Pendidikan Seks Di Sekolah, Wajar Atau Hanya Membuang Waktu Dan Wang Negara??
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in Artikel , Malaysia | Posted on 7/04/2010 06:36:00 pm
Salam,
1. Ketua Sub-Unit Seksualiti Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr Hamizah Mohd Hassan dalam pernyataannya pada 1 Julai 2010 mengatakan bahawa pelajar perlu didedahkan dengan pendidikan seks seawal umur 9 tahun lagi. Menurut kajian beliau golongan muda mula terlibat dengan seks bebas seawal umur 11 tahun tanpa mempunyai pengetahuan yang luas mengenai perkara itu.
2. Nik Aziz pada dalam penyataannya 2 Julai 2010 dalam BERNAMA pula mengatakan bahawa 'mengajar seks di sekolah seperti mengajar pencuri mencuri'.
"Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.
3. Isu ini memang telah lama didebatkan oleh pelbagai pihak tidak kira profesional, polititikus ataupun badan bukan kerajaan.
4. Mengikut kajian daripada Dr Rose Mini AP, M.Psi (daripada Universitas Indonesia)
"Pendidikan seks perlu diberikan sedini (seawal) mungkin . Tepatnya pada waktu anak masuk ke dalam play-group (3-4 tahun) kerana pada usia itu mereka telahpun mengerti organ tubuh mereka dan dilanjutkan dengan pengenalan organ tubuh internal" (Rabu, 20-2-2008)
5. Dr Haslinda Abdullah Ketua Biro Pendidikan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dalam arikelnya 'Pendidikan Seks Di Malaysia: Ke Mana Hala Tujunya?' memberikan buah pandang yang bijak dah ilmiah. Persolan yang ditimbulkan juga sangat masuk akal dan perlu diambil berat.
"Sebagai orang awam, cadangan memperkenalkan pendidikan sedemikian masih menimbulkan pelbagai tanda tanya. Apa asas yang digunakan bagi menyokong cadangan ini? Apa yang hendak diajarkan? Aspek mana yang hendak diberi penekanan? Bagaimana ia hendak di sampaikan? Siapa yang hendak menyampaikan? Apakah asas sistem nilai yang melandasi kurikulumnya? Apa objektif pengajarannya? Apakah aras taxonomi atau domain kognitif yang hendak capai dalam pengajarannya?"
6. Sebahagian daripada persoalan ini telahpun dijawab oleh kerajaan. DS Hishamuddin sewaktu menjadi Menteri Pelajaran telah menggariskan beberapa panduan kasar mengenai apa sahaja yang akan diajar dan ditekankan oleh guru di sekolah. Antaranya:
"Beliau memberitahu, garis panduan itu mengandungi enam tunjang iaitu perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan keluarga, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual dan masyarakat serta budaya.
Setiap tunjang, katanya, merangkumi konsep-konsep pendidikan seksualiti tertentu yang akan diajar pada pelajar iaitu:
Tunjang pertama (perkembangan manusia) - menjelaskan sistem reproduktif, akil baligh, imej kendiri, identiti seksual serta emosi.
Tunjang kedua (perhubungan) - berfokus kepada aspek persahabatan, kasih sayang, gangguan seksual, penderaan dan keganasan serta peranan gender.
Tunjang ketiga (perkahwinan dan kekeluargaan) - menjurus kepada kepentingan institusi keluarga, perkahwinan dan komitmen sepanjang hayat serta keibubapaan.
Tunjang keempat (kemahiran kendiri) - menjelaskan mengenai nilai, membuat keputusan, komunikasi, perundingan, berterus terang, meminta pertolongan, hak dan tanggungjawab serta pengurus kemarahan.
Tunjang kelima (kesihatan dan tingkah laku seksual) - menjelaskan aspek seksualiti melalui kehidupan, perkongsian tingkah laku seksual, respons seksual, fantasi seksual, kehamilan, AIDS, kesihatan reproduktif dan lain-lain.
Tunjang keenam (masyarakat dan budaya) - menjelaskan mengenai seksualiti dan undang-undang, seksualiti dan media, seksualiti dan masyarakat dan seksualiti dan agama."
(Utusan Malaysia, 20 Disember 2005)
7. Pandangan aku, dalam isu pendidikan seks ini perlulah digarap dan diperhalusi dengan teliti dan cermat. Untuk menerapkan pendidikan seks dalam syllabus sekolah adalah satu langkah yang mempunyai dampak yang sangat besar. Yang kita tidak tahu adakah dampak itu positif ataupun negatif.
8. Pernyataan Nik Aziz bagi aku tidak ada salahnya. Memang benar pendidikan ini kemungkinan hanya akan menerukkan lagi keadaan bukan memperbaik. Akan tetapi, bersikap pesimistik dalam sesuatu perkara juga bagi aku adalah pertimbangan yang tidak adil. Benar pengajaran itu menyebabkan minda dan pandangan pelajar menjadi lebih terbuka dan menyebkan mereka lebih ingin mencuba, tetapi lihatlah realitanya sekarang. Dengan tidak adanya pendidikan mengenai seks juga bagaimana dengan masalah zina dalam negara?
9. Hasil penyelidikan pada tahun 2006 yang dijalankan oleh Pensyarah Universiti Teknologi Mara, Mazlin Mohamad Mokhtar menunjukkan 50 peratus daripada 727 orang pelajar institusi pengajian tinggi yang dijadikan sampel kajian pernah terlibat dalam kegiatan seks. Daripada pelajar yang pernah terlibat dalam aktiviti seks itu, 80 peratus daripada mereka tidak menggunakan sebarang kaedah perancang keluarga. Sampel pelajar terdiri daripada pelajar-pelajar dari dua Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan dua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). (Dr Haslinda)
10. Dalam penyelidikan ini, jelas kita dapat lihat bahawa setelah mereka meningkat ke alam remaja, akhirnya mereka akan mengatahui juga apa itu seks. Dan lebih parah, tidak ada sebarang prevensi daripada mahasiswa tersebut. Bukankah ini akan menjurus ke arah kes anak luar nikah?Persoalan besar di sini, adakah sebenarnya mereka ini TIDAK TAHU ataupun TIDAK PEDULI??
11. Cadangan ini mengajarkan pendidikan seks di sekolah bagi aku adalah wajar tetapi SYLLABUS PERLU DIBUAT dengan baik dan sejajar dengan MORALITI dan SENSITIVITI AGAMA dan KAUM di negara kita. Tidak semestinya pendidikan seks yang diajarkan oleh kerajaan British dan Amerika sesuai dengan BUDAYA negara kita. Syllabus dengan acuan negara kita sendiri perlu dirangka supaya dapat diterima oleh semua pihak.
12. Nilai-nila AGAMA mengikut KEPERCAYAAN masing-masing juga adalah penting dimasukkan. Setelah pelajar mengerti mengenai apa itu seks, setelah itu mereka harus diberitahu mengapa seks itu perlu dielakkan sebelum berkahwin dari segi agama. Maka bagi aku, pendidikan yang ingin diterapkan telah sempurna. Nilai ilmiah dan agama telahpun dimasukkan.
13. Jadi Nik Aziz perlu faham juga, pendidikan seks bukan setakat 'masukkan kunci ke dalam lubangnya' tetapi KONTEKS nya adalah lebih luas lagi. Jika segala kriteria ini dipenuhi, maka apa salahnya??
14. Bukan mudah nak elakkan pelajar untuk daripada melihat adegan-adegan pornografi, lihat sahaja sekeliling kita, betapa banyak pendedahan yang mereka terima. Drama series yang menunjukkan bahawa seks itu adalah aktivitas rutin, filem-filem yang menunjukkan erti romantis apabila pasangan itu bersenggama, bagaimana kita nak menghalang perkara itu dari terus mengendokrinasikan minda anak kita?? Adakah menghalang mereka daripada melihat perkara itu adalah penyelesaian mutlak? Aku pasti ibu bapa juga kata perkara itu tak mungkin dilakukan.
15. Kenapa tidak kita cuba pelbagai pendekatan dalam satu masa?? Dan pendidikan seks disekolah adalah salah satu daripadanya di samping ajaran daripada ibu bapa sendiri? Bukankah itu lebih baik?? Kita tidak tahu manakah pintu hati anak-anak kita. Setiap orang berbeza pintunya. Jadi, apa salah segala option digunapakai dan kita lihat mana yang berhasil. Ibu bapa sekalian, apa pendapat kalian??
SEX EDUCATION!!
Sekian....
CUBALAH IKUT NEGERI JOHOR SEJAK 1924 DAH AJAR PENDIDIKAN SEKS TAK CAYA TANYA MUHYIDIN YASSIN KAMI SEKOLAH AGAMA JOHOR DAH BELAJAR MUNAKAHAT ,MUAMALAT, ADAB PEREMPUAN, FARAID SELAIN TAUHID, IBADAT DLL. TAK HERAN PUN APALH BISING-BISING NAMPAK SANGAT TAKDA BELAJAR PUNYA ORANG NAK DETAIL LAGI BUKA KITAB MUTARBADRIN RAKYAT MAJU KERANA SULTAN JOHOR ADVANCE UTAMAKAN RAKYAT....DAULAT TUANKU!