Posted by
||Aku Pemikir||
| Posted on
5/07/2012 11:30:00 pm
Salam,
Pandangan melalui Twitter: @khairul_hafidz
1.
Saya tertarik dengan negara Indonesia yg mana mereka mempunyai produk
barangan tempatan dipasarkn di kedai-kedai mrk, titik beratkan produk
lokal
2. Saya melihat bagaimana
kreativiti rakyat Indonesia untuk hasilkan produk sendiri &
barangan ini diterima oleh pemborong serta peruncit untuk dipasarkan
3. Antara kekuatan ekonomi Indonsia yang saya perhatikn adalah mereka
mengkonsumsi produk lokal,sedikit kurangkan ketergantungan terhadap
barangan import
4. Saya kembali kepada negara kita, saya
melihat potensi di dalam industri kecil sederhana (IKS) dalam negara,
harusnya produk mereka diketengahkan
5. Salah satu cara utk
perkasakan ekonomi negara adalah dengan perkasakan IKS, banyak rakyat
negara yang berpendapatan sederhana menceburi industri ini
6.
Ini pada masa yg sama dapat kita tingkatkn pendapatan rakyat dalam
negara, polisi kementerian berkaitan adalah bagaimana untuk bantu IKS
untuk terus maju
7. Saya melihat beberapa idea di Indonesia
yang baik untuk ketengahkn, bagaimana mereka bantu rakyat golongan
pendapatan sederhana untuk pasarkan barangan mereka
8. Pertama,
membuka satu pasar & gedung yang menjadi tempat tumpuan orang ramai
sebagai contoh di kawasan perhentian bas atau tumpuan pelancong
9. Dengan bantuan kerajaan negeri & daerah untuk war-warkn tempat
tersebut sebagai kawasan pembelian barangan lokal daerah atau negeri,
akan tarik minat pembeli
10. Kedua, bantuan kerajaan dalam
menyediakn prasarana & tanah untuk diusahakn oleh rakyat, sediakn
tempat untuk mrk pasarkan
11. Ketiga, saya tertarik dengan
Kedai 1Malaysia, ini boleh digunakan sebagai salah satu tempat untuk
barangan lokal untuk dipasarkan, harus dimaksimalkan
12. IKS
sangat susah untuk memasarkn barangan mereka di pasaraya besar seperti
Carrefour dll, Kedai 1Malaysia boleh bantu pasarkan barangan lokal
daerah
13. Dengan adanya bantuan seperti Kedai 1Malaysia,
barangan akan dikenali & permintaan bertambah,akhirnya pasaraya
besar akan tertarik untuk ambil barangan mereka
14. Semua sedia
maklum, ekonomi negara sebahagian besar adalah dikuasai oleh kaum Cina,
kerana "chain" mereka yang telah mereka bina sejak dari dulu lagi
15. Jangan salahkan mereka kenapa mereka berjaya kerana mereka berusaha
dan "chain" yang mantap, itu yang menjadi masalah survival IKS, modal
kurang, pasaran kurang
16. Buat waktu ini, IKS masih lagi
memerlukn polisi yang tepat dari kerajaan untuk bantu mereka,dari
pengeluar sehingga peruncit, "chain" ini yang masih belum ada
17. Everybody Always Thinking How To Break Their Chain, But I'd Say Instead Of Wasting Time Break It, Let Us Build The New One
18. Akhirnya, saya percaya dengan potensi IKS dalam memajukn ekonomi
negara, jangan pandang rendah IKS, ianya seperti lubuk emas yang masih
belum kita terokai
tuan empunya blog, mohon di link www.dtubes.tv dengan blog tuan ini.
terima kasih.
che chu bidih