VVIP BLOG INI

Menggilap Potensi Diri

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 10/05/2009 07:26:00 pm

Salam kepada semua..

Allah itu Maha Adil. Apa yang dimaksudkan dengan keadilan Allah?

'Allah mengurniakan kepada kewujudan potensi sesuai kepada kewujudannya'

'Semua perbuatan Allah adalah berasaskan keadilan'

Jadi rakan sekalian, setiap kejadian makhluk di muka bumi mempunyai maksud dan matlamatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan kejadian manusia, tidak akan Ar-Rabb menciptakan manusia tanpa hala tuju dan sudah semestinya tidak akan Allah menciptakan manusia tanpa ada kelebihan di dalam diri setiap insan.

Insan adalah unik. Setiap manusia mempunyai kebolehan dan bakat yang mungkin lain daripada manusia yang lain. Ada yang boleh mengalunkan musik dengan begitu indah menjadikan para pendengarnya enak dibuai ke alam mereka sendiri. Ada yang boleh menggelecek bola sehingga tiada sesiapa yang dapat merampas bola daripadanya. Ada yang diberikan kebolehan untuk mengukir kayu sehinggakan kayu yang tiada harga menjadi bualan mulut pada mereka yang melihatnya. Dan ada juga yang mempunyai kebolehan memimpin sehinggakan dia mampu membawa komuniti atau bangsa menjadi lebih kuat.

Setiap daripada kita yang diciptakan Tuhan pasti diberikan oleh-Nya kebolehan untuk kita supaya mampu bersaing, mampu mandiri dan menggunakan bakatnya untuk dirinya sendiri ataupun demi kebaikan bersama.

Saya sendiri telah cukup lama memerhatikan perkara ini. Sangat disayangkan kerana apa yang saya lihat ada di antara rakan-rakan kadang-kala tidak mengatahui potensi yang ada di dalam diri. Yang lebih disayangkan, ada yang mengatahui potensi diri akan tetapi takut atau ragu-ragu untuk mengembangkannya.


Rakan-rakan,

Dunia masa kini bukanlah seperti dahulu lagi. Dengan persaingan yang begitu hebat di antara kita, sesiapa yang kurang berkebolehan akan kalah.


'Survivor Of The Fittest'

Zaman sekarang memerlukan individu yang 'versatile'. Selain dari profesi yang rakan-rakan sedang pelajari sekarang, kita wajib mempunyai kebolehan yang lain. Bayangkan rakan-rakan sekalian di dalam profesi anda ada 1000 orang graduan pada waktu yang sama. Apakah yang akan membezakan anda dengan mereka.?Ilmu teori yang anda perolehi?Adakah anda yakin bahawa ilmu yang anda belajar boleh diapplikasikan di lapangan yang sebenar?'street smart' akan selalu mengalahkan 'book smart'. Itu adalah realita kehidupan.


'Tibalah Masanya Untuk Membina Kualiti'

Rakan-rakan sekalian, tibalah masanya untuk sedar dan berusaha untuk mengubah mentaliti kita. Jangan hanya pandai tapi tidak bijak. Telitilah apa potensi yang ada di dalam diri, kembangkan lah potensi tersebut supaya rakan-rakan boleh menjadi orang yang berjaya di masa hadapan. Jangan sia-siakan potensi dalam diri anda, ini satu kerugian yang sangat besar yang tidak dapat diulangi kembali.

Mengenali potensi diri tidak semestinya kita mengusai potensi tersebut. Latihan yang berterusan harus lah dilakukan supaya kita dapat menggunakannya dengan baik. Tingkatkan lah semaksimum mungkin potensi itu dan percayalah ia dapat membantu anda suatu hari nanti.

Pada semua pimpinan segala organisasi tidak kira Kelab UMNO atau pun PKPMI,


'Menjadi tanggungjawab kita untuk melihat dan mengembangkan potensi yang ada dalam setiap diri rakan-rakan mereka'

Kualiti ini perlu ada dalam diri setiap pemimpin. Meneliti semua bakat terpendam yang ada di dalam diri mereka. Bantu dan tunjukkan jalan kepada mereka supaya bakat mereka diasah dan dapat digunakan dengan baik.


'Find their raw talent, polished it until it shines'

Marilah rakan-rakan, sama-samalah kita introspeksi diri , lihatlah ke dalam diri kita apakah kebolehan yang kita kerana Allah sentiasa menyayangi diri kita dan Dia tidak akan menjadikan makhluk-Nya sia-sia. Daripada pimpinan sendiri, sentiasa lah membimbing rakan-rakan dan mudahkanlah jalan kepada mereka untuk menguasai potensi yang mereka miliki


Sekian...

Comments (6)

salam,
suvivor of the fittest dah mcm satu peraturan hidup,
tp dari segi apa yg kita 'fit' tu yg penting...
material2 sbgi seorg insan yg fitrah adalah ciri2 mereka yg fittest

p/s: selamat berblog, jgn addict awal2 ni, hehe

salam tuah,
dats true..
nk idup ni bkn saje nak kne ade ilmu tp kne tau gak mcm mana nak idup.
brulah leh berjaya..
dun worry,selagi ade idea2 dlm pala otak utk ak share kan dgn semua..
ak akn trus menulis..
jgn kering suda..
huhu

Pemimpin ramai, tetapi tidak ramai pemimpin yang membawa orang bawahannya menuju syurga. Menuju neraka itu ramai.

Jawatan itu hadir dengan tanggungjawap, dan tanggungjawab itu akan dihisab dan dipertanyakan oleh Allah diakhirat kelak.

Kita adalah pemimpin untuk batang tubuh diri kita sendiri. Jadi semua orang akan dipertanggujawabkan.

setuju..
kte mengharapkan lah pemimpin lepasan indonesia x mcm tu..
semuanya iA menjadi Dai'e yang baek yang membantu masyarakat di luar sn..
amin..

betul2..
tapi kadang2 even org tu berpotensi besar pon... tapi kalau tak ikhlas nak pegang tanggungjawab tak jalan jugak...

ada benda yang tak boleh nak dipaksa...
dia dtg sendiri...

macam waktu kita survive dalam womb ibu before ade placenta....
takde yang pakse... semua rela...

owh dan jgn ingat org yg tak mau naik tu takde material nak survive... mungkin dia belum rasa itu masa yang sesuai...

and salah satu cara dia untuk survive adalah dgn tidak fit...

siapa tahu kan??

saya sgt memahami apa yang anonymous cakap tu..

instead im once pernah in dat situation.:)

cara nya utk fit adalah dgn tidak fit..nampak mcm kelam kabut tp mmg ada org yang melakukan begitu..

iA apa yang kita harapkan supaya kita semua bukan menjadi pemimpin yang hanya igt perut sendiri dan melupakan kesusahan org lain..:)