VVIP BLOG INI

Showing posts with label PKPMI. Show all posts
Showing posts with label PKPMI. Show all posts

Hasil Daripada Perbincangan Dengan Seorang Pengarah di JPT Mengenai Graduan Dari Indonesia

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 3/05/2012 11:51:00 pm

1

Salam,

Sewaktu pulang ke Malaysia tempoh hari, saya sempat bertemu dengan seorang Pengarah di Jabatan Pengajian Tinggi di Putrajaya, seorang profesor di dalam bidang perubatan. Dalam pertemuan itu, kami berbincang mengenai pandangan JPT dan MMC mengenai graduan perubatan dari Indonesia


Secara keseluruhannya, apa yang dapat saya tangkap adalah, mereka mempunyai persepsi yang kurang baik terhadap graduan dari Indonesia. Bagi mereka graduan perubatan dari Indonesia tidak mencapai kualiti seperti mana yang mereka harapkan.


Beberapa isu yang dapat saya tangkap daripada beliau mengenai persepsi kurang baik mereka kepada graduan dari Indonesia:


1. Teknologi perubatan di Malaysia jauh lebih maju daripada Indonesia
2. Masalah dengan sistem pentadbiran kementerian kesihatan dan universiti yang bagi JPT dan MMC susah untuk dibawa berbincang
3. Kurangnya waktu klinikal di Indonesia, dari JPT dan MMC mencadangkan 120 minggu dan pihak universiti dari Indonesia tidak dapat memenuhi permintaan mereka
4. Pihak Indonesia tidak membenarkan pelajar Malaysia untuk menduduki UKDI yang bagi mereka adalah perlu untuk graduan dari Indonesia duduki.
5. Masalah bahasa, Malaysia menggunakan Bahasa Inggeris dalam semua terminologi perubatan
6. Masalah membentangkan kes kepada MO dan spesialis
7. Prosedur pengubatan pesakit hospital di Malaysia adalah berbeza dengan di Indonesia

Bagi saya, setelah mendengar segala isu daripada pengarah tersebut, apa yang saya dapat simpulkan adalah beliau memberikan pendapat secara umum dan mungkin ada beberapa peristiwa yang pernah dilalui oleh beliau sehingga beliau punya persepsi seperti ini.

Saya melihat segala masalah yang berlaku ini terbahagi kepada dua isu besar iaitu isu susahnya mereka mahu berbincang dengan pihak pentadbiran di Indonesia dan kedua terdapat perbezaan sistem antara dua negara.

Saya serahkan kepada pihak JPT dan MMC untuk menyelesaikan isu pentadbiran, menggunakan kebijaksaan mereka untuk mencari titik temu dalam apa jua isu. Yang saya ingin tekankan di sini adalah isu perbezaan sistem antara dua negara.


Mengenai perbezaan sistem, dalam perbincangan ini setelah saya mendengar segala permasalahan, saya mencuba memberikan jalan penyelesaian kepada beliau. Say mencadangkan agar pihak JPT dan MMC dalam membuat satu program khas untuk semua graduan lepasan dari luar negara seperti program attachment terstruktur di mana di dalam program ini graduan dapat pendedahan mengenai terminologi dan susasana hospital di Malaysia.

Saya melihat dari segi ilmu dan praktikal kita graduan dari Indoensia, tidak tidak kalah berbanding pelajar dalam negara, akan tetapi masalah kita adalah dari segi menyampaikan ilmu kita dalam bahasa yang mereka mahukan iaitu Bahasa Inggeris. Cukup jika dibuat program selama 6 minggu, seminggu untuk satu bahagian untuk semua 6 bahagian besar di hospital, untuk graduan dapat membiasakan diri dengan keadaan hospital di Malaysia.

Mengenai UKDI dan minggu klinikal, ini patutnya tidak timbul kerana saya merasakan graduan dari Indonesia sudah diberikan pengalaman yang cukup, dan ini akhirnya tergantung kepada individu, adakah mereka mahu atau tidak ilmu tersebut. Jika isunya adalah masalah bahasa dan cara bentangkan kes kepada spesialis, tambahkan waktu klinikal juga adalah tidak relevan kerana kami tetap prosedur di Indonesia.

Mengenai teknologi, ini kita akui, akan tetapi itu boleh kami pelajari, isu yang lebih penting adalah pola fikir untuk kita mengdiagnosis yang perlu dibetulkan bukannya teknologi.

Saya akan terus berbincang dengan pegawai-pegawai di JPT dan MMC untuk kita selesaikan masalah. Tidak ada guna hanya cerita masalah, tetapi tidak mahu cari jalan penyelesaian. Dari pihak beliau juga mahu isu ini terus dibincangkan.

Walauapapun, apa yang saya minta kepada semua mahasiswa perubatan di Indonesia, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memebetulkan kembali persepsi mereka. Saya yakin, bukan sahaja pengarah ini, tetapi banyak spesialis dan MO yang punya persepsi yang sama. Kita tunjukkan kepada mereka yang graduan yang ada sekarang bukan lagi seperti yang mereka fikirkan. Tunjukkan kepada mereka kita juga punya kualiti yang sama seperti graduan dari negara lain.

Jika cadangan yang saya berikan kepada beliau tidak dapat dilaksanakan, alternatif lain adalah sebelum bekerja, rakan-rakan boleh membuat attachment sendiri untuk pengalaman atau bertanya kepada rakan-rakan kalian yang telah bekerja di Malaysia. Yang penting sebelum bekerja kita telah punya modal, bukan kosong tidak tahu apa-apa

Kita belajar dengan baik, kita dapatkan pengalaman sebanyak-banyaknya. Insyaallah kita dipermudahkan.

Pernyataan Rasmi PKPMI: Pelajar Ambil Risiko Sewa Rumah Murah Kerana Kos Sara Hidup Tinggi Di Jakarta

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 2/14/2012 05:58:00 am

0

Oleh Ahmad Fuad Yahya


JAKARTA, 13 Feb (Bernama) -- Kejadian bumbung runtuh di rumah sewa yang didiami 11 mahasiswi Malaysia di Grogol, Jakarta Utara tengah malam Sabtu seharusnya membuka mata pihak penaja mengenai keperluan yang sangat mendesak untuk menaikkan elaun pelajar tajaan mereka.


Inilah pandangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) mengenai peristiwa itu, kerana kadar elaun pada masa ini hanya memampukan pelajar Malaysia di Jakarta khususnya, menyewa rumah yang kurang terjamin keselamatannya.


"Daripada kajian yang telah kami lakukan, didapati bahawa rumah tersebut sememangnya tidak dijamin dari segi keselamatan, yang mana tiang penyangga kayu, bahagian hadapan bumbung rumah itu telah reput dan dinding-dinding rumah yang tidak kukuh.


"Bagaimanapun, pelajar Malaysia berkenaan menyewa juga rumah berkenaan kerana itu adalah rumah yang termurah di kawasan mereka dan harga tersebut adalah yang termampu untuk mereka bayar setiap bulan," kata Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin, Yang Dipertua PKPMI Pusat di sini, Isnin.


Mahasiswi Malaysia yang terlibat dalam kejadian tengah malam Sabtu itu terdiri daripada lapan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan tiga pelajar tajaan Mara, yang sedang menuntut di Universiti Trisakti, Jakarta Utara.


Khairul Hafidz berkata antara faktor mengapa mereka mengambil keputusan untuk menyewa rumah itu ialah bahawa kos sara hidup di Jakarta yang semakin meningkat setiap tahun yang telah mencengkam kehidupan pelajar-pelajar tajaan.


Sebagai contoh, pelajar Nor Ubudiah Seti membayar RM230 sebulan untuk menyewa sebuah bilik di rumah itu, sedangkan untuk menyewa bilik di rumah keadaannya lebih baik kadarnya ialah RM350 sebulan. Pada umumnya sewa sebuah bilik di Jakarta ialah antara RM400 dan RM500 sebulan.


Yang Dipertua PKPMI itu berkata kos sara hidup bukan sahaja meningkat di Jakarta tetapi di seluruh Indonesia dan sejak lima tahun lepas ia telah meningkat dua kali ganda.


"Anggapan bahawa kos sara hidup di Indonesia lebih murah adalah tidak tepat memandangkan negara ini kurang memberi subsidi kepada barang-barang keperluan harian selain lemahnya pengawasan terhadap harga barang-barang kawalan.


"Oleh itu, kami PKPMI sekali lagi memohon kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Mara untuk mempertimbang semula elaun sara diri mahasiswa tajaan JPA dan Mara," katanya.


Beliau berkata kali terakhir kajian semula elaun sara hidup pelajar tajaan adalah pada tahun 2006 dan untuk mengkaji semula elaun itu di Indonesia setelah 6 tahun adalah sesuatu yang berasas dan wajar.


PKPMI, katanya telah menghantar satu kertas cadangan kepada JPA, yang turut menyertakan hasil kajian persatuan itu tentang kos tempat tinggal, kos pengangkutan dan harga barang keperluan harian di seluruh Indonesia, namun hingga sekarang belum belum mendapat maklum balas.


Antara lain, PKPMI telah mencadangkan supaya JPA dapat menghantar satu pasukan pegawai ke Indonesia untuk membuat penilaian terhadap kos yang perlu ditanggung mahasiswa tajaan di beberapa tempat di Indonesia agar mereka lebih memahami isu yang membelenggu pelajar-pelajar tajaan di Indonesia selama ini.


"Pelajar tajaan tidaklah mengharapkan peningkatan elaun sara hidup yang terlalu banyak, yang diharapkan ialah JPA dapat merangka satu elaun sara hidup yang baru, yang dapat menampung keperluan mereka di sini agar pelajar tajaan dapat menjalani waktu perkuliahan mereka tanpa terlalu memikirkan beban yang perlu
ditanggung setiap hari," katanya.




-- BERNAMA

Penjelasan Mengenai Penambahan Waktu Praktikal Selama 120 Minggu Oleh MMC Di Indonesia

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/24/2011 09:13:00 pm

0

Salam,

Seperti yang diketahui oleh semua rakan-rakan di Indonesia, beberapa hari lepas, pihak MMC, KPT dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) telah datang ke Indonesia dengan membawa agenda bertemu dengan pihak Universitas Sebelas Maret (UNS), Solo untuk menimbang pengiktirafan universitas tersebut. Pada waktu yang sama pihak mereka juga mengambil peluang ini untuk bertemu dengan pihak DIKTI untuk berdiskusi beberapa perkara.

Antara perkara yang dibangkitkan oleh pihak MMC kepada DIKTI adalah waktu praktikal untuk pelajar Malaysia yang belajar di Indonesia ditambah menjadi 120 minggu. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan universiti di Indonesia hanya menjalankan program praktikal (koas) selama setahun setengah dan ini tidak mencapai waktu praktikal yang ditetapkan oleh pihak MMC.

Daripada maklumat yang telah saya dapat, pihak DIKTI TIDAK MENOLAK permintaan tersebut, tetapi MENYERAHKAN kepada PIHAK UNIVERSITI untuk mempertimbangkan cadangan tersebut.

Untuk proses perbincangan pihak MMC, KPT, KKM dan JPMI dengan pihak UNS, mereka ternyata berpuas hati dengan penjelasan pihak UNS dan setakat keputusan belum rasmi, UNS akan diberikan pengiktirafan oleh pihak MMC. 

Dan kemungkinan UNS akan menjadi universiti pioneer untuk program praktikal selama 120 minggu tersebut.

Mengapa saya bangkitkan hal ini adalah kerana saya semalam telah mendapat panggilan daripada pelajar dari cawangan PKPMI yang menanyakan mengenai waktu koas 120 minggu ini. Mereka bertanya adakah waktu koas ini telah sah dan mereka terpaksa menambah waktu koas mereka. Mereka menanyakan juga adakah mereka juga akan sama-sama mengambil program internship yang dibuat khas untuk pelajar Indonesia.

Di sini saya ingin menjelaskan, setelah saya menyiasat hal ini, waktu praktikal selama 120 minggu ini masih BELUM RASMI dan pelajar sekarang masih lagi mengikut waktu koas seperti yang telah ditetapkan oleh universiti. Jadi tidak timbul soal adakah mereka perlu menambah waktu koas mereka BUAT MASA SEKARANG.

Memang pihak MMC ada menyatakan mereka akan mengutamakan universiti yang mengikut kriteria waktu praktikal yang telah mereka cadangkan untuk menghantar pelajar biasiswa tapi untuk untuk waktu yang akan datang. Untuk pelajar yang telah mengikuti kursus kedokteran sekarang, mereka masih lagi tidak terikat dengan kriteria yang MMC telah cadangkan ini.

Oleh itu, saya berharap isu ini tidak lagi timbul dan diperbesarkan kerana ini akan menimbulkan kekeliruan antara mahasiswa yang belajar di Indonesia.

Dan untuk pengatahuan semua. Dari pihak kementerian telah pun menetapkan, untuk Ujian Kompetensi Pelajar Perubatan Luar Negara akan diadakan pada TAHUN 2018. Jadi TIDAK TIMBUL lagi adakah pelajar yang sedang belajar sekarang akan mengikuti ujian kompetensi tersebut.

Di sini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih buat semua pihak yang telah berjuang untuk isu pengiktirafan UNS. Adalah menjadi kebanggaan PKPMI yang turut sama berusaha dalam usaha untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut.

Kami telah membuat statement akhbar sebagai usaha untuk meminta pihak berkenaan membantu mahasiswa Malaysia di Solo, [Klik sini]

Rakan-rakan, PKPMI adalah medium yang tepat untuk membantu mahasiswa di sini. Kami akan lakukan seupaya kami, dan isu pengiktirafan ini menjadi momentum buat kami untuk membuat lebih banyak lagi untuk mahasiswa.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JPMI, KPT, KKM dan MMC yang telah sudi bersama-sama membantu dalam isu pengiktirafan ini. Saya mewakili mahasiswa di sini ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan mereka yang tidak terhingga itu. Berikut adalah nama-nama mereka yang terlibat dalam pertemuan dengan DIKTI dan pihak UNS:

1) Prof. Dr. Rujhan bin Mustafa (Ketua)
Ketua Pengarah Pengajian Tinggi Malaysia

2) Prof. Dr. Zarida binti Hambali,
Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

3) Prof. Dato' Dr. Nik Mohd Nasri bin Nik Ismail
Pengerusi Majlis Dekan-Dekan Perubatan Malaysia

4) Dr. Hj. Wan Mazlan bin Hj. Mohamed Woojdy
Setiausaha Majlis Perubatan Malaysia

5) Puan Rafidah binti Ismail
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

6) Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
Kementerian Kesihatan Malaysia

7) Dato' Dr. Norain bin Abu Talib
Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian
Kementerian Kesihatan Malaysia

8)8) En. Perumal Chinnaya
Penasihat Undang-Undang Majlis Perubatan Malaysia

9) Dato' Dr. Junaidy bin Abu Bakar
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta
(Education Malaysia Jakarta)

10) En Ludinata Misnun
Atase Pendidikan JPMI

11) Pegawai Imegresen KBM

Sekali lagi terima kasih buat semua yang terlibat

Prinsip dan Etika

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 4/19/2011 08:10:00 pm

3

Salam,

"...kita para dokter tidak boleh melakukan hal yang seperti itu, kerana ETIKA TIDAK membenarkan!"

Itulah ayat yang selalu terngiang-ngiang di dalam benak otak ini. kata-kata dr Norman, Sp. Forensik Rumah Sakit Hasan Sadikin, Bandung, yang hebat dalam memberikan opini dan falsafah di dalam profesi kedokteran.




Setiap profesi punya kode etika mereka yang tersendiri, peguam dengan etika peguamnya, jurutera dengan etika mereka sendiri dan lain-lain. Etika inilah yang akan membentuk peribadi mereka dalam profesi mereka masing-masing.

Dalam kepimpinan, aku MEMEGANG KUAT dengan prinsip dan etika kedokteran. Etika kedokteran sangat sesuai untuk diguna pakai dalam kepimpinan. Di dalam etika kedokteran, tidak ada kewajiban pesakit untuk doktor, yang ada hanyalah kewajiban doktor terhadap pesakit. Begitu juga di dalam kepimpinan, tidak ada namanya berbuat sesuatu kebaikan untuk diri sendiri, yang ada hanyalah manfaat dan kebaikan untuk masyarakat.

Seorang pemimpin perlu mempunyai prinsip dan etika yang baik, kerana etika inilah yang akan melambangkan kinerja (gerak kerja) mereka.Di saat kita didesak oleh masalah-masalah di sekeliling kita, rujuk kembali kepada etika, Insyaallah kita akan membuat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang yang dipimpin oleh kita.

Aku sangat suka kata-kata Tun M dalam bukunya 'A Doctor In The House',

"My medical training, came useful when tackling problems of administration. Running a country is not just about DEBATING in Parliament and MAKING LAWS, but also about CURING sosial, economic and political DISEASE. At least, in principle, the TREATMENT resembles MEDICAL PROCEDURES" 
 
 Tun M menggunakan prinsip kedokteran dalam pentadbiran beliau. Dan kalian sendiri dapat lihat hasilnya setelah lebih 20 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.
 
Jadi siapa kata doktor tidak boleh memimpin?

 

PKPMI: Profesionalisme Berpersatuan

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/10/2011 05:51:00 pm

0

Salam,

Semalam tamatlah siri pertama perjalanan kami pimpinan PKPMI Pusat bertemu dengan pimpinan PKPMI cawangan Jakarta dan Bogor dalam program Road Tour de Java. Program ini diadakan atas matlamat untuk memberikan informasi kepada cawangan mengenai PKPMI Pusat dan yang lebih penting lagi untuk mengeratkan hubungan kami dengan pimpinan PKPMI cawangan.

Program Road Tour de Java ini dibahagi kepada dua siri di mana siri pertama kami mengadakan pertemuan dengan pimpinan cawangan Jakarta dan Bogor dan siri kedua kami akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan Indera Mayu, Solo, Yogyakarta, Malang dan Surabaya. Siri kedua akan diadakan pada bulan Jun dan kunjungan itu akan diadakan dalam tempoh tiga hari.

Dalam pertemuan kami bersama pimpinan cawangan, apa yang aku sendiri tekankan adalah DASAR PKPMI Pusat. Sebelum ini kami PKPMI Pusat telah menetapkan tiga dasar iaitu KEBAJIKAN kami JAGA, KESATUAN kami BENTUK dan KESELAMATAN kami JAMIN. 

Kami telah menambah satu lagi dasar penting dalam persatuan yang telah kami war-warkan dalam Kongres Nasional PKPMI iaitu PROFESIONALISME BERPERSATUAN

Rakan-rakan seperjuangan semua, sudah tiba waktu kita PKPMI membuat TRANSFORMASI dalam persatuan. Sudah tiba waktu untuk kita menjadi lebih maju ke depan. Sudah tiba waktu untuk persatuan membuat satu revolusi dalam mentadbir persatuan.

Persatuan harus diberikan nafas baru! Ini rebranding yang kami mahu laksanakan di dalam persatuan. PKPMI bukan lagi persatuan sepertimana yang kalian kenali dulu. PKPMI kini punya kredibiliti,  kapasiti, keupayaan, kemampuan dan kekuatan untuk menjadi lebih baik.

Pada semua pimpinan di 16 cawangan PKPMI dan rakan-rakan Indonesia, gunakan persatuan sebagai satu wadah dalam menyelesaikan permasalahan mahasiswa. Jadikan PKPMI sebagai saluran dalam membentuk kesatuan antara mahasiswa. Kita depani segala isu-isu mahasiswa. Kita popularkan PKPMI dan bawa nama PKPMI di dalam dan luar negara supaya manfaatnya akan kembali kepada mahasiswa. KITA MAMPU MELAKUKANNYA!

Para pimpinan,

Menjadi pemimpin bukanlah untuk meraih populariti, akan tetapi kita pemimpin perlu memikirkan nasib mahasiswa. Kita bantu mereka selagi kita mampu dengan segala keterbatasan di sekeliling kita. Marilah para pimpinan, kita jadikan persatuan satu persatuan yang PROFESIONAL dalam semua segi. Insyaallah dengan usaha semua pihak kita mampu merealisasikan WAWASAN ini. Kita adalah golongan profesional dan seharusnya gerak kerja kita juga haruslah profesional. Dan ingatlah semua pimpinan..

Segala yang kita lakukan adalah DEMI dan HANYA untuk MAHASISWA!


 Pertemuan pimpinan PKPMI Pusat dengan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Di Indoensia (JPMI), Dato' Paduka Dr Junaidy Abu Bakar di Jakarta

Pertemuan dengan pimpinan PKPMI cawangan Jakarta di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia


Bergambar bersama pimpinan PKPMI cawangan Jakarta


Memberikan taklimat kepada ahli PKPMI cawangan Bogor



 Antara ahli PKPMI cawangan Bogor yang hadir


Bergambar bersama pimpinan PKPMI cawangan Bogor


PROFESIONAL!!

Pernyataan Akhbar Saya Mengenai Isu Peperiksaan Standard Untuk Mahasiswa Perubatan Luar Negara

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 4/07/2011 01:13:00 pm

0

Salam,



JAKARTA, 26 Feb (Bernama) -- Kementerian Kesihatan harus mengambil kira perbezaan sistem pengajaran universtiti di luar negara dengan universiti di Malaysia dalam membuat penentuan mengenai peperiksaan standard untuk semua doktor lulusan luar negara agar dapat disesuaikan dengan kompetensi mereka mengikut negara.

Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Pusat, Khairul Hafidz berkata perkara itu penting diambil perhatian kerana setiap universiti mempunyai sistem yang tersendiri dalam mengajar ilmu perubatan kepada pelajarnya.

"Sistem yang dipelajari oleh kami di luar negara seperti di Indonesia, India, UK (United Kingdom), Ireland dan Rusia tidak sama 100 peratus dengan sistem yang diajar kepada pelajar di Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Khairul Hafidz memberi reaksi kepada kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai di sini semalam mengenai cadangan kementerian itu untuk memperkenalkan satu peperiksaan standard kepada semua doktor lulusan luar negara bagi mengiktiraf kelulusan mereka.

Yang Dipertua PKPMI itu berkata prosedur perawatan di hospital juga berbeza kerana setiap hospital mempunyai protokol tersendiri yang telah disahkan untuk merawat pesakit yang datang ke hospital mereka.

"Pemberian dos ubat-ubatan setakat penilaian saya, juga berbeza untuk pesakit di Indonesia dan pesakit di Malaysia," kata beliau.

Selain itu pelajar perubatan di Indonesia, katanya turut menghadapi kekangan bahasa kerana mereka lebih banyak menggunakan bahasa tempatan dalam memberi rawatan kepada pesakit, walaupun pelajaran disampaikan dalam bahasa Inggeris di universiti.

"Sesuai dengan keadaan ini, saya memohon agar kami diberikan waktu untuk bersiap sedia sebelum menghadapi peperiksaan. Saya juga mencadangkan agar diadakan kursus-kursus untuk memberikan kami lebih pendedahan kepada perubatan Malaysia dalam mempersiapkan diri kami menghadapi peperiksaan," katanya.

Khairul Hafidz berkata oleh kerana sebahagian besar daripada 6,000 penuntut Malaysia di Indonesia adalah pelajar perubatan, pandangan mereka wajar diambilkira dan diterima semua pihak kerana mereka juga mengharapkan yang terbaik untuk profesion itu.

"Kami pelajar Malaysia di Indonesia tidak ada masalah dengan cadangan Menteri Kesihatan kerana kami yakin apa yang telah kami pelajari di sini memenuhi kualiti yang diinginkan oleh negara, namun kami berharap Kementerian Kesihatan akan peka dengan sistem kami di sini yang dengan sistem di Malaysia dan peperiksaan itu harus disesuaikan dengan kami," katanya.

Mengenai isu Universiti Negeri Surakarta 11 Maret, Solo, beliau berkata PKPMI dan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia telah lama memperjuangkannya dan tetap percaya bahawa pelajar Malaysia di universiti itu berhak mendapat pengiktirafan, walaupun jumlah mereka hanya 26 orang.

"Oleh itu kami PKPMI Pusat bersama para pelajar perubatan dari Malaysia di Universiti 11 Maret meminta Kementerian Kesihatan dan MMC (Majlis Perubatan Malaysia) menimbang untuk memberi pengiktirafan kepada universiti ini. Kami yakin kualiti pelajar di Universiti 11 Maret tidak akan kalah dengan pelajar-pelajar perubatan lepasan luar negara yang lain.

"InsyaAllah, kami pelajar Malaysia di Indonesia, tidak kira daripada lepasan universiti manapun, akan pulang ke tanah air dengan berbekalkan kepakaran untuk menyumbang khidmat bakti kepada rakyat dan negara. Kami yakin khidmat yang bakal kami berikan kepada rakyat Malaysia adalah sama seperti doktor-doktor lepasan universiti manapun di dunia ini," katanya.

-- BERNAMA

Program Tautan Budi 2010 Anjuran PKPMI Dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Pahang !!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 8/03/2010 01:30:00 pm

2

Salam,






Kami daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) julung kalinya telah menganjurkan program bakti siswa yang kami namakan sebagai Program Tautan Budi 2010 (PTB'10) di negara tercinta Malaysia.

Program ini kami lakukan dengan kerjasama kerajaan negeri Pahang. Program ini dilakukan di dua kampung iaitu kampung Paya Pulao dan kampung Padang Lalang, Temerloh.

Program ini dapat kami laksanakan atas sokongan dan bantuan daripada Exco Negeri Pahang merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pahang, Dato Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin. Beliaulah yang membantu kami dalam mencari dana buat kami dan akhirnya program ini menjadi realiti.

Program ini bermula pada 6hb Ogos sehingga 8hb Ogos. Pelbagai aktiviti yang akan kami lakukan bermula daripada pemeriksaan kesihatan, kempen susu ibu, motivasi pelajar, pemberian hadiah kebajikan sempena memasuki bulan Ramadhan, program bersama JKK, kenduri kampung, forum perdana dan malam ramah mesra bersama UMNO bahagian Temerloh.

Yang mungkin menjadi kelainan dalam program kami ini adalah kenduri kampung yang mana seekor lembu akan ditumbangkan dan kami bersama dengan orang kampung, memasak dan akan makan beramai-ramai sewaktu program forum perdana malam itu nanti. Sudah pasti hubungan antara kami pelajar dan juga orang kampung akan menjadi lebih rapat lagi.

Apa yang kami sebagai pihak penganjur mengharapkan agar program ini berjalan lancar dan kami harapkan yang kesemua peserta akan berpuas hati dengan progran yang diadakan. Ini merupakan satu peluang buat kami pelajar malaysia di indonesia untuk turun padang bersama-sama mencurahkan bakti kami kepada masyarakat. Marilah kita sama-sama doakan kelancaran program ini. Amin...


p/s: kepada media dan blogger yang mahu buat coverage program ini sangatlah dialu-alukan..boleh juga berjumpa dengan blogger-blogger seperjuangan lain terutamanya blogger yang ada di Pahang.. :)




PTB '10!!!!





Sekian...



Majlis Istiadat Penerimaan Darjah Kebesaran Daripada DYMM ISKS Pakoe Boewono XIII

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 7/08/2010 08:00:00 am

5

Salam,


Dua hari yang lalu, sekali lagi aku ke Solo. Kali bukanlah untuk bertemu dengan pimpinan di sana akan tetapi untuk menerima pingat penghargaan daripada Sultan Solo sempena hari keputeraan baginda.

Walaupun Indonesia adalah negara republik tetapi beberapa kawasan di Indonesia masih lagi mempunyai Sultan. Dua kawasan itu adalah Jogjakarta dan Solo. Akan tetapi hanya Sultan Solo yang mempunyai kuasa untuk memberikan penganugerahan darjah kebesaran kepada rakyat di dalam dan luar negara. Jogjakarta hanya dibenarkan untuk memberikan darjah kebesaran hanya di kalangan kerabat diraja sahaja.

Aku menerima berita daripada Datuk Paduka Dr Junaidy, Pengarah JPMI bahawa aku di antara 5 mahasiswa di Indonesia yang menerima anugerah tersebut. Anugerah yang aku terima adalah Pingat Setia Mangku Pokoe Boewono (PSP) yang membawa gelaran "Yang Berbahagia (YBhg)"





Sewaktu taklimat untuk majlis penganugerahan pingat dan darjah kebesaran.











Penaung Seketariat Dato'-Dato' Surakarta Malaysia, Dato' Seri Paduka Dr Hassan bin Dato' Omar

Di halaman Istana Sultan Solo









Di dalam balairong Istana Sultan Solo








Bergambar bersama Sultan Solo Sinoehoen Pakoe Boewono XIII


Datuk Paduka Dr Junaidy bin Abu Bakar, Pengarah JPMI di tengah-tengah berbaju putih

Dato bersama keluarga, anaknya Aiman juga mendapat darjah kebesaran dengan gelaran 'Dato'

Penerima Pingat Setia Mangku Pokoe Boewono, Nabieh Timbalan PKPMI Pusat dan Hidayah mantan Pengerusi Tetap PKPMI Pusat



Terima kasih kepada Datuk Paduka  Dr Junaidy kerana merekomendasikan kami untuk menerima anugerah ini. Dengan pengiktirafan yang telah diberikan, kami bersa lebih bersemangat lagi untuk terus berkhidmat demi mahasiswa Malaysia yang ada di Indonesia





SEMANGAT!!!




Sekian...