VVIP BLOG INI

Melayu: Malu Berbicara?

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 10/13/2009 05:40:00 pm

Salam kepada semua..


'Ko la pergi cakap, malu ah aku nak pergi depan
Eh? aku pulak yang kena..ko yang berapi-api nak cakap tadi..ko pergilah

Alaa, tak pe lah, ko lagi pandai cakap daripada aku..ko jek lah..

Tak nak ah!!ko nye idea ko jek la yang pergi..malas aku'


'Ermm..aku ni nak bagi pendapat aku..tapi ermm..ramai la pulak yang tengok.. tak payah la..simpan jek la..tak penting sangat pon..'


Rakan-rakan..
Tentu rakan-rakan sekalian pernah melihat rakan-rakan kalian bersikap demikian. Apakah yang dimaksudkan dengan berbicara?

Berbicara merupakan suatu proses penyampaian informasi, idea atau gagasan dari pembicara kepada pendengar. Si pembicara berdudukan sebagai komunikator sedangkan pendengar sebagai komunikan. Informasi yang disampaikan secara lisan dapat diterima oleh pendengar apabila pembicara mampu menyampaikannya dengan baik dan benar.

Agar pembicaraan itu mencapai tujuan, pembicara harus memiliki kemampuan dan keterampilan untuk menyampaikan informasi kepada orang lain. Hal ini bermakna bahwa pembicara harus memahami betul bagaimana cara berbicara yang efektif sehingga orang lain (pendengar) dapat menangkap informasi yang disampaikan pembicara secara efektif pula.

Apa yang lama telah saya perhatikan, antara golongan yang takut untuk berbicara di hadapan bukan Cina, bukan India tetapi bangsa MELAYU.

Adakah ini kita?

Bukan tujuan saya untuk memalukan bangsa Melayu kerana saya sendiri adalah orang Melayu. Bukan niat saya untuk merendahkan martabat orang melayu jauh sekali untuk memperkecilkan bangsa saya. Namun apa yang saya beritahu sekarang adalah hakikat yang sebenarnya. Mungkin sebilangan kecil dari rakan-rakan boleh berbicara di hadapan akan tetapi apa yang saya perhatikan dan kaji sebahagian besar daripada orang Melayu dan saya ingin kecilkan lagi topik perbincangan ini kepada pelajar-pelajar universiti kita malu untuk berbicara di hadapan.

Apabila mereka berada di hadapan umum, hilang segala kata-kata, keringat dingin membasahi diri, hati berdebar deras bagaikan derapan kaki kuda, segala idea yang berada di dalam otak tiba-tiba hilang begitu sahaja. Akhirnya, apa yang dikeluarkan di mulut mereka tidak difahami oleh semua pendengar.

Sering kali juga kita lihat apabila pelajar Melayu berbicara di hadapan mereka kurang mengatur poin-poin untuk mereka bicarakan. Akibatnya, pendengar tidak tahu mana hujung mana pangkalnya tajuk perbicaraan mereka sekarang.

Lagi satu yang menyedihkan saya, pelajar Melayu suka menambahkan perkataan yang tidak sepatut nya seperti 'lah', 'ah', 'kan' di hujung ayat dan selalu pelajar menambahkan 'aaaa' atau 'ermmm' di tengah ayat seperti 'kita ermmm nak aaaaa ke mana?'


Keterampilan dalam berbicara sangat penting untuk kita menarik perhatian para pendengar. Kita selalu merungut dan marah-marah apabila rakan-rakan tidak mahu mendengar apa yang kita bicarakan di hadapan akan tetapi lihat kembali adakah cara kita menyampaikan itu menarik perhatian mereka?itu yang perlu untuk kita introspeksi diri kita. Jangan tambah perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya seperti yang saya nyatakan tadi. Cuba untuk memperbaiki susunan ayat kita supaya apa yang kita beritahu mudah difahami, tidak berbelit-belit dan berjela-jela.



Untuk Menjadi Pembicara Yang Hebat, Perlukan Latihan
dan Konsistensi






Oleh itu, rakan-rakan.cubalah untuk melatih diri anda untuk berbicara. Apa lagi jika kalian adalah seorang bakal doktor. Kemampuan berkomunikasi adalah kualiti yang sangat diperlukan untuk anda. Selalulah untuk mengeluarkan pendapat anda walau di mana pun, jangan hanya mendiamkan diri apabila orang menanyakan pendapat anda, selalu juga untuk berpartisipasi dalam perbincangan. Insyaallah, hanya dengan sedikit latihan-latihan ini, rakan-rakan mampu untuk berbicara dan mengeluarkan idea-idea yang bernas dan boleh diterima oleh semua.


Jangan Hanya Tahu Bercakap di Belakang, Jika Benar Anda Anak Jantan Majulah ke Hadapan




Anda Mampu Mengubahnya!!



Tidak Mahukah Anda Menjadi Seperti Ini??



Sekian...

Comments (0)