Posted by
||Aku Pemikir||
| Posted in
santai
| Posted on
12/31/2009 06:26:00 pm
Salam Perpaduan
Pejam celik pejam pejam celik pejam celik celik,
Sedar tak sedar sebenarnya kita ada beberapa jam sahaja lagi untuk melangkah ke tahun baru tahun 2010..
Kalau nak revisikan apa sahaja yang pernah dibuat pada tahun ini..
Memang tak terhitung dek tangan..
Mungkin boleh nak kata tahun 2009 adalah tahun bagi sahaja sendiri secara peribadi..
Banyak dah perubahan dan pengalaman yang dapat dicapai tahun ini,
Pengalaman tu pula ada macam-macam,
Ada yang pahit untuk ditelan dan ada yang manis untuk diingatkan,
Yang pahit dijadikan tauladan kepada diri sendiri dan yang manis saya jadikan sebagai sempadan.
Memang lah biasa dalam hidup ni, kita akan sering melakukan kesilapan,
Tercuit hati kawan..kadang-kadang bukan dah tercuit..tercarik-carik, koyak-rabak pun boleh tahan juga banyak tu..huhu
Apa boleh buat..
Kita kan manusia biasa, tidak ada yang sempurna di dalam dunia ni..
Jadilah skema macam mana pun, ikutlah segala peraturan yang ada dalam dunia ni..
Tapi tetap pada satu saat satu ketika kita tetap melakukan kesalahan itu.
Yang penting apa???KERJASAMA!! (Farid suka betul cakap benda ni...:P)
Yang penting adalah kita lihat balik diri sendiri,jika betul kita salah kita minta maaf dan berjanji tidak akan kita ulang kesalahan itu..
Nampak macam senang kan?
Tapi sebenarnya nak buat perlukan ingatan pada diri berulang-ulang kali dan perlu ada konsistensi dalam mengintropeksikan diri ni.
Tahun ini juga adalah tahun paling berjaya dalam karier saya sebagai pemimpin pelajar,
Mula-mula TYDP PKPMI cwgn Bandung.
Tettiba peluang datang jadila YDP PKPMI Pusat!!
*PFFFFF!!*
Tetiba hidup pun berubah...
Jangan la kata member-member..Saya sendiri pun mula-mula tak percaya..Tapi rezeki Allah tentukan, adalah hikmah di sebalik itu kan..:)Bila dah ada tanggungjawab yang besar, pengorbanan pun perlulah besar..Pelajaran kadang-kadang terabai..Kadang-kadang tak masuk kuliahTidur dalam kelas tutorial..Dosen pun berbuih tegur..Yang marah pun adaHandphone jangan cakap asyik berbunyi..paling pening bila dalam tutorial..angkat ke tak..serba salah..pernah kena marah dengan dosen sebab handphone tu tak lekang di tangan..maaf ye dosen ku..huuu~~Cuma harapan setelah macam-macam pengorbanan dah dibuat demi mahasiswa kita,Yang penting adalah Redha-Nya...Aminnn~~Dan juga berguna apabila melangkah ke alam pekerjaan nanti.Dengan berbekalkan pengalaman dalam kerja-kerja kepimpinan insyaallah akan dibawa semasa kerja nanti.Itu je harapan (Sambil tadah tangan mengharap~~)Kalau tak sia-sia lah apa yang di buat sekarang,Pelajaran entah ke mana, hidup tak keruan, yang dapat tensi sahaja memanjang...(sambil memegang rambut yang semakin sikit ni)...
T_T
HARAPAN TAHUN BARU?
Agar lepas ni boleh menjana ke arah PEMIKIRAN yang lebih terbuka..dah besar panjang dah..
Mak tunggu masa je suruh kahwin..Dah tak boleh berfikiran keanak-anakan..
Lagi pula jika kita sebagai pemimpin menuntut untuk berfikiran lebih terbuka supaya kita dapat melihat sesuatu perkara, benda dan isu dari semua sudut dan aspek.
"Bentuk Pemikiran Kelas Pertama"
Azam tahun baru juga agar selepas ini dapat menyeimbangkan kembali pelajaran dan juga kerja-kerja luar,Walau macam mana sibuk pun, tetap juga pelajaran paling utama..Banyak sangat dah tinggal pelajaran.. Takut juga..exam pun minggu depan..baca pun tak habis!!haiyoo..pe nak jadi la anak Khairul Amin nih..Berharap juga untuk kerja PKPMI tahun depan akan berjalan dengan lebih lancar.Banyak dah dalam perancangan.tinggal nak buat je ni...Nak aktif sangat pun susah jugak.kita kan pelajar perubatan..yang nak dibaca tuhan je la yang tahu..Tak kesah lah..sekarang dah tahu kelemahan sendiri..tiba masa kena la cuba untuk ubah kembali..Jangan dah tahu masih lagi di takuk yang lama..Itu yang tak bagus...Baik campak je diri sendiri dalam kolam katak FK tu..Dah degil sangat kan..hohohoSemoga tahun baru kali ini diberkati oleh Allah s.w.t, tanpa hidayah dan inayah nya tiada gunalah kita hidup di bumi ciptaannya ini.Walau apa pun yang kita lakukan, seberapa berjayanya kita di dunia ini..Tak ada redha dari Sang Pencipta..Tak ada guna....Semoga kepada rakan-rakan..binalah azam yang barusemangat kerja yang baru..Terus aktif dan jangan jadi beruang setiap hari,tambah lak sekarang ni musim hujan..semua pon berhibernasi..huhuhuAkhir kata'Buka Pemikiran, Terampil Keperibadian, dan Tingkatkan Produktiviti'
SELAMAT TAHUN BARU 2010!!
Nota kaki:
1. kali ni curhat sedikit dalam blog ni. 1st time kut..tapi apa salah nye..blog sendiri ponn..hohoho
2. nantikan untuk entries-entries yang akan datang akan lebih banyak membincangkan isu-isu negara..itu phase kedua saya sebagai blogger..dah lama nak buat tapi masih takut-takut lagi..
Posted by
||Aku Pemikir||
| Posted in
Kepimpinan
| Posted on
12/28/2009 01:08:00 am
Salam Perpaduan,
"Education Is The Key To Unlock The Golden Door Of Freedom"George Washington CarverGambar hiasan: Pelajar Tingkatan 3 yang baru mengambil keputusan PMR Baru sahaja adik-adik tiga tingkatan 3 mendapat keputusan pepriksaan PMR mereka pada hari khamis yang lalu..Seperti biasa adat di dalam peperiksaan, yang yang mendapat keputusan yang bagus ada juga yang tidak,Meloncat-loncat dan berpelukan lah dengan kawan sendiri yang dapat bagus tu dan pada masa yang sama yang dapat tidak bagus menangis menyesal tak sudah.Ada juga yang langsung tak percaya bila tengok keputusan sebab tak belajar pon boleh dapat bagus.
Nasib masing-masing, kadang-kadang tak boleh nak jangka
Tahniah buat mereka!!
Seramai 28,188 pelajar atau 6.37 peratus daripada 442,721 calon memperoleh semua A berbanding 26,378 tahun lalu.
Nilai Gred Purata Nasional (GPN) peperiksaan itu juga bertambah baik tahun ini iaitu 2.78 berbanding 2.83 tahun lalu.
Semakin lama semakin ramai adik-adik kita yang mendapat nilai yang bagus.
Ini menunjukkan bahawa betapa anak-anak muda yang semakin sedar bahawa betapa pentingnya untuk menuntut ilmu.
Hanya dengan ilmu barulah kejayaan dapat dicorakkan,.
Kita sekarang sudah berada di zaman globalisasi, siapa yang mempunyai ilmu maka dialah yang akan berada di puncak.
TETAPI
Adakah dengan prestasi yang ditunjukkan ini dengan segala macam statistik yang ditunjukkan melambangkan landskap sebenar sistem pendidikan kita?
"Apa Yang Kita Mahukan Adalah KUALITI bukan KUANTITI"Ini bagi pendapat saya adalah perkara yang paling penting.
Inilah realita sebenar keadaan pelajar-pelajar di negara kita.
Fokus saya bukan hanya kepada pelajar PMR tetapi semua peringkat pendidikan dari sekolah rendah hinggalah universiti.
Walaupun banyak mendapat nilai yang bagus akan tetapi dalam beberapa perkara masih juga ketinggalan berbanding pelajar-pelajar di negara yang lain..
Mengapa ini berlaku??
Sejak saya menuntut di Indonesia, saya banyak memerhatikan budaya masyarakat di sini terutamanya mahasiswa mereka.
Banyak perkara-perkara yang telah membuka mata dan minda.
Di sini saya cuba merangkumkan kelemahan-kelemahan yang ada pada mahasiswa kita:
1. Kebanyakan pelajar kita tidak versatile: Pelajar yang bagus dalam pelajaran HANYA menumpukan sepenuhnya dalam pelajaran sehinggakan tidak mahu untuk berkecimpung dengan kegiatan luar.
2. Malu untuk berbicara: Jika diminta untuk ke hadapan, hanya beberapa orang sahaja yang berani. yang lain semua 'menikus' di belakang.
3. Kurang enthusiasime: Kurangnya minat untuk mengatahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Hanya menghafal apa yang diajarkan dan apa yang ada di dalam buku teks daripada cuba untuk memikirkan mengapa perkara tersebut terjadi.
4. Kurang terdedah dengan kerja lapangan: Secara teorinya memang tak akan dinafikan pelajar kita hebat,tetapi apabila berada di lapangan ternyata tidak ramai yang mampu melakukan dengan baik.
5. Kurang bersosial: Hanya mahu berada dalam kelompok yang mereka rasakan selesa daripada cuba untuk membuka 'social networking'. Ini sebenarnya penting apabila mereka memasuki alam pekerjaan.
6. Tidak berani melahirkan pendapat dan aspirasi : Jika ada yang bertanyakan pendapat atau memberikan komen, semua pun malas nak bagi. Lagilah pula jika guru di depan dan ramai pula rakan-rakan kita pada waktu itu. Bila di minta untuk memberikan idea-idea, tak ramai yang mahu memberikan.Lebih banyak yang hanya mendiamkan diri.
7. Kurangnya sifat kepimpinan : Kebanyakan mereka tidak berminat dalam kepimpinan. Namun, mereka lupa bahawa profesyen yang mereka akan ceburi nanti pun sebenarnya menuntut sifat kepimpinan yang ada dalam diri mereka. Jika tidak ada pembentukan sejak muda.Bila lagi?Jika saya nak ulas satu-satu, panjang ceritanya nanti. Ini beberapa kelemahan yang saya dapat perhatikan pada pelajar-pelajar kita.
Saya TIDAK katakan SEMUA begitu tetapi kebanyakannya begitu.
Ini memang kenyataan yang bagi saya pahit untuk saya telan tapi mahu tak mahu, nak tak nak kita kena hadapi.
"Tibalah Masa Untuk INTROSPEKSI Diri"
Mari kita berfikir sejenak mengenai situasi yang ada.
Benar banyak graduan yang telah dilahirkan, tetapi berapa banyak di antara mereka yang mampu berjaya sampai ke peringkat tertinggi?
Berapa ramai graduan kita yang masih lagi tidak mempunyai pekerjaan kerana hanya mengharapkan adanya peluang kerja yang dibuka oleh kerajaan?
Mengapa tidak mereka cuba melihat peluang dan ruang yang ada dan cuba untuk membuka perusahaan sendiri dengan menggunakan apa yang telah mereka pelajari?Mengapa masih tidak banyak penelitian-penilitian daripada anak muda kita yang mampu diketengahkan di peringkat antarabangsa?
Apa yang kita lihat kita masih lagi mengimport barangan atau hasil di luar negara.
Adakah kita tak dapat nak cipta sendiri?kan sepatutnya dengan ilmu yang telah kita pelajari secara logik akalnya kita mampu untuk untuk berdiri sendiri.
Tidak perlu kita bergantung dengan orang lain. kan begitu?
Mungkin pendapat saya ni salah, jika benar saya salah maka TUNJUKKAN bahawa sebenarnya anak tempatan mampu untuk melakukannya.
Jangan hanya slogan dilaung-laungkan tapi bagaikan tin kosong, ketuk-ketuk bunyi sahaja yang kuat.
Tidak ada ruginya jika semua anak-anak muda kita berjaya.
Semua ini adalah demi agama,bangsa dan negara.
Jika tak mahu berfikir sejauh itu, lakukanlah demi diri sendiri dan keluarga.
Itu pun sudah lebih dari cukup.
"One Secret Of Success In Life Is For A Man To Be Ready For His Opportunity When It Comes"
Benjamin Disraeli
Marilah kita ubah diri kita dan melakukan anjakan paradigma.Benar ilmu pengatahuan itu penting tetapi dalam kehidupan ini masih ada kualiti yang lain yang perlu kita kembangkan.
Hidup ini hanya sekali, jangan sekali kita sia-siakannya
"Bentuk KUALITI, Kekalkan PRESTASI"
Sekian.
Posted by
||Aku Pemikir||
| Posted in
Kepimpinan
| Posted on
12/25/2009 02:39:00 am
Salam perpaduan,
Memang dah menjadi lumrah anak muda,
Darah masih lagi panas menggelegak,
Otak laju memikirkan pelbagai falsafah dan prinsipal kehidupan.
Apabila ada sesuatu masalah ataupun isu yang berlaku pada diri sendiri ataupun pada lingkungan,
Mulalah anak muda berusaha memerah otak untuk memikirkan solusi untuk mengatasi hal tersebut.
Bila di dalam organisasi dan kepimpinan pula,
pelbagai perkara mereka mahu lakukan,
Idea-idea mencurah-curah keluar bak air yang tumpah ke luar tempayan,
Semua benda nak buat, pelbagai program nak nak dikelolakan,
Sehinggakan kita ni terlupa,
Mampu ke kita nak laksanakan???
Tetapi anak muda ini tak peduli,
Mereka rasa mereka sanggup berbuat apa sahaja,
Maklumlah kudrat masih kuat,
Bila lagi nak gerakkan tulang empat kerat.
Ini lah masanya untuk cuba menunjukkan potensi diri,
Amanah yang diberikan digunakan dengan sebaik mungkin.
Salah kah apa yang mereka nak buat??
SUDAH TENTU TIDAK!!
'Mereka ini adalah golongan IDEALIS'Ada pula jenis anak muda,
Apabila diberikan sesuatu masalah,
Mereka akan berfikir sedalam-dalamnya,
Pelbagai aspek disentuh,
Sampai perkara-perkara kecil pun mereka ambil kira,
Kadang-kadang orang yang di bawah pun pening kepala,
Bila kerja nak jalan?
Asyik-asyik tangguh kerja nak dibuat,
Bukan tak boleh nak buat tetapi mereka perlukan masa untuk membuat persediaan yang rapi,
Supaya kerja-kerja yang akan mereka laksanakan dapat berjalan mengikut perancangan yang telah disediakan,
Kadang-kadang sebab terlalu berfikir terlalu mendalam,
Akhirnya akan ambil keputusan program atau kebijakan yang telah diutarakan ditolak,
Takut kerana terlalu banyak risiko yang perlu diambil apabila dibuat,
Penat merencanakan 2-3 bulan,akhirnya terbengkalai macam tu sahaja.
Salah ke menjadi golongan yang ini??
SUDAH TENTU JUGA TIDAK!!
'Mereka ini dikenal sebagai golongan REALISTIS'
Jadi???Nak masuk golongan yang mana??'IDEALIS-REALISTIS'
Jika rakan-rakan menanyakan pendapat saya..Ini yang saya akan jawab..Apa beza nya?Kita sebagai anak muda memang menjadi fitrah suka untuk memberikan idea-idea yang mereka anggap bernas,Impian dan cita-cita anak muda memang tinggi,Jangan sekali kita cuba untuk bangkang, alamat boleh bergaduh sampai ada anak bini! :)Bagi anak muda tidak ada perkara yang tak boleh dibuat, semua boleh, kena usaha lebih je.'
Success is the ability to go from failure to failure without losing your enthusiasm'Sir Winston Churchill
'Nothing Is Impossible'
'Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan'
Bagi anak muda yang penting usaha dan semangat,
Kalau semangat ada Insyaallah apa yang mereka perbuatkan akan mendapat hasil.
TETAPI....
Adakalanya kita perlu bersifat realistik..
Ada beberapa perkara sememangnya tak akan boleh kita capai,
Bukan dalam kekuasaan kita,
Bagaimana nak bagi makan beribu-ribu lembu jika lembu di bawa ke padang sebesar padang bola?
Jika sebesar padang golf boleh la kita fikir logik
Logik akal dalam melakukan sesuatu perlu ada...
Jangan terlalu ENTHUSIAS dan EGOIS..
Merasakan diri boleh melakukan segala-galanya..
Kadang-kala perlu RENDAHKAN HATI dan JERNIHKAN FIKIRAN,
Lihat adakah kita mampu untuk lakukan,
Jangan kerana terlalu mengejar nama dan populariti,
Sehinggakan akhirnya terkena batang hidung sendiri,
Alih-alih terpalit ke muka kita..
Yang malu siapa?
Diri kita juga..
Memang bagus menjadi sedikit IDEALIS,Ini akan mengembangkan fikiran ke arah menjadi seorang pemikir,BANGSA kita perlukan PEMIKIR!!Tapi pada yang sama perlu REALISTIK,Kedua-duanya perlu ada,Biarlah SEIMBANG,Kita perlu besederhana dalam apa jua yang kita lakukan,Tidak meletakkan takukan yang terlalu tinggi dan juga tidak terlalu rendah..Jadi saya nak menyeru kepada semua barisan kepimpinan dan rakan-rakan..Marilah kita berusaha untuk menjadi golongan ini..'IDEALIS-REALISTIS'
Inilah ramuan dan petua yang SAYA RASA terbaik untuk menjadi golongan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Jzk...
Nota kaki:
1. Ramai rakan-rakan saya kata saya punya penulisan terlalu baku..untuk entries saya kali ni saya cuba me'tidak skema'kan bahasa saya..harap dapat memenuhi citarasa blogger sume..huhuhu..
2. Akhirnya sebanyak 1000 orang telah mengunjungi blog saya!Terima kasih kepada blogger dan rakan2 yang lain yang sudi mengunjugi blog saya..insyaallah akan saya cari idea-idea baru untuk saya kongsi bersama-sama,:)
Posted by
||Aku Pemikir||
| Posted in
Sukan
| Posted on
12/18/2009 10:58:00 am
Salam perpaduan,
Setelah lama menunggu,
Bertahun usaha dan doa,
Akhirnya berakhirnya penantian 20 tahun dalam Sukan Sea buat semua penggemar bola sepak tempatan dengan kemenangan Harimau Malaya ke atas Vietnam 1-0 dalam pertandingan akhir semalam.
Walaupun menang hanya dengan gol bunuh diri Mai Xuan Hop pada minit ke 84,
akan tetapi menang tetap lah menang.
Sedih rasanya jika dilihat di 20 tahun ke belakang ini mengenai prestasi bola sepak di negara kita.
Kita kehilangan pemain-pemain berkaliber seperti pemain pada tahun 60-an seperti Mokhtar Dahari..
Kurang nya pemain-pemain versatile seperti pemain-pemain zaman 80-an seperti Dollah Salleh,
Akan tetapi dengan kebijakan jurulatih negara yang baru dan mungkin menjadi jurulatih bola sepak terbaik Malaysia yang penah ada buat masa sekarang sekarang, K. Rajagobal, berjaya membentuk pemain-pemain muda kita dan membawa bola sepak kita kembali kepada zaman kegemilangan.
Pemain-pemain muda kita seperti Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Idlan Talaha dan lain adalah anak didiknya K. Rajagobal untuk pemain kebangsaan Bawah-23, akhirnya di bawa ke tingkat nasional untuk memperkuatkan lagi squad kebangsaan akhirnya membawa dampak yang besar kepada permainan bola sepak negara kita.
Siapa sangka darah muda mampu untuk menggapai pingat emas dalam temasya sukan kali ini.
Lihat sahaja pasukan-pasukan yang telah mempunyai nama seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam akan tetapi TETAP kecundang di tangan tim kebangsaan kita.
Saya sebagai penggemar bola sepak berasa bangga atas kejayaan pasukan negara kita, jika dulu mungkin saya hanya melihat permainan-permainan bola sepak dari EPL dan Spanish League,
nak tengok permainan pasukan negara sekali-sekala atau apabila ada masa..
AKAN TETAPI,
jika beginilah prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan negara kita,
jangankan nak lihat di televisyen sahaja,
bahkan sanggup nak turun ke stadium..
mahal pon mahal lah..
asal dapat tengok pasukan kesayangan kita bertanding membawa nama negara dan bangsa.
Tahniah sekali lagi kepada pasukan kebangsaan kita dan tahniah kepada K. Rajagobal sebagai jurulatih yang sekali lagi membawa nama Malaysia harum di puncak ASEAN.
'AKHIRNYA SEMUA SEDAR BAHAWA MALAYSIA BOLEH'
Posted by
||Aku Pemikir||
| Posted in
PKPMI
| Posted on
12/15/2009 01:41:00 am
Salam Perpaduan,
'Management Is Doing Things Right; Leadership Is Doing The Right Things.'
Peter F. Drucker
Alhamdulillah, PKPMI-CB telah membuat kebijakan baru di dalam pemilihan YDP dan TYDP untuk sesi kali ini.Sememangnya kami dari PKPMI akur dengan Perlembagaan PKPMI Pusat Fasal 20 dan 23 menyatakan bahawa pemilihan YDP dan TYDP hanya boleh dilakukan di dalam AGM.Sehubungan dengan itu , kami pimpinan tertinggi PKPMI-CB mencuba untuk mencari ramuan dan formula yang baru supaya pemilihan YDP dan TYDP untuk kali ini lebih demokrasi dan terbuka.Setelah dkaji dengan teliti, walaupun pemilihan tidak boleh dilakukan di luar AGM, tetapi TIDAK menyatakan di dalam mana-mana fasal bahawa pencalonan HARUS dilakukan di dalam AGM.Oleh yang demikian, kami mengambil satu keputusan dan inisiatif yang lebih BERANI dan mungkin TIDAK PERNAH dilakukan sebelum kami, bahwa kami mahu pencalonan YDP dan TYDP kali ini dilakukan sebelum AGM bermula.Keputusan yang kami lakukan ini di atas kesedaran bahawa:- Kami mahu sistem demokrasi untuk kali ini adalah lebih terbuka.
- YDP dan TYDP yang dicalonkan lebih bersedia untuk memikul tanggungjawab dan telah memikirkan lebih awal program kerja yang ingin dibuat setelah mendapat jawatan dan amanah yang akan diberikan nanti.
- Adanya partisipasi secara langsung oleh SEMUA ahli-ahli PKPMI-CB dalam memilih YDP dan TYDP untuk sesi akan datang.
Mekanisme yang kami buat ini bukanlah satu perkara yang baru, kami mengadaptasikan mekanisme pencalonan yang dilakukan oleh semua parti-parti politik negara kita.Contoh yang saya boleh berikan adalah seperti parti UMNO yang mencalonkan beberapa pemimpin untuk kerusi tertentu,Sememangnya kita ketahui UMNO menggunakan sistem kuota tetapi telah dimansuhkan di dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.Kami juga melakukan metode yang hampir sama tetapi kami akan melibatkan semua ahli-ahli PKPMI-CB untuk sama-sama mencalonkan YDP dan TYDP pilihan mereka.
'Sudah Tiba Masanya Untuk Kita Lebih Matang Dalam Pemilihan Pucuk Pimpinan'
Kami di sini tidak mahu pemilihan yang seterusnya hanyalah dimonopoli oleh segolongan pihak-pihak tertentu. Dengan ahli cawangan PKPMI yang terbanyak di seluruh Indonesia sebanyak 1200 orang,
sudah tiba masanya untuk membuat satu mekanisme yang lebih baik agar kepimpinan PKPMI-CB diambil oleh orang yang benar-benar mempunyai potensi dan mempunyai kesedaran dan tanggungjawab yang tinggi.Di sini dilampirkan mekanisme yang telah kami rangka untuk pencalonan YDP dan TYDP PKPMI-CB
Fasal 1: Pencalonan 1.1: Pencalonan akan dilakukan sebelum AGM bermula1.2: Setiap ahli PKPMI dikehendaki untuk mencalonkan SATU nama YDP dan TYDP1.3: TIGA nama dengan jumlah undian tertinggi untuk kerusi YDP dan TYDP akan diambil1.4: Mahasiswa yang SAMA boleh dicalonkan di dalam kedua-dua jawatan tersebut.1.5: Calon tidak boleh dipilih di kalangan pelajar angkatan 2009Fasal 2: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)2.1: SPR akan dilantik oleh PKPMI untuk mengelola proses pencalonan2.2: SPR akan membuat kertas-kertas pencalonan dan mencari mekanisme untuk mendistribusikan kepada semua ahli PKPMI2.3: SPR akan membuat proses pengiraan undi pencalonan2.4: Untuk membuktikan ketelusan SPR, pihak SPR mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana ahli PKPMI untuk memantau pengiraan undi.Fasal 3: Pewartaan Nama Calon3.1: Setelah proses pengiraan undi, SPR akan mewartakan nama TIGA calon YDP dan TYDP3.2: SPR WAJIB untuk memastikan setiap ahli PKPMI mengatahui siapakah pelajar-pelajar yang telah dicalonkan3.3: Proses pewartaan calon hendaklah dilakukan selewat-lewatnya SEMINGGU sebelum AGM bermula.3.4: Pemberitahuan nama-nama calon boleh dilakukan melalui penampalan nama-nama calon di papan notis atau pemberitahuan di dalam kelas kelas-kelas setiap angkatan3.5: SRP perlulah memberitahu kepada pelajar-pelajar yang dicalonkan bahawa nama mereka telah dicalonkan oleh ahli-ahli PKPMIFasal 4: Pengunduran Diri Sebagai Calon4.1: Pelajar yang dicalonkan berhak untuk mengundurkan diri mereka daripada dicalonkan.4.2: Calon perlulah berjumpa dengan ketua SPR dan menyatakan pengunduran diri sebagai calon dalam masa DUA hari setelah nama mereka dicalonkan4.3: Pihak SPR akan mencari nama-nama untuk pencalonan baru berdasarkan jumlah undian yang telah dilakukan sebelum ini.4.4: Jika tidak ada lagi nama-nama calon dalam proses pencalonan sebelum ini, jumlah pencalonan dengan sendirinya akan dikurangkan menkadi dua dan seterusnya.Fasal 5: Kempen5.1: Calon dibenarkan untuk berkempen setelah nama mereka dicalonkan.5.2: SPR TIDAK AKAN mengelola jadual kempen calon.Fasal 6: Pemilihan YDP dan TYDP6.1: Pemilihan YDP dan TYDp akan dilakukan di dalam AGM bersesuaian dengan Perlembagaan PKPMI Pusat dalam Fasal 20 dan Fasal 23.6.2: Calon akan diberikan masa untuk memberikan sedikit ucapan terakhir sebagai usaha terakhir untuk mendapat undi daripada ahli.6.3: Untuk mereka yang namanya dicalonkan di dalam kedua-dua pencalonan. Jika namanya dipilih menjadi YDP maka dengan sendirinya pencalonan TYDP akan dibubar.6.4: Segala proses pengundian akan dikelola oleh SPR yang telah dilantik sebelumnya.
Posted by
||Aku Pemikir||
| Posted in
Kepimpinan
| Posted on
12/13/2009 12:00:00 am
'Leadership is The Art of Getting Someone Else To Do Something You Want Done Because He Wants To Do It.'
Dwight Eisenhower
Banyak orang mengatakan bahawa kepimpinan adalah satu sifat yang telah ada pada seseorang sejak lahir lagi.
Adakah ini benar?
Lihat sahaja Nepoleon Benoparte,
Lihat pula Adolf Hitler,
Jangan dilupakan Barrack Obama,
Ada juga pemimpin zaman Rome iaitu Julius Caesar,Tidak kurang juga Magapagal Arroyo (Filipina) dan Angel Merkel (German) yang merupakan pemimpin negara dan mereka adalah wanita!Yang terbaik antara yang terbaik,pemimpin akbar kita, Muhammad bin Abdullah, Nabi akhir zaman.!
Semuanya adalah pemimpin tersohor dan disoroti oleh sejarah dunia.
Jadi benarlah kata orang bahawa sememangnya sifat kepimpinan ini telah ada hanya pada sebilangan kecil manusia.
Adakah benar begitu?
Saya TIDAK sependapat dengan perkara ini. Saya berbicara berdasarkan pengalaman saya sendiri.
'Kepimpinan BUKANLAH sifat semulajadi semata-mata akan tetapi ia DIBENTUK dengan USAHA kita sendiri.'
Sifat kepimpinan ini banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan cara pemikiran seseorang. Pemimpin tidak semestinya lahir dari kalangan aristokrat sahaja tapi pemimpin boleh muncul daripada kalangan orang kebanyakan.
Tidak semestinya orang tua yang mempunyai lebih banyak pengalaman mempunyai sifat kepimpinana yang lebih daripada orang muda. Orang muda juga tidak kurang hebatnya. Tidak semestinya hanya orang yang baik sahaja yang dipilih menjadi pemimpin. Pengalaman yang saya lihat dengan mata kepala saya bagaimana orang muda dan lagi pula preman jalanan akhirnya menjadi ketua kampung yang dibawahnya menjaga hampir 250 kepala keluarga!
Itulah yang mengagumkan saya mengenai sifat kepimpinan. Sesiapa sahaja mampu untuk mendapatkan nya HANYA JIKA mereka BERUSAHA!
'1% adalah BAKAT, 99% adalah USAHA'Ini adalah ungkapan yang selalu menjadi panduan saya.Jikalah benar orang itu sememangnya dilahirkan dengan bakat itu,Jikalah betul kepimpinan adalah anugerah tuhan,Tetapi kita TIDAK BOLEH menafikan USAHA seseorang untuk mendapatkan sifat ini.Jika sekali tidak dapat, usaha 10 kali,Jika 10 kali masih gagal, cubalah 100 kali!Insyaallah dengan usaha, doa dan tawakal, anda PASTI boleh menjadi PEMIMPIN!! 'The leadership instinct you are born with is the backbone. You develop the funny bone and the wishbone that go with it.'
Elaine Agather
Nota kaki:
1. Maaf karena lama menyembunyikan diri...terlalu banyak perkara yang ingin dilakukan akhirnya terabai bolg ni.
2.insyaallah akan cuba untuk kembali aktif di dalam dunia blogger memberikan idea-idea,menyampaikan aspirasi dan menyajikan perspektif yang baru untuk anda semua