Posted by
||Aku Pemikir||
| Posted in
Kepimpinan
| Posted on
10/13/2009 05:40:00 pm
Salam kepada semua..
'Ko la pergi cakap, malu ah aku nak pergi depan
Eh? aku pulak yang kena..ko yang berapi-api nak cakap tadi..ko pergilah
Alaa, tak pe lah, ko lagi pandai cakap daripada aku..ko jek lah..
Tak nak ah!!ko nye idea ko jek la yang pergi..malas aku'
'Ermm..aku ni nak bagi pendapat aku..tapi ermm..ramai la pulak yang tengok.. tak payah la..simpan jek la..tak penting sangat pon..'
Rakan-rakan..
Tentu rakan-rakan sekalian pernah melihat rakan-rakan kalian bersikap demikian. Apakah yang dimaksudkan dengan berbicara?
Berbicara merupakan suatu proses penyampaian informasi, idea atau gagasan dari pembicara kepada pendengar. Si pembicara berdudukan sebagai komunikator sedangkan pendengar sebagai komunikan. Informasi yang disampaikan secara lisan dapat diterima oleh pendengar apabila pembicara mampu menyampaikannya dengan baik dan benar.
Agar pembicaraan itu mencapai tujuan, pembicara harus memiliki kemampuan dan keterampilan untuk menyampaikan informasi kepada orang lain. Hal ini bermakna bahwa pembicara harus memahami betul bagaimana cara berbicara yang efektif sehingga orang lain (pendengar) dapat menangkap informasi yang disampaikan pembicara secara efektif pula.
Apa yang lama telah saya perhatikan, antara golongan yang takut untuk berbicara di hadapan bukan Cina, bukan India tetapi bangsa MELAYU.
Adakah ini kita?
Bukan tujuan saya untuk memalukan bangsa Melayu kerana saya sendiri adalah orang Melayu. Bukan niat saya untuk merendahkan martabat orang melayu jauh sekali untuk memperkecilkan bangsa saya. Namun apa yang saya beritahu sekarang adalah hakikat yang sebenarnya. Mungkin sebilangan kecil dari rakan-rakan boleh berbicara di hadapan akan tetapi apa yang saya perhatikan dan kaji sebahagian besar daripada orang Melayu dan saya ingin kecilkan lagi topik perbincangan ini kepada pelajar-pelajar universiti kita malu untuk berbicara di hadapan.Apabila mereka berada di hadapan umum, hilang segala kata-kata, keringat dingin membasahi diri, hati berdebar deras bagaikan derapan kaki kuda, segala idea yang berada di dalam otak tiba-tiba hilang begitu sahaja. Akhirnya, apa yang dikeluarkan di mulut mereka tidak difahami oleh semua pendengar.Sering kali juga kita lihat apabila pelajar Melayu berbicara di hadapan mereka kurang mengatur poin-poin untuk mereka bicarakan. Akibatnya, pendengar tidak tahu mana hujung mana pangkalnya tajuk perbicaraan mereka sekarang.Lagi satu yang menyedihkan saya, pelajar Melayu suka menambahkan perkataan yang tidak sepatut nya seperti 'lah', 'ah', 'kan' di hujung ayat dan selalu pelajar menambahkan 'aaaa' atau 'ermmm' di tengah ayat seperti 'kita ermmm nak aaaaa ke mana?'Keterampilan dalam berbicara sangat penting untuk kita menarik perhatian para pendengar. Kita selalu merungut dan marah-marah apabila rakan-rakan tidak mahu mendengar apa yang kita bicarakan di hadapan akan tetapi lihat kembali adakah cara kita menyampaikan itu menarik perhatian mereka?itu yang perlu untuk kita introspeksi diri kita. Jangan tambah perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya seperti yang saya nyatakan tadi. Cuba untuk memperbaiki susunan ayat kita supaya apa yang kita beritahu mudah difahami, tidak berbelit-belit dan berjela-jela.
Untuk Menjadi Pembicara Yang Hebat, Perlukan Latihan
dan Konsistensi
Oleh itu, rakan-rakan.cubalah untuk melatih diri anda untuk berbicara. Apa lagi jika kalian adalah seorang bakal doktor. Kemampuan berkomunikasi adalah kualiti yang sangat diperlukan untuk anda. Selalulah untuk mengeluarkan pendapat anda walau di mana pun, jangan hanya mendiamkan diri apabila orang menanyakan pendapat anda, selalu juga untuk berpartisipasi dalam perbincangan. Insyaallah, hanya dengan sedikit latihan-latihan ini, rakan-rakan mampu untuk berbicara dan mengeluarkan idea-idea yang bernas dan boleh diterima oleh semua.Jangan Hanya Tahu Bercakap di Belakang, Jika Benar Anda Anak Jantan Majulah ke HadapanAnda Mampu Mengubahnya!!
Tidak Mahukah Anda Menjadi Seperti Ini??
Sekian...
Posted by
||Aku Pemikir||
| Posted in
Kepimpinan
| Posted on
10/05/2009 07:26:00 pm
Salam kepada semua..
Allah itu Maha Adil. Apa yang dimaksudkan dengan keadilan Allah?
'Allah mengurniakan kepada kewujudan potensi sesuai kepada kewujudannya'
'Semua perbuatan Allah adalah berasaskan keadilan'
Jadi rakan sekalian, setiap kejadian makhluk di muka bumi mempunyai maksud dan matlamatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan kejadian manusia, tidak akan Ar-Rabb menciptakan manusia tanpa hala tuju dan sudah semestinya tidak akan Allah menciptakan manusia tanpa ada kelebihan di dalam diri setiap insan.
Insan adalah unik. Setiap manusia mempunyai kebolehan dan bakat yang mungkin lain daripada manusia yang lain. Ada yang boleh mengalunkan musik dengan begitu indah menjadikan para pendengarnya enak dibuai ke alam mereka sendiri. Ada yang boleh menggelecek bola sehingga tiada sesiapa yang dapat merampas bola daripadanya. Ada yang diberikan kebolehan untuk mengukir kayu sehinggakan kayu yang tiada harga menjadi bualan mulut pada mereka yang melihatnya. Dan ada juga yang mempunyai kebolehan memimpin sehinggakan dia mampu membawa komuniti atau bangsa menjadi lebih kuat.
Setiap daripada kita yang diciptakan Tuhan pasti diberikan oleh-Nya kebolehan untuk kita supaya mampu bersaing, mampu mandiri dan menggunakan bakatnya untuk dirinya sendiri ataupun demi kebaikan bersama.
Saya sendiri telah cukup lama memerhatikan perkara ini. Sangat disayangkan kerana apa yang saya lihat ada di antara rakan-rakan kadang-kala tidak mengatahui potensi yang ada di dalam diri. Yang lebih disayangkan, ada yang mengatahui potensi diri akan tetapi takut atau ragu-ragu untuk mengembangkannya.
Rakan-rakan,
Dunia masa kini bukanlah seperti dahulu lagi. Dengan persaingan yang begitu hebat di antara kita, sesiapa yang kurang berkebolehan akan kalah.
'Survivor Of The Fittest'
Zaman sekarang memerlukan individu yang 'versatile'. Selain dari profesi yang rakan-rakan sedang pelajari sekarang, kita wajib mempunyai kebolehan yang lain. Bayangkan rakan-rakan sekalian di dalam profesi anda ada 1000 orang graduan pada waktu yang sama. Apakah yang akan membezakan anda dengan mereka.?Ilmu teori yang anda perolehi?Adakah anda yakin bahawa ilmu yang anda belajar boleh diapplikasikan di lapangan yang sebenar?'street smart' akan selalu mengalahkan 'book smart'. Itu adalah realita kehidupan.
'Tibalah Masanya Untuk Membina Kualiti'
Rakan-rakan sekalian, tibalah masanya untuk sedar dan berusaha untuk mengubah mentaliti kita. Jangan hanya pandai tapi tidak bijak. Telitilah apa potensi yang ada di dalam diri, kembangkan lah potensi tersebut supaya rakan-rakan boleh menjadi orang yang berjaya di masa hadapan. Jangan sia-siakan potensi dalam diri anda, ini satu kerugian yang sangat besar yang tidak dapat diulangi kembali.
Mengenali potensi diri tidak semestinya kita mengusai potensi tersebut. Latihan yang berterusan harus lah dilakukan supaya kita dapat menggunakannya dengan baik. Tingkatkan lah semaksimum mungkin potensi itu dan percayalah ia dapat membantu anda suatu hari nanti.
Pada semua pimpinan segala organisasi tidak kira Kelab UMNO atau pun PKPMI,
'Menjadi tanggungjawab kita untuk melihat dan mengembangkan potensi yang ada dalam setiap diri rakan-rakan mereka'Kualiti ini perlu ada dalam diri setiap pemimpin. Meneliti semua bakat terpendam yang ada di dalam diri mereka. Bantu dan tunjukkan jalan kepada mereka supaya bakat mereka diasah dan dapat digunakan dengan baik.
'Find their raw talent, polished it until it shines'
Marilah rakan-rakan, sama-samalah kita introspeksi diri , lihatlah ke dalam diri kita apakah kebolehan yang kita kerana Allah sentiasa menyayangi diri kita dan Dia tidak akan menjadikan makhluk-Nya sia-sia. Daripada pimpinan sendiri, sentiasa lah membimbing rakan-rakan dan mudahkanlah jalan kepada mereka untuk menguasai potensi yang mereka miliki
Sekian...
Posted by
||Aku Pemikir||
| Posted in
PKPMI
| Posted on
10/01/2009 03:16:00 pm
Salam kepada semua..
Gempa bumi melanda lagi di muka bumi Indonesia ini.Kali ini gempa bumi menyerang dgn rakusnya di Sumatera Barat pada 30hb September yang lepas. Dengan kekuatan sebesar 7.6 SR telah banyak menelan korban dan harta benda mangsa di sana habis musnah akibat dek Sang Perkasa ini.
Tidak sampai sebulan yang lalu baru sahaja gempa bumi melanda di Tasik Malaya. Gegaran telah dapat dirasakan di beberapa tempat seperti di Jakarta dan juga Bandung. Banyak korban jiwa dilaporkan dan belum lagi habis kita meratapi kematian penduduk di sana berlaku pula bencana yang baru di Sumatera.
Gempa bumi yang berukuran 7.6 SR terjadi di Pariawan dalam jam 5.16 WIB pada 30 September. Yang menjadi kejutan adalah ada di kalangan pelajar Malaysia di Sumatera telah menjadi mangsa kejadian alam itu.
Mereka yang menjadi mangsa adalah pelajar daripada Padang yang terdiri daripada pelajar perubatan dan juga agama. Lebih kurang 300 pelajar kita berada di sana.
Semalam jam 5.30pm saya telah mendapat panggilan daripada YDP PKPMI cwgn Padang mengatakan mereka baru sahaja terkena gempa yang begitu kuat. Pelajar2 semua sgt cemas dgn kejadian itu. Walaupun mereka pernah merasakan gempa sebelum ini akan tetapi kali ini gegaran begitu mengganas. Banyak rumah2 di sana roboh dan terbakar. Jalan raya menjadi terlalu sesak kerana banyak pemandu yang berhenti di tgh jalan raya. Rumah2 pelajar kita di sana kebanyakan nya rosak dan ada yang roboh.
Dengan nada yang cemas YDP mengatakan bhw mereka sekarang masih dalam kejutan dan waktu itu masih lg tidak dpt mengumpulkan pelajar2 yang ada di sana.Dia juga mengatakan air laut telah sedikit surut dan mungkin ada kemungkinan tsunami. Atas laporan yang diberikan, saya telah meminta dia untuk berusaha mengumpulkan pelajar2 dan membawa pelajar ke kawasan yang lebih tinggi untuk mengelakkan daripada kemungkinan tsunami.
Sesudah malamnya, saya cuba untuk menghubungi kembali Fahim tapi talian telekomunikasi terputus menyukarkan untuk menghubungi dia. Setelah dapat dihubungi dia melaporkan bhw semua pelajar selamat dan dipecah kepada dua kumpulan. Satu naik ke gunung kwsn green zone dan satu lg berada di rumah salah seorang pelajar agama yang mana rumahnya agak selamat untuk bermalam.
Oleh yang demikian saya telah menghubungi Dr Junaidy Pengarah MSD untuk membantu pelajar2 di sana. Cadangnya beliau mahu ke sana malam itu juga tapi terpaksa ditangguhkan kerana bandara juga rosak akibat gempa.
Hari ini pagi saya menghubungi lagi wakil di sana untuk mendapatkan perkembangan terkini pelajar di sana. Saya menghubungi Fara pelajar Padang dan dia menyatakan bhw pelajar selamat akn tetapi ada juga yang cedera dan di masukkan ke rumah sakit.
Saya menanyakan kpd Fara di mana pelajar bermalam. Dia menyatakan pelajar bermalam di tampat mereka berlindung dan kurangnya bantuan yang diberikan kepada mereka. Tidak ada khemah2 untuk mereka berteduh dan yang lebih menyayatkan hati saya oleh kerana malam itu hujan lebat, ada antara mereka basah kehujanan.
Antara bangunan yang roboh di Padang
Terdetik di dalam hati apakah yang aku boleh bantu pelajar2 di sana. Setelah perbincangan dengan AJK Pusat,beberapa usaha yang akan di lakukan untuk membantu pelajar di sana:
1. Menubuhkan tabung derma kilat dan meminta kerjasama PKPMI cwgn membantu memberikan sumbangan derma2. Meminta PKPMI cwgn Padang untuk mengira kos kerosakan dan kehilangan dan dihantarkan laporan kepada Pusat supaya Pusat dapat meminta kepada kementerian dan badan kerajaan dan NGO yang berkenaan membantu pelajar di sana melalui JPMI di KEDUBES.Mereka adalah saudara kita, menjadi kewajiban bersama untuk membantu mereka Rakan2...
Saya menyeru marilah kita sama2 membantu rakan kita yang berada di Padang.Paling kurang yang mampu kita buat adalah marilah kita sama2 mendoakan mereka supaya tidak berlaku apa2 yang serius.
Kepada rakan2 di Padang. Ini adalah dugaan yang hebat Allah s.w.t telah berikan kepada anda semua. Berdoalah dan semoga rkn2 selamat di sana. Kuatkan diri rkn2 fizikal dan mental dan harungilah bencana ini dengan tabah.
Kami akan membantu sedaya apa yang kami berdaya....
Sekian...