VVIP BLOG INI

PEMIMPIN UMNO PERLU BERI PELUANG KEPADA GENERASI MUDA NEGARA!!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 8/04/2010 11:18:00 am

1

Salam,

Orang selalu kata generasi muda adalah pelapis kepimpinan negara. Orang selalu sebut yang generasi muda perlu diberikan pendedahan kepada dunia kepimpinan supaya mereka dapat ambil alih peranan yang dimainkan orang lama.

Akan tetapi, realitanya sekarang, adakah proses itu berlaku? Adakah anak muda kita diberikan kesempatan untuk meneruskan kerja-kerja pemimpin-pemimpin yang telah ada? Adakah belia diberikan peluang untuk mempelajari selok-belok kepimpinan negara?

Untuk kita membentuk pemimpin muda dan berkualiti dan berwibawa, sudah wajarlah mereka turut diberikan kesempatan sama menggalas beban kepimpinan yang ditanggung oleh pemimpin sedia ada. Kita tidak mahu orang kata negara kekurangan orang-orang yang hebat untuk diketengahkan. Kita tidak ada pemuda yang berwawasan untuk kita naikkan sebagai pemimpin masa depan.

Mana tidaknya, jika untuk membuat satu-satu program juga, mereka masih lagi bergantung harap kepada pakcik-pakcik mereka untuk membantu. Masih lagi tak tahu bagaimana nak bentuk program. Tak tahu macam mana nak mencari dana. Tak reti nak berhubung dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk membantu mereka dalam sesuatu acara yang mereka mahu anjurkan. Jika sekarang mereka tidak diberikan pendedahan, bila lagi?

Pro-kerajaan menyelar pro-pembangkang yang pemimpin pembangkang mengamalkan "cah keting". Dan memang terbukti bahawa itu berlaku. Satu persoalan aku, adakah pemimpin pro-kerajaan tidak melakukan perkara yang sama?

Kita lihat sahaja betapa ramai sosok-sosok profesional yang menyertai pro-pembangkang atas sebab mereka telah diketepikan oleh pemimpin yang ada dalam kerajaan. Adakah kita masih lagi hendak menafikan fakta ini? Lihat sahaja barisan kepimpinan mereka, jangan lihat pemimpin yang di atas sahaja, lihat secara kolektif, dan jika aku salah buktikan kepada aku. Banyak pemimpin-pemimpin berbakat yang mempunyai pemikiran baru dan kritikal tidak diambil oleh pemimpin, kerana apa? Tepuk dada tanya lah diri....

UMNO perlu berubah, BN perlu menukar strategi. Untuk memenangi hati rakyat, semua golongan masyarakat perlu diambil berat oleh pimpinan. Jangan ketepikan mereka. Jangan menolak idea-idea perubahan mereka. Jangan takut untuk memberikan peluang kepada mereka. Jangan takut jawatan kita itu akan diganggu gugat oleh pemimpin muda ini. Sampai bila kita nak pegang jawatan? Satu masa perlu dicari pengganti juga.

Aku tidak menunjuk mana-mana pihak. Apa yang aku harapkan supaya mentaliti pemimpin sekarang diubah untuk membawa kebaikan untuk rakyat. Aku mendengar dari pelbagai pihak yang anak muda kurang mendapat perhatian. Mereka mahu menyalurkan kudrat dan pemikiran tetapi ditolak mentah-mentah.

Cadangan aku, apa yang boleh dilakukan oleh pemimpin UMNO dalam menggilap bakat-bakat muda ini adalah dengan dari sekarang memberikan tunjuk ajar kepada mereka bagaimana untuk menjadi pemimpin yang berjiwa rakyat.

Berikan tunjuk ajar bagaimana nak merangka program-program yang bermanfaat. Beri cara bagaimana untuk mencari dana untuk program. Beri pendedahan bagaimana mahu menjalankan aktiviti dengan lancar. Beri jalan bagaimana mahu menghubungi orang-orang yang berkaitan.

Pemimpin UMNO juga perlu memberikan jalan-jalan bagaimana caranya untuk menghubungi dan membuat kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang ada. Mereka harus tahu bagaimana untuk menggunakan segala kemudaha  yang sebenarnya ada di depan mata mereka. Actually, a few calls can make things happen. What they must learn is how to reach them.

Tubuhkan persatuan belia di tempat masing-masing. Dan penubuhan itu bukanlah satu medan untuk mempergunakan mereka tetapi untuk memberikan pendedahan awal mengenai kepimpinan. Mereka harus tahu bagaimana nak memimpin sejak dari muda lagi. Barulah kita boleh membentuk generasi belia yang matang dan berpengalaman. Jangan pula tubuh persatuan belia, tetapi tidak ada panduan daripada orang lama. Jika macam tu, tak perlu penat-penat nak buat, habiskan masa dan tenaga.

Harapan aku, pemimpin sekarang perlu lebih terbuka dalam melahirkan anak-anak muda yang mampu menerajui kepimpinan tidak kira di peringkat kampung, cawangan, bahagian, daerah, negeri ataupun negara. Jangan kita ketandusan pemimpin, bagaimana negara mahu maju jika perkara ini dibiarkan?? Mungkin tiba masanya untuk kita memikirkan perkara ini....


Dato Sharkar Shamsudin


p/s: Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada ADUN Lanchang, merangkap Exco Negeri Pahang dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato Sharkar kerana memberi peluang kepada kami untuk membuat satu program yang bermanfaat kepada masyarakat. Sekarang terbuka luas mata dan pandangan kami bagaimana caranya untuk membuat kerjasama-sama dan berhubung dengan masyarakat. Dan aku harap agar semua belia kita dapat diberikan peluang yang sama seperti mana yang kami telah dapat sekarang.





BERI PELUANG!!!



Sekian....





Program Tautan Budi 2010 Anjuran PKPMI Dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Pahang !!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 8/03/2010 01:30:00 pm

2

Salam,






Kami daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) julung kalinya telah menganjurkan program bakti siswa yang kami namakan sebagai Program Tautan Budi 2010 (PTB'10) di negara tercinta Malaysia.

Program ini kami lakukan dengan kerjasama kerajaan negeri Pahang. Program ini dilakukan di dua kampung iaitu kampung Paya Pulao dan kampung Padang Lalang, Temerloh.

Program ini dapat kami laksanakan atas sokongan dan bantuan daripada Exco Negeri Pahang merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pahang, Dato Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin. Beliaulah yang membantu kami dalam mencari dana buat kami dan akhirnya program ini menjadi realiti.

Program ini bermula pada 6hb Ogos sehingga 8hb Ogos. Pelbagai aktiviti yang akan kami lakukan bermula daripada pemeriksaan kesihatan, kempen susu ibu, motivasi pelajar, pemberian hadiah kebajikan sempena memasuki bulan Ramadhan, program bersama JKK, kenduri kampung, forum perdana dan malam ramah mesra bersama UMNO bahagian Temerloh.

Yang mungkin menjadi kelainan dalam program kami ini adalah kenduri kampung yang mana seekor lembu akan ditumbangkan dan kami bersama dengan orang kampung, memasak dan akan makan beramai-ramai sewaktu program forum perdana malam itu nanti. Sudah pasti hubungan antara kami pelajar dan juga orang kampung akan menjadi lebih rapat lagi.

Apa yang kami sebagai pihak penganjur mengharapkan agar program ini berjalan lancar dan kami harapkan yang kesemua peserta akan berpuas hati dengan progran yang diadakan. Ini merupakan satu peluang buat kami pelajar malaysia di indonesia untuk turun padang bersama-sama mencurahkan bakti kami kepada masyarakat. Marilah kita sama-sama doakan kelancaran program ini. Amin...


p/s: kepada media dan blogger yang mahu buat coverage program ini sangatlah dialu-alukan..boleh juga berjumpa dengan blogger-blogger seperjuangan lain terutamanya blogger yang ada di Pahang.. :)




PTB '10!!!!





Sekian...



||Aku Pemikir|| YANG PATAH TULANG BELAKANG!!! PENGALAMAN YANG TAK DAPAT DILUPAKAN SEUMUR HIDUP!!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 8/02/2010 09:15:00 pm

19

Salam,

Sudah hampir seminggu aku tidak mengemaskini blog. Dengan program persatuan yang akan kami akan anjurkan di Malaysia (insyaallah akan aku beritahu kemudian) dan juga aku sendiri telah mendapat kemalangan yang tidak disangka.

Kata pepatah orang tua, "Malang Tidak Berbau". Jangan cuba-cuba nak hidu, pasti tak akan berjaya juga. Begitulah nasib aku pada hari khamis lepas.

Aku ke Temerloh untuk satu pertemuan membincangkan program yang akan kami lakukan. Kalau nak diingatkan kembali, lawak pun ada, kelakar pun boleh tahan jugak. Ini semua gara-gara banyak sangat tengok filem hindustan!!hahaha

Al-kisahnya, setelah aku pulang daripada pertemuan itu, waktu menunjukkan jam 7pm, dan aku masih lagi belum bersolat. Aku cuba nak mencari masjid terdekat, takdir Allah, hujan lebat pula ketika itu. Aku cuba nak mencari surau mana-mana. Kebetulan sebelum tu, aku ternampak sebuah surau di dalam satu bangunan dua tingkat yang sedang direnovasi. Renovasi dilakukan di tingkat satu, dan surau pula di tingkat dua.

Sebab waktu pun dah semakin suntuk, aku redah sahajalah masuk ke bangunan itu tanpa kebenaran. Sedang aku sembahyang, terdengar tingkat bawah seperti ada yang menutup pintu bangunan tersebut. Selesai aku solat, aku turun ke bawah nak keluar, barulah aku sedar yang pintu telahpun dikunci.

Apa lagi, gelabahlah nak cari pintu keluar. Mula-mula ke tingkat dua, lihat di luar tingkap, tiada pula jalan keluar di situ. (ingat nak la jugak buat aksi stunt macam kat filem berjalan kat tepi-tepi bangunan, salah langkah tak de lah aku kat dunia ni lagi..huu~~)

Aku cuba pula turun ke tingkat satu, mencuba nasib masuk ke ruangan renovasi tadi, seperti biasa lihat ke bahagian tingkap, mencari-cari manalah tempat strategik untuk aku keluar. Setelah buat survey awal, nampak lah dua jalan keluar.

Jalan pertama, aku nampak di sebelah tingkap ada van securityforce (boleh bayangkan? van yang orang bawak duit tu). Niat di hati, keluar dari tingkap, lompat ke bahagian atas van dan terus turun.

Jalan kedua, aku nampak satu lagi jalan. Kalau boleh korang bayangkan, selalunya jika orang nak turunkan beg pasir atau simen, orang akan buat seperti gelongsor daripada tingkap hingga ke tingkat bawah. Cumanya gelongsor itu hanya sehingga separuh tingkat sahaja, separuh lagi ke lompat.

Setelah timbang-timbang, aku ambil jalan kedua. Aku gagahi jugak menggelongsor ke atas papan tu, berdoa jugak jangan la papan tu patah, waktu gelongsor ok lah, tak ada masalah, sampai di hujung papan, aku lihat ke bawah, nampak macam dah tak berapa tinggi..apa lagi..aku pun melompat....


*Dukkkk* Yang aku tahu dan sedar, tulang belakang aku dah sakit!!menggelepar di tanah!! Barulah aku perasan yang kaki aku tak cukup kuat waktu lompat dan punggung aku yang jatuh ke tanah. Daya tu semuanya ditampung belakang aku...tersadai aku dalam hujan selama 20 minit.

Sakitnya Allah sahajalah yang tahu.... aku bangun juga dan langsung ke terminal bas yang tak jauh dari situ..aku pun dah beli tiket bas ke Kuala Lumpur jam 8pm. Ada seorang pak cik ke arah aku dan menanyakan aku jika aku nak ke klinik yang tak jauh dari sini. Pak cik tu dah cuak dah lihat muka aku pucat lesi. Aku kata kat pak cik tu yang aku nak pulang ke KL dulu..kalau betul nak ke klinik lebih baik di KL, ada juga yang nak jaga aku.

Naiklah aku bas dengan keadaan sakit belakang..tak tahu lah macam mana nak gambarkan kesakitan aku tu, biarlah aku dan Allah sahaja yang tahu. Tak reti gak nak cerita..hoho

Sampai di terminal, teman wanitaku ambil aku di Pekeliling dan hantar aku ke HKL. Setelah 3 jam tahan sakit barulah aku ke hospital, di sana pun kena lagi tunggu 1jam setengah...hospital kerajaan kan, memang paham lah, kena ambil giliran, itu pun kira ok lah tak berapa ramai orang (kate GF aku ah, dia praktikal di sana).

Masuk ke bilik, boleh lah pulak dokter yang nak rawat aku ni buat lawak...haih~ aku tengah sakit, memang tak la nak melayan. Terus aku diberikan suntikan tahan sakit dan x-ray. Dokter minta x-ray tulang belakang aku. Waktu di x-ray, abang yang ambil x-ray tu kata mungkin tak ada apa-apa. Agak legalah. TAPI..bila jumpa dokter dengan best nya dokter kata tulang belakang aku patah!!!! MAK AIH!!! TERKEJUT BERUK AKU!!!

Langsung aku kena ke bilik kecemasan tahap kedua (bilik kuning) untuk pemeriksaan lanjut. Kes aku dibawa ke specialist tulang (orthopedik). Dokter  mendiagnosa aku 'COMPRESSION FRACTURE AT L1'..Maksudnya aku patah tulang di bahagian bawah... Seriau la pulak dengarnya...haih~~

Aku dimasukkan ke wad selama 4 hari. Mereka nak lihat jika aku akan ada ganguan saraf tunjang (neurological problem) akibat dari tulang belakang aku yang patah tu... Nasib aku masih baik, mujurlah tak apa-apa... syukur Alhamdulillah...

4 hari aku berada di wad membuatkan aku belajar banyak perkara. Aku dapat melihat bagaimana sistem di hospital kita di Malaysia. Jika kita sebagai dokter mungkin kita terlepas pandang. Apabila aku menjadi pesakit, barulah aku tahu ada lagi yang perlu diperbaiki mengenai sistem hospital kita.

TIdaklah aku mahu untuk huraikan lebih panjang lagi apa kelemahan yang telah aku kenal pasti. Cukup aku sahaja yang tahu, dan AZAM AKU jika ada rezeki mungkin menjadi Pengarah Hospital mana-mana insyaallah, apa yang aku telah lihat dan alami akan AKU UBAH!! Bagi aku itu LEBIH PENTING dari hanya tahu nak kata buruk, bukannya akan selesaikan masalah.

Cumanya mungkin aku nak menimbulkan kesedaran kepada semua pegawai kesihatan yang perkhidmatan hospital di negara kita perlu diperbaiki. Aku sengaja tidak minta untuk masuk ke wad Kelas 1. Aku masuk ke Kelas 2 dan 3. Dan waktu itu barulah aku tahu bagaimana keadaan pesakit kita di dalam wad tersebut.

Cukup setakat itu komentar aku mengenai perkhidmatan hospital kerajaan kita. Seperti yang aku kata, yang penting menyelesaikan masalah, bukan membesarkan lagi masalah tersebut. Mahu tak mahu inilah profesi yang pilih, jadi adalah menjadi tanggungjawab aku dan segenerasi denganku untuk mengubah apa yang kurang dan aku pasti rakan segenerasiku sependapat dengan apa yang aku cakapkan ini.

Masuk kembali kepada cerita aku, aku pulang hari ini dan jadilah aku 'robocop' sementara kerana harus memakai Jewett Brace selama 2 bulan. Aku berharap tak ada lah apa-apa yang buruk akan berlaku. Macam aku kata, bila fikirkan balik memang nak gelak besar..inilah padahnya jika rasa kita pun boleh jadi seperti hero Tamil, Rajnikhan...huhuhu...

Aku ada minta GF aku untuk menangkap gambar pengalaman aku dari mula hinggalah aku keluar... rugi jika tidak dilestarikan...pengalaman sekali seumur hidup kut...huhuhu




Waktu di yellow zone, kena pakai cervical collar keana nak pastikan cervical spine tak ada kecerderaan.

Orang yang telah bawa aku ke hospital, teman aku sehingga 5 pagi sampai aku di masukkan ke wad..huuu~~



Setelah pasti tak de kecerderaan,tukar kepada soft cervical collar...waktu ni dah masih wad dah..









Orang yang setiap hari menjaga aku waktu aku di wad..thx my querida... :)

Yang di badan aku itu lah dipanggil Jewett Brace.. aku kena pakai selama 2 bulan, tak boley degil-degil..keh keh keh..beli pun mahal..RM820 satu..fuhhh!!


Gambar lumbar spine aku, tak tahu la boleh nampak ke tak...



p/s: Jika ada pegawai kesihatan yang mahu menanyakan apa masalah yang telah aku lihat, bolehlah email kepada aku, benda ni kita bincang secara 'private'...mungkin ada yang mahu mengubah dari sekarang.. insyaallah...





PENGALAMAN!!!




Sekian...










Artikel: Bisakah 1BAHASA Manjadi Elemen Utama Membentuk 1BANGSA ??!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 7/22/2010 02:57:00 pm

1

Salam,

Akhirnya tamat sudah tahun teori aku di bumi Jatinangor ini. Setelah 4 tahun berhempas-pulas mengingati segala jargon-jargon medis dan pelbagai penyakit, sekarang sudah tiba waktunya untuk aku melangkah ke tahun praktikal pula selama 2 tahun di hospital.

Sekarang yang paling penting bukan lagi berapa banyak ilmu di dada yang telah aku hafal tetapi ilmu kedokteran itu meluas dan memerlukan seni tertentu untuk mengusai nya dengan baik. Seni inilah yang perlu aku kembangkan supaya pada masa akan datang dapatlah aku menjadi seorang doktor yang benar-benar merawat pesakit bukan sahaja dengan ilmu yang telah ada di hujung jariku akan tetapi perlu aku rawat pesakitku dengan 'hati'.


Aku teringat lagi sewaktu hari pertama aku masuk ke dalam kosanku (rumah sewa), selain rakan Malysiaku, ada juga mahasiswa kedokteran warga Indonesia yang satu rumah dengan ku. Lucu apabila aku teringat kembali peristiwa ini.

Sewaktu aku mengambil A-Levels, aku mempunyai banyak rakan bangsa Cina, dan medium pengatara di antara kami adalah Bahasa Inggeris, susah juga nak bercakap tetapi kalau setiap hari pun kita menggunakan bahasa tersebut, insyaallah tak ada lah mengarut sangat (tapi bahasa inggeris ku tetap rojak lah).

Dan secara otomasisnya apabila aku ingin bertegur sapa dengan orang ini langsung aku menggunakan bahasa Inggeris. Fikirku jika sudah orang Cina pastilah mereka guna bahasa inggeris untuk bercakap sehari-hari.

"Hello, im Hafidz, what is your name?"

Dia hanya memandang sahaja kepadaku dan mula bersuara,

"Nama saya Marvin"

Terkejutnya aku bukan kepalang waktu aku mendengar orang Cina berbahasa Indonesia. Barulah aku mula tergagap-gagap nak berbicara bahasa Indonesia (waktu tu mana la tau nak cakap, broken laa..haha)

Setelah lama aku di sini barulah aku tahu bahawa semua suku dan kaum Indonesia boleh berbahasa Indonesia, tak kira dia Jawa, Sunda atau pun kaum Tiong Hua sekalipun. Dan semua daripada mereka memang benar-benar fasih menggunakan bahasa itu!! Aku cukup kagum dengan mereka...

Memang betul mereka juga ada bahasa mereka sendiri, Sunda dengan bahasa Sundanya (aku juga masih lagi belajar bahasa itu), Jawa dengan bahasa mereka dan Minang dengan loghat Pandangnya. Akan tetapi tidaklah pula mereka meninggalkan bahasa kebangsaan mereka. Seharian pun pakai bahasa Indonesia.

Malaysia,
Mari kita lihat pula negara kita, apa pendapat pembaca? Adakah kita menggunakan bahasa Malaysia seluruhnya atau mula nak mencampurkan bahasa? Inggeris dan Melayu dicampur-adukkan. Dan bagaimana pula dengan kaum yang lain, adakah menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda mereka?

Indonesia menggunakan bahasa untuk menyatu-padukan hampir 200 kaum di negara mereka menjadi satu BANGSA iaitu bangsa Indonesia. Jangankan bahasa, NAMA MEREKA pun haruslah nama Indonesia tak kiralah kaum apapun mereka. Itulah salah satu perkara yang membuatkan aku kagum.

Senario di negara kita pula sangat berbeda, bahasa kita sepertinya saban hari telah dicemari oleh bahasa asing, kaum lain selain daripada Melayu sepertinya lebih senang menggunakan bahasa sendiri atau pun bahasa Inggeris sehari-hari. Lihat pula, ada lagi sekolah jenis kebagsaan selain daripada sekolah kebangsaan kita. Aku tak perlu lihat jauh, di hospital nanti, segala presentasi perlu menggunakan bahasa inggeris. Mengapa perlu demikian? Di sini juga belajar kedokteran, dan tetap mereka menggunakan bahasa mereka. Soalan aku, adakah kita satu BANGSA?

PM kita telahpun mewar-warkan 1Malaysia sebagai haluan negara ke depannya. Dan kesatuan antara kaum adalah salah satu matlamat utama yang perlu kerajaan kekalkan. Adakah mungkin jika bahasa Malaysia boleh digunakan sebagai salah satu wadah mengeratkan lagi hubungan? Atau lebih baik kita kekalkan sahaja seperti sekarang, setiap kaum menggunakan bahasa masing-masing, nampaklah kelainan dan kepelbagaian di dalam negara.

Entah lah, mungkin setiap negara ada CARA masing-masing, mungkin SATU BAHASA boleh dijadikan sebagai PENGANTARA di NEGARA INDONESIA ini tetapi negara kita menggunakan KEPELBAGAIAN sebagai alat untuk memperapat hubungan.

Agaknya, apakah akan terjadi jika negara kita hanya ada SATU BAHASA??


p/s: maaf jika menyinggung mana-mana kaum, tidak berniat demikian, hanya ingin meluahkan apa yang ada di dalam pemikiran..itu sahaja...




BAHASA MALAYSIA!!!




Sekian...






Wajib Baca!! Timbang Tara Kebijakan Baru Kerajaan dalam Kenaikan Harga Bensin, LPG dan Gula!!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 7/16/2010 06:48:00 pm

7

Salam,




1. Heboh satu Malaysia apabila bermula daripada tengah malam tadi, kerajaan telah membuat kebijakan baru untuk menaikkan harga bensin (petrol) dan juga gula.

Untuk RO 95 dan diesel akan dinaikkan sebanyak 5 sen

Untuk LPG akan naik 10 sen sekilogram

Harga gula akan naik 25 sen sekilogram...

2. Pengumuman yang dibuat oleh kerajaan jelas akan menimbulkan ketidak puasan hati rakyat kerana dengan peningkatan minyak dan gula ini sudah pasti barang-barang lain juga akan mengalami kenaikan harga.

3. Ada pihak mengatakan peningkatan 5 sen untuk harga petrol tidaklah terlalu membebankan. Ambil contoh jika minyak kereta untuk seminggu adalah sebanyak 20 liter, dulu harga yang perlu dibayar adalah RM36, sekarang jumlah yang perlu dibayar adalah RM37. Begitu juga dengan LPG, jika dulu LPG 10 kilogram bayar RM17.50, sekarang bayarannya meningkat sedikit kepada RM18.50.

4. Pihak yang lain pula marah dengan tindakan kerajaan kerana dengan peningkatan ini, bertambah lagilah beban kewangan kepada mereka yang bergaji rendah.

5. Beberapa faktor yang perlu kita lihat ekoran  daripada peningkatan harga:

Pertama, yang menjadi kerisauan rakyat bukanlah kenaikan harga barang-barang di atas semata-mata, tetapi 'kenaikan berantai' dek meningkatnya harga barang tadi. Jika harga petrol naik, sudah pastilah akan ada alasan-alasan sesetengah pihak untuk menaikkan harga barangan dengan alasan barangan tersebut dibawa dengan kereta atau pun lori. Oleh sebab kos pengangkutan meningkat, maka harga juga perlulah dinaikkan untuk menanpung kos tadi.

Harga makanan juga akan naik kerana kebanyakan makanan kita letakkan gula. Apa sahaja makanan yang kita tidak pakai gula? Segala jenis minuman pakai gula, makanan juga letak gula (lagilah kalau orang Kelantan, makanan kenalah manis sedikit).

Kedua, kenaikan harga ini yang banyak menjadi mangsanya adalah orang yang berpendapatan rendah. Yang berpendapatan sederhana dan tinggi masih lagi dapat menampung kos seharian..tapi yang miskin bagaimana? Di pendalaman bagaimana? Lagi pula di Sabah dan Serawak yang harga makanan yang telah sedia mahal, adakah mereka tidak terbeban dengan kenaikan ini?

6. Ini lah yang menjadi kerisauan rakyat, naiknya harga barang-barang penting ini, bermakna makin botaklah nak memikirkan bagaimana nak tanggung anak bini di rumah. Walaupun kerajaana mempunyai beberapa poin bernas menaikkan harga barang, tetapi tidak semua yang dapat menerimanya.

7. Kerajaaan mengatakan "harga gula dan petrol masih lagi rendah daripada negara yang lain", rakyat terus menempelak mengatakan yang kerajaan mendendangkan "same old song" kepada mereka. Macam tiada alasan lain untuk kerajaan berikan. Namun, izinkan aku memberikan sedikit fakta kepada semua realita harga barang yang sama seperti di atas di Indonesia (kerana aku berada di Indonesia, jadi nak bandingkan antara kedua negara)

Pertama, harga minyak Premium (hampir sama dengan RON 95) adalah berharga RP6,500, lebih kurang RM2.40, maksudnye minyak lebih murah..

Kedua, harga LPG di sini, sekilogram berharga Rp7,450, lebih kurang RM2.75, jelas harga LPG di Malaysia lebih murah.

Ketiga, yang ini lebih hebat..harga gula di sini mencecah Rp11,500, lebih kurang RM4.25 sen, jauh 3 kali lipat daripada Malaysia.

Ajaibnya, bahan makanan di sini jauh lebih murah daripada Malaysia, mengapa begitu?? Aku ambil contoh teh O ais, harga biasa Rp2000-2500, antara RM0.80-0.90, lebih murah daripada Malaysia yang menjual kadang-kadang mencecah RM1.20, mengapa begitu??

7. Yes, orang akan berkata, Malaysia pengeluar minyak, maka haruslah minyak disubsidi ataupun orang akan kata kenapa nak banding? Negara mereka negara merekalah, negara kita negara kita. Ye memang benar, aku setuju, tak perlu dinafikan. Apa yang aku nak buat adalah untuk kita sama-sama buka minda, adakah perlu dibuat perbandingan, itulah pembacalah yang nilai sendiri.

8. Poin aku di sini adalah, Indonesia jauh lebih miskin daripada rakyat negara kita, tetapi mereka masih boleh hidup dengan harga barang yang sebegitu rupa, jadi rakyat kita yang dianggap lebih maju mengapa perlu meloncat dan meroyan apabila mendengar berita seperti ini. Adakah kita mahu digelar "rakyat subsidi" sepanjang waktu?? Tidak ada subsidi maka matilah kita tak dapat nak hidup. Aku yakin rakyat kita lebih baik daripada itu. Betul tak??

9. Akan tetapi, pihak kerajaan perlu juga mengambil beberapa langkah untuk membantu rakyat ekoran dari kenaikan harga ini. Jangan terus melepaskan tanggungjawab!! Kerajaan perlu mengantisipasi masalah yang bakal berlaku akibat kenaikan harga. Sedikit cadangan untuk kerajaan:

Pertama, kawal kenaikan harga yang lain!! Jangan biarkan ada penjual-penjual yang cuba nak ambil kesempatan daripada kenaikan harga ini. Kerajaan pasti sudah tahu apa sahaja barang-barang yang bakal dinaikkan, naik sedikit itu sudah pasti, tapi jika kenaikan melampau kementerian berkenaan perlu ambil tindakan!! Jangan tido!!

Kedua, permasalahan di Malaysia adalah gaji pekerja kerajaan masih lagi di takuk yang lama, jika kerajaan mahu menaikkan harga, maka gaji pekerja perlu dikaji semula disesuaikan dengan kenaikan harga tadi, barulah rakyat tidak akan terbeban.

Ketiga, kami nak lihat daripada pihak menteri dan orang atasan kerajaan supaya sama-sama merasai kesusahan rakyat. Rakyat makin menderita, tetapi adakah orang atasan terus dan terus menerima pelbagai subsidi dan insentif daripada kerajaan?? Jadi, bukankah tiba masanya semua keistimewaan ini paling tidak pun dikurangkan? Barulah rakyat percaya sememangnya orang atasan juga prihatin dengan perihal kenaikan harga ini.

10. Satu pihak sahaja yang berkorban adalah sangat tidak patut. Apabila kedua-dua juga sama-sama berkorban barulah rakyat akan rasa bahawa sememangnya apa yang diwar-warkan kerajaan itu benar, nak kurangkan subsidi sebab nak jimatkan wang. Jika tidak, rakyat akan berfikir kerajaan nak kurangkan subsidi kerana terdapatnya pemborosan melampau daripada orang dalam kerajaan sendiri.

11. Untuk hal kritikal seperti ini, kerajaan perlu bijak untuk mengatasinya, jika salah langkah pasti amarah rakyat akan terus kekal sehingga ke PRU akan datang. Pihak pembangkang telah menggosok-gosok tangan melihat hidangan enak dah terpampang di depan mata. Tunggu waktu dan ketika dan melancarkan serangan gerila.

Rakyat dah menjebik bibir dan meluat dengan kebijakan baru kerajaan, jadi kerajaan perlu mengatur strategi dari sekarang. Jangan kata hanya kata nak berjimat tetapi kerja untuk kerajaan yang nilainya RM30,000 di "mark up" sampai RM300,000. Kalau lah begitu perangai orang kerajaan, bagi aku, PRU depan kalah pun dah dapat aku jangkakan.





NAIK!!NAIK!!!




Sekian....







ADOLF HITLER PRO-ISLAM??!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 7/16/2010 08:55:00 am

11

Salam,


Adolf Hitler... ada beberapa fakta mengenai pemimpin Nazi  ini yang boleh mengejutkan umat Islam. Semuga bermanfaat mengetahuinya..

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel.
Hitler melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam.
Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, termasuk tentera yang bukan Islam












Tentera Jerman beragama Islam dibenarkan menunaikan solat ketika masuk waktu...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau... (foto seumpama ini kini boleh diperolehi daripada internet)














Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy



Beliau juga meminta ulama mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Semua maklumat ini ialah hasil kajian. Selain itu Hitler juga mengakui tindakannya banyak berpandukan al Quran.
1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler memerintahkan penasihat-penasihatnya mencari kata-kata pembukaan yang hebat termasuk dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di Jerman mencadangkan ayat Al-Quran :

(
اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam. Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera Jerman.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suciku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera Jerman dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler tidak meminum arak dan telah enggan berbuat demikian ketika beliau gementar semasa keadaan Jerman yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu doktor mencadangkan beliau minum arak sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mengatakan: " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menjamah minuman itu.
(dipetik/edited dari fb Azhar Abdullah)

By: perakite Wednesday, July 14, 2010


Aku Pemikir:

1. Mungkin jika ada lagi bukti-bukti, data-data dan juga penjelasan yang lain untuk mensahihkan perkara ini, dapat lagi menguatkan bahawa cerita di atas ini benar. Untuk mempercayai bahawa sebenarnya Hitler adalah Pro-Islam sudah pasti agak sukar buat semua.

2. Silalah membaca untuk menambah pengatahuan, jika dapat tambahkan lagi pembacaan kalian.. semoga cerita ini sedikit sebanyak dapat membuka minda rakan-rakan.








 HITLER!!!






Sekian...






CHOICES!!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 7/13/2010 07:21:00 pm

1

Salam,






When you grown up,

You have a marvelous career, a big house, tons and tons of  money, a lovely faithfully wife and of course headache-of-a-lifetime KIDS!!

People looking up to you, telling all of your friends how lucky you are. Everywhere and every time people praise you, envy you and trying to be you. Who did not proud yah?? You have everything that all people can imagine!!
.
And now, what you want to work for now is to make sure that your kids also follows your footstep. If you are a business man, of course you want your child to be a successful businessman too. If you a lawyer, then you also want your kid to a fierce-full and yet honest lawyer. If your a doctor, sure that you want your kids also become an honorable and brilliant doctor. That what parents do..to make sure what is the best for their kid according to their own formula and experience!!

Life is not always follows our plan. We may plan years, but we don't know the future. No one knows even KURITA (Paul) except Allah.
 
What if one day you found out that your child don't want to be you?

What if when they now grow up, they want to travel to their own path??

How you wanna handle it? You want to force them to listen to what you say?? You want to ground them until they give up?? Or you yourself give up and let them be what they want to be and pray for their happiness??

It's hard that our kids doesn't want to be us. Yes,it sure does hurt. After years of raising them, this is how they pay us. So what we can do??

Maybe it's time to let them go and make choices. Screw up sometimes, yeah..but who don't?? What is important that we give them what they will use in future. Remain strong with their religion and be the best person that they can be. What they want to be with their life is them to decide. What we can do is to be their BEST ADVISOR  when they need us one day... then you can see how much your child will respect and value you as their parents... \(^v^)/


p/s: Out of my genre i know, but sometimes i just want to write what i feel and thought in my mind.. hoping i am not breaking any code, rule or law.. :)

and by the way, i am not a parent yet..but someday i will.. huhu






CHOICES!!!






Sekian....






Majlis Istiadat Penerimaan Darjah Kebesaran Daripada DYMM ISKS Pakoe Boewono XIII

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 7/08/2010 08:00:00 am

5

Salam,


Dua hari yang lalu, sekali lagi aku ke Solo. Kali bukanlah untuk bertemu dengan pimpinan di sana akan tetapi untuk menerima pingat penghargaan daripada Sultan Solo sempena hari keputeraan baginda.

Walaupun Indonesia adalah negara republik tetapi beberapa kawasan di Indonesia masih lagi mempunyai Sultan. Dua kawasan itu adalah Jogjakarta dan Solo. Akan tetapi hanya Sultan Solo yang mempunyai kuasa untuk memberikan penganugerahan darjah kebesaran kepada rakyat di dalam dan luar negara. Jogjakarta hanya dibenarkan untuk memberikan darjah kebesaran hanya di kalangan kerabat diraja sahaja.

Aku menerima berita daripada Datuk Paduka Dr Junaidy, Pengarah JPMI bahawa aku di antara 5 mahasiswa di Indonesia yang menerima anugerah tersebut. Anugerah yang aku terima adalah Pingat Setia Mangku Pokoe Boewono (PSP) yang membawa gelaran "Yang Berbahagia (YBhg)"





Sewaktu taklimat untuk majlis penganugerahan pingat dan darjah kebesaran.











Penaung Seketariat Dato'-Dato' Surakarta Malaysia, Dato' Seri Paduka Dr Hassan bin Dato' Omar

Di halaman Istana Sultan Solo









Di dalam balairong Istana Sultan Solo








Bergambar bersama Sultan Solo Sinoehoen Pakoe Boewono XIII


Datuk Paduka Dr Junaidy bin Abu Bakar, Pengarah JPMI di tengah-tengah berbaju putih

Dato bersama keluarga, anaknya Aiman juga mendapat darjah kebesaran dengan gelaran 'Dato'

Penerima Pingat Setia Mangku Pokoe Boewono, Nabieh Timbalan PKPMI Pusat dan Hidayah mantan Pengerusi Tetap PKPMI Pusat



Terima kasih kepada Datuk Paduka  Dr Junaidy kerana merekomendasikan kami untuk menerima anugerah ini. Dengan pengiktirafan yang telah diberikan, kami bersa lebih bersemangat lagi untuk terus berkhidmat demi mahasiswa Malaysia yang ada di Indonesia





SEMANGAT!!!




Sekian...