VVIP BLOG INI

Mengubah Polisi Pembiayaan Perawatan Percuma Kepada Polisi Insuran Kesihatan Milik Kerajaan, Apakah Relevan?

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted on 5/02/2012 09:08:00 pm

Salam,


Pandangan melalui Twitter @khairul_hafidz

1. Siang tadi sempat berbicara dengan doktor internship Indonesia yang satu hospital dengan kami, bangkitkn mengenai insuran kesihatan kerajaan Indonesia

2. Di Indonesia, pengubatan ditanggung sendiri oleh pesakit walaupun di hospital kerajaan, untuk bantu rakyat beberapa polisi insuran kerajaan diperkenal

3. Untuk rakyat miskin,ada yg dinamakn Askeskin (Asuransi Kesihatan Masyarakat Miskin), Jamkesmas (Jaminan Kesihatan Masyrakat) & ada juga Askes (Asuransi Kesihatan) untuk pegawai kerajaan

4. Polisi ini dibentuk dalam membantu sebilangan rakyat yang berhak untuk mendapat pengobatan percuma, beberapa pandangan utk polisi dibuat oleh kerajaan ini

5. Masalah apabila polisi ini diperkenal adalah, pertama, beberapa kelompok yang tidak layak yg melobi untuk mendaptkan insuran kesihatan tersebut

6. Kedua, bebanan hutang dilambak kepada kerajaan untuk membayar hospital yang menuntut stlh pesakit menggunakn insuran tersebut di hospital mereka

7. Keadaan ini menyebabkn kerajaan akhirnya tidak mampu utk membayar kembali, tertunggak & akhirnya yang tangung kerugian adalah hospital

8. Ketiga, beberapa hospital yang licik di dalam mengubah diagnosis pesakit untuk menuntut lebih banyak daripada kerajaan, lebih parah diagnosis lebih mahal

9. Keempat, ubat-ubat yang ditanggung oleh insuran kerajaan adalah ubat-ubat terpilih & generic, bukannya ubat yang berkualiti tinggi, ada ubat tidak ditanggung

10. Isu ini agak besar kerana akan adanya pelobi kilang farmasi mahu ubat mereka yang digunakan & ubat yg penting untuk rawat penyakit bahkan tidak ditanggung

11. Saya kembali kepada negara kita, terdapat kemungkinan untuk KKM ubah polisi pembiayaan kesihatan percuma kepada insuran kesihtan milik kerajaan

12. Di sini saya mula membuat perbandingan, negara di mana menggunakn polisi insuran kerajaan dengan negara yang masih biayai pengubatan untuk rakyat

13. Saya memahami masalah yg ditanggung kementerian utk mengubah polisi, antaranya perlunya dana yang lebih besar dengan pertambahan penduduk negara

14. Isu pembaziran ubat yang mana pesakit datang mengambil ubat yang disubsidi & akhirnya tidak dimakan oleh pesakit, bayangkan satu ubat berapa disubsidi kerajaan?

15. Masalah-masalah inilah yang kerajaan perlu ubah polisi, salah satunya yg ingin diperkenalkan KKM adalah 1Care

16. Dalam kerajaan ingin ubah polisi pembiayaan percuma kepada 1Care, ambil kira segala sudut, perlu ingat setelah polisi ini diperkenal, tiada jalan undur

17. Memperkenalkan polisi insuran kesihatan bermakna pada waktu akan datang hampir mustahil polisi pembiayaan secara percuma diperkenal semula

18. Saya sudah lihat beberapa keadaan yang berlaku di Indonesia yang menggunakan polisi insuran kesihatan, ada di antaranya boleh dikatakan gagal

19. Penambahbaikan & perubahan polisi dlm sistem kesihatan negara itu adalah perlu sesuai dengan situasi negara tetapi perlu lihat kesan jangka masa panjang

20. Akhir,yang penting dalam profesi ini adalah untuk pastikn kesihatan rakyat yang akhirnya dapat membangunkan negara, jangan kerana rakyat sakit akibat tidak berupaya untuk biayai kos perubatan pembangunan negara terhambat

Comments (0)