Wajib Baca!! Timbang Tara Kebijakan Baru Kerajaan dalam Kenaikan Harga Bensin, LPG dan Gula!!!
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in Artikel | Posted on 7/16/2010 06:48:00 pm
Salam,
1. Heboh satu Malaysia apabila bermula daripada tengah malam tadi, kerajaan telah membuat kebijakan baru untuk menaikkan harga bensin (petrol) dan juga gula.
Untuk RO 95 dan diesel akan dinaikkan sebanyak 5 sen
Untuk LPG akan naik 10 sen sekilogram
Harga gula akan naik 25 sen sekilogram...
2. Pengumuman yang dibuat oleh kerajaan jelas akan menimbulkan ketidak puasan hati rakyat kerana dengan peningkatan minyak dan gula ini sudah pasti barang-barang lain juga akan mengalami kenaikan harga.
3. Ada pihak mengatakan peningkatan 5 sen untuk harga petrol tidaklah terlalu membebankan. Ambil contoh jika minyak kereta untuk seminggu adalah sebanyak 20 liter, dulu harga yang perlu dibayar adalah RM36, sekarang jumlah yang perlu dibayar adalah RM37. Begitu juga dengan LPG, jika dulu LPG 10 kilogram bayar RM17.50, sekarang bayarannya meningkat sedikit kepada RM18.50.
4. Pihak yang lain pula marah dengan tindakan kerajaan kerana dengan peningkatan ini, bertambah lagilah beban kewangan kepada mereka yang bergaji rendah.
5. Beberapa faktor yang perlu kita lihat ekoran daripada peningkatan harga:
Pertama, yang menjadi kerisauan rakyat bukanlah kenaikan harga barang-barang di atas semata-mata, tetapi 'kenaikan berantai' dek meningkatnya harga barang tadi. Jika harga petrol naik, sudah pastilah akan ada alasan-alasan sesetengah pihak untuk menaikkan harga barangan dengan alasan barangan tersebut dibawa dengan kereta atau pun lori. Oleh sebab kos pengangkutan meningkat, maka harga juga perlulah dinaikkan untuk menanpung kos tadi.
Harga makanan juga akan naik kerana kebanyakan makanan kita letakkan gula. Apa sahaja makanan yang kita tidak pakai gula? Segala jenis minuman pakai gula, makanan juga letak gula (lagilah kalau orang Kelantan, makanan kenalah manis sedikit).
Kedua, kenaikan harga ini yang banyak menjadi mangsanya adalah orang yang berpendapatan rendah. Yang berpendapatan sederhana dan tinggi masih lagi dapat menampung kos seharian..tapi yang miskin bagaimana? Di pendalaman bagaimana? Lagi pula di Sabah dan Serawak yang harga makanan yang telah sedia mahal, adakah mereka tidak terbeban dengan kenaikan ini?
6. Ini lah yang menjadi kerisauan rakyat, naiknya harga barang-barang penting ini, bermakna makin botaklah nak memikirkan bagaimana nak tanggung anak bini di rumah. Walaupun kerajaana mempunyai beberapa poin bernas menaikkan harga barang, tetapi tidak semua yang dapat menerimanya.
7. Kerajaaan mengatakan "harga gula dan petrol masih lagi rendah daripada negara yang lain", rakyat terus menempelak mengatakan yang kerajaan mendendangkan "same old song" kepada mereka. Macam tiada alasan lain untuk kerajaan berikan. Namun, izinkan aku memberikan sedikit fakta kepada semua realita harga barang yang sama seperti di atas di Indonesia (kerana aku berada di Indonesia, jadi nak bandingkan antara kedua negara)
Pertama, harga minyak Premium (hampir sama dengan RON 95) adalah berharga RP6,500, lebih kurang RM2.40, maksudnye minyak lebih murah..
Kedua, harga LPG di sini, sekilogram berharga Rp7,450, lebih kurang RM2.75, jelas harga LPG di Malaysia lebih murah.
Ketiga, yang ini lebih hebat..harga gula di sini mencecah Rp11,500, lebih kurang RM4.25 sen, jauh 3 kali lipat daripada Malaysia.
Ajaibnya, bahan makanan di sini jauh lebih murah daripada Malaysia, mengapa begitu?? Aku ambil contoh teh O ais, harga biasa Rp2000-2500, antara RM0.80-0.90, lebih murah daripada Malaysia yang menjual kadang-kadang mencecah RM1.20, mengapa begitu??
7. Yes, orang akan berkata, Malaysia pengeluar minyak, maka haruslah minyak disubsidi ataupun orang akan kata kenapa nak banding? Negara mereka negara merekalah, negara kita negara kita. Ye memang benar, aku setuju, tak perlu dinafikan. Apa yang aku nak buat adalah untuk kita sama-sama buka minda, adakah perlu dibuat perbandingan, itulah pembacalah yang nilai sendiri.
8. Poin aku di sini adalah, Indonesia jauh lebih miskin daripada rakyat negara kita, tetapi mereka masih boleh hidup dengan harga barang yang sebegitu rupa, jadi rakyat kita yang dianggap lebih maju mengapa perlu meloncat dan meroyan apabila mendengar berita seperti ini. Adakah kita mahu digelar "rakyat subsidi" sepanjang waktu?? Tidak ada subsidi maka matilah kita tak dapat nak hidup. Aku yakin rakyat kita lebih baik daripada itu. Betul tak??
9. Akan tetapi, pihak kerajaan perlu juga mengambil beberapa langkah untuk membantu rakyat ekoran dari kenaikan harga ini. Jangan terus melepaskan tanggungjawab!! Kerajaan perlu mengantisipasi masalah yang bakal berlaku akibat kenaikan harga. Sedikit cadangan untuk kerajaan:
Pertama, kawal kenaikan harga yang lain!! Jangan biarkan ada penjual-penjual yang cuba nak ambil kesempatan daripada kenaikan harga ini. Kerajaan pasti sudah tahu apa sahaja barang-barang yang bakal dinaikkan, naik sedikit itu sudah pasti, tapi jika kenaikan melampau kementerian berkenaan perlu ambil tindakan!! Jangan tido!!
Kedua, permasalahan di Malaysia adalah gaji pekerja kerajaan masih lagi di takuk yang lama, jika kerajaan mahu menaikkan harga, maka gaji pekerja perlu dikaji semula disesuaikan dengan kenaikan harga tadi, barulah rakyat tidak akan terbeban.
Ketiga, kami nak lihat daripada pihak menteri dan orang atasan kerajaan supaya sama-sama merasai kesusahan rakyat. Rakyat makin menderita, tetapi adakah orang atasan terus dan terus menerima pelbagai subsidi dan insentif daripada kerajaan?? Jadi, bukankah tiba masanya semua keistimewaan ini paling tidak pun dikurangkan? Barulah rakyat percaya sememangnya orang atasan juga prihatin dengan perihal kenaikan harga ini.
10. Satu pihak sahaja yang berkorban adalah sangat tidak patut. Apabila kedua-dua juga sama-sama berkorban barulah rakyat akan rasa bahawa sememangnya apa yang diwar-warkan kerajaan itu benar, nak kurangkan subsidi sebab nak jimatkan wang. Jika tidak, rakyat akan berfikir kerajaan nak kurangkan subsidi kerana terdapatnya pemborosan melampau daripada orang dalam kerajaan sendiri.
11. Untuk hal kritikal seperti ini, kerajaan perlu bijak untuk mengatasinya, jika salah langkah pasti amarah rakyat akan terus kekal sehingga ke PRU akan datang. Pihak pembangkang telah menggosok-gosok tangan melihat hidangan enak dah terpampang di depan mata. Tunggu waktu dan ketika dan melancarkan serangan gerila.
Rakyat dah menjebik bibir dan meluat dengan kebijakan baru kerajaan, jadi kerajaan perlu mengatur strategi dari sekarang. Jangan kata hanya kata nak berjimat tetapi kerja untuk kerajaan yang nilainya RM30,000 di "mark up" sampai RM300,000. Kalau lah begitu perangai orang kerajaan, bagi aku, PRU depan kalah pun dah dapat aku jangkakan.
NAIK!!NAIK!!!
Sekian....
Samada orang BN atau PR semuanya tak suka harga minyak, gas dan gula meningkat. Tapi teman pikir, yang bodohnya adalah punahsihat PM. Tengah elok kes pasir Selangor meletup kena pulak dihari perbicaraan kes liwat Anwar tetiba jer harga bahan api dan makanan dinaikkan. Bangang betul punahsihat.
Sekarang Karpal Sink main tangguh-tangguh kes pulak, secara tak langsung beri 'kredit percuma' pada Anwar. Nuar plak cakap dia kena ancam tembak. lepas ni bleh buat demo n road show harga barang naik. maka lupalah rakyat tentang kebejatan PR.
Elok-elok UMNO dan PAS nak bermuzakarah, tetiba ada jer suara sumbang harbi yang tentang. Isu harga naik merupakan satu pukulan TKO kepada PM kerana desakan para harbi yg menguasai ekonomi negara.
Fikir-fikirlah ya Bapak apa benar ngomongan aku inih.
apa??!! barang naik?!!!!yahhooo!!
baru laa boleh untung lebehh sikit!!! huehueee~~
setuju!!!!
dengan pendapat tuan...
sepatut nya kerajaan mesti lah memandang serius hal macam ni!!!! senang-senang dia je nak naik kan minyak dan gula!!!nampak macam sikit tapi kalau dah semua bagi alasan minyak naik gula naik habis semua barang naik!!!!macam mana??
memang kerajaan pusat sekarang tak lama laa...
rakyat diutamakan!!!hidup one malaysia!!!
This is 'win-loss' situation..from my point of view, kerajaan je dpt untung..dpt lagi byk duit, krg beban hutang. rakyat yg rugi, duit rakyat yg dibelanjakn. katanya, duit penjimatan dapat digunakan untuk improvement sistem pangagnkutan awam, tapi dah 2,3 tahun tiada perubahan. kerajjan juga kena berjimat, bkn rakyat je. pendapat saya, menteri2 harus dikurangkan gaji untuk turut sama rasa beban rakyat. we help goverment but goverment also must help themself.
Biasa la...
Sikit Naik sudah bising.
Duit syiling bersepah-sepah dalam rumah, buat-buat tak nampak.
Awat? sebab dia duit syiling.
Setakat 5 sen, pun hampa nak bising.
Contoh Yang Tu...
ISTANA NEGARA RM 811,000,000.00
Hampa buat-buat tak perasan, buat-buat tak dengar dan buat-buat tak nampak. Semua tu, duit RAKYAT.
Orang ATASAN membazir, hampa tak bising pun, Tapi setakat 5 sen, hampa semua reyoh satu kampung.
HAMPA PIKIAQ LA SENDIRI.
-Kita perlu menasihati pemerintah-
Bukan berdemontrasi macam PKR dan PR
Aku Pemikir...hang fikir macam budak sekolah...buang masa aku aje.
masalahnya duit subsidi yg di jimatkan tu...sampai ke kelompok sasaran ke..?
dari dulu cakap benda yg sama...
tapi kehidupan org kg terus susah..kemudahan asas masih ditakuk lama..
aku sokong dgn komen hashim kat atas..
hg ni bangang la aku pemikir..
pikir la panjang sikit...
kerajaan ada byk cara nak save money instead of potong duit subsidi rakyat..
first kita boleh postpone the build of the new palace.Is it the leaders unwillingly to pay RM750 million for 27 million rakyat,but willingly pay RM800 million to build Istana for one person, i.e. Agong? y don't u adjust RM800 million for RM750 million for rakyat then? Change one person lifestyle is definitely easier than to change 27 million people's lifestyle, isn't it?
n byk lagi lah cara..dgn jabatan menteri seniri punya perbelanjaan smpai rm4billion, apa ke bangang tu!
even bayar commision utk beli scorpene dlu pun dh lebih rm500juta boleh je..
apa ke jadah..bukak la mata lu aku pemikir..
setakat nk kecoh isu 40 ulamak masuk umno xpayahla, isteri PM pun xpakai tudung, xpayah cita lebat...
open ur mind aku pemikir...