VVIP BLOG INI

Isu Budaya Malaysia Indonesia: Ketidaksamaan Persepsi

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted on 8/13/2012 10:22:00 pm

Sewaktu menghadiri Forum Komunikasi Pemuda Indonesia-Malaysia: "Budaya Dalam Era Globalisasi" semalam, saya akan memberikan sedikit pandangan mengenai isu budaya Malaysia-Indonesia

Dalam kita membicarakan mengenai isu budaya ini, boleh kita membahas perbezaan antara kita akan tetapi setelah itu kita cari titik temu dan persamaan antara kita kerana itulah yang akan menyatukan dua negara. Yang penting bukan benar atau salah, bukan menang atau kalah tetapi untuk kita faham isu dan sedar lingkungan.

Budaya itu sendiri terbentuk apabila segolongan manusia yang tinggal di satu-satu tempat yang akhirnya akan membentuk adat istiadat dan produk yang lahir adalah makanan, tarian, pakaian dan juga sistem sosial dalam masyarakat tersebut. Yang menjadi persoalan adalah apabila sebilangan manusia di dalam masyakarat tersebut berhijrah ke tempat yang lain, apakah mereka perlu ikut budaya di daerah tersebut ataupun mereka meneruskan budaya yang telah mereka ke
tahui?

Inilah fenomena yang terjadi di antara Malaysia-Indonesia, mengingatkan bahawa Nusantara sewaktu sebelum kedua-dua negara merdeka adalah satu kawasan tanpa sempadan dan wilayah yang memisahkan mereka.

Dalam kita berbicara mengenai isu budaya, 2 persoalan pokok perlu kita dalami bersama:

1.Dalam era globalisasi ini, apakah budaya ini dibatasi dengan persempadanan negara atau budaya ianya melampaui wilayah?

2. Persepsi harus disamakan, apakah yang kita bahaskan sekarang asal usul di mana budaya itu wujud atau budaya itu adalah warisan manusia?

Malaysia dan Indonesia, punya persepsi yang berbeza, rakyat Malaysia melihat budaya di Malaysia sebagai warisan sesuatu suku yg tinggal di dalam negara dan budaya mereka diiktiraf oleh kerajaan manakala sudut pandang rakyat Indonesia adalah mereka anggap budaya yang ada di Malaysia telah wujud di negara Indonesia yang tidak seharusnya di klaim oleh kerajana Malaysia.

Ini yang sebenarnya menjadi punca salah faham antara dua negara. Perkataan "iktiraf" dan "klaim" punya maksud yang berbeza.

Apa yang kerajaan Malaysia lakukan adalah mengiktiraf budaya yng telah ada di dalam negara dan pada masa yang sama tidak melupakan asal usul budaya tersebut. Dan isu "klaim" seharusnya tidak timbul kerana kerajaan Malaysia sedar bahawa Malaysia adalah negara berbilang kaum dan budaya termasuk Cina, India dan suku di Sabah dan Sarawak.

Dari pihak Indonesia, mereka mendakwa bahawa terdapat 7 perkara yang telah di klaim oleh Malaysia dan ini sebenarnya dapat dijelaskan dengan konsep budaya melampaui wilayah.

Kedua-dua negara harus saling sedar, budaya itu adalah hak milik sesuatu suku bukan milik negara. Fahami konsep ini, maka segala salah faham di antara kita selesai.

Kita serumpun, mengapa perlu dibedakan? :)

Comments (1)

bnr sob...malaysia dan indonesia memiliki bnyak suku yg sama, jd apa salahnya jk kita kembangkan masing2, trmasuk budaya...