Gambar-gambar Lawatan Kerja Sambil Makan Angin Di Jawa Timur dan Jawa Tengah!! Pengalaman Yang Pasti Tidak Dapat Dilupakan!!!
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in PKPMI | Posted on 6/10/2010 03:26:00 pm
Salam,
Setelah 9 hari keluar kota ke Jawa Timur dan Tengah, banyak pengalaman dan perkara baru dapat aku timba sepanjang lawatan tersebut. Banyak perkara baru yang dapat aku perhatikan dan banyak isu-isu yang dihadapi oleh PKPMI cawangan yang dapat aku dengar daripada pimpinan di sana. Perjalanan aku bermula di Surabaya dan ke Malang seterusnya ke Jogjakarta dan terakhir aku ke Solo.
Surabaya
Ini pertama kali aku menjejakkan kaki aku ke Surabaya. Hasil ajakan YDP cawangan Surabaya, Abu, aku akhirnya ke sana untuk bertemu dengan pimpinan dan pada masa yang masa boleh la juga meluaskan pandangan melihat kota-kota lain yang ada di Indonesia ini.
Berehat sebentar masuk ke panggung wayang..hohoho
Di kiri adalah YDP Surabaya Abu, dan Bendahari Kelab UMNO Surabaya, Shukri
Majlis tazkirah yang dianjurkan PKPMI Surabaya dua kali sebulan. Aku berpeluang untuk sama-sama menyertai program tersebut.
Lupa pula nak ambil gambar pertemuan dan universiti di Surabaya. Ada kamera tapi tak digunakan sepenuhnya...Universitas tempat mahasiswa kita kuliah adalah Universitas Airlangga.
Malang
Aku sampai di Malang menaiki keretapi, kebetulan bertemu rakan seangkatan UNPAD di Malang. Mereka juga berjalan-jalan ke sana. Bayangkan boleh bertemu di stesen keretapi. Jauh Bandung dan Malang lebih kurang 17 jam perjalanan. Memang betul-betul nasib..huhuhu
Rumah sakit di Malang
Fakultas Kedokteran Di Malang, Universitas Brawijaya
Pertemuan bersama pimpinan PKPMI di Malang di sebuah restoran. Pertemuan berjalan dengan lancar.
Gunung Bromo
Di Malang terdapat satu wisata yang menjadi tumpuan pelancong iaitu Gunung Bromo. Alang-alang ke sana, janganlah lepaskan peluang menjejakkan kaki.
Salah satu daya tarikan adalah melihat matahari terbit. Agak malang hari itu matahari terbit tak berapa cantik, gara-gara ada awan yang menghalang pandangan
Nampak seperti wallpaper kan?? Permandangan gunung di tempat melihat matahari terbit memang sangat cantik dan mengagumkan
Turun ke bawah semula untuk melihat gunung berapi yang masih aktif.
Jogjakarta
Pertemuan dengan pimpinan PKPMI di Jogjakarta
Sengaja masuk ke kelas mereka untuk melihat bagaimana dosen di sana memberikan materi kuliah
Fakulti Kedokteran di Jogja, Universitas Gadjah Mada
Pasar terkenal di Jogja, Jalan Malioboro..siapa yang ke Jogja wajib untuk berjalan-jalan sambil membeli belah di jalan ini.
Yang paling mengejutkan, ada juga restoren masakan Malaysia di Jogja!! Pasti semua pun tunggu bila lah restoren ini mahu buka cabang di Bandung..hohoho
Candi Borubudur
Binaan yang sangat mengagumkan, siapa ke Jogja harus ke Candi Borubudur..takkan nak tengok candi itu dalam buku teks sejarah je,apa kata turun dan lawati candi itu dan melihat kehebatan orang zaman dulu dalam teknologi seni bina
Solo
Menaiki keretapi ke Solo. Macam LRT tapi tak ada aircond..aircond semulajadi aje lahhh
Pimpinan Solo ajak makan di sebuah restoren masakan Malaysia di Solo!! Rupanya restoren di Jogja tadi adalah cabang yang dibuka oleh tuan punya restoren di Solo ini. Bagus strategi perniagaan tu. Pimpinan di sini jugalah yang syorkan untuk mereka buka di Jogja.
Universitas Sebelas Maret, universitas tempat 26 mahasiswa kita menuntut ilmu
Pertemuan dengan pimpinan di Solo
Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua YDP di semua cawangan kerana sudi menyambut aku apabila aku ke tempat mereka. Walaupun ada di antara mereka yang mahu ujian tapi tetap mereka mengalu-alukan kedatangan aku ke sana.
Aku berharap pertemuan kali ini dapat mengeratkan lagi ukhwah di antara kita.
Sememangnya memang banyak pengalaman yang aku timba, dan pengalaman inilah yang akan meluaskan lagi pemikiran aku. Terima kasih sekali lagi buat semua pimpinan dan aku ucapkan selamat maju jaya. Ada peluang dan ruang bolehlah kita bertemu lagi.
PENGALAMAN!!!
Sekian..
wahh...seronoknya.tempat sejuk,tempat panas semua bleh pegi.
tour jawa sorang2 ke?
tautanhati:
mmg sangat seronok..try lah!!
jijol:
aah..hohoho