Manchester Derby: Hail Paul Scholes!!
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in Bola , Sukan | Posted on 4/17/2010 10:15:00 pm
Salam,
Baru sahaja tadi berlangsung pertandingan derby di antara Man Utd dengan Man City. Yang pasti semua sudah tahu bahawa kedua-dua pasukan adalah seteru tradisi yang telah lama berentap untuk mengatahui siapa jagoan di Manchester.
Kebiasaan dalam pertandingan derby adalah kekerasan pasti akan berlaku dalam pertandingan. Semangat juang kedua-dua pasukan yang meningkat secara maksimum yang ingin memastikan kedua-dua pasukan menang dalam pertandingan ini.
Secara keseluruhan, pertandingan setara di antara kedua-dua pasukan. Mereka masing-masing memperoleh beberapa peluang untuk menyumbatkan gol.
Bagi Man Utd, perlawanan ini merupakan satu perlawanan yang sangat penting. dengan berbaki empat perlawanan dan beza dengan Chelasea adalah sebanyak 4 poin. Mereka perlu mengincar kemenangan supaya masih terus kompetetif dalam usaha untuk merebut gelaran juara.
Dalam perlawanan ini dapat kita lihat kelibat Wayne Rooney walaupun masih lagi dibelengu oleh kecerderaan. Perlawanan dilihat seperti sedikit hambar kerana peluang untuk menyumbat hanya datang beberapa kali sahaja. Tidak seperti perlawanan yang lepas di mana kedua-dua pasukan berjaya memperroleh beberapa gol dan akhirnya kemenangan berpihak kepada Man Utd dengan gol minit-minit akhir oleh Owen.
Teves yang bagi aku masih lagi menyimpan perasaan tidak puas hati dengan pasukan lamanya dilihat dikawal ketat oleh pertahanan kebal Man Utd. Teves tidak berjaya untuk mencipta peluang dalam perlawanan ini. Dan begitu juga dengan penjaring pada perlawanan lepas, Bellamy, dikawal supaya tidak membuat larian-larian deras yang pada perlawanan lepas berjaya melepasi Ferdinand untuk mencetak gol.
Rooney dikeluarkan pada seperempat perlawanan dan diganti oleh Berbatov. Aku rasa kecerderaan Rooney masih lagi belum pulih sepenuhnya dan kerana itu diganti oleh Ferguson. Ada beberapa kekasaran yang dilakukan oleh pemain Man City terhadap Rooney. Ditakutkan foul-foul yang sengaja pemain Man City lakukan terhadap Rooney akan menerukkan lagi keadaan dia.
Perlawanan kali ini bagi aku berjalan dengan baik tidak seperti perlawanan yang sebelumnya. Bagi aku, mungkin kerana pemain-pemain Man City adalah muka-muka baru yang dibawa masuk oleh Mancini maka semangat derby itu masih belum kuat lagi dalam hati.
Walaupun sudah masuk minit-minit akhir perlawanan, masih lagi seri 0-0. Pada minit ke-3 masa tambahan, satu kejutan daripada Man Utd apabila Evra membuat hantaran silang di kawasan D dan Paul Scholes menanduk masuk bola ke gawang Man City! Penjaga gol Man City dan juga bekas pemain Newcasle Shay Given tidak dapat menyelamatkan gawang.
Syabas Man Utd!! Harapan untuk mendapat takhta juara EPL masih lagi terbuka untuk Man Utd. Tahniah juga kepada Paul Scholes, walaupun telah lanjut dimakan usia tapi taring masih lagi berbisa!!
MENGINCAR MAHKOTA JUARA!!!
sekian......
Comments (0)
Post a Comment