Lawatan Kerja Sambil Makan Angin Ke Surabaya Dan Malang
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in PKPMI | Posted on 6/03/2010 08:22:00 am
Salam,
1. Aku baru sahaja tamat pengajian aku untuk tahun teori, aku mempunyai cuti 2 minggu sebelum aku sidang untuk perbentangan thesis aku.
2. Oleh itu, aku ambil peluang ini untuk berjumpa dengan pimpinan PKPMI cawangan di Pulau Jawa untuk melihat sendiri keadaan mereka di sana. Sambil--sambil aku berjumpa dengan mereka bolehlah juga merelakskan diri makan angin di sini.
3. Untuk kali ini aku akan bertemu dengan pimpinan PKPMI cawangan Surabaya dan Malang. Lawatan kerja aku ini adalah selama seminggu. Aku sekarang telah berada di Surabaya. Perjalanan ke sini mengambil masa 14 jam jika menaiki kereta api.
4. Aku telah pun bertemu dengan pimpinan di sini dan esok aku akan bertemu dengan pimpinan di Malang pula. Perjalanan dari Surabaya ke Malang akan mengambil masa sekurang-kurang nya 3 jam menaiki bas.
5. Antara wisata yang menarik di sini adalah Gunung Bromo yang terletak berdekatan dengan Malang, yang menariknya kita dapat naik ke atas gunung dan melihat fajar pagi. Ramai rakan aku yang kata permandangan itu sangat indah. Insyaallah akan aku letak gambar itu setelah aku pergi.
6. Semoga pertemuan ini akan dapat manfaatnya untuk semua.
RAPAT!!!!
Sekian....
Comments (0)
Post a Comment