VVIP BLOG INI

Si Nenek Tua..

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 1/24/2012 06:35:00 am


Pulang ke rumah, hujan rintik-rintik lagi, turun sahaja dari angkut mahu cepat-cepat sahaja sampai rumah... Tak pandang depan terus mempercepatkan hayunan kaki... diri terhenti, kerana di depan seorang nenek tua yang berjalan perlahan, dengan badan agak membongkok.. kaki pula sedikit terseret apabila berjalan.. nak dipotong nenek tak boleh kerana ada dua batang tiang yang mengecilkan lorong.. sekeliling jalan tertakung air separas buku lali

Hati mula rasa nak marah, sudahlah hujan, bawa beg sudahlah berat dengan laptop, badan pula penat baru selesai kuliah di hospital... orang tua di depan ni jalan lembab pula tu...

Tiba-tiba hati terdetik, otak ini membayang nenek tua di depan sebagai diri sendiri bila waktu tua nanti..."eh? waktu tua nanti aku macam ni ke? Jalan terbongkok-bongkok, kaki digagahi juga melangkah walaupun rasa nak tercabut sendi lutut... Nak marah nenek lambat berjalan, nanti aku tua, adakah orang akan marah aku macam ni?"

Sayu dengan diri... lupa bahawa diri sendiri juga akan tua suatu hari nanti, agaknya bagaimanalah perasaan si nenek ini jika tahu orang muda belia di belakangnya ini sedang memarahinya? Hanya kerana diri sudah dimamah usia sebegini?

Aku berhenti.. membiarkan nenek melewati jalan antara dua tiang itu, setelah nenek lalu, baru melangkah kaki kembali...

Comments (4)

asalammualaikum tuan..apakah fikir dan risau yg betul dan allah suka?fikir dan risau yg betul dan allah suka adalah fikir dan risaukan agama(iman diri sendiri dan org lain)..inilah yg nabi saw buat,ajar pada sahabat r.a dan kita semua..salam n walahuaklam..

sabar dan kena selalu ingatkan diri sendiri

Anon (14:21) : terima kasih, nasihat yang baik, :)

cute owen : benar, sabar... mudah disebut tetapi utk melakukan tak semudah yang dikatatakn