Ngauman Harimau Malaya!!
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in Sukan | Posted on 12/18/2009 10:58:00 am
Salam perpaduan,
Setelah lama menunggu,
Bertahun usaha dan doa,
Akhirnya berakhirnya penantian 20 tahun dalam Sukan Sea buat semua penggemar bola sepak tempatan dengan kemenangan Harimau Malaya ke atas Vietnam 1-0 dalam pertandingan akhir semalam.
Walaupun menang hanya dengan gol bunuh diri Mai Xuan Hop pada minit ke 84,
akan tetapi menang tetap lah menang.
Sedih rasanya jika dilihat di 20 tahun ke belakang ini mengenai prestasi bola sepak di negara kita.
Kita kehilangan pemain-pemain berkaliber seperti pemain pada tahun 60-an seperti Mokhtar Dahari..
Kurang nya pemain-pemain versatile seperti pemain-pemain zaman 80-an seperti Dollah Salleh,
Akan tetapi dengan kebijakan jurulatih negara yang baru dan mungkin menjadi jurulatih bola sepak terbaik Malaysia yang penah ada buat masa sekarang sekarang, K. Rajagobal, berjaya membentuk pemain-pemain muda kita dan membawa bola sepak kita kembali kepada zaman kegemilangan.
Pemain-pemain muda kita seperti Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Idlan Talaha dan lain adalah anak didiknya K. Rajagobal untuk pemain kebangsaan Bawah-23, akhirnya di bawa ke tingkat nasional untuk memperkuatkan lagi squad kebangsaan akhirnya membawa dampak yang besar kepada permainan bola sepak negara kita.
Siapa sangka darah muda mampu untuk menggapai pingat emas dalam temasya sukan kali ini.
Lihat sahaja pasukan-pasukan yang telah mempunyai nama seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam akan tetapi TETAP kecundang di tangan tim kebangsaan kita.
Saya sebagai penggemar bola sepak berasa bangga atas kejayaan pasukan negara kita, jika dulu mungkin saya hanya melihat permainan-permainan bola sepak dari EPL dan Spanish League,
nak tengok permainan pasukan negara sekali-sekala atau apabila ada masa..
AKAN TETAPI,
jika beginilah prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan negara kita,
jangankan nak lihat di televisyen sahaja,
bahkan sanggup nak turun ke stadium..
mahal pon mahal lah..
asal dapat tengok pasukan kesayangan kita bertanding membawa nama negara dan bangsa.
Tahniah sekali lagi kepada pasukan kebangsaan kita dan tahniah kepada K. Rajagobal sebagai jurulatih yang sekali lagi membawa nama Malaysia harum di puncak ASEAN.
'AKHIRNYA SEMUA SEDAR BAHAWA MALAYSIA BOLEH'
semoge berterusan..aminn
moga konsistensi ini akan dapat dikekalkan..
amin (banyak2 kali)
salam..
spttnya bkn 'Malaysia Boleh'
Patutnya 'Malaysia Dapat'
Bolah dlm bhsa Melayu digunakn dlm ayt 'izin'- "boleh sy pnjam pensil?"
Dapat lak, merujuk kpd 'kemampuan'- "dia dpt ap yg dicita2 kn.."
tp pelik la pulak kalo tetiba nk jerit "Malaysia DAPAT" hehehehe..
nsr: sj2 komen..mperkasa bhsa Melayu..=) peace, no war!!!!!
muahahahahaha...
owh yekee???
satu masukan yang bru tuh..
terima kasih yeekkkkk
:D