VVIP BLOG INI

Program Tautan Budi 2010 Anjuran PKPMI Dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Pahang !!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 8/03/2010 01:30:00 pm

Salam,






Kami daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) julung kalinya telah menganjurkan program bakti siswa yang kami namakan sebagai Program Tautan Budi 2010 (PTB'10) di negara tercinta Malaysia.

Program ini kami lakukan dengan kerjasama kerajaan negeri Pahang. Program ini dilakukan di dua kampung iaitu kampung Paya Pulao dan kampung Padang Lalang, Temerloh.

Program ini dapat kami laksanakan atas sokongan dan bantuan daripada Exco Negeri Pahang merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pahang, Dato Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin. Beliaulah yang membantu kami dalam mencari dana buat kami dan akhirnya program ini menjadi realiti.

Program ini bermula pada 6hb Ogos sehingga 8hb Ogos. Pelbagai aktiviti yang akan kami lakukan bermula daripada pemeriksaan kesihatan, kempen susu ibu, motivasi pelajar, pemberian hadiah kebajikan sempena memasuki bulan Ramadhan, program bersama JKK, kenduri kampung, forum perdana dan malam ramah mesra bersama UMNO bahagian Temerloh.

Yang mungkin menjadi kelainan dalam program kami ini adalah kenduri kampung yang mana seekor lembu akan ditumbangkan dan kami bersama dengan orang kampung, memasak dan akan makan beramai-ramai sewaktu program forum perdana malam itu nanti. Sudah pasti hubungan antara kami pelajar dan juga orang kampung akan menjadi lebih rapat lagi.

Apa yang kami sebagai pihak penganjur mengharapkan agar program ini berjalan lancar dan kami harapkan yang kesemua peserta akan berpuas hati dengan progran yang diadakan. Ini merupakan satu peluang buat kami pelajar malaysia di indonesia untuk turun padang bersama-sama mencurahkan bakti kami kepada masyarakat. Marilah kita sama-sama doakan kelancaran program ini. Amin...


p/s: kepada media dan blogger yang mahu buat coverage program ini sangatlah dialu-alukan..boleh juga berjumpa dengan blogger-blogger seperjuangan lain terutamanya blogger yang ada di Pahang.. :)




PTB '10!!!!





Sekian...



Comments (2)

salam,
aduh,
ruginya tak dapat pegi,
rugi3!

xpe2..
ada peluang lagi kan next time.. :)
tunggulah pimpinan baru PKPMI Pusat yang depan,
iA akan buat lagi gempak tu