VVIP BLOG INI

Politik Dan Agama

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 1/19/2012 08:46:00 pm

 
 
Saya masih teringat waktu kecil-kecil yang seronok.. apabila ustaz dan ustazah mengajar kami apa itu Islam, buka mata kami mengenai Islam yang sebenarnya. Diajarnya kami cara solat, doa-doa lazim, sedikit hukum hakam agama, akhlak menjadi seorang Islam yang baik dan pelbagai lagi.

Bila ingat kembali ustaz ustazah bertengkar kecil sesama mereka, berbeza pendapat mengenai cara solat yang betul, masing-masing punya cara masing-masing tapi dua-dua mereka tidaklah salah, ingat sahaja tergelak..Ustaz ustazah ku berusaha untuk mengajar kami yang terbaik dalam kami mengenal Islam..

Sekarang sudah meningkat dewasa, sesuatu yang baru dipelajari, agama ini banyak yang dikaitkan dengan politik, tidak kira apa sahaja isu berkaitan agama.. pasti ada politik terkait sama, perbezaan agama mengikut fikrah politik seseorang, kadang-kala padangan berkenaan agama itu terkongkong dengan fikrah yang dipilihnya. Aneh...ingatkan Islam ini seperti Islam yang saya pelajari waktu kecil dulu..rupanya salah sangkaan, besar pula tu...

Agama dan politik tidak boleh dipisahkan? Pandangan ini tidaklah saya nafikan sepenuhnya, cuma apa yang diperhatikan politiknya yang lebih ditonjolkan daripada agamanya, hinggakan terkeluar dari isu yang asal yang dibangkitkan..boleh kita lakukan demikian? Atau kerana politik dan agama tidak terpisahkan?

Agama dan politik, mana batasnya? Yang mana diutamakan? Setiap individu punya berbeza pendapat mengenai perkara ini. Yang bijak menilai patut tahu agama kah atau politiknya kah yang patut kita junjung hingga hayat di kandung badan...

p/s: Beberapa pandangan mengatakan Rasulullah juga BERPOLITIK.. soalan saya adakah cara politiknya Rasullah seperti politik sekarang ini? Atau sebenarnya apa yang Rasulullah lakukan adalah BERDIPLOMASI?

Comments (4)

salam..nabi itu adalah kekasih allah. tapi allah "sampai hati" tengok nabi "terseksa" demi agamaNYA..pendek kata,biar nabi susah janji agama tak "berkurang"..kalau anda tengok orang sanggup "kurang"kan agama tapi tembolok sendiri kita tak berani kurangkan..inilah politik..agama jadi kurang,gaji kita sama jugak(tapi kita ngaku sebagai pejuang agama)..lepas tu kita kata ini pengorbanan..abu bakar umar ali malah nabi saw sendiri meniggal dunia dalam keadaan betul2 miskin,bukan "buat2" miskin..usman pula memang dah kaya raya dari kecil..inila tanda nabi dan sahabat sedang buat agama bukan politik(sebelum atau semasa jadi menteri@ketua)..dalam agama takda keuntungan diri..malah diri lah yang akan rugi untuk agama jadi untung,tak caya tengok nabi dan sahabat..kalau tak tengok nabi kita nak tengok sapa lagi?salam n walahuaklam tuan.(nak lebih paham cari jemaah yg belajar agama dgn sunnahnya nabi saw,insyaallah)

..di pendekkan..dalam agama tiada politik..kalau tak setuju terpulang,tak mengapa sekadar berkongsi..salam n walahuaklam.

sy meraikan pandangan sesiapa shj, :)

Assalamualaikum.. bro.. saya bukanlah ulama yang mengetahuai apa itu hukum agama dan ilmu stkt saya pegang hanyala setitik air laut di lautan luas.. bg saya, agama dan politik tidak lari dari satu sama lain. politik plays arole in a government interm of electing and ruling. Sebagai contoh sebagai seorang muslim, sifat2 mazmumah perlu dihindari dan sifat2 mahmudah perlu diterapkan...politik menetapkan pemimpin2 yang bakal menerajui kerajaan kita dan berlandaskan hukum agama, pemimpin yang berwibawa dapat dilahirkan. even, berlandaskan hukum agama juga perundangan kerajaan pusat memberi pengaruh. jadi, agama dan politic is consider unseparable. :D