Artikel: Bisakah 1BAHASA Manjadi Elemen Utama Membentuk 1BANGSA ??!!
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in Artikel | Posted on 7/22/2010 02:57:00 pm
Salam,
Akhirnya tamat sudah tahun teori aku di bumi Jatinangor ini. Setelah 4 tahun berhempas-pulas mengingati segala jargon-jargon medis dan pelbagai penyakit, sekarang sudah tiba waktunya untuk aku melangkah ke tahun praktikal pula selama 2 tahun di hospital.
Sekarang yang paling penting bukan lagi berapa banyak ilmu di dada yang telah aku hafal tetapi ilmu kedokteran itu meluas dan memerlukan seni tertentu untuk mengusai nya dengan baik. Seni inilah yang perlu aku kembangkan supaya pada masa akan datang dapatlah aku menjadi seorang doktor yang benar-benar merawat pesakit bukan sahaja dengan ilmu yang telah ada di hujung jariku akan tetapi perlu aku rawat pesakitku dengan 'hati'.
Aku teringat lagi sewaktu hari pertama aku masuk ke dalam kosanku (rumah sewa), selain rakan Malysiaku, ada juga mahasiswa kedokteran warga Indonesia yang satu rumah dengan ku. Lucu apabila aku teringat kembali peristiwa ini.
Sewaktu aku mengambil A-Levels, aku mempunyai banyak rakan bangsa Cina, dan medium pengatara di antara kami adalah Bahasa Inggeris, susah juga nak bercakap tetapi kalau setiap hari pun kita menggunakan bahasa tersebut, insyaallah tak ada lah mengarut sangat (tapi bahasa inggeris ku tetap rojak lah).
Dan secara otomasisnya apabila aku ingin bertegur sapa dengan orang ini langsung aku menggunakan bahasa Inggeris. Fikirku jika sudah orang Cina pastilah mereka guna bahasa inggeris untuk bercakap sehari-hari.
"Hello, im Hafidz, what is your name?"
Dia hanya memandang sahaja kepadaku dan mula bersuara,
"Nama saya Marvin"
Terkejutnya aku bukan kepalang waktu aku mendengar orang Cina berbahasa Indonesia. Barulah aku mula tergagap-gagap nak berbicara bahasa Indonesia (waktu tu mana la tau nak cakap, broken laa..haha)
Setelah lama aku di sini barulah aku tahu bahawa semua suku dan kaum Indonesia boleh berbahasa Indonesia, tak kira dia Jawa, Sunda atau pun kaum Tiong Hua sekalipun. Dan semua daripada mereka memang benar-benar fasih menggunakan bahasa itu!! Aku cukup kagum dengan mereka...
Memang betul mereka juga ada bahasa mereka sendiri, Sunda dengan bahasa Sundanya (aku juga masih lagi belajar bahasa itu), Jawa dengan bahasa mereka dan Minang dengan loghat Pandangnya. Akan tetapi tidaklah pula mereka meninggalkan bahasa kebangsaan mereka. Seharian pun pakai bahasa Indonesia.
Malaysia,
Mari kita lihat pula negara kita, apa pendapat pembaca? Adakah kita menggunakan bahasa Malaysia seluruhnya atau mula nak mencampurkan bahasa? Inggeris dan Melayu dicampur-adukkan. Dan bagaimana pula dengan kaum yang lain, adakah menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda mereka?
Indonesia menggunakan bahasa untuk menyatu-padukan hampir 200 kaum di negara mereka menjadi satu BANGSA iaitu bangsa Indonesia. Jangankan bahasa, NAMA MEREKA pun haruslah nama Indonesia tak kiralah kaum apapun mereka. Itulah salah satu perkara yang membuatkan aku kagum.
Senario di negara kita pula sangat berbeda, bahasa kita sepertinya saban hari telah dicemari oleh bahasa asing, kaum lain selain daripada Melayu sepertinya lebih senang menggunakan bahasa sendiri atau pun bahasa Inggeris sehari-hari. Lihat pula, ada lagi sekolah jenis kebagsaan selain daripada sekolah kebangsaan kita. Aku tak perlu lihat jauh, di hospital nanti, segala presentasi perlu menggunakan bahasa inggeris. Mengapa perlu demikian? Di sini juga belajar kedokteran, dan tetap mereka menggunakan bahasa mereka. Soalan aku, adakah kita satu BANGSA?
PM kita telahpun mewar-warkan 1Malaysia sebagai haluan negara ke depannya. Dan kesatuan antara kaum adalah salah satu matlamat utama yang perlu kerajaan kekalkan. Adakah mungkin jika bahasa Malaysia boleh digunakan sebagai salah satu wadah mengeratkan lagi hubungan? Atau lebih baik kita kekalkan sahaja seperti sekarang, setiap kaum menggunakan bahasa masing-masing, nampaklah kelainan dan kepelbagaian di dalam negara.
Entah lah, mungkin setiap negara ada CARA masing-masing, mungkin SATU BAHASA boleh dijadikan sebagai PENGANTARA di NEGARA INDONESIA ini tetapi negara kita menggunakan KEPELBAGAIAN sebagai alat untuk memperapat hubungan.
Agaknya, apakah akan terjadi jika negara kita hanya ada SATU BAHASA??
Sekian...
di indonesia asimilasi kaum telah dipraktikkan sejak lama lagi
kalau tak silap taufik hidayat pemain badminton tu pun cina sebenarnya
tapi tidak di malaysia
kita bangga dengan adanya kepelbagaian kaum,budaya,dan adat