VVIP BLOG INI

12 Sukarelawan Malaysia Selamat Keluar Dari Israel!! Terima Kasih Jordan!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 6/03/2010 10:03:00 am

Salam,







KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Jordan kerana membantu 12 orang sukarelawan negara keluar dengan selamat dari Israel.

Warga Malaysia itu adalah antara ratusan sukarelawan dari pelbagai negara yang ditahan Israel setelah tentera negara itu menyerang konvoi kapal bantuan kemanusiaan Gaza di perairan antarabangsa Isnin lepas.

Kenyataan Wisma Putra mengesahkan bahawa 12 orang itu selamat tiba di Jordan pada 11.20 pagi (waktu Malaysia) setelah dibebaskan oleh pihak berkuasa Israel pada Rabu.

Ketibaan warga Malaysia itu di Jambatan Raja Hussein disambut oleh Duta Besar Malaysia Datuk Abdul Malek Aziz.

Persiapan sedang diatur untuk membawa mereka pulang ke tanah air.

"Kerajaan Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Jordan kerana membantu membawa rakyat Malaysia keluar dari Israel dengan selamat," kata kenyataan itu.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kini dalam perjalanan ke Jordan bagi menyampaikan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Jordan dan menemui rakyat Malaysia itu.

Dua belas orang itu termasuk dua anggota kru televisyen Astro Awani yang berada di kapal Turki, "Mavi Marmara" yang diserang oleh tentera Israel mengakibatkan 10 orang dilaporkan terbunuh.

Sementara itu, aktivis kemanusiaan Malaysia dan Ireland di kapal MV Rachel Corrie, sebuah lagi kapal yang membawa bantuan ke Gaza, merayu kepada masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk terus mendesak Israel menjamin laluan selamat ke Gaza.

"Kami menjangka Israel memberi respons kepada kutukan antarabangsa terhadap kegansannya itu dengan tidak mengganggu laluan selamat bagi Rachel Corrie," kata mereka dalam kenyataan bersama.

Kenyataan itu di e-mel kepada media oleh seorang peguam Malaysia, Mathias Chang, seorang daripada sukarelawan Malaysia di kapal berkenaan.

Mereka berkata mereka turut bersedih atas kehilangan orang-orang yang disayangi yang terkorban atau cedera di kapal "Mavi Marmara".

"Atas nama rakan-rakan kami, kami lebih bertekad untuk meneruskan perjalanan ke Gaza dengan kargo kemanusiaan dan sokongan kami untuk rakyat Gaza yang terkepung dan menderita," kata kenyataan itu.

-BERNAMA-


 
HATUR NUHUN!!




Sekian....

Comments (3)

Perlu ke hendak berterima kasih kat kerajaan mesir? mesir kot yang bertindak menutup laluan ke gaza.

*aku rasa mesir tolong kita pun sebab kita tidak mempunyai kedutaan kat israel dan kedutaan kita yang terdekat adalah mesir. dan dibawah international law and whatsoever aku rasa kerajaan mesir memang mempunyai tanggungjawab membantu kita memastikan rakyat kita semua selamat.

salam elmo,
mungkinlah saya ni lemah dalam geografi ke..

tapi nak tnya, jordan dan mesir tu sama negara ke?

haha. sorry, my bad. but at least in the past, Jordan was for a time part of Pharaonic Egypt~ =P
*again, sorry. haha.