VVIP BLOG INI

Mekanisme Baru Pencalonan YDP dan TYDP : Revolusi Ke Arah Demokrasi Terbuka

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 12/15/2009 01:41:00 am

Salam Perpaduan,

'Management Is Doing Things Right; Leadership Is Doing The Right Things.'

Peter F. Drucker

Alhamdulillah,
PKPMI-CB telah membuat kebijakan baru di dalam pemilihan YDP dan TYDP untuk sesi kali ini.
Sememangnya kami dari PKPMI akur dengan Perlembagaan PKPMI Pusat Fasal 20 dan 23 menyatakan bahawa pemilihan YDP dan TYDP hanya boleh dilakukan di dalam AGM.


Sehubungan dengan itu , kami pimpinan tertinggi PKPMI-CB mencuba untuk mencari ramuan dan formula yang baru supaya pemilihan YDP dan TYDP untuk kali ini lebih demokrasi dan terbuka.
Setelah dkaji dengan teliti, walaupun pemilihan tidak boleh dilakukan di luar AGM, tetapi TIDAK menyatakan di dalam mana-mana fasal bahawa pencalonan HARUS dilakukan di dalam AGM.

Oleh yang demikian, kami mengambil satu keputusan dan inisiatif yang lebih BERANI dan mungkin TIDAK PERNAH dilakukan sebelum kami, bahwa kami mahu pencalonan YDP dan TYDP kali ini dilakukan sebelum AGM bermula.

Keputusan yang kami lakukan ini di atas kesedaran bahawa:
  1. Kami mahu sistem demokrasi untuk kali ini adalah lebih terbuka.
  2. YDP dan TYDP yang dicalonkan lebih bersedia untuk memikul tanggungjawab dan telah memikirkan lebih awal program kerja yang ingin dibuat setelah mendapat jawatan dan amanah yang akan diberikan nanti.
  3. Adanya partisipasi secara langsung oleh SEMUA ahli-ahli PKPMI-CB dalam memilih YDP dan TYDP untuk sesi akan datang.


Mekanisme yang kami buat ini bukanlah satu perkara yang baru, kami mengadaptasikan mekanisme pencalonan yang dilakukan oleh semua parti-parti politik negara kita.
Contoh yang saya boleh berikan adalah seperti parti UMNO yang mencalonkan beberapa pemimpin untuk kerusi tertentu,
Sememangnya kita ketahui UMNO menggunakan sistem kuota tetapi telah dimansuhkan di dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.


Kami juga melakukan metode yang hampir sama tetapi kami akan melibatkan semua ahli-ahli PKPMI-CB untuk sama-sama mencalonkan YDP dan TYDP pilihan mereka.



'Sudah Tiba Masanya Untuk Kita Lebih Matang Dalam Pemilihan Pucuk Pimpinan'




Kami di sini tidak mahu pemilihan yang seterusnya hanyalah dimonopoli oleh segolongan pihak-pihak tertentu. Dengan ahli cawangan PKPMI yang terbanyak di seluruh Indonesia sebanyak 1200 orang,
sudah tiba masanya untuk membuat satu mekanisme yang lebih baik agar kepimpinan PKPMI-CB diambil oleh orang yang benar-benar mempunyai potensi dan mempunyai kesedaran dan tanggungjawab yang tinggi.


Di sini dilampirkan mekanisme yang telah kami rangka untuk pencalonan YDP dan TYDP PKPMI-CB


Fasal 1: Pencalonan

1.1: Pencalonan akan dilakukan sebelum AGM bermula
1.2: Setiap ahli PKPMI dikehendaki untuk mencalonkan SATU nama YDP dan TYDP
1.3: TIGA nama dengan jumlah undian tertinggi untuk kerusi YDP dan TYDP akan diambil
1.4: Mahasiswa yang SAMA boleh dicalonkan di dalam kedua-dua jawatan tersebut.
1.5: Calon tidak boleh dipilih di kalangan pelajar angkatan 2009

Fasal 2: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

2.1: SPR akan dilantik oleh PKPMI untuk mengelola proses pencalonan
2.2: SPR akan membuat kertas-kertas pencalonan dan mencari mekanisme untuk mendistribusikan kepada semua ahli PKPMI
2.3: SPR akan membuat proses pengiraan undi pencalonan
2.4: Untuk membuktikan ketelusan SPR, pihak SPR mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana ahli PKPMI untuk memantau pengiraan undi.


Fasal 3: Pewartaan Nama Calon

3.1: Setelah proses pengiraan undi, SPR akan mewartakan nama TIGA calon YDP dan TYDP
3.2: SPR WAJIB untuk memastikan setiap ahli PKPMI mengatahui siapakah pelajar-pelajar yang telah dicalonkan
3.3: Proses pewartaan calon hendaklah dilakukan selewat-lewatnya SEMINGGU sebelum AGM bermula.
3.4: Pemberitahuan nama-nama calon boleh dilakukan melalui penampalan nama-nama calon di papan notis atau pemberitahuan di dalam kelas kelas-kelas setiap angkatan
3.5: SRP perlulah memberitahu kepada pelajar-pelajar yang dicalonkan bahawa nama mereka telah dicalonkan oleh ahli-ahli PKPMI

Fasal 4: Pengunduran Diri Sebagai Calon

4.1: Pelajar yang dicalonkan berhak untuk mengundurkan diri mereka daripada dicalonkan.
4.2: Calon perlulah berjumpa dengan ketua SPR dan menyatakan pengunduran diri sebagai calon dalam masa DUA hari setelah nama mereka dicalonkan
4.3: Pihak SPR akan mencari nama-nama untuk pencalonan baru berdasarkan jumlah undian yang telah dilakukan sebelum ini.
4.4: Jika tidak ada lagi nama-nama calon dalam proses pencalonan sebelum ini, jumlah pencalonan dengan sendirinya akan dikurangkan menkadi dua dan seterusnya.

Fasal 5: Kempen

5.1: Calon dibenarkan untuk berkempen setelah nama mereka dicalonkan.
5.2: SPR TIDAK AKAN mengelola jadual kempen calon.


Fasal 6: Pemilihan YDP dan TYDP

6.1: Pemilihan YDP dan TYDp akan dilakukan di dalam AGM bersesuaian dengan Perlembagaan PKPMI Pusat dalam Fasal 20 dan Fasal 23.
6.2: Calon akan diberikan masa untuk memberikan sedikit ucapan terakhir sebagai usaha terakhir untuk mendapat undi daripada ahli.
6.3: Untuk mereka yang namanya dicalonkan di dalam kedua-dua pencalonan. Jika namanya dipilih menjadi YDP maka dengan sendirinya pencalonan TYDP akan dibubar.
6.4: Segala proses pengundian akan dikelola oleh SPR yang telah dilantik sebelumnya.

Comments (0)