VVIP BLOG INI

Tahniah Naqi dan Yah! Semoga Hubungan Berkekalan Selagi Hayat Dikandung Badan

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 4/25/2011 10:37:00 pm

Salam,

Aku ingin mengucapkan sekalung tahniah buat dua orang rakan seangkatan-ku yang telah selamat melangsungkan perkahwinannya hari minggu kelmaren. Buat Naqiuddin Mohamed dan Rafahiah Haron, semoga kamu hubungan berdua kekal hingga ke anak cucu. Kalau diberikan rezeki umuq tu panjang, dapatlah tengok cicit tu..he he he




Aku bila lak nak kawen? Haaa... soalan cepumas tu, rasa nak lempang laju-laju jek siapa yang bertanya tuh, kuang ajaq ek, ha ha ha...insyaallah kalau ada rezeki nanti selamat lah, dah lama dah pun dengan si dia cuma masih lagi belajar dan pitih tak cukup. Nak bagi bini makan apa? batu berulam pasir? haih~~

Setakat ini, sudah empat orang rakan angkatan ku yang sudah berkahwin (dua pasangan), satu lagi berkahwin sebelum masuk ke fakulti kedokteran. Yang lain, hajat tinggi sekali, tapi semua sama sahaja masalahnya, duit tak cukup~~ Tak pe, hidup masih panjang *mata bersinar-sinar*

Di bawah kebetulan terjumpa satu video yang amat menarik sekali untuk kalian semua tonton, mengenai peringkat-peringkat dalam hubungan pasangan. Bermula dengan Meeting, diikuti Chasing, Honeymoon, Comfortable, Tolerance, Downhill dan akhirnya Breaking Up. Inilah putaran yang selalu terjadi buat pasangan yang bagi aku tidak ada tujuan dan matlamat dalam hubungannya. Dalam hubungan cuma ada dua jalan. Satu akhirnya akan putus atau satu lagi seperti kawan aku ini, kahwin dan bahagia (tak de lah selamanya, tipu lah, ni bukan cerita dongeng, he he he...sori lah naqi, aku jealous dengan ko)

Jadi kepada yang berpasangan, apakah matlamat anda dalam berhubungan? :)







Tahniah sekali lagi buat rakan ku Naqi dan Yah!!!

p/s: kami nak main-main dengan anak mung!! cepat sikit woi! hahaha!

Comments (0)