VVIP BLOG INI

Showing posts with label KAMARA. Show all posts
Showing posts with label KAMARA. Show all posts

SRS KAMARA Terima Penghargaan, Tahniah KAMARA!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/05/2010 04:32:00 pm

2

Salam,






Tahniah aku nak ucapkan kepada Skim Rondaan Sukarela (SRS) kampung aku Kampung Malaysia Raya (KAMARA) yang telah mendapat penghargaan daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Cheras. Penghargaan ini disampaikan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Abdul Rahim Hamzah Othman bersempena dengan Hari Polis yang ke 203. Penghargaan ini diberikan kerana SRS KAMARA telah berjaya mengurangkan jenayah di kampung sehingga sifar kes yang bermula dari Januari hingga Mac tahun ini.

Aku berbangga dengan komitmen yang diberikan orang-orang kampun, dengan pimpinan Wak Jalal sebagai Ketua SRS, jenayah yang berlaku di kampung dapat kita bendung. Kampung aku ni bukan sebarang kampung, kalau nak ikutkan sejarah kampung ni banyak yang hitamnya. Dan untuk mencegah sebarang kes jenayah berlaku di kampung bagi aku itu adalah satu tanda bahawa kampung aku telah mula berubah.

Orang kampung dah mula sedar mengenai kemuafakatan. Orang kampung dah mula sedar bahawa pentingnya untuk menjaga satu sama lain. Kita bukan hidup berseorangan, bukan hanya nak jaga keluarga sendiri, tapi keselamatan kampung juga adalah tanggungjawab bersama.

Jika pulang ke kampung, aku selalu bersama dengan pak cik-pak cik yang lain berkumpul di post-post yang telah disediakan khas untuk sukarelawan yang menjaga kampung. Tugas mereka bermula daripada jam 9-10 pm dan mereka yang bertugas untuk menjaga kampung akan menjaga hingga ke paginya.

Yang aku rasa canggihnya SRS KAMARA ini kerana mereka ada walkie talkie!! Hampir setiap anggota SRS mempunyai walkie talkie untuk memudahkan perhubungan sesama mereka. Senang lah nak berkomunikasi jika ada apa-apa hal yang mencurigakan berlaku pada waktu itu.

Banyak kes-kes yang berjaya mereka selesaikan. Dan waktu paling sibuk untuk mereka adalah pada waktu hari raya. Waktu ini, semua maling-maling (pencuri) mula beroperandi. Jika dulu, kami masih belum ada SRS, kes-kes curi cukup banyak. Ada je rumah-rumah yang aku dengar dimasuki perompak penyamun ni. Tahu je lah yang masuk bukan guna ilmu serapah ke apa, tapi bawak parang kapak segala!! Orang kena ikat, kena pukul itu perkara biasa.

Alhmadulillah, kerana adanya penubuhan SRS ini, kes-kes seperti ini dikurangkan. Aku pernah dengar SRS telah berjaya menangkap pencuri yang cuba untuk masuk ke rumah penduduk. Dah dapat tangkap lunyai lah ceritanya....hohoho...lain kali fikir dua kali sebelum nak masuk ke kampung gua!!

Untuk SRS KAMARA, aku mintak teruskan usaha kalian!!Kami penduduk KAMARA rasa bangga dan berterima kasih kerana ada orang yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjaga keselamatan kampung ini. Nampak macam remeh, nampak seperti jasa tak besar...tapi sebenarnya mereka-mereka inilah orang yang telah menjaga nyenyak tidur kami dari segala anasir-anasir luar.



TERUSKAN USAHA!!!


sekian....







Memartabatkan Bahasa Ibunda Bahasa Melayu!!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 3/23/2010 07:02:00 am

2

Salam,

Pernah sekali aku ke Port Dickson, ada program kepemimpinan kampung yang dianjurkan leh kampung aku. Suka lah semua makcik-pakcik dapat bertukar-tukar fikiran dan dapat jugak untuk berjalan-jalan.

Program itu dianjurkan untuk membincangkan segala masalah yang kampung kami iaitu Kampung Malaysia Raya (KAMARA) hadapi. Di situ, kami memikirkan apa sahaja masalah yang sedang dan akan kami hadapi di dalam kampung.

Walaupun masalah kampung ini tak ada lah sebesar masalah negara. Tak ada lah nak fikit duit keluar masuk juta-juta, tak adalah nak fikir akan ada pemberontakan di dalam kampung, dan tak mungkin lah akan ada penghapusan etnik masyarakat kampung!!

Masalah yang dibincangkan pun adalah masalah-masalah yang dah selalu kita gunapakai dalam karangan apabila kita nak membuat karangan Bahasa Melayu dalam SPM. Balik-balik cerita sama jugak.

Tapi cuba fikirkan, memang senang nak menulis, mudah nak bercerita, gampang (mudah dalam Bahasa Indonesia) mau bergosip mengenainya. Itu semua mudah sekali kita nak buat, tapi apa yang susahnya bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Nama pun kampung yang berada di tengah-tengah bandar, sinonim sekali dengan masalah-masalah mat rempit, masalah sosial, masalah kesatuan masyarakat kampung, dan masalah-masalah yang lain. Mudah secara teori untuk kita mendengarkan, tapi untuk mengubah atau sekurang-kurangnya meminimal masalah itu bukan seperti yang kita jangkakan.

Institusi kekampungan adalah satu tempat yang amat penting untuk pembentukan sahsiah seluruh masyarakat di dalam nya. Sifirnya mudah sahaja, jika bagus organisasi kampung, jika terbentuknya perpaduan masyarakat kampung, jika harmoninya suasana kampung dan jika bagusnya satu-satu kampung itu merangka satu program yang bermanfaat untuk orang kampung, insyaallah satu budaya yang baru dengan acuan kampung itu sendiri dapat dibentuk dan insyaallah orang-orang kampung di dalamnya akan menjadi lebih baik dari yang lainnya.

Nampak sepele, tapi sebenarnya inilah yang kurang diambil perhatian oleh sesetengah pihak.

Berbalik dengan tajuk aku (panjang mukaddimah aku tadi..huhu), sewaktu di dalam program tu, ada seorang pak cik yang aku kenal dah lama, umur dekat 40 tapi tak kahwin-kahwin sampai sekarang. Mungkin masih belum ada jodoh.. Aku dan pak cik tu tinggal sebilik di dalam hotel. Pada waktu malam, kami menonton tv sama-sama dan kebetulan dalam berita sukan kami tengok Nicole David (ratu squash negara, orang no 1 dunia sekarang) baru sahaja memenangi Malaysian Open.

Waktu itu, beliau ditemuramah oleh wartawan. Dengan hati gembira beliau mengucapkan syukur kerana beliau telah memenangi perlawanan tersebut. Dan dalam temuramah itu beliau menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar beliau.

'Hafidz, ko tahu tak apa yang tak betulnya kat sini?'ujar pak cik tu.

'Apa yang tak betul nye?'aku bersuara..

'Ni Nicole ni, dia ni dah dapat gelaran no 1 dunia, orang satu dunia semua dah kenal dia, yang pak cik peliknya kenapa dia TAK PAKAI BAHASA MELAYU dalam temuramah?? Kalau orang Russia menang dia cakap bahasa Rusia, kenapa kalau dia menang tak cakap Bahasa Malayu?? Kata nak martabatkan Bahasa Melayu ke satu dunia, nak bagi orang kenal Malaysia, ni kan salah satu cara nak bagi orang kenal negara dan budaya kita?' pak cik menjelaskan aku panjang lebar..





Waktu aku dengar cakap pak cik tu, tersentap aku sekejap, pak cik yang tak ada lah berpelajaran tinggi, pak cik yang tak ada degree pun dalam hidup dia, pak cik yang tak ada lah seperti orang-orang muda sekarang yang rakus nak menimba ilmu, yang usaha keras untuk ke menara gading, tapi boleh BERFIKIR KRITIS SEPERTI ITU!!!!

Aku berpendapat, pendapat pak cik tu sangatlah bagus dan sangat tepat pada waktunya. Benar apa yang pak cik tu cakap, jika orang macam aku atau orang kebanyakan mahu mempromosi bahasa dan budaya negara, siapalah kami ini.

Kenapa tidak sewaktu Nicole David diwawancara, beliau tidak berbicara Bahasa Malayu sahaja? Biarlah wartawan tu termanggu-manggu, biar dia susah nak cari perterjemah untuk terjemah apa yang Nicole cakap. Biar di dalam berita mana-mana negara, mereka kena keluarkan terjemahan di bawah. Semua orang akan tahu inilah bahasa Melayu dan inilah orang Malaysia. Bukankah itu salah satu cara untuk kita menarik minat orang seantero dunia mengenai bahasa kita??

Sepanjang aku di Indonesia, aku kagum satu perkara dengan bangsa mereka. Tidak kira mereka suku apa, Tiong Hua, Jawa, Sunda dan lain-lain, mereka akan berbicara Bahasa Indonesia. Adakah mereka buang bahasa suku mereka? Memang tidak, tetapi jika bersama dengan orang Indonesia yang lain, mereka bercakap bahasa Indonesia dengan FASIH!!Aku tak nafikan ada yang betul-betul di pendalaman hanya tahu bahasa suku sendiri, tapi kebanyakannya boleh berbicara dalam Indonesia.

Cuma, kadang-kadang aku terkilan sikit, Perlembagaan tulis Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan, tetapi realiti yang aku lihat sekarang, semakin lama semakin banyak yang berbahasa Inggeris. Habis semua dah jadi mat saleh berborak dengan member Inggeris loghat British (nampak high standard la tu kan? Apa class kecek-kecek Melayu...jatuh lah saham). Itu belum lagi campur bahasa rojak, ini bertimbun-timbun di negara kita.

Aku rasa sudah tiba masanya untuk kita berbuat sesuatu, kita kena julang kembali Bahasa kita ke peringkat tertinggi. Janganlah asyik nak sebut perkara yang dah lepas kata Bahasa Melayu adalah lingua franca, bangga sangat waktu dulu bahasa kita pernah jadi bahasa internasional. Kita perlu lihat ke depan, bukan asyik nak toleh-toleh ke belakang.

Aku berpendapat, jika orang-orang yang berpengaruh seperti Nicole David dan Lee Chong Wei boleh nak bantu negara, sekurang-kurangnya bercakap dalam Bahasa Melayu sewaktu ditemuramah, itu bagi aku lebih daripada mencukupi. Negara dah bantu mereka macam-macam, boleh jek kan bantu negara balik?? Kita nak biar semua orang satu dunia dapat dengar bahasa kita, mula-mula memang tak faham, tapi kalau dah banyak-banyak kali dengar, tak kan lah tak ada sekurang-kurangnya sebilangan kecil daripada mereka akan tertarik?? Fikir-fikirkan lah!!!






BAHASA JIWA BANGSA!!!



sekian.....




KAMARA: Sambutan Maulidurrasul (Ceramah Dr MAZA!!)

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 2/27/2010 08:24:00 pm

3

Salam,

Aku di Malaysia!!!

Seronok betul dapat balik~~ Bukan aku ada cuti, tapi ada urusan yang perlu aku buat, membawa harapan persatuan, sebab tu aku di Malaysia sekarang. Dan hari ini adalah hari keputraan junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. Jadi sudah semestinya ceruk mana negara kita ini akan semestinya cuba dengan semampu mungkin berbuat sesuatu untuk memperingati baginda.

Dan samalah jugak di kampung aku, ade dibuat sambutan Maulidurrasul. Naseb badan, dah la dapat balik ke kampung tersayang aku, dapat pulak join program kampung!! Aku memang tabik spring dengan kampung aku, kalau bab buat program-program, dah aku tak boleh nak hitung dengan jari.

Aku nak puji usaha persatuan kampung aku yang dikepalai oleh pak cik aku, En Zainudin atas usaha keras beliau dengan ahli jawatankuasa kampung dalam memikirkan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk semua penduduk kampung.

Aku terkejut bila sampai umah. Selalu memang biasa jek buat program, tapi bagi aku tahun ni antara program Maulidurrasul yang terbesar yang dianjurkan oleh persatuan penduduk Kg Malaysia Raya. Acara ini adalah kerjasama semua persatuan yang ada di kampung di bawah program Kita Juara Rakyat.

Acara bermula pagi lagi, tapi tak sempat aku nak turut serta, dalam kapal terbang berborak dengan sorang pakcik ni. Sonok aku borak ngan dia, sedar-sedar dah sampai LCCT dah..hahahaha..

Bila aku tahu ada program kat kampung aku, terus aku bersiap untuk ke surau (yelah..program maulidurrasul mestilah kat surau...buat ceramah ke selawat ke..logik lah tu...tak kan pasang pentas buat dangdut kut..tsunami kang..)



 


 Lepas maghrib, tazkirah oleh Ust. Hussein Yee (Pertubuhan Khadeem). Aku suka approach yang dia buat dalam tazkirah beliau..senyum jek.. muka jernih je, sejuk mata memandang..

Aku suka dia story-story pasal kisah nabi, buat pelat cina-cina sikit. Dia ni rajin mengislamkan orang, duk cita la kat kita, kalau kita nak Islamkan orang, kena la suka kat orang tu dulu, tak suka macam mana nak dakwah?? Contoh dia bagi kalau nak dakwah ke ah chong ka, Samyvelu kaa..kena la suka diorang dulu (nama samyvelu terpalit sama..kuikuikui)

Dan dia jugak ade cakap yang Muhammad memang selalu ke Gua Hira' untuk BERKHALWA!T!!
Tapi khalwat nabi itu sorang-sorang, berfikir mengenai masalah masyarakat. Tapi zaman sekarang khalwat jugak, tapi bukan sengsorang, bedua-dua di celah-celah batu!! ahakksss




 Antara jemaah yang hadir dengar ceramah ni...

Dan selepas isya' juga ada satu lagi pidato umum yang dibuat..

Dan ustaz yang dijemput adalah...


Dr MAZA!!

Ni yang aku gembira sangat waktu dapat tahu..hari tu pernah jumpa watu program Qurban di Bandung, malam ni dapat jumpa lak dia sekali lagi...weehooo~~~



 
 pentas pidato untuk Dr MAZA



 
 Sebelum pidato, nasyid dulu bang...team nasyid KAMARA mantap!! yang tengah tuh especially


 
 hadirin yang hadir..bertambah dari dalam masjid tu tadi....


 
 sabar menunggu....Dr MAZA tengah carik-carik idea lagik tuh sebelum bagi ceramah.



  
 VIP


 Ayah aku ada kat situ, baju kemeja putih dekat dengan kamera..dia suka amek-amek video, dilestarikan dan masuk dalm laptop..hoho..yang hujung pakai baju melayu berkain pelikat tu lah prengerusi persataun penduduk, En Zainudin.


 Haji Mustafa, imam kampung menjadi pengerusi majlis...


 
 Siri pidato Dr MAZA bermula..

Seperti biasa memang Dr MAZA ni kalau berpidato memang hebat, cakap lantang, lancar..seronok la mendengar.

Dan seperti biasa juga, dengan pembawaan Minda Tajidid yang selalu diwarkan dalam ceramahnya, beliau banyak bercerita mengenai pemikiran umat. Bagaimana bentul pola fikir umat sekarang, dan apakah cara berfikir itu menuju ke arah kebenaran atau tidak.

Beberapa perkara yang di sentuh oleh Dr Maza mengenai penekanan bahawa Rsulullah itu adalah MANUSIA!!Bukan malaikat dan bukan tuhan.

Beliau menerangkan mengapa perlunya Muhammad itu adalah manusia bukannya yang lain (kompem ah, nanti start la bila orang suruh ikut sunnah nabi, buat excuse nabi tu MALAIKAT, boleh la dia buat, kami ni haa hamba sahaya yang hina..fiil manusia~~)

Dan aku tertarik dengan satu cerita mengenai negara Samarinda pada waktu kekhalifahan Umar bin Abdul Aziz, bagaimana beliau nak menerangkan betapa ADIL nya umat Islam terhadap orang bukan Islam.


Pendekkan cerita nye yang panjang tuh, sebelum tentera Islam nak tawan memane negara, procedure yang perlu di buat adalah, masukkan ustaz-ustaz sebar agama dulu, kalau tak jalan baru hantar surat suruh menyerah, tak leh gak, suruh mereka tunduk kepada negara islam dan bayar fidyah, tak leh gak baru measuk menyerang.

Dan orang alim negara Samarinda ni bijak, dia tahu selepas kaji bahawa tentera Islam serang negara salah procedure, dan mereka hantar utusan nak jumpa Umar bin Abdul Aziz. Wakil tu jumpa Umar di Syiria, dengan kesederhanaan Umar, memang utusan tu tak percaya lah tu khalifah negara Islam, utusan bercerita hajat, Umar pun balas dengan surat pendek.

Surat itu diberikan kepada hakim Islam di Samarinda, hakim baca dan bicara semua kepala tentera, dan memang betul bersalah, jadi semua tentera keluar dan lakukan sekali lagi procedure yang sama. Kali ini semua pun keluar rumah bukan kerana nak perang tapi nak MENGUCAP SYAHADAH!!!

ADILNYA ISLAM!!

Dr MAZA berenti sebelum jam 11pm (siap bitau tak nak kena tahan lagik..lawak biasa dia buat..hohoho)


 
 Sebelum acara selesai, perwakilan dari UMNO Megat Zulkarnain, Ketua Pemuda GOMBAK memberikan sedikit kata dua.

 Itu lah acara yang di buat di kampung aku, senang cerita aku suka sangat dapat balik dan hadir ke program kampung aku. 

Sekarang ni nak menyantai dah selesai, aku nak kena tumpukan dengan sebab utama aku balik. Aku berdoa supaya segala urusan aku di Malaysia ini dipermudahkan..Amin~~


 
 Kameraman mesti la amek gambar dulu sebelum balik..interframe~~




CINTA MUHAMMAD!!!



sekian.....







Belia KAMARA : 'Kampung Kita Tanggungjawab Kita'

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/02/2010 03:19:00 am

0

Salam,


Alhamdulillah,
baru sahaja 2-3 bulan yang lepas, kampung saya telah menubuhkan satu persatuan yang dibuat khas untuk anak-anak muda,
Persatuan ini dinamakan sebagai Persatuan Belia KAMARA (Kampung Malaysia Raya),
Ini merupakan satu inisiatif yang dilakukan oleh Persatuan Penduduk Kampung Malaysia Raya yang diterajui oleh pak cik saya iaitu En. Mohd Zainudin Haji Amran,

Saya sendiri sebagai belia kampung memang berasa sangat gembira dan bangga,
kerana akhirnya remaja-remaja kampung yang selalunya asyik-asyik merempit, kalo tak main DOTA kalau tak pun hanya berpeleseran akhirnya dibawa oleh persatuan penduduk duduk semeja bersama pak cik-pakcik yang ada di kampung atas nama Belia KAMARA.

Saya merasakan idea yang dibawa oleh pak cik Nordin sebagai pengerusi Persatuan Penduduk ini adalah tepat pada masa dan perlu dilakukan untuk menyelamatkan remaja yang ada di dalam kampung saya.
Walaupun nama sahaja kampung tetapi terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, sudah semestinya budaya bandar tu dah sebati dengan jiwa belia di situ.

Saya berpindah ke Kampung Malaysia Raya semasa saya darjah 6,
Waktu itu masih belum lagi ada persatuan penduduk, belum lagi ada satu organisasi yang kuat dan tersusun.
Tetapi dalam waktu 10 tahun ke belakang ni saya lihat kampung saya sudah banyak berubah.
Mana tidaknya kampung saya pernah menjadi johan Wilayah Persekutuan untuk Komuniti Bestari (lupa tahun berapa, rasanya 2007).

Banyak sudah program-progran yang telah dibuat,
makcik-makcik kampung lain datang melawat, kami pula keluar dari utara sampai lah ke selatan melawat kampung yang lain untuk berkongsi pendapat dan menimba pengalaman.

Seronok penduduk kampung dapat berjalan ke sana sini. Ini semua usaha dari persatuan penduduk.

Banyak program kepimpinan yang telah dihadiri oleh penduduk setempat.
Program agama di surau semakin mantap.Kalau nak kata ustaz-ustaz yang bagi ceramah,
saya rasa satu pelusuk malaysia ni dah kampung saya panggil untuk bagi tazkirah kepada penduduk kampung.
Program yang khas untuk makcik-makcik yang pun dibuat juga,
Ada bola jaring, senam robik dan yang paling saya suka tengok senam POCO-POCO ( dapat johan lagi dalam pertandingan..hoho) v(^-^)

Namun, semua pun sedar terutamanya barisan kepimpinan persatuan penduduk bahawa walaupun mereka dah bersusah-payah untuk menaikkan nama kampung,
mereka perlukan pelapis untuk meneruskan kerja-kerja yang mereka telah buat.
Itu yang timbul idea untuk menubuhkan Belia KAMARA.

Saya sendiri pun dapat melihat, kalau lah tidak ada penubuhan ini, memang susah nak mengumpulkan semua anak-anak muda untuk bersatu, mengembleng usaha dan tenaga untuk membina kampung.
Ye lah , untuk membentuk anak-anak muda untuk jadi pelapis, tak akan lah nak terus diserap masuk ke dalam Persatuan Penduduk,
Kalau macam tu lama lagi tu nak tunggu peluang nak sampai,
Dan macam mana dengan remaja yang baru berumur 14-15 tahun? kan ini masa yang paling sesuai untuk kita bentuk jati diri dan sifat kepimpinan?
Lagi lama ditunggu takutnya mereka langsung hilang minat untuk membantu kampung.
Jadi sesuai sekali ditubuhkan Persatuan Belia supaya memberi peluang dan ruang kepada anak-anak muda membuat program-program untuk kampung.





Belia KAMARA mendapat liputan daripada Sinar Harian



Dan walaupun baru sahaja ditubuhkan, saya lihat anak-anak muda memang bersemangat untuk berpartisipasi,
hari tu semasa Qurban, mereka ramai-ramai turun untuk membantu,
setiap malam akan ada rondaan kampung, mereka juga bersama-sama SRS (Skim Rondaan Sukarela) mengorbankan masa turun untuk menjaga demi keselamatan kampung.

HARAPAN SAYA:

1. Berharap untuk yang ke depan belia dapat memikirkan program-program yang sesuai untuk anak-anak muda yang ada. Kalau boleh cuba untuk fikir sekurang-kurangnya satu acara tahunan yang menjadi acara wajib dibuat tanpa bantuan ayah-ayah kita. Kita tunjukkan bahawa kita pun boleh berdiri sendiri.

2. Supaya organisasi itu dikembangkan lagi supaya akan ajk-ajk yang ada ada bidang kuasa mereka sendiri.

3. Membuat 'networking' yang luas dengan belia-belia yang ada di sekeliling mereka sebagai permulaan. Dah dapat buat barulah fikir untuk besarkan lagi. Bila ada 'networking', fikirkan macam mana nak buat kerjasama supaya kedua-dua pun mendapat keuntungan.

4. Cari jalan bagaimana nak jana duit untuk persatuan, jangan harapkan persatuan penduduk untuk subsidi semua benda. Belajar untuk membuat proposal untuk mencari dana apabila nak buat satu-satu program.

5. Fikirkan bagaimana nak naikkan nama Belia KAMARA supaya semua orang tahu siapa belia kampung kita (tapi mungkin dah glamer dah, dah banyak kali dah masuk paper). Bukan niat untuk berlagak atau menunjuk-nunjuk, tapi nak bagi naikkan semangat remaja yang ada dan senang untuk berurusan dengan agensi kerajaan ataupun NGO jika kita dah ada nama.

6. Pupuk semangat berpersatuan kepada semua anak-anak muda muda kita di kampung supaya mereka dapat menjadi orang yang berguna dan akhirnya dapat mewarisi takhta ayah-ayah kita sekarang ini. Siapa lagi yang mereka mahu harapkan kalau bukan anak-anak mereka ni.

Apa yang saya nak lihat pada masa hadapan,
Walaupun tak boleh lari daripada realiti yang memang susah untuk mengatasi segala masalah sosial yang ada di dalam kampung, tapi sekurang-kurangnya dapat lah DIKURANGKAN ke tahap yang paling minima. Itu yang paling penting.

Kita buktikan kepada orang tua kita yang kita mampu untuk melakukan sesuatu,
Kita mampu untuk menjadi SESEORANG di dalam komuniti kecil di kampung kita.


'KAMPUNG KITA TANGGUNGJAWAB KITA'


Sekian....