VVIP BLOG INI

Lawatan Kerja Sambil Jalan-jalan Ke Jogjakarta Dan Solo

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 6/04/2010 11:43:00 am

Salam,

1. Alhamdulillah, baru sahaja tamat dalam pertemuan bersama dengan pimpinan PKPMI cawangan Malang malam tadi. Pertemuan berlangsung di sebuah restoran dan dihadiri oleh pimpinan yang ada di Malang.

2. Pertemuan dijalankan dengan lancar. Pelbagai perkara yang kami bincangkan. Aku juga dapat menyampaikan beberapa perkara kepada semua pimpinan yang hadir. Respon yang diberikan oleh mereka juga sangat positif.

3. Terima kasih kepada YDP PKPMI Malang, Suhail atas pertemuan yang telah dibuat. Walaupun hanya memberikan short notice tetap beliau dapat mengumpulkan pimpinan untuk bersama-sama membincangkan segala apa masalah yang ada di dalam PKPMI.

4. Hari ini akan berangkat pulang semula ke Surabaya untuk hadiri program yang dianjurkan oleh PKPMI Surabaya. YDP Surabaya, Muhammad Abu Bakar menganjurkan program tazkirah untuk mahasiswa di sana. Malam itu pula kami langsung dengan apa yang telah dirancang untuk ke Gunung Bromo.

5. Dan lawatan kerja akan diteruskan dan setelah ini akan ke Jogjakarta dan Solo pula untuk melihat keadaan pelajar kita di sana. Moga perjalanan ini diberkati Allah.


p/s: Gambar-gambar sepanjang lawatan kerja akan diletakkan nanti setelah pulang ke Bandung




MALANG



Sekian....

Comments (1)

Hargailah keamanan negara kita Malaysia dan juga tempat yang kita lawati.

Human rights does not exists for the Palestinian?.