VVIP BLOG INI

Attention KPBI 06!! Perbincangan Bersama Dr Yulia (Kepala Bahagian CRP) Mengenai Jadwal Thesis!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 5/03/2010 05:05:00 pm

Salam,

1. Baru sahaja tadi aku berjumapa dengan Dr Yulia untuk berbincang mengenai jadual penghantaran thesis yang sepatutnya kita semua hantar pada 10-12 Mei. Sepertimana yang kita semua maklum yang pada masa yang sama juga kita mempunyai paper exam yang mungkin akan mempengaruhi kita untuk menyiapkan kerja thesis.

2. Sebab tu, aku telah berkira-kira untuk mencari jalan alternatif setelah permintaan kita kepada PPSK mengenai mengubah jadual exam gagal. Jadi, aku berfikir lebih elok untuk menukar jadual penghantaran thesis jadi boleh lah kita untuk lebih fokus dalam peperiksaan akhir tahun kita nanti.

3. Aku ditemani oleh Ajay dalam perjumpaan bersama Dr Yulia. Setelah berbincang, akhirnya Dr Yulia bersetuju untuk memberikan kelonggaran dalam penghantaran draf thesis. Ada beberapa perkara yang penting untuk semua mahasiswa ambil perhatian:

i) Semua mahasiswa harus memberikan nama penuh, NPM dan juga Judul thesis kepada semua Ketua Tutorial masing-masing. Yang masih belum pasti judul thesis diminta menanyakan kepada dosen pembimbing masing-masing. Dan kepada ketua tutorial harus memberikan nama semua mahasiswa dalm bentuk MICROSOFT EXCEL dan emailkan kepada aku (khairul_hafidz_alkhair@yahoo.com) ESOK!!

ii) Pada 10-12 Mei, semua pelajar harus mendaftarkan diri menyatakan kesanggupan untuk mengambil bahagian dalam thesis kepada Ibu Ipur di SBK.

iii) Semua mahasiswa harus menghantar draf thesis selewat-lewatnya jam 3.00 pm hari jumaat, 14 Mei.

4. Aku mahu ucapkan terima kasih kepada Dr Yulia kerana mengambil kira masalah kami dan memberikan kelonggaran kepada kita untuk menghadapi peperiksaan. Walaupun dari pihak mereka juga akan susah, tapi mereka tetap mengambil berat terhadap masalah mahasiswa.

5. Aku ingin memberikan sedikit komen mengenai sikap PPSK. Aku kecewa terhadap pentadbiran PPSK yang telah memungkiri janji yang telah ditaburkan. Mula-mula janjinya lain tapi apabila jadual yang keluar lain pula dan jadual yang diberikan tidak masuk akal!! Jangan berjanji jika tak dapat nak tunaikan. Dan ini menunjukkan sikap buruk mereka yang tak sepatutnya mereka tunjukkan kepada kita.

6. Aku ingin meminta maaf kepada semua kerana percaya dengan janji yang mereka berikan .Mula-mula kita semua terasa lega jadual tak terlalu padat, tapi lain pula jadinya sekarang. Aku berharap agar selepas ini PPSK perlu lebih bertanggungjawab. Jangan hanya tahu mengambil ramai mahasiswa tetapi tidak tahu cara untuk menguruskan.

Kami memahami yang mereka juga mempunyai kesulitan tetapi jangan pula melupakan beban kami. Kami bukan robot yang lakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Tolong fahami kami dan kami akan memahami kamu. Kami bukan orang yang tiada perasaan dan mementingkan diri dan harap kamu juga tidak. Jangan anggap kami budak kecil lagi dan barulah kami akan menganggap kamu semua adalah dewasa yang matang dalam tindakan.

7. Kepada rakan-rakan, harap tabahkan hati, tahu semua pun penat dan stress dengan kondisi kita sekarang, tapi kita cubalah sedaya upaya kita untuk kita sama-sama dapat masuk ke tahun praktikal pula!!



MEKASIH DR YULIA!!!!



sekian....








Comments (4)

ko patut post ni kat blog batch la yoyo. apa kegunaan blog batch?

Salam,

1. sila perkenalkan diri sebelum memberi komen ye.. sebab nak tahu sapa bagi komen. :)

2. Aku bukan moderator blog batch so susah aku nak letak dalam blog

3. ade pendapat peribadi aku dalam entry ini sbb tu aku tak letak dalam blog batch, macam mempergunakan blog batch pulak..

4. boleh je nad sbg nak letakkan entry aku dalam blog batch..tak ada masalah.. :)

1. dalam realiti, nama sebenarnya sering tidak diperlukan ketika memberikan sebarang komen/saranan untuk mengelakkan timbul nya salah faham di kemudian hari. pentingkah untuk mengetahui siapa yg memberi saranan dan komen itu? apakah tujuannya? bukankah lebih baik jika tidak tahu?

2.hanya dengan menghantar 1 sms ke nad menyatakan alamat email anda, anda sudah menjadi moderator blog itu.

3.apa yang anda maksudkan dengan mempergunakan blog batch? mempergunakan untuk apa? dari apa yang dilihat blog itu hampir tiada kegunaannya.

ok 'ananymous',
terima kasih atas saranannya ye.. :)
insyaallah akan dimasukkan ke dalam blog batch kalau ada berita-berita seperti ini