VVIP BLOG INI

Membentuk Kualiti, Mengekalkan Prestasi

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 12/28/2009 01:08:00 am



Salam Perpaduan,



"Education Is The Key To Unlock The Golden Door Of Freedom"
George Washington Carver




Gambar hiasan: Pelajar Tingkatan 3 yang baru mengambil keputusan PMR


Baru sahaja adik-adik tiga tingkatan 3 mendapat keputusan pepriksaan PMR mereka pada hari khamis yang lalu..
Seperti biasa adat di dalam peperiksaan, yang yang mendapat keputusan yang bagus ada juga yang tidak,
Meloncat-loncat dan berpelukan lah dengan kawan sendiri yang dapat bagus tu dan pada masa yang sama yang dapat tidak bagus menangis menyesal tak sudah.
Ada juga yang langsung tak percaya bila tengok keputusan sebab tak belajar pon boleh dapat bagus.
Nasib masing-masing, kadang-kadang tak boleh nak jangka

Tahniah buat mereka!!


Seramai 28,188 pelajar atau 6.37 peratus daripada 442,721 calon memperoleh semua A berbanding 26,378 tahun lalu.
Nilai Gred Purata Nasional (GPN) peperiksaan itu juga bertambah baik tahun ini iaitu 2.78 berbanding 2.83 tahun lalu.
Semakin lama semakin ramai adik-adik kita yang mendapat nilai yang bagus.

Ini menunjukkan bahawa betapa anak-anak muda yang semakin sedar bahawa betapa pentingnya untuk menuntut ilmu.

Hanya dengan ilmu barulah kejayaan dapat dicorakkan,.

Kita sekarang sudah berada di zaman globalisasi, siapa yang mempunyai ilmu maka dialah yang akan berada di puncak.


TETAPI


Adakah dengan prestasi yang ditunjukkan ini dengan segala macam statistik yang ditunjukkan melambangkan landskap sebenar sistem pendidikan kita?


"Apa Yang Kita Mahukan Adalah KUALITI bukan KUANTITI"

Ini bagi pendapat saya adalah perkara yang paling penting.
Inilah realita sebenar keadaan pelajar-pelajar di negara kita.
Fokus saya bukan hanya kepada pelajar PMR tetapi semua peringkat pendidikan dari sekolah rendah hinggalah universiti.
Walaupun banyak mendapat nilai yang bagus akan tetapi dalam beberapa perkara masih juga ketinggalan berbanding pelajar-pelajar di negara yang lain..

Mengapa ini berlaku??


Sejak saya menuntut di Indonesia, saya banyak memerhatikan budaya masyarakat di sini terutamanya mahasiswa mereka.
Banyak perkara-perkara yang telah membuka mata dan minda.

Di sini saya cuba merangkumkan kelemahan-kelemahan yang ada pada mahasiswa kita:


1. Kebanyakan pelajar kita tidak versatile: Pelajar yang bagus dalam pelajaran HANYA menumpukan sepenuhnya dalam pelajaran sehinggakan tidak mahu untuk berkecimpung dengan kegiatan luar.

2. Malu untuk berbicara: Jika diminta untuk ke hadapan, hanya beberapa orang sahaja yang berani. yang lain semua 'menikus' di belakang.


3. Kurang enthusiasime: Kurangnya minat untuk mengatahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Hanya menghafal apa yang diajarkan dan apa yang ada di dalam buku teks daripada cuba untuk memikirkan mengapa perkara tersebut terjadi.


4. Kurang terdedah dengan kerja lapangan: Secara teorinya memang tak akan dinafikan pelajar kita hebat,tetapi apabila berada di lapangan ternyata tidak ramai yang mampu melakukan dengan baik.


5. Kurang bersosial: Hanya mahu berada dalam kelompok yang mereka rasakan selesa daripada cuba untuk membuka 'social networking'. Ini sebenarnya penting apabila mereka memasuki alam pekerjaan.


6. Tidak berani melahirkan pendapat dan aspirasi : Jika ada yang bertanyakan pendapat atau memberikan komen, semua pun malas nak bagi. Lagilah pula jika guru di depan dan ramai pula rakan-rakan kita pada waktu itu. Bila di minta untuk memberikan idea-idea, tak ramai yang mahu memberikan.Lebih banyak yang hanya mendiamkan diri.


7. Kurangnya sifat kepimpinan : Kebanyakan mereka tidak berminat dalam kepimpinan. Namun, mereka lupa bahawa profesyen yang mereka akan ceburi nanti pun sebenarnya menuntut sifat kepimpinan yang ada dalam diri mereka. Jika tidak ada pembentukan sejak muda.Bila lagi?



Jika saya nak ulas satu-satu, panjang ceritanya nanti. Ini beberapa kelemahan yang saya dapat perhatikan pada pelajar-pelajar kita.
Saya TIDAK katakan SEMUA begitu tetapi kebanyakannya begitu.

Ini memang kenyataan yang bagi saya pahit untuk saya telan tapi mahu tak mahu, nak tak nak kita kena hadapi.


"Tibalah Masa Untuk INTROSPEKSI Diri"


Mari kita berfikir sejenak mengenai situasi yang ada.
Benar banyak graduan yang telah dilahirkan, tetapi berapa banyak di antara mereka yang mampu berjaya sampai ke peringkat tertinggi?


Berapa ramai graduan kita yang masih lagi tidak mempunyai pekerjaan kerana hanya mengharapkan adanya peluang kerja yang dibuka oleh kerajaan?

Mengapa tidak mereka cuba melihat peluang dan ruang yang ada dan cuba untuk membuka perusahaan sendiri dengan menggunakan apa yang telah mereka pelajari?


Mengapa masih tidak banyak penelitian-penilitian daripada anak muda kita yang mampu diketengahkan di peringkat antarabangsa?
Apa yang kita lihat kita masih lagi mengimport barangan atau hasil di luar negara.

Adakah kita tak dapat nak cipta sendiri?

kan sepatutnya dengan ilmu yang telah kita pelajari secara logik akalnya kita mampu untuk untuk berdiri sendiri.
Tidak perlu kita bergantung dengan orang lain.
kan begitu?

Mungkin pendapat saya ni salah, jika benar saya salah maka TUNJUKKAN bahawa sebenarnya anak tempatan mampu untuk melakukannya.

Jangan hanya slogan dilaung-laungkan tapi bagaikan tin kosong, ketuk-ketuk bunyi sahaja yang kuat.

Tidak ada ruginya jika semua anak-anak muda kita berjaya.

Semua ini adalah demi agama,bangsa dan negara.

Jika tak mahu berfikir sejauh itu, lakukanlah demi diri sendiri dan keluarga.
Itu pun sudah lebih dari cukup.


"One Secret Of Success In Life Is For A Man To Be Ready For His Opportunity When It Comes"
Benjamin Disraeli



Marilah kita ubah diri kita dan melakukan anjakan paradigma.
Benar ilmu pengatahuan itu penting tetapi dalam kehidupan ini masih ada kualiti yang lain yang perlu kita kembangkan.
Hidup ini hanya sekali, jangan sekali kita sia-siakannya


"Bentuk KUALITI, Kekalkan PRESTASI"


Sekian.



Comments (0)