Saya bukanlah orang handal dalam agama dan tidaklah pula mempunyai akhlak yang baik, akan tetapi apa yang sering menasihati diri adalah jangan sesekali MENGHAKIMI seseorang.
Acapkali kita lihat, sebagai contoh apabila seorang lelaki itu tidak berkelakuan yg baik menurut mereka atau apabila seorang wanita itu tidak bertudung litup seperti mereka, mulalah kita menghakimi mereka & dihebohkan ke seluruh rakan taulan & kaum kerabat masing-masing, seolah-olah nerakalah bagi mereka ini, tiada lainnya.
Siapa kita untuk menentukan di mannakah kedudukan mereka setelah mati? Siapa kita untuk mengatakan buruknya mereka di mata-Nya? Dan akhirnya, sungguh sempurnakah akhlak kita hinggakan kita memburuk-burukkan mereka.
Jika kita merasakan itu adalah salah, kita tanamkan azam kepada diri yang kita tidak akan menjadi seperti mereka & doakan mereka akan berubah. Jangan kita terlalu harap perubahan dalam waktu yang singkat, mungkin sahaja 10-20 tahun lagi, siapa tahu?
Hebatnya syaitan itu bukan hanya bisiknya kepada kaum Adam menyuruh ke arah kejahatan tetapi bisiknya memberitahu yang kita sudah jauh lebih baik dari mereka itu. Timbullah riak, bertambahlah dosa.
Tidak perlu menghakimi kerana kita tidak tahu bagaimana antara mereka dengan Allah. Cukuplah yang memberi hukuman itu Allah bukan kita manusia.
Pulang ke rumah, hujan rintik-rintik lagi, turun sahaja dari angkut mahu cepat-cepat sahaja sampai rumah... Tak pandang depan terus mempercepatkan hayunan kaki... diri terhenti, kerana di depan seorang nenek tua yang berjalan perlahan, dengan badan agak membongkok.. kaki pula sedikit terseret apabila berjalan.. nak dipotong nenek tak boleh kerana ada dua batang tiang yang mengecilkan lorong.. sekeliling jalan tertakung air separas buku lali
Hati mula rasa nak marah, sudahlah hujan, bawa beg sudahlah berat dengan laptop, badan pula penat baru selesai kuliah di hospital... orang tua di depan ni jalan lembab pula tu...
Tiba-tiba hati terdetik, otak ini membayang nenek tua di depan sebagai diri sendiri bila waktu tua nanti..."eh? waktu tua nanti aku macam ni ke? Jalan terbongkok-bongkok, kaki digagahi juga melangkah walaupun rasa nak tercabut sendi lutut... Nak marah nenek lambat berjalan, nanti aku tua, adakah orang akan marah aku macam ni?"
Sayu dengan diri... lupa bahawa diri sendiri juga akan tua suatu hari nanti, agaknya bagaimanalah perasaan si nenek ini jika tahu orang muda belia di belakangnya ini sedang memarahinya? Hanya kerana diri sudah dimamah usia sebegini?
Aku berhenti.. membiarkan nenek melewati jalan antara dua tiang itu, setelah nenek lalu, baru melangkah kaki kembali...
Kami di rumah ini punya seorang pembantu. Namanya Ceu ceu. Ibu umur 40-an yang sering senyum dan sangat rajin dalam membuat kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan. Nama pun rumah orang bujang, hidup sendiri pun belum tentu terurus inikan pula nak uruskan rumah, jadi kepada Ceu ceu lah kami bergantung mengemas rumah.
Satu perkara yang saya mengagumi Ceu ceu adalah dia jarang mengeluh jika dia terpaksa membuat kerja yang banyak dan dia selalu kreatif dalam mencari cara untuk menyelesaikan sesuatu.
Rumah kami diserang tikus-tikus, Ceu ceu lah yang sedaya upaya mengemas kawasan-kawasan tempat curiga kawasan penempatan tikus durjana. Habis almari dia selongkar untuk dibersihkan. Dicuba dibuat tempat perangkap tikus (pakai kertas kotak , diletak gam dan makanan, kalau tikus malang, melekat pada kad tu dan tikus dibuang). Walaupun seekor sahaja yang masuk perangkap tapi tetap jasanya saya kenang. Ada dia mengeluh? Tidak sama sekali
Terbaru, tempat penyidai baju pula rosak, tidak disuruhnya kami beli yang baru, tapi dibuat tempat penyidai baju dari batang penyapu plastik, dan dibuat lubang-lubang menggunakan plastik untuk menyangkut baju. Satu lagi idea Ceu ceu yang membuatkan saya kagum. Ada dia mengeluh? Tidak sama sekali
Akhirnya diri ini terfikir, kita bangga dengan diri kita yang kononnya orang-orang terpelajar, tetapi apabila diuji sedikit, apabila disuruh sedikit, apabila ada perkara yang berlaku yang tidak sesuai dengan kehendak kita cepat benar kita melenting, cepat benar kita mengomel sana dan sini. Seperti kita ini tak boleh nak diarah-arah, saya terfikir apa sebabnya?
Mungkin kita tidak banyak belajar dengan orang seperti Ceu ceu, orang susah yang tahu membawa diri dalam apa jua situasi. Mungkin Ceu ceu bukan orang yang berpelajaran dan mempunyai IQ yang tinggi seperti kita, tapi cara adaptasi dan kreativiti dia menyebabkan saya mengaguminya dan rasa malu dengan diri sendiri. Anda bagaimana?
Suatu ketika teringin sangat hendak membeli aiskrim batang berperisa coklat, dalam perjalanan pulang ke hospital tanpa disangka bertemu dengan pak cik penjual aiskrim, terus minta satu, ternyata hari itu aiskrim perisa coklat habis, belilah yang berperisa mangga. Dalam perjalanan masih lagi kefikiran, tak disangka jumpa lagi penjual aiskrim yang lain, minta lagi yang sama.. tetap yang berperisa coklat tidak ada..beli aiskrim mangga kali kedua..
Sama juga ada suatu hari ingin makan pisang aroma.. pulang ke rumah sanggup berjalan pulang untuk beli pisang aroma dekat dengan rumah, lagi sikit jek nak sampai, kebetulan bertemu rakan yang membawa motor ajak naik sekali pulang ke rumah.. hanya melihat sahaja gerai mak cik penjual pisang aroma di atas motor...
Pernah satu lagi, ingin membeli papan kayu buat tempat letak printer, cari punya cari tak pernah jumpa, dah putus asa mencari, berhenti mengharap.. satu hari dalam hati terdetik nak cari juga, baru beberapa minit berjalan menelusuri Jalan Sukajadi, di depan mata terjumpa papan kayu itu, terus beli dan bawa pulang..
Bila bercerita soal REZEKI, kadang kala ia datang tanpa disangka, kadang kala walaupun ada di depan mata kita tetapi tetap jika rezeki bukan kepunyaan kita, bagaimana kita mahu pun tetap tidak akan kita peroleh. Rezeki adalah ketentuan-Nya, kita usaha dan tawakkal, tak dapat juga percayalah Allah punya perancangan yang lebih baik buat kita...
You have a marvelous career, a big house, tons and tons of money, a lovely faithfully wife and of course headache-of-a-lifetime KIDS!!
People looking up to you, telling all of your friends how lucky you are. Everywhere and every time people praise you, envy you and trying to be you. Who did not proud yah?? You have everything that all people can imagine!!
.
And now, what you want to work for now is to make sure that your kids also follows your footstep. If you are a business man, of course you want your child to be a successful businessman too. If you a lawyer, then you also want your kid to a fierce-full and yet honest lawyer. If your a doctor, sure that you want your kids also become an honorable and brilliant doctor. That what parents do..to make sure what is the best for their kid according to their own formula and experience!!
Life is not always follows our plan. We may plan years, but we don't know the future. No one knows even KURITA (Paul) except Allah.
What if one day you found out that your child don't want to be you?
What if when they now grow up, they want to travel to their own path??
How you wanna handle it? You want to force them to listen to what you say?? You want to ground them until they give up?? Or you yourself give up and let them be what they want to be and pray for their happiness??
It's hard that our kids doesn't want to be us. Yes,it sure does hurt. After years of raising them, this is how they pay us. So what we can do??
Maybe it's time to let them go and make choices. Screw up sometimes, yeah..but who don't?? What is important that we give them what they will use in future. Remain strong with their religion and be the best person that they can be. What they want to be with their life is them to decide. What we can do is to be their BEST ADVISOR when they need us one day... then you can see how much your child will respect and value you as their parents... \(^v^)/
p/s: Out of my genre i know, but sometimes i just want to write what i feel and thought in my mind.. hoping i am not breaking any code, rule or law.. :)
and by the way, i am not a parent yet..but someday i will.. huhu
"Abang, meh pergi", adikku, Fatimah memanggil aku untuk segera berangkat daripada rumah. Hari pun sudah menjelang petang. Awan di langit menunjukkan hari mungkin mahu hujan. Paling tidak dalam setengah jam lagi. Aku masih lagi memandang ke langit, melihat sekawan burung gagak yang cuba untuk mencari perlindungan. Lambat mencari tempat berteduh akibat kebasahan lah dimandi dek hujan.
Aku memandang ke hujung jalan, terlihat seorang ibu dan anaknya sedang tergesa-gesa untuk mengangkat baju di ampaian. Dalam kelam-kabut kelihatan di wajah mereka gembira kerana melakukan kerja itu bersama-sama.
Otakku ligat mengimbasi cerita silam......
~~~~~~~~~~
"Hafsyan, kamu nak ke mana nak?", ibuku, Halimah menanyakan kepada kepadaku. Kebetulan ibuku mendengar bunyi pintu bilikku dibuka. Memang pintu bilik aku ini tombolnya rosak, jika dipulas pasti satu rumah aku dengar.
"Hafsyan nak keluar", aku menjawab tanpa memandang muka ibu aku, "Menyibuk betul la orang tua ni, aku nak pergi mana pun nak tanya-tanya, suka hati la, aku kan dah besar", rengus hati aku.
"Nak ke mana malam-malam buta ni Hafsyan? Dah pukul 11 malam dah, esok kan sekolah. Kerja sekolah dah siap ke belum? Tahun ni kan Hafsyan nak SPM, belajarlah nak, jadi orang yang berguna", kata ibuku sedikit merayu.
Panas telinga aku apabila ibuku mula buka syarahan mengenai SPM. Sesak kepala aku apabila ibuku sering kali mengingatkan aku mengenai peperiksaan yang lagi 4-5 bulan akan aku hadapi. Orang tua ini langsung tak faham hati orang muda. Aku nak keluar, aku nak lepak bersama kawan-kawan aku. Apa orang tua ni nak sibuk-sibuk?
"Ibu, Hafsyan tahu la tahun ni Hafsyan nak SPM, nak tak perlu nak ingatkan Hafsyan. Nanti dah dekat nak exam nanti Hafsyan bukak la buku, dah la ibu, kawan Hafsyan dah lama tunggu, Hafsyan keluar dulu!", jawab aku sambil terus membuka daun pintu rumah.
Aku terus mengambil motor RXZ merah kesayangan aku hasil tabungan daripada bekerja menjadi waiter di Starbuck setiap petang lepas sekolah. Aku mampu berdikari, tidak ada siapa yang perlu hendak mengarahkan apa yang perlu aku buat!
Terlihat kesedihan di wajah ibu aku, anaknya seorang ini memang degil dan liar. Ibuku balu beranak dua, tinggal di rumah sederhana satu tingkat yang bersebelahan dengan jalan besar. Rumah ini adalah hasil peninggalan arwah ayah aku yang mati akibat barah paru-paru sejak 8 tahun lalu. Sejak dari itu, ibuku yang menjaga kami berdua.Nasiblah ibu ada juga pelajaran waktu muda dulu. Dapatlah menjadi pengurus di sebuah kilang di Bandaraya Kuala Lumpur ini.
Bunyi deruman motor semakin lama semakin sayup kedengaran...
~~~~~~~~~~
"Abang! Cepatlah! Hari sudah mahu hujan ni, nanti jalan tu jem. Lambat pula kita sampai nanti", panggil adikku separuh menjerit. Tak sabar melihat sikap abangnya yang sengaja nak menangguhkan perjalanan. Nampak mulut terkumat-kamit mengatakan sesuatu. Marah lah tu.
"Yelah, jom! Itu pun nak mengomel, Imah tu yang tadi lambat, bersiap macam mak datin, kalau dapat kahwin dengan datuk tak pe jugak", tempelakku sambil berseloroh dengan adik tunggalku ini.
"Eiiii,saja je buat alasan! Dia yang lambat, Imah jugak yang kena! Abang ni memang nak kena cubit laju-laju!," geram mengetap gigi sambil tangannya pantas untuk mencubit bahu aku. Aku mengelak. Perempuan tetap perempuan.
Aku membawa kereta Kancil second hand yang aku berjaya beli setahun yang lepas. Adikku duduk di sebelahku. Aku mula menyelusuri jalan raya menuju ke Kuala Lumpur. Masuk ke Jalan Persekutuan sebelah lapangan kapal terbang lama dan masuk ke Jalan Tun Razak. Hujan turun rintik-rintik dan semakin lama semakin lebat. Jalan mula sesak dengan kereta kerana kerana terpaksa memperlahankan kenderaan. Lama lagi lah nampak nya aku nak sampai. Menyesal sebab tidak mendengar kata adik aku tadi menyuruh aku cepat.
Aku membuka radio untuk menghiburkan hati. "Layan THR pun sedap jugak ni" kata hatiku. Adikku hanya menurut apa yang aku dengar sambil melihat ke tingkap. Bosan agaknya.
Aku memandang ke arah tingkapku. Di sebelahku kelihatan sebuah kereta Toyota Corolla silver milik satu keluarga. Di dalamnya ada ibu dan ayah dan dua beradik. Adiknya menangis kerana dibuli abangnya. Ibunya memarahi abang dan menyuruh abangnya untuk duduk diam. Ayahnya pula hanya tertawa kecil melihat gelagat anak-anaknya itu....
~~~~~~~~~
"Bodoh!Bangsat!Bangang! Mata kau ada kat mana? Kepala lutut?! Tak nampak aku ada kat depan kau ke?!", aku memaki hamun adikku.
"Ya Allah, kenapa bising-bising ni Hafsyan?", terlihat kelibat ibuku datang dari dapur. Terkejut mendengar aku marah-marah di ruang tamu.
"Ni ha, Imah tumpahkan nasi ke baju Hafsyan, dah la baju ni brand new. Malam ni nak keluar lepak dengan kawan-kawan.Baju apa yang Hafsyan nak pakai?!", bentak aku sambil aku menjengilkan mata aku ke Fatimah. Habis kotor baju Red Devil original yang baru aku beli.
"Masyaallah, Hafsyan, perkara kecil je kan, tukar lah baju baru. Hafsyan kan ada banyak baju. Takkan itu pun nak marah adik kamu tu", ibuku cuba untuk memujuk aku. Takut juga hatinya melihat aku menyinga tak tentu pasal.
"Ahh, ibu memang macam tu, sikit-sikit Imah jugak yang mak bela. Semua Hafsyan buat salah, apa Hafsyan cakap semua tak betul, Imah je la yang betul semua!! Serabut Hafsyan tinggal di rumah ni! Hafsyan nak keluar lah!", aku marah lagi sambil masuk ke kamar untuk menukar baju. Aku keluar dari bilik dan melihat adikku masih lagi dalam ketakutan. Menggigil badannya melihat aku seperti dirasuk syaitan. Marah tak tentu pasal.
"Hafsyan, nak ke mana tu nak, tak payah la keluar malam ni ye nak, duduk je la di rumah. Hafsyan asyik keluar je sejak akhir-akhir ni.Exam kan dah nak dekat dah nak", kata ibuku.
"Ibu, hari ini malam minggu. Standard lah kalau keluar ibu. Hafsyan dah besar, takkan ibu nak suruh Hafsyan tinggal di rumah je. Karut ah ibu ni, Hafsyan nak keluar!", aku tidak mempedulikan nasihat ibuku. Aku lihat adikku masih lagi berdiri ketakutan. Aku tolak adikku, terduduk adikku di lantai.
"Astagfirullah, Hafsyan! Kenapa kamu tolak adik kamu? Apa salah dia nak! Hafsyan!Hafsyan!!", aku malas mendengar ibuku, aku buat tak dengar dia memanggil-manggil aku. Terdengar seduan adik aku kerana kekasaran yang aku buat terhadap dia. "Ahh, mampus la, siapa suruh dia buat pasal, rasakanlah!", fikirku dan terus berlalu..
*********************************
"Shawn, apa lambat beb? gua tunggu lu punya la lama dowh", kawanku menanyakan kepada aku. Dikalangan teman aku aku dipanggil Shawn. Terlihat kelibat lapan kawan-kawanku yang menaiki motor. Tiga daripada mereka membonceng perempuan di belakang mereka. Tak kenal pula siapa perempuan itu.
One night stand lah tu...
"Ada masalah sikit kat rumah, dah la,gua malas nak cakap pasal benda ni lagi! Orang tua dan adik gua bikin gua panas jek. Ok skang ni nak lepak kat mana beb?"tanya aku, cuba nak mengelak Borhan tanya lebih banyak lagi.
"Malam ni ke Zouk jom! Kat belakang Sg. Wang tu. Gua dengar malam ni ada gig beb!Disagree buat comeback!!Lama siut tak dengar diorang perform! Jom la!", ajak kawanku yang bernama Borhan@Bon nak mempengaruhi aku ke kelab malam.
" Ok Bon, gua caya sama lu beb! Eh, lu ada bawak "barang" tuh tak? Gua dah lama tak pekena barang tu. Lu ah ajar gua hisap benda tu.Sekarang gua mana boleh tahan dowh" aku meminta dengan penuh mengharap Bon bawa 'barang' yang aku nak.
"Haha, releks la beb, gua tahu lu memang nak punya, gua ada bawak, tapi dulu gua boleh la kasi special price, sekarang gua kena bagi lu harga pasaran la, nanti gua mana boleh dapat untung. Stok gua pun bukan banyak", kata Bon.
Borhan adalah pengedar dadah Syabu yang terkenal di kalangan mat-mat rempit. Ramai kawan-kawan aku yang membeli daripada dia.Aku adalah mangsa Borhan yang terbaru. Dia yang memperkenalkan Syabu kepada aku dua bulan yang lalu. Mula-mula hanya suka-suka sambil melayan bohsia-bohsia di kelab malam. Sekarang aku dah makin menjadi penagih tegar kepada najis tu.
"Harga lu jangan bimbang, gua boleh adjust. Yang penting lu ada stok..hahaha", seronok aku kerana Borhan bawa benda yang aku nak. Nampakya malam ini malam yang indah buat aku.
~~~~~~~~~~~
"Imah, kita dah sampai", aku mengejutkan adikku yang tertidur. Lama juga berada dalam kesesakan tadi. Hampir satu jam tersekat di Jalan Tun Razak. Di Bulatan Pahang juga boleh tahan sesaknya.
"Ok, abang ada bawak bunga tu bang?", tanya Fatimah.
"Ada, abang letak di belakang" kataku.
Kami keluar daripada kereta, adikku mengambil bunga ros merah yang aku beli pagi tadi di tempat kerjaku. Kami berjalan keluar daripada tempat letak kereta. Di depan ku ada papan tanda yang tertulis.
SELAMAT DATANG KE HOSPITAL KUALA LUMPUR.
Berat hati aku untuk melangkah kaki ini. Aku gagahi juga hati aku untuk sampai ke destinasi aku. Aku lihat keredupan di muka adikku. Kami sama-sama berjalan di dalam satu bangunan. Kami naik ke tingkat tiga dan di bilik no 13. Kami buka pintu dan terlihat satu batang tubuh berada di atas katil.
Adikku mengambil bunga ros yang telah lama layu di dalam pasu kecil bentuk empat segi dan menukarkan kepada yang baru. Aku duduk di samping sosok tubuh itu. Lama aku memerhatikan wajahnya.
~~~~~~~~~~~
*DAAMMMM*
Bunyi pintu yang dihentak keras. Ibu dan Fatimah yang berada di ruang tamu yang sedang menonton rancangan tv terkejut dengan bunyi itu. Rupa-rupanya orang yang menghentak pintu itu adalah aku.
"Hafsyan, baru balik nak, ke mana Hafsyan? Dah jam 1.20 pagi dah ni", tanya ibuku seraya melihat keadaan aku yang terhuyung-hayang dan menggigil-gigil.
"Oii, orang tua. Kau boleh diam tak buat seminit?! Pekak telinga aku asyik dengar kau membebel setiap hari.Mulut kau tak reti nak tutup ke?!", aku menyeringai.
"Ya Allah, apa jadi ni Hafsyan, kenapa kamu bercakap dengan mak macam ni?"kata ibuku yang terkejut dengan kelakuan kurang ajar aku ini.
"Abang, kenapa dengan abang ni? Tak baik lah abang cakap ibu macam tu tau, ingat syurga abang tu di bawah kaki ibu!!",adikku cuba untuk mempertahankan ibuku.
"Imah, kau diam! Aku tengah cakap dengan ibu, bukan dengan kau, tak pasal-pasal kau makan penampar aku kejap lagi", aku memarahi adikku.
"Hafsyan!Kenapa dengan kau ni?!!", ibuku semakin bimbang dengan perangai aku yang semakin menggila itu.
"Ahhh, diam lah ibu. Ibu aku nak mintak duit ibu. Aku nak duit! Aku nak duit!!", aku meminta dengan kerasnya.
" Ya Allah, apa minta ibu duit ni nak? Eh,apa bau ni, kau minum arak Hafsyan?Busuk bau mulut kau ni!!", ibu mula mengesyaki aku.
"Oii, orang tua! Aku nak teguk menatang haram tu ke atau tak, tu bukan urusan kau...aku punya pasal la..sekarang ni aku nak duit, badan aku dah seram sejuk dah ni! Aku nak beli 'benda' tu!!Bagi aku duit cepat!!!" Aku membentak lagi.
"Ya Allah, Hafsyan, kau menagih nak?? Tak sangka anak ibu macam ni", kelihatan air mata ibu yang telah mengalir deras. Sungguh dia tidak sangka aku akan menjadi seperti ini. Dia tahu yang aku memang agak liar tetapi menjadi seteruk ini adalah di luar sangkaan ibunya. Remuk hati ibu.
"Ya! Aku sedut menatang tu!!Puas hati kau orang tua? Benda tu nikmat, aku boleh lupakan otak aku yang semakin sakit ni. Sebab korang berdualah aku jadi macam ni!! Ahh, cepat, mana duit!!Mana!!", aku mula melilau kiri dan kanan.
"Takkan ibu bagi duit tu nakk..takkan...Ya Allah, apa dah jadi dengan anak aku!!" Terisak-isak ibu aku menangis melihat keadaan aku sekarang ni.
"Kau tak nak bagi aku duit orang tua keparat? Aku cari sendiri!!", aku mula bertindak ganas. Aku masuk ke bilik ibuku mencari apa sahaja barang yang berharga. Ibuku cuba untuk menghalang. Adikku pula cuba untuk membantu ibuku.
Adikku memegang badan aku untuk menghalang aku daripada mencari barang ibu. Aku menerajang adiku dan tersandar dia di dinding!!
"Ya Allah, Hafsyan! Apa yang kau dah buat!!" raung ibuku.
Adikku masih lagi mahu menghalang aku.Dikerahnya segala kudrat untuk bangun dan menghalang aku. Aku dapat meneka apa tindakan adikku itu, sekali lagi kakiku melayang. Kali ini bukan adikku yang menjadi mangsa penerajangku tetapi ibuku sendiri. Terbaring ibu terkena penangan penerajang aku. Ibuku cuba untuk melindungi adikku, aku lihat ibu senak akibat daripada terajangku tadi. Terlihat darah di kepala ibu kerana terhantuk di lantai. Aku terus mencari dan menjumpai gelang dan rantai emas kepunyaan ibu.
Aku tak peduli. Gianku dengan najis dadah dan air kencing syaitan telah menguasai diriku.Aku sudah tidak peduli keadaan sekeliling aku. Aku nak dadah!arak!dadah!arak!!
Aku keluar daripada rumah. Ibuku masih keluar daripada rumah, memanggil-manggil aku.Fatimah memapah ibu ke arah aku.
"Hafsyan, jangan pergi nak, jangan ambil dadah itu nak, jangan nak..mak merayu kepada kau nak..Ya Allah, kenapa anak aku begini" sedan ibu masih lagi belum surut, darah di kepala ibu menitis membasahi baju.
"Ahhh... ke tepi la tua bangsat! Kau jangan cuba nak halang aku!" aku menolak ibu ke bahu jalan.
Aku memaling membelakangi ibu, menuju ke arah jalan. Tiba-tiba aku ternampak cahaya di sebelah kanan aku. Aku menoleh. Mataku silau akibat daripada cahaya itu. Terdengar bunyi deruan motor dan masih lagi dibawa dalam keadaan laju.Aku hilang akal.Otakku buntu. Aku tidak tahu apa tindakan aku seterusnya. Aku hanya kaku di situ. Tangan ku angkat kononnya cuba untuk melindungi kepala.
"Hafsyannnn!!!!", ibu menjerit
Aku terasa diriku ditolak ke tepi. Kepalaku masih lagi pusing..aku termangu-manggu tidak pasti apakah yang telah terjadi tadi. Aku mengangkat kepalaku. Aku lihat sekujur tubuh telah pun longlai di tengah jalan. Ya Allah, itu ibuku!!
"Ibu...ibu... apa dah jadi ibu?!! Ibu!!!" Aku langsung ke arah tubuh ibu, aku merangkul tubuh ibu dan meletakkan kepalanya di pehaku. Aku mencari siapa si celaka yang melanggar ibu.Penunggang motor itu juga terjatuh. Dia gelabah tidak tahu mahu berbuat apa. Dia menoleh ke belakang,berlari ke arah motor dan langsung melarikan diri. Aku tahu itu motor siapa. Itu motor Borhan!! Dia yang melanggar ibu aku!! Sial kau Borhan!!
Baru aku teringat memang aku ada berjanji dengan Borhan bertemu di satu tempat yang tidak jauh daripada rumah untuk aku membeli dadah. Dia datang ke sini nak bawa dadah itu kepada aku sebab aku sudah tak tahan nak menjamah dadah durjana itu. Aku kah yang bersalah?!! Jika tidak kerana aku memanggil Borhan ke sini, pasti kemalangan ini tak berlaku. Ini salah aku!! Salah aku!!!
Fatimah mendekati kami. Masih lagi tidak percaya dengan apa yang berlaku. Fatimah meraung dan meminta tolong! Kami berdua menangis melihat keadaan ibu kami seperti itu. Darah banyak keluar daripada mulut dan hidung ibu..
Ibuuu.... ibuuuuuuuuu!!!!!
~~~~~~~~~
"Assalamualaikum Hafsyan", sapa seseorang di belakang aku.
"Waalaikumsalam, eh, Doktor Husain, lama dah doktor berada di sini?" aku tersedar daripada lamunan aku.
"Baru sahaja Hafsyan, hari ini melawat ibu Hafsyan lagi?" tanyaku. Doktor Husain adalah doktor yang bertanggungjawab untuk merawat ibuku.
"Ya doktor, hari ini kami cuti, sebab itu kami datang nak menjaga ibu. Bagaimana dengan perkembangan ibu saya doktor?"
"Keadaan ibu Hafsyan stabil, kami selalu membuat pemeriksaan dan tidak ada apa yang perlu Hafsyan risaukan", ujar doktor Husain.
"Baguslah macam tu, tapi doktor..bila ibu saya akan sedar daripada koma doktor?', adikku mencelah.
Doktor memandang muka adikku dan memandang aku,"Sudah tiga tahun ibu kamu telah berada dalam keadaan koma, kemalangan yang lepas telah menyebabkan gegaran otak yang serius yang telah menjejaskan sistem saraf otak ibu kamu..satu keajaiban ibu kamu masih lagi dapat bertahan untuk hidup. Jika orang lain pasti telah meninggal dunia", kata doktor sambil menarik nafas panjang.
"Bersabarlah kalian berdua ye, kami juga tidak tahu bila ibu kamu akan sedar..kemungkinan untuk sedar itu ada. Kita doakanlah kepada Allah s.w.t supaya Allah menyedarkan ibu kamu daripada komanya. Ajal maut di tangan Allah. Bukan kita yang menentukan. Allah Maha Berkuasa. Kita hanya mampu untuk bergantung harap kepada-Nya. Jangan putus asa kepada Allah." doktor terus membeikan semangat kepada kami.
"Terima kasih doktor, kami akan terus berdoa dan mengharap kepada Allah supaya mak kami boleh bangun seperti dulu. Terima kasih kerana telah menyelamatkan nyawa ibu kami dulu", kataku kepada doktor.
"Kami doktor bukanlah penyembuh, kami hanya berusaha, kami adalah pengantara. Yang menyembuhkan dan menyelamatkan nyawa ibu kamu hanyalah Allah", doktor menjelaskan dan terasa satu kesedaran yang mendalam di sanubari aku. "Tak apalah, saya juga ada kerjaan lain, silalah ye.."doktor meminta diri.
Sebelum doktor keluar, dia terhenti dan memandang kami, "Owh ya, kami para doktor takjub dengan kes ini.Selalunya jika seseorang mengalami kemalangan seperti ibu Hafsyan, pasti sudah tidak dapat kami selamatkan. Mungkin semangat ibu Hafsyan dan Imah sangat kuat hingga berjaya untuk hidup setelah pembedahan. Mungkin kerana ibu kalian tetap mahu berada di dunia ini demi kamu berdua..itu hanya pendapat saya.mungkin salah mungkin betul..saya minta diri dulu..assalamualaikum.."
Tersentak aku mendengar kata-kata doktor Husain. Terharu apa yang doktor Husain katakan tadi. Aku memandang kepada ibu yang berada di atas katil. Aku duduk di sebelah ibu. Aku betul-betulkan pakaian ibu. Aku sisir rambutnya yang tidak begitu rapi. Aku memegang tangan ibu. Melihat muka ibu dan tanganku memegang pipi ibu.
Air mataku sudah tidak dapat aku tertahan lagi..aku tunduk dan aku menangis. Aku insaf dengan segala perbuatan yang aku lakukan. Aku tidak akan buat lagi perkara terkutuk itu lagi. Ibu!!Bangunlah ibu!! Hafsyan sanggup berikan apa sahaja untuk ibu sedar kembali!! Ibu bangunlah ibu!!Hafsyan sanggup untuk buat apa sahaja untuk melihat senyum tawa ibu lagi!! Ibu!!!Kami perlukan ibu!!
Aku genggam kuat tangan ibu......
IBU !!MAAFKAN DAKU~~~
Tanpa kusedari, air mata ibu juga bergenang di kelopak matanya.....
Nukilan : Khairul Hafidz Alkhair b Khairul Amin (yoyo)
Nota:
1. kepada pembaca aku, jangan pelik kenapa aku buat cerpen untuk post kali ni, sebab aku masuk pertandingan blog anjuran PKPMI cawangan Bandung. Syarat pertandingan kena buat post yang bertajuk 'IBU'. hohohoho
2. Aku bukanlah penulis cerpen, so jangan gelak pulak bila baca!!Banyak sangat baca buku ahadiat akashah waktu kecik-kecik dulu..cuba-cuba jek ni..sapa gelak aku sekeh!! keh keh keh
3. Khas untuk Dr ROCK: gua punya cerpen leh challenge cerpen lu tak??hahahaha
4. Jika ada yang bagi komen silakanlah ye... (nervous..nervous)
Aku nak cerita pasal ape nih??Baca sampai abes..huhuhu
Post kali ni aku tak nak cerita politik...penat minda aku asyik nak kena fikir..post kali ni aku nak CURHAT (curahan hati) di dalam blog aku apa yang aku kena hadap hari nih..( ni yang buat bahasa aku kacau bilau ,meracau-racau nih..hahaha)
Aku baru sahaja habes day 1 untuk exam fiinal. Well macam nak pecah kepala jawab...bukan soalan yang susah tapi sebab tak sempat nak prepare untuk exam kali ini. Why? Meh sini aku cerita...
Untuk pelajar tahun 4 diwajibkan untuk buat satu thesis sebagai satu syarat untuk tamat tahun teori untuk masuk tahun praktikal. Jadi bulan disember hari semua orang akan pilih atu tajuk dan aku juga pilih tajuk yang aku nak. Mulanya memang tenang lah nak buat, tapi ke'tensen'an terasa bila exam nak dekat~~
Dateline untuk aku hantar aku punya thesis adalah minggu ni.. dan paling best tau tak apa??!! TODAY STARTING EXAM FINAL!!! Aku malas lah nak cakap pape tentang fakultas, dah malas nak mengutuk.. tapi fikir logik la, exam final tapi tak de study week!! bayangkan bila masa nak belajar dan nak siapkan thesis lagik!!
Bukan tak boleh siap awal, tetapi memang nak buat thesis perlukan waktu, aku kira naseb baik buat survey, kawan-kawan aku yang buat medrec lagi parah, 3 minggu sebelum nak hantar baru boleh dapat data daripada hospital..bayangkan betapa susahnya nak buat kerja tuh!!
Sama lah macam aku, aku dah siapkan tapi revisi dengan dosen (lecturer) pembimbing yang jadi lama, tambah pulak memang dosen aku tu particular sikit, tapi tak pe,aku masih boleh catch up dengan cara dia.. Tapi penat lah, ok, penatnya aku start dari malam tadi..aku kena betulkan apa yang direvisi..pagi baru siapkan semua..dan hari ini aku dua paper yang aku kena take..jam 9am dan jam 1pm.
Bayangkan tak sempat belajar, aku kena duduk exam..dah habes exam kena jumpa dosen pembimbing I untuk revisi thesis, dan aku sempat belajar kejap jek untuk papar jam 1pm. Dan untuk hantar thesis perlu t/tangan dua dosen pembimbing sebab thesis memang ade dua dosen yang akan guide aku.
Tiba-tiba lak dosen pembimbing II aku nak t/tangan HARI INI sebab hari ni jek dia free dalam minggu ni!!Bayangkan aku baru lepas habes exam kena gerak ke bandung, dua jam beb nak sampai...
Dah la pergi naek bas...bas lak memang dah tua..yang jadi haru bas rosak tengah jalan!!perghhh!!paham jek la apa yang kau rasa petang tadi!!naseb la ade bas kat belakang, aku tukar bas la...haaa..time dalam bas ni la aku dengar lagu rock kapak malaysia!!(baru masuk tajuk..hahaha)
Mamat driver ni pulak tetiba bukak lagu rock kapak, macam-macam lagu lah aku dengar..ade search, may, exist, mega dan macam-macam lagik.Bangga jap aku rasa sebab mamat ni bukak lagu malaysia..rupanya lagu rock kapak 80-an ade lagi yang dengar. Tak sangka peminat ade jugak di seberang pak!!huhuhu..
Casing DVD mamat driver tu nye..original beb..jangan maen!! Amek gambar pun macam amek cetak rompak je...
Aku sambung lagi, yang paling bestnya, waktu tu hujan, apa lagik, memang macet (jem) la jalan..banjir kilat bandar bandung..air sampai ke lutut!! (MALAYSIANS!!TAK RASA DIRI TU BERUNTUNG TINGGAL DI MALAYSIA??!!)
Keadaan jalan waktu aku di dalam bas..macet dan banjir!!
Dua jam aku travel baru lah sampai, aku jumapa dosen aku nak mintak t/tangan...datang ke bandung travel jauh-jauh hanya nak mintak t/tangan..bayangkan!! Yang best part lagik is..aku jumpa dia just 5 minit!!sekali lagik..5 MINIT!!! Dua jam aku travel..5 minit jek aku jumpa dia!!! warghhh~~seriau aku dibuatnya..nak buat camne beb..balik jek la rumah lepas jumpa...
Destinasi yang aku nak tuju~~
Perjalanan balik aku pun hampir sama macam aku ke bandung, dua jam aku travel..dengan hujan dan macet segala macam..aku berjaya jugak sampai umah,.tu pun dah malam!!
Esok aku ade lagi dua paper aku kena seat...tak tahulah macam mana aku nak jawab besok, aku berdoa lah malam ni aku tak penat dan aku boleh stay up... memang aku tahu hidup ni kena la ade challenge..baru best beb..tapi kalau macam ni la kena...waktu nak exam plak tuh...kena sekali seumur hidup tak pe lah, jangan kena setiap hari atau selang sehari..mati aku sebab tak tahan stress!!
So, TOLONG LA DOAKAN AKU!!Jangan aku gagal sudey~~ mampus aku nak kena repeat balik...hidup di kedokteran memang best...tapi stress nya tuhan jek yang tahu...course lain pun stress gak...tapi sebab aku dah tercampak di bidang ni....so hadap jek laaa.nak buat camne kan..sapa suh tangan tuh gatal nak pilih waktu isi borang MARA dulu..hahaha...
Note:
1.Aku tau sekarang la aku kena pulun blajaq..but i just wanna to collect the remaining sanity that have left...writing in this blog makes me knew that i am STILL SANE!!
2. Maap la kepada pembaca aku, aku tak tahu nak curah kat sapa kepenatan aku hari ni..dalam blog la tempat aku mengadu..well give me several days then i'll start my entry about politics again k.. :).. thx sebab membaca!!
I always heard this kind of word in movies or series... no matter if there are some conflict between friends, between siblings, between father-son/mother-daughter or maybe between between girlfriends and boyfriends!!
I keep thinking that that kind of word is LAME and IMMATURE!! alahaaiiii.. cakap-cakap dalam movie jek pon..sajek nak panjangkan cerita la tuuu....owh..sama la jugak macam if you all always see in the movie..even though your best friends knows something about like your boyfriends is cheating or something..your friends seems like didn't have gut to tell you!!! Apakah?? Kalau dalam dunia sebenar, dah lama dah bitau!!LAME!LAME!!LAME!!!
But...
Lately in my life, when i have something that crossed my mind or i did something.. I just wanna keep it for myself and with my KONCO-KONCO (if have lahhh)...Just me and them knows..nobody else...I think that i don't wanna to tell anybody or specifically somebody cause it will gonna hurt them or it will gonna hurt me!!So i decided to keep my mouth shut!!
Well, this kind of thought makan diri aku balik..just not a very long time ago...someone knew the THING that i don't wanna to talk about it to him/her/them (sajek jek nak cover, nanti kantoi ah..hahahaha).
***BAMMMM***
That time i realized i can't escape to this matter. Yes, i confessed..and i make him/her/them very ANGRY and SAD. I didn't know waht to do... At that time, all the movies and series sume dalam kepala otak aku...and seriously that WORD came out from my tiny-puny brain!!
Nahhh... aku yang terkenal mulut becok dan celupar tak boleh nak bersuara langsung..tak kesah ah aku nak defend myself or nak kurangkan kemarahan dan kesedihan dia tuh!!
Then...SILENCE~~~~
We did not say a single word... hey you!! kate tadi senang jek nak bercakap pasal benda-benda camni..awat mulut hang tak bukak oiii??? Ntah ler beb...tak tahu nak cakap pe...PuLaK dah~~~
Not until the next day..then we started to talk..itu pun dia yang start dulu..maybe lah dia tak keluarkan ayat skema tu like.."Marilah kita bercakap pasal hal semalam".. but i know what he/she/they means is that.
So i realized what that word means.. i thought that they who say it is IMMATURE but actually they are more mature than me.. because NOT ALL THINGS WE SHOULD TALK ABOUT!! You KNOW and I KNOW..just KEEP IT TO OURSELF!!That is all!!!
Cause sometimes, when we talk maybe it can solve the problems but sometimes make it worse. So its up to you to think which one can happen if you started to talk.. don't make hasty decision....... just think about it first....
p/s: i did something baru-baru ni..most people doesn't understand why..should i talk about this?? or should i don't, like i had hid it for quite sometimes now?? Make it worse or better?? Hmmm....i think i need time to made up my mind!!!
aku masih ingat dulu waktu aku mula-mula buat keputusan nak bukak blog sendiri, waktu tu bulan september, sebenarnya lama dah aku fikir nak buat blog, seronok aku tengok blog kawan-kawan aku menjadi wadah untuk meluahkan perasaan dan tempat untuk berkongsi ilmu dan pemikiran.
Lama aku tangguh hasrat aku, sebab aku tak ade laptop, naseb la ade kawan sejati aku, awang sudi nak jualkan laptopnya kepada aku. Seronok lah aku, banyak kerja yang pakai laptop. THX AWANG!!
Bulan september,2009 bulan keramat aku bukak bolg aku sendiri!!
*** puuuffff ***
banyak aku kena belajar pasal blog nih dan mahaguru aku tentulah gf aku sendiri, dia expert bab-bab nih.. :)
banyak yang aku nak tulis dalam blog aku, macam-macam yang ade dalam benak kepala otak aku untuk aku share dengan semua. Tapi macam besalah kalau namanya amatur, cara penyampaian pon skema tak boleh blah!!
walopon banyak isi-isi yang ada di dalam ternyata tak dapat nak tambat hati pembaca sebab bosan. Macam pak cik tua menulis..huhuhu
Aku berenti kejap dalam penulisan, banyak kerja yang perlu aku bereskan, sampai lah akhir tahun..3 bulan aku tak tulis apa-apa..
Aku tak tahu apa yang menyebabkan aku ubah fikiran tapi aku rasa aku perlu nak tulis sesuatu. Sebelum menulis aku banyak tanya kepada rakan-rakan yang pernah baca blog aku kelemahan yang aku buat untuk aku ubah..
Terima kasih kepada muniri, natrah, roy dan beberapa orang lagi yang memberi komen kepada aku tentang gaya penulisan aku..
Aku bertekad nak ubah, lebih student friendly.. baru aku sedar mereka tak mahu tahu pun pemikiran aku sangat, yang penting cara penyampaian..
sejak waktu tu aku ubah sikit-sikit dan jadilah macam sekarang ni.
Memang isu yang aku bawa di dalam blog aku agak berat dan kurang diminati oleh rakan-rakan aku. Aku banyak bawak cerita-cerita isu semasa yang orang tak mo tahu pon... nak buat macam mana..itu je yang aku tahu..nak suruh aku curhat-curhat sangat memang tak la kut..huhuhu..
bulan januari 2010 adalah bulan transisi aku.. bermula satu entry dan entry seterusnya, aku makin kerap menulis.. aku pun tak tahu tenaga batin mana yang menyebabkan aku terus dan terus menulis..tenaga dari Tongkat Ali Power Root kut~~
Aku ubah nama blog aku. Dulunya nama YDP PKPMI Pusat tapi baru aku sedar orang kate aku bajet..hahaha..jadi aku ubah kepada
||Aku Pemikir||
Nama ni lebih sesuai dengan jiwa aku
Idea nak cari tuhan saja yang tahu susah tak susah nak cari, tapi aku gagahi jugak otak aku ni..aku perah sampai kering, aku picit sampai keluar..dapatlah idea-idea yang rakan-rakan baca sekarang..
Orang pernah kata kita ni banyak bermonolog dengan diri, samalah macam aku, nampak je aku banyak bersosial di luar, tapi sebenarnya aku banyak berbicara dengan diri sendiri, rasanya 90% waktu aku bercakap dengan diri sendiri, aku berfikir dan berfikir, sampai dah tahan nak fikir, sebab tu aku perlukan satu tempat untuk aku keluarkan apa yang aku fikirkan ni. Dan blog adalah tempat yang terbaik..
Aku jugak ubah teknik penyampaian aku, lebih santai dan ada sikit unsur-unsur sarkastik, tapi masih ada value-value dan idea pemikiran yang aku terapkan. Semua pon dah besa, pasti paham aku apa aku nak sampaikan.
Sampailah akhir bulan, untuk BULAN INI sahaja pembaca aku dah menjangkau 2100 orang!! Kalau nak kata bangga or terharu, memang lah, ade jugak yang sudi nak baca kan..tapi adakah itu matlamat aku menulis??!!
TIDAK!!
Yang penting aku nak orang tahu pemikiran aku, idea aku, dan nak sedarkan mereka untuk lebih prihatin mengenai isu semasa..
Bulan ini aku menumpukan kepada beberapa isu:
1. Isu kalimah Allah
Ini aku tak de TOLERANSI, aku tetap tidak bersetuju ia digunapakai di negara kita, nak pakai di negara lain sila lah, tanya lah ustaz-ustaz negara dia setuju or tak.
2. Hal-hal PKPMI
Ini keutamaan aku, aku perlu beritahu semua yang kami persatuan tetap akan bersama kalian untuk kita bersama-sama menyelesaikan masalah. Masalah korang perhatian kami!!
3. My anniversary
Januari anniversary aku ngan gf aku,kompem la aku kuarkan cite tu kan kan kan..heee
4. Masalah di bumi indonesia dan J-Town
Aku harap rakan-rakan teruskan untuk membaca entries yang aku keluarkan, aku cuba untuk cari bahan-bahan dan isu-isu yang menarik untuk kita fikirkan dan bincangkan bersama.
Aku mengalu-alukan segala kritik dan saran, kadang-kadang kita ni syok sendiri je, tak tahu apa yang orang fikirkan..
Ini adalah post aku yang 34, ada satu lagi entry yang akan aku keluarkan sebelum masuk bulan februari..tunggu~~
'Selagi Ada Kudrat, Aku Berazam Untuk Terus Menulis Demi Membuatkan Manusia Berfikir'
LUAHAN!!!
sekian...
nota kaki:
1.walopon entry aku tak de kena mengena dengan tajuk tapi korang pon leh paham kaaaannnn..kata dah tua bangka!!hahahah
2.terima kasih atas orang yang baca..aku cukup terharu atas kesudian ambil sikit masa nak baca blog akuh!! hari ni aku sentimental sikit~~
Nama: YBhg. Dr. Khairul Hafidz Alkhair bin Khairul Amin, PSP
Nama panggilan: yoyo
Pendidikan: Universitas Padjadjaran Bandung Angkatan 2006
Jawatan yang pernah disandang: 1. Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) Pusat sesi 11/12 2. Yang Dipertua PKPMI Pusat sesi 09/11 3. Penyelaras Badan Induk Bandung Games 2010 4. Timbalan Yang Dipertua PKPMI cawangan Bandung sesi 08/09 5. Exco Kelab UMNO Bandung 07/09 6. Badan Perwakilan Mahasiswa (BPM) Fakultas Kedokteran UNPAD sesi 07/09
Profesi: Doktor
Penulis laman page FB Leadership In The Eyes of A Young Doctor