RMK10: Program MyBrain15, Kerajaan Jangan Terlalu Murah Hati Nanti Makan Diri Sendiri!!
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in Ekonomi | Posted on 6/12/2010 08:41:00 am
Salam,
1. Aku membaca intipati RMK10 yang telah dibentang oleh PM kita DS Najib Tun Razak [klik sini]. Apa yang telah dirancang oleh kerajaan untuk rancangan ekonomi pada tahun 2011-2015 mendatang adalah baik dan insyaallah diterima oleh semua.
2. Dengan tema Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM290 bilion dan nisbah 60/40 dipecahkan untuk pembangunan fizikal dan bukan fizikal, aku yakin apa yang dirancang oleh DS Najib telah difikirkan secara holistik.
3. Satu poin perbentangan telah menarik perhatian aku,
"MyBrain15, iaitu program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran, akan digiatkan bagi meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015."
4. Bagi yang mahu melanjutkan pengajian dalam PhD , ini adalah satu peluang baik untuk mereka kerana kerajaan memberikan satu dana khas buat mereka dan aku yakin ini atas kesedaran negara memerlukan lebih banyak pakar dalam usaha untuk memacu ekonomi negara ke arah pertumbuhan yang lebih besar.
5. Ini adalah usaha yang baik daripada kerajaan. Cumanya apa yang aku khuatir apabila 'kemurahan hati' kerajaan ini akan disalahgunakan untuk kepentingan sebilangan individu. Individu ini akan datang dengan muka penuh pengharapan, memujuk merayu dan jika PhD dimiliki , mereka pun LARI KE NEGARA YANG MEREKA RASAKAN LEBIH MENGUNTUNGKAN MEREKA.
6. Aku pernah berborak-borak dengan pak supir (pemandu kereta) dalam perjalanan pulang aku daripada Bandung. Pak Supir bercerita yang dia mempunyai seorang adik yang telah mendapat ijazah S3 (PhD ) dalam bidang Bedah Rahang dan kerajaan Indonesialah yang telah membiayai kos pengajian adiknya. Apabila mahu pulang untuk memberikan bakti kepada kerajaan, dia merasakan yang gaji yang diperoleh tidak setimpal dengan pengatuan yang dia telah timba. Apa yang dia buat?? Buka internet, lihat kerja kosong di Malaysia dan kerja di negara kita!!
7. Itu realita di Indonesia, mereka akan berhijrah ke negara yang mereka anggap lebih maju daripada negara mereka. Bagaimana dengan kita?? Sama sahaja. Bukan kita tidak tahu dalam profesi kedokteran, berapa ramai yang telah berpindah ke Singapura. Semuanya kerana Singapura menjanjikan habuan yang lebih besar daripada negara kita. Hebat tak hebat Singapura, kerajaan bersusah payah nak semai satu orang, perlukan waktu berbelas tahun, membelanjakan ratusan ribu ringgit, mereka senang-senang mendapat dan memakan hasilnya!!
8. Sama juga kepada pemegang biasiswa yang telah diberikan kerajaan untuk program Ijazah. Ada sahaja beberapa mahasiswa yang tidak mahu pulang setelah tamat pengajian dan bekerja di negara itu. Kan lengkap segala dokumen dan perjanjian, itu pun mereka masih berani nak breach the contract. Lagilah pula nak berikan kepada individu yang mengambil PhD , akal masing-masing panjang je nak 'auta' kerajaan.
9. Dan atas pertimbangan ini, aku tak mahu jika kerajaan akan terus salah langkah lagi, beberapa mekanisme dan undang-undang perlu digubal sebelum memberikan pembiayaan kepada mereka ini. Jangan biarkan kita diambil kesempatan! Tak perlu nak berikan dana kepada mereka yang sejak awalnya nawaitu hanya nak pergunakan duit rakyat untuk kepentingan diri. Beri kepada mereka yang mahu berbakti kepada rakyat kita. Biarlah segenius manapun orang itu, jika tak nak bantu negara, tak payah kita nak bantu dia. Carilah duit sendiri atau mintak lah kepada negara yang dia ingin berhijrah kemudian hari.
Buat ngabehkan boraih ja kalau nak bantu orang macam ni!!
JANGAN TERTIPU!!!
Sekian...
Kerajaan patut mengenakan syarat penjamin yg ketat spt jika pelajar itu mungkir janji utk berkhidmat dgn Malaysia, penjarakan penjamin2 dan ambil sahaja semua harta mereka termasuk ibu bapa pelajar!
semua itu telah dibuat even untuk pemegang biasiswa utk degree, tapi kerajaan terlalu baik hati..masih lagi memberi peluang kepada orang-orang yang tak kenal diuntung ni
KAPAKTAJAM amat bersetuju dgn gesaan utk Kerajaan memberikan semakan semula segala intipati perundangan didalam perjanjian pemegang biasiswa bukan sahaja di perinkat PHD tetapi disemua peringkat pengajian.
Kerajaan amat perihatin serta mahu melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat dan memberikan yg terbaik uutk rakyat, TETAPI disatu pihak lain mereka langsung TIDAK menghargai bantuan tersebut, bukan sahaja setakat menabor & mengdapat gaji yg lebih besar di Negara lain, MALAH terdapat gak yg memburuk2kan Kerajaan yg sudah membantunya selama ini.
Untuk itu, wajarlah segala bentuk perjanjian biasiswa tersebut dikaji agar masing2 tahu membalas jasa, dan peratusan Kaum yg sering membuat tohmahan terhadap kerajaan juga kita pun tau.... jd fikirkan lah wahai Kerajaan yg berhati mulai ini, agar tidak selalu ditipu hidup2.
betul kapak tajam, itulah yang kita tak mahu, diberi susu grade 1 dibalas racun tuba