Majlis Istiadat Penerimaan Darjah Kebesaran Daripada DYMM ISKS Pakoe Boewono XIII
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in PKPMI | Posted on 7/08/2010 08:00:00 am
Salam,
Dua hari yang lalu, sekali lagi aku ke Solo. Kali bukanlah untuk bertemu dengan pimpinan di sana akan tetapi untuk menerima pingat penghargaan daripada Sultan Solo sempena hari keputeraan baginda.
Walaupun Indonesia adalah negara republik tetapi beberapa kawasan di Indonesia masih lagi mempunyai Sultan. Dua kawasan itu adalah Jogjakarta dan Solo. Akan tetapi hanya Sultan Solo yang mempunyai kuasa untuk memberikan penganugerahan darjah kebesaran kepada rakyat di dalam dan luar negara. Jogjakarta hanya dibenarkan untuk memberikan darjah kebesaran hanya di kalangan kerabat diraja sahaja.
Aku menerima berita daripada Datuk Paduka Dr Junaidy, Pengarah JPMI bahawa aku di antara 5 mahasiswa di Indonesia yang menerima anugerah tersebut. Anugerah yang aku terima adalah Pingat Setia Mangku Pokoe Boewono (
Terima kasih kepada Datuk Paduka Dr Junaidy kerana merekomendasikan kami untuk menerima anugerah ini. Dengan pengiktirafan yang telah diberikan, kami bersa lebih bersemangat lagi untuk terus berkhidmat demi mahasiswa Malaysia yang ada di Indonesia
SEMANGAT!!!
Sekian...
bukan kah pingat/pangkat/anugerah dari sultan solo tidak di iktiraf di Malaysia?
http://ibnurusydi.blogspot.com/2010/01/gelaran-dato-boleh-dipohon-di-luar.html
Salam Bro,
Boleh lah rekomen kan aku dapat pangkat Dato' Salewasi nanti orang panggil aku Dato' Ir. Bolehlah aku jadi macam DS Ir. Nizar, naik kereta sambil lambai2 ke luar..... :)
Ini post aku dekat link http://ibnurusydi.blogspot.com/2010/01/gelaran-dato-boleh-dipohon-di-luar.html. :- Bagus utk informasi dan penilaian orang ramai tp jangan membuat judgement terlebih dahulu. Kajian mendalam perlu dilakukan kerana banyak kesalahan fakta. Rujuk kepada Kementerian Kebudayaan Indonesia tentang sejarah sebenar Kesultanan Surakarta. Contoh kesalahan fakta adalah Sultan Haemangkubuwono di Yogyakarta tidak dilantik secara otomatik menjadi Gabenor di Jogja. Ini adalah tidak benar. Beliau menyertai Parti Golkar utk dicalonkan sebagai Gabenor dan menang dalam pilihanraya Gabenor. Kemenangan beliau adalah kerana pengaruh kuat keturunan diraja beliau yg masih menjadi panutan rakyat di Jogja sejak beratus tahun. Lain pula dgn Sultan Paku Buwono XIII yg menolak utk menyertai politik. Memang beliau tidak memerintah Surakarta sekarang sejak Indonesia menjadi republik tetapi Tuanku adalah Ketua Adat Istiadat dan Kebudayaan di Surakarta. Kedaulatan Kesultanan ini diakui oleh pemerintah Indonesia sebagai Kerajaan Kesultanan dan disebabkan itu jugalah tradisi penganugerahan darjah kebesaran dan pingat sejak beratus tahun ini masih diteruskan sampai skrg dan diakui oleh pemerintah Indonesia. Ramai org2 kenamaan Indonesia termasuk Presiden Suharto, SBY dan byk lagi hadir di Keraton utk menerima gelar dan darjah dr kerajaan kesultanan Surakarta atas jasa2 mereka dan mereka hadir utk menerimanya di Keraton dgn penuh adat istiadat Kesultanan Kerajaan Mataram Jawa serta seperti layaknya seorang pembesar mengadap Sultan di Malaysia. Jadi di sini tidak timbul isu samada Kesultanan ini wujud secara sah atau tidak. Kita masih bertuah kerana kesultanan Melayu kita masih dpt dipertahankan oleh Perlembagaan ttp kite lupa yg negara Indonesia ini adalah negara republik sewaktu penubuhannya dulu yg mana telah melenyapkan kuasa pemerintahan para sultan di negeri2 bahagian di Indonesia tetapi ini tidak bermakna kedaulatan dan keturunan kesultanan ini juga turut lenyap. Mengenai gelaran yg diberikan kpd individu dr Malaysia itu pula, bergantung lah kpd individu tersebut utk memakainya atau tidak.....Allahualam.
Hai yoyo, x ckp pon pasal hospitaliti anak2 buah ko kat solo ni. Hehehe....
Shocked to see the pictures here but am grateful that its done so.. salam to u my friend
DJIDH