VVIP BLOG INI

Memperkasakan Industri Kecil Sederhana (IKS)

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted on 5/07/2012 11:30:00 pm

1

Salam,

Pandangan melalui Twitter: @khairul_hafidz
1. Saya tertarik dengan negara Indonesia yg mana mereka mempunyai produk barangan tempatan dipasarkn di kedai-kedai mrk, titik beratkan produk lokal

2. Saya melihat bagaimana kreativiti rakyat Indonesia untuk hasilkan produk sendiri & barangan ini diterima oleh pemborong serta peruncit untuk dipasarkan

3. Antara kekuatan ekonomi Indonsia yang saya perhatikn adalah mereka mengkonsumsi produk lokal,sedikit kurangkan ketergantungan terhadap barangan import

4. Saya kembali kepada negara kita, saya melihat potensi di dalam industri kecil sederhana (IKS) dalam negara, harusnya produk mereka diketengahkan

5. Salah satu cara utk perkasakan ekonomi negara adalah dengan perkasakan IKS, banyak rakyat negara yang berpendapatan sederhana menceburi industri ini

6. Ini pada masa yg sama dapat kita tingkatkn pendapatan rakyat dalam negara, polisi kementerian berkaitan adalah bagaimana untuk bantu IKS untuk terus maju

7. Saya melihat beberapa idea di Indonesia yang baik untuk ketengahkn, bagaimana mereka bantu rakyat golongan pendapatan sederhana untuk pasarkan barangan mereka

8. Pertama, membuka satu pasar & gedung yang menjadi tempat tumpuan orang ramai sebagai contoh di kawasan perhentian bas atau tumpuan pelancong

9. Dengan bantuan kerajaan negeri & daerah untuk war-warkn tempat tersebut sebagai kawasan pembelian barangan lokal daerah atau negeri, akan tarik minat pembeli

10. Kedua, bantuan kerajaan dalam menyediakn prasarana & tanah untuk diusahakn oleh rakyat, sediakn tempat untuk mrk pasarkan

11. Ketiga, saya tertarik dengan Kedai 1Malaysia, ini boleh digunakan sebagai salah satu tempat untuk barangan lokal untuk dipasarkan, harus dimaksimalkan

12. IKS sangat susah untuk memasarkn barangan mereka di pasaraya besar seperti Carrefour dll, Kedai 1Malaysia boleh bantu pasarkan barangan lokal daerah

13. Dengan adanya bantuan seperti Kedai 1Malaysia, barangan akan dikenali & permintaan bertambah,akhirnya pasaraya besar akan tertarik untuk ambil barangan mereka

14. Semua sedia maklum, ekonomi negara sebahagian besar adalah dikuasai oleh kaum Cina, kerana "chain" mereka yang telah mereka bina sejak dari dulu lagi

15. Jangan salahkan mereka kenapa mereka berjaya kerana mereka berusaha dan "chain" yang mantap, itu yang menjadi masalah survival IKS, modal kurang, pasaran kurang

16. Buat waktu ini, IKS masih lagi memerlukn polisi yang tepat dari kerajaan untuk bantu mereka,dari pengeluar sehingga peruncit, "chain" ini yang masih belum ada

17. Everybody Always Thinking How To Break Their Chain, But I'd Say Instead Of Wasting Time Break It, Let Us Build The New One

18. Akhirnya, saya percaya dengan potensi IKS dalam memajukn ekonomi negara, jangan pandang rendah IKS, ianya seperti lubuk emas yang masih belum kita terokai

Mengubah Polisi Pembiayaan Perawatan Percuma Kepada Polisi Insuran Kesihatan Milik Kerajaan, Apakah Relevan?

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted on 5/02/2012 09:08:00 pm

0

Salam,


Pandangan melalui Twitter @khairul_hafidz

1. Siang tadi sempat berbicara dengan doktor internship Indonesia yang satu hospital dengan kami, bangkitkn mengenai insuran kesihatan kerajaan Indonesia

2. Di Indonesia, pengubatan ditanggung sendiri oleh pesakit walaupun di hospital kerajaan, untuk bantu rakyat beberapa polisi insuran kerajaan diperkenal

3. Untuk rakyat miskin,ada yg dinamakn Askeskin (Asuransi Kesihatan Masyarakat Miskin), Jamkesmas (Jaminan Kesihatan Masyrakat) & ada juga Askes (Asuransi Kesihatan) untuk pegawai kerajaan

4. Polisi ini dibentuk dalam membantu sebilangan rakyat yang berhak untuk mendapat pengobatan percuma, beberapa pandangan utk polisi dibuat oleh kerajaan ini

5. Masalah apabila polisi ini diperkenal adalah, pertama, beberapa kelompok yang tidak layak yg melobi untuk mendaptkan insuran kesihatan tersebut

6. Kedua, bebanan hutang dilambak kepada kerajaan untuk membayar hospital yang menuntut stlh pesakit menggunakn insuran tersebut di hospital mereka

7. Keadaan ini menyebabkn kerajaan akhirnya tidak mampu utk membayar kembali, tertunggak & akhirnya yang tangung kerugian adalah hospital

8. Ketiga, beberapa hospital yang licik di dalam mengubah diagnosis pesakit untuk menuntut lebih banyak daripada kerajaan, lebih parah diagnosis lebih mahal

9. Keempat, ubat-ubat yang ditanggung oleh insuran kerajaan adalah ubat-ubat terpilih & generic, bukannya ubat yang berkualiti tinggi, ada ubat tidak ditanggung

10. Isu ini agak besar kerana akan adanya pelobi kilang farmasi mahu ubat mereka yang digunakan & ubat yg penting untuk rawat penyakit bahkan tidak ditanggung

11. Saya kembali kepada negara kita, terdapat kemungkinan untuk KKM ubah polisi pembiayaan kesihatan percuma kepada insuran kesihtan milik kerajaan

12. Di sini saya mula membuat perbandingan, negara di mana menggunakn polisi insuran kerajaan dengan negara yang masih biayai pengubatan untuk rakyat

13. Saya memahami masalah yg ditanggung kementerian utk mengubah polisi, antaranya perlunya dana yang lebih besar dengan pertambahan penduduk negara

14. Isu pembaziran ubat yang mana pesakit datang mengambil ubat yang disubsidi & akhirnya tidak dimakan oleh pesakit, bayangkan satu ubat berapa disubsidi kerajaan?

15. Masalah-masalah inilah yang kerajaan perlu ubah polisi, salah satunya yg ingin diperkenalkan KKM adalah 1Care

16. Dalam kerajaan ingin ubah polisi pembiayaan percuma kepada 1Care, ambil kira segala sudut, perlu ingat setelah polisi ini diperkenal, tiada jalan undur

17. Memperkenalkan polisi insuran kesihatan bermakna pada waktu akan datang hampir mustahil polisi pembiayaan secara percuma diperkenal semula

18. Saya sudah lihat beberapa keadaan yang berlaku di Indonesia yang menggunakan polisi insuran kesihatan, ada di antaranya boleh dikatakan gagal

19. Penambahbaikan & perubahan polisi dlm sistem kesihatan negara itu adalah perlu sesuai dengan situasi negara tetapi perlu lihat kesan jangka masa panjang

20. Akhir,yang penting dalam profesi ini adalah untuk pastikn kesihatan rakyat yang akhirnya dapat membangunkan negara, jangan kerana rakyat sakit akibat tidak berupaya untuk biayai kos perubatan pembangunan negara terhambat