikiran setiap individu berbeza, pasti akan ada perbezaan pendapat, berjuang dalam mempertahankan pronsip dan pemikiran, akan tetapi masing-masing akan mencari titik temu atas satu matlamat: agama, negara dan bangsa perlu kita angkat ke tahap tertinggi.

• Politik Isu bersifat MEMUSNAH, Politik Idea bersifat MEMBINA. Politik Isu mencari SIMPATI dan POPULARITI, Politik Idea mencari SOLUSI. Oleh kerana itu, saya memilih Politik Idea, kerana yang ingin kita lihat adalah kemajuan negara bukannya melihat rakyat fokus kepada isu-isu yang tidak penting hingga pembangunan negara dilupakan.

 
Pro-Partisan vs Pro-Nation

• Poltik sering kali dikaitkan dengan parti politik. Banyak orang akan memilih fikrah mereka masing-masing dalam mereka menanggapi sesuatu perkara dalam hal-hal semasa dan negara. Mereka ini disebut Pro-Partisan. Idealisme dan dasar parti akan mereka pegang dan perjuangkan dan bagi saya itu tidak salah. Setiap parti akan lakukan yang terbaik dalam fikiran mereka bagaimana hendak membawa negara. Apa yang salah adalah apabila mereka mengiyakan segala apa yang dikatakan parti dan tidak menggunakan akal yang sihat dalam memilah yang mana benar dan yang mana salah. Yang benar kita katakan benar dan yang salah kita katakan salah, walau di mana parti pun kita berada. Itu HAK kita sebagai rakyat.

• Pro-Nation yg saya fahami adalah mereka yg akan berbuat sesuatu dalam usaha untuk membangunkan negara. Apa yang mereka lakukan adalah untuk rakyat dan demi negara. Masing-masing juga punya pandangan sendiri mengenai bagaimana untuk bangunkan negara akan tetapi atas dasar demi negara, mereka akan mencapai kata sepakat. Adakah mereka ini tidak menggunakan politik dalam perjuangan mereka membangun negara? Sudah pasti politik dipraktikkan, tetapi yang lebih penting bagi mereka bagaimana dengan kaedah politik yang sedia ada dapat disalurkan sepenuhnya dalam ‘nation building’.

• Jika orang bertanya, mana yang sy akan pilih antara keduanya? Dalam keadaan politik sekarang, saya mengatakan sy memilih untuk menjadi Pro-Nation. Alasannya? Satu kepuasan yang tidak terhingga apabila dapat membentuk ketamadunan bangsa dan negara. Menjadi bangsa yang kuat dan disegani di mata dunia, membangunkan negara menjadi negara termaju tanpa mengikiskan nilai-nilai murni yg ada di dalam masyarakat. Segala-galanya adalah demi negara dan rakyat, akan tetapi kita ubah sedikit idealisme Pro-Nation supaya tidak bertentangan dengan kita sebagai orang beragama. Pro-Nation dengan acuan kita sendiri.


 
Peranan Kita?

• Kita sebagai orang profesional, kita bangunkan negara ini mengikut profesi yang telah kita pilih. Jika kita di dalam bidang kesihatan, selalu memperbaiki sistem kesihatan negara dan beri perkhidmatan yang terbaik supaya tahap kesihatan rakyat berada dalam kondisi yg terbaik. Begitu juga di sektor-sektor yang lain, kita bantu membangunkan negara dengan kepakaran yg kita ada.

• Semua rakyat harus memberi kontribusi dalam memberikan idea bagaimana untuk bangunkan negara. Ramai yg berpandangan bahawa itu adalah peranan kerajaan memerintah, akan tetapi siapa kata kita tidak boleh berbuat sesuatu? Dalam jadikan negara menjadi negara yang terbaik, setiap idea yang membina itu harus diambil kira.

Ini idea saya mengenai politik: Politik Idea dan Pro-Nation acuan kita, setiap dari kalian punya opini sendiri dan saya meraikan. Idealis? Benar, namun apa salahnya beridealis dalam mencari cara membangun negara? Jika setiap rakyat di negara kita punya keinginan untuk membantu dalam membangun negara dan bangsa, bukan fokus dengan isu sampah yang tidak menjana kemajuan, bayangkan betapa negara mampu menyaingi negara yang lain.


Apa definisi politik anda pula?

Pemimpin Dan Twitter: Kenapa Masih Banyak Pemimpin Negara Tidak Gunakan Media Ini?!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/29/2011 09:59:00 pm

0

Salam,

Aku tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh blogger Bicara Nobisha [klik sini]. Blogger Nobisha telah membuat ranking pemimpin-pemimpin kedua-dua parti yang mempunyai follower Twitter yang paling banyak. Ternyata setelah disusun ranking, PKR menguasai Top 10 ranking follower terbanyak. Pemimpin UMNO hanya tiga. Dapat disimpulkan di sini, pemimpin pihak pembangkang lebih bijak menggunakan media alaf baru.

Aku baru sahaja berjinak-jinak dalam Twitter. Jika dulu tiada kesempatan, sekarang aku telah mula menggunakan Twitter sebagai salah satu media untuk mendapatkan informasi. Ternyata Twitter sangat berguna untuk mendapatkan maklumat langsung daripada pemimpin-pemimpin negara. Di Twitter kita langsung melihat pernyataan-pernyataan pemimpin daripada satu isu.

Beberapa persoalan yang telah aku fikirkan:


1. Pemimpin pembangkang lebih aktif ber'twitter'. 

Ini adalah pengalaman aku sendiri sejak aku menggunakan Twitter. Pemimpin pembangkang seperti DS Anuar Ibrahim, Lim Kit Siang, Saifuddin Nasution, Nurul Izzah, Azmin, Tian Chua dan Tony Pua memang sangat aktif dalam meng'update' Twitter. Mereka akan selalu membuka isu-isu baru untuk follower mereka. Mereka juga akan menjawab soalan-soalan yang ditanyakan oleh follower mereka. Dan jika ada kejadian-kejadian terbaru, akan mereka masukkan di Twitter.

Tidak dinafikan ada pemimpin kerjaan yang aktif, paling aktif yang pernah aku lihat adalah Khairy, YB Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan, Mukhriz, Rosnah, Ketua Puteri, Shahrizat  Ketua Wanita dan lain-lain. YB Kota Belud sebagai contohnya, segala soalan yang ditanyakan oleh beliau berkenaan isu semasa dan dasar kerajaan akan dijawabnya. 


2. Adakah Twitter hanya sekadar beri pernyataan dan meletak gambar-gambar program sahaja?

Bagi aku, Twitter mempunyai fungsi lebih besar daripada itu. Twitter bukan seperti FB yang kita boleh mengarang mini novel di situ. FB lebih digunakan untuk meluahkan perasaan dan pendapat-pendapat. Akan tetapi, bagi aku, Twitter adalah medium yang paling tepat untuk rakyat BERKOMUNIKASI SECARA LANGSUNG dengan pemimpin mereka. 

Sudah pasti banyak yang akan addresskan soalan kepada mana-mana pemimpin untuk penjelasan. Yang aku tak faham, kenapa pemimpin tidak menjawab soalan mereka? Pemimpin seharusnya lebih bijak, inilah peluang mereka untuk lebih mendekati rakyat. Mereka sedar atau tidak, jawapan dari pemimpin di Twitter akan menggembirakan rakyat. Betapa berbunganya hati apabila soalan mereka dijawab pemimpin kesayangan mereka.  Mereka rasa mereka diberi perhatian oleh pemimpin tersebut dan ini akan menambah sokongan rakyat kepada pemimpin.


3. Kenapa masih banyak pemimpin tidak menggunakan Twitter?

Seharusnya sekarang pemimpin perlu sedar bahawa ada alternatif lain untuk mereka berinteraksi dengan rakyat. Twitter adalah salah satunya. Di samping mereka meluangkan waktu mereka turun padang, sekarang mereka boleh meluangkan lebih banyak waktu lagi di luar kerja dengan menggunakan Twitter.

Pemimpin kerajaan terutamanya, seharusnya mereka menggunakan peluang ini untuk melontarkan idealisme dan dasar kerajaan untuk difahami rakyat. Mereka perlu bantu kerajaan untuk menjelaskan segala isu yang beredar di sekeliling rakyat. Personal touch dari pemimpin besar itu lebih terkesan dari penjelasan pemimpin-pemimpin di bawah ini. Mereka figure besar dan seharusnya merekalah yang berusaha untuk memberikan informasi kepada rakyat di bawah. 

Jangan hanya lihat di atas sahaja, sampai di bawah dilupakan.

psstt: Lisa Surihani lagi banyak follower di Twitter dari pemimpin negara... he he he..





p/s: ini twitter aku @khairul_hafidz, insyaallah jika ada persoalan yang ingin ditanyakan, aku akan segera menjawabnya.

Melayu Perlu Ubah Mentaliti!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 4/26/2011 11:06:00 pm

2

Salam,

Sudah lama aku tidak memberikan pandangan dan opini aku di dalam isu politik negara. selama ini aku lebih suka menjadi pemerhati daripada menjadi pengkritik. Dahulunya aku memang pengkritik tegar. Bukan aku tidak tahu apa yang berlaku, dari cerita video lucah sehinggalah PRN Sarawak tapi biarlah taiko-taiko blogger lain yang memberikan pendapat. Iyalah, siapalah aku ni, paling pun aku hanya boleh memberikan pandangan dangkal aku dalam satu isu tapi blogger lainnya siapkan bukti sekali buat tontonan pembaca blog lainnya.

Akan tetapi, baru-baru ini timbul satu isu yang menjadi kebimbangan aku dan menyebabkan aku terpanggil untuk memberikan pendapat. Isu politik perkauman kembali menghangatkan arena politik negara. Tak perlu aku nak tunjuk satu belah pihak sahaja, jujur sahaja kedua-dua pihak juga memainkan isu ini. Satu pihak mula membakar sentimen perkauman di dalam PRN Sarawak, satu pihak lagi pula keluarkan slogan '1Melayu, 1Bumi' dengan alasan pihak yang sana mulakan terlebih dahulu. Yang lebih hebat, ada pula pertubuhan yang menyokong dan berdemo kerana marah pihak pro-kerajaan membangkang idea tersebut.






Apa yang nak jadi ni?

Apakah mereka tidak pernah terfikir natijah daripada idealisme yang mereka keluarkan ini? Apakah mereka tidak rasa idea ini hanya bawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan?

Sifir untuk isu ini mudah sahaja, sorang sokong sana, sorang sokong sini = terbentuk dua puak, akibat? Kaum yang lebih besar akan kuasai kaum yang lebih kecil. Kaum yang kalah akan huru-harakan negara. Apakah mereka tidak dapat melihat kesan buruk ini atau pun mereka tahu tapi hanya tutup mata dan telinga? Atau apakah aku sendiri yang membuat penilaian yang kurang matang?

Dan kaumku, bukan boleh dicabar, pantang ada yang naik lemak sikit, lagilah daripada kaum itu, mulalah darah menggelegak, panas dah naik sampai ke kepala, hilanglah pertimbangan dan melakukan perkara yang tak sepatutnya. Waktu itu keluarkan segala maki hamun dan melaungkan perlembagaan seperti yang lazimnya mereka lakukan.

Tidak sama sekali aku menafikan Perlembagaan 153 yang menjaga hak keistimewaan kita. Hak itu telah pun termaktub di dalam perlembagaan negara. Apa yang lebih tinggi daripada perlembagaan? Tidak ada kan? Namun, soalan aku, adakah itu satu-satunya cara?

We Malays must succeed in all areas including economy, academic and politic. We earn their respect! We must not force them to succumb to the constitution. If we achieve this, it's them eventually admit that we are 'tuan' in our beloved homeland. Not to forget, we as 'tuan' have to accept their rights as a part of our country.

Rakan-rakan, sudah tiba waktu kita Melayu mengubah mentaliti kita. Sudah tiba waktu kita meningkatkan prestasi dan gerak kerja kita. Sudah tiba waktu untuk kita berusaha keras untuk duduk sama tinggi dengan kaum yang lain. Dari segi akademik, kita masih kalah. Ekonomi? Apatah lagi. Jangankan nak sama taraf dengan mereka, ekuiti 30% yang diperuntukkan kerajaan juga kita hanya mampu mengisi kurang daripada 20%. Itu pun sudah dibantu kerajaan, jika dibiarkan berusaha dengan kaki sendiri?

Aku kritikal apabila berbicara mengenai bangsaku. Bangsa kita tidak memerlukan pujian, kerana pujian hanya mendatangkan kemusnahan. Bangsa kita perlu dipupuk untuk mengubah mentalitinya. Lihat sahaja senario sekarang, pernah lihat mat rempit Cina? Yang aku selalu nampak mat-mat kereta Evo Cina banyak. Waktu kecilnya Melayu buat apa, mereka pula di mana? Membantu keluarga berniaga atau duduk di dalam kedai dengan sempoa di sebelah mereka. 

Inilah yang selalu aku tekankan apabila aku berbicara mengenai bangsaku. Yang menyebabkan bangsa ini ke arah kehancuran bukan kerana orang lain, tetapi kita sendiri. 

Pasti ada yang tidak setuju dengan pendapatku. Aku tetap beranikan diri untuk mengkritik bangsaku sendiri bukan kerana aku mahu menjatuhkan martabat kita tetapi aku ingin bangsa ini menjadi lebih baik. 

Ingatlah wahai bangsaku, tiada guna menundukkan orang lain dengan kekerasan, tunjukkan kematangan, bina integriti, keupayaan dan kapabilitas kita. Satu hari nanti, orang pasti akan menghormati kita kembali.

Buat semua pihak, HENTIKAN POLITIK RASIST. Anda hanya merosakkan negara. Jauh sekali berbuat kebaikan untuk negara aku yang aku cintai. Keharmonian dan perpaduan antara kaum amat mahal harganya dan ianya menjadi teras dan nadi negara kita. Jangan kerana kepentingan politik kalian, intergrasi  nasional ini dijual. Jangan kerana bersorak, kampung sendiri tergadai. Jangan kerana kalian habis rosak susu sebelanga. Nilai kesatuan ini jauh lebih berharga dari kerakusan kalian semua.