KEADILAN UNTUK MELAYU!!!
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in Malaysia | Posted on 6/22/2010 09:03:00 pm
Salam,
Tun M dalam blognya telah memperkatakan tentang nasib Melayu di tanah air sendiri dan sebilangan bloggers bangkit untuk menyatakan pentingnya untuk memperjuangkan hak Melayu.
Apabila kita mengatakan mengenai hak, yang akan kita lihat juga adalah KEADILAN. Apa maksud keadilan dalam erti kata sebenarnya?? Adakah menyama ratakan??Pasti tidak!!
KEADILAN bermaksud MELETAKKAN SATU PERKARA PADA TEMPATNYA.
Sebagai contoh, jika kita ada seorang anak perempuan dan seorang lagi anak lelaki. Kita mahu membelikan pakaian. Adakah kedua-duanya kita belikan baju kurung?? Atau adakah kita belikan songkok untuk kedua-duanya?? Eh?? Kata maunya adil..itu kan keadilan??Dua-duanya sama-sama dapat barang yang sama...Bapa yang buat benda bodoh itu harus baca balik HOW TO BE A FATHERS FOR DUMMIES kerana jahilnya pengatahuan mengenai menjaga anak.
Dari aspek sosial, kita tahu bahawa negara kita adalah negara yang di dalamnya ada pelbagai kaum. Tiga kaum utama adalah Melayu, Cina dan India dan juga kaum Bumiputera. Dan apabila kita ingin menerapkan keadilan di dalam hal ini, adakah kita pukul sama rata berikan kepada semua??
Aku ambil contoh, seorang majikan mempunyai 100 pekerja yang pelbagai. Beliau mempunyai satu kek yang baru sahaja rakannya berikan kepada dia sebagai hadiah. Bagaimana cara majikannya nak berikan kepada semua pekerjanya secara ADIL?? Adakah memberikan ikut kaum?? ataupun ikut bilangan??
Dari anologi itu, ada beberapa hujah yang perlu DIFAHAMI kaum lain mengapa kaum Melayu perlu diutamakan:
1.Populasi Penduduk Mengikut Kaum
Melayu mempunyai populasi yang teramai di antara semua.
Mengikut data pada tahun 2008, jumlah penduduk Malaysia adalah 27,730,000 orang. Populasi Melayu adalah sebanyak 38% (10,550,685), kaum Melayu dan Bumiputera adalah sebanyak 65%, populasi orang Cina adalah sebanyak 26% dan penduduk India adalah sebanyak 8%.
Di sini dapat dilihat bahawa populasi kaum Melayu sendiri lebih banyak daripada semua kaum yang ada . Jika ditambah dengan kaum Bumiputera yang mana kedua-duanya adalah kaum asal Tanah Melayu ini. Populasi mencecah 18,024,500 orang.
2. Penduduk asal.
Kita tahu bahawa Melayu dan Bumiputera adalah penduduk asal negara ini.
Kedatangan Buruh dari China secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien.
Kedatangan orang India adalah sejak abad ke-19 dan semakin bertambah pada awal abad 20 yang mana data menunjukkan pada tahun 1911 kaum India pada waktu itu mencecah 270,000 dan meningkat dari tahun ke tahun.
3. Ketuanan Melayu
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera.
Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia
[klik sini]
Jadi di sini adalah hujah-hujah yang kukuh kenapa Melayu perlu diberikan kelebihan dalam kemudahan. Adakah 3 hujah di atas masih lagi tak jelas dan tak paham?? Adakah ini yang bermaksud rasis?? Sudah pasti tidak.
Kita dapat lihat realita sekarang kerajaan hanya menumpukan kepada satu kaum dan kaum lain termasuk Melayu diketepikan dan dinafikan haknya.
Lihat sahaja PRK Sibu, berjuta ringgit dijanjikan kepada sekolah-sekolah Cina..bagaimana kaum Melayu dan Bumiputera di Sibu??
Lihat sahaja biasiswa akan dikurangkan, agak-agak kaum mana yang lebih memerlukan biasiswa itu?? Cina?? atau Melayu, India dan Bumiputera??
Ekonomi Melayu mundur, adakah kerana kerajaan tak bagi bantuan? Memang ada... tapi pernah diwar-warkan secara meluas?? Atau bantuan itu nak simpan untuk kroni sendiri sahaja??
Banyak yang tak puas hati. Orang Melayu sendiri pun dah semakin marah. Bukan kita tak mahu kerajaan tak bagi langsung kepada mereka, masalahnya kami ni seperti di anak tirikan. Itu sahaja. Silakan beri kepada mereka, tapi jangan lupakan kepada kaum lain.
Jangan kerana nak jaga hati satu kaum, kaum lain berdarah hatinya, berdendam selagi hayat masih dikandung badan.
MELAYU MUDAH LUPA!!!
Sekian...
65% Bumiputera pun tidak bererti kalau sudah berpecah dan tidak bersatu.
Harsher penalties.
Yup.. gud point. Melihat secara menyeluruh dan berseimbang... ada beberapa perkara yang ditulis disini tidak ditekankan ataupun mungkin terlepas pandang dalam entri Tun M sendiri dan disedari penulis. terus menulis :)
Betol2 Sangat Bersetuju !!!
Keadilan bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya dan mampu membela hak dan milik sesuatu daripadanya~
KEISTEMEWAAN DAN KELEBIHAN ORANG MELAYU SERTA AGAMA ISLAM MESTI DIPERJUANGKAN!!!!!!