Pemimpin Dan Twitter: Kenapa Masih Banyak Pemimpin Negara Tidak Gunakan Media Ini?!
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in Poltik | Posted on 4/29/2011 09:59:00 pm
Salam,
Aku tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh blogger Bicara Nobisha [klik sini]. Blogger Nobisha telah membuat ranking pemimpin-pemimpin kedua-dua parti yang mempunyai follower Twitter yang paling banyak. Ternyata setelah disusun ranking, PKR menguasai Top 10 ranking follower terbanyak. Pemimpin UMNO hanya tiga. Dapat disimpulkan di sini, pemimpin pihak pembangkang lebih bijak menggunakan media alaf baru.
Aku baru sahaja berjinak-jinak dalam Twitter. Jika dulu tiada kesempatan, sekarang aku telah mula menggunakan Twitter sebagai salah satu media untuk mendapatkan informasi. Ternyata Twitter sangat berguna untuk mendapatkan maklumat langsung daripada pemimpin-pemimpin negara. Di Twitter kita langsung melihat pernyataan-pernyataan pemimpin daripada satu isu.
Beberapa persoalan yang telah aku fikirkan:
1. Pemimpin pembangkang lebih aktif ber'twitter'.
Ini adalah pengalaman aku sendiri sejak aku menggunakan Twitter. Pemimpin pembangkang seperti DS Anuar Ibrahim, Lim Kit Siang, Saifuddin Nasution, Nurul Izzah, Azmin, Tian Chua dan Tony Pua memang sangat aktif dalam meng'update' Twitter. Mereka akan selalu membuka isu-isu baru untuk follower mereka. Mereka juga akan menjawab soalan-soalan yang ditanyakan oleh follower mereka. Dan jika ada kejadian-kejadian terbaru, akan mereka masukkan di Twitter.
Tidak dinafikan ada pemimpin kerjaan yang aktif, paling aktif yang pernah aku lihat adalah Khairy, YB Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan, Mukhriz, Rosnah, Ketua Puteri, Shahrizat Ketua Wanita dan lain-lain. YB Kota Belud sebagai contohnya, segala soalan yang ditanyakan oleh beliau berkenaan isu semasa dan dasar kerajaan akan dijawabnya.
2. Adakah Twitter hanya sekadar beri pernyataan dan meletak gambar-gambar program sahaja?
Bagi aku, Twitter mempunyai fungsi lebih besar daripada itu. Twitter bukan seperti FB yang kita boleh mengarang mini novel di situ. FB lebih digunakan untuk meluahkan perasaan dan pendapat-pendapat. Akan tetapi, bagi aku, Twitter adalah medium yang paling tepat untuk rakyat BERKOMUNIKASI SECARA LANGSUNG dengan pemimpin mereka.
Sudah pasti banyak yang akan addresskan soalan kepada mana-mana pemimpin untuk penjelasan. Yang aku tak faham, kenapa pemimpin tidak menjawab soalan mereka? Pemimpin seharusnya lebih bijak, inilah peluang mereka untuk lebih mendekati rakyat. Mereka sedar atau tidak, jawapan dari pemimpin di Twitter akan menggembirakan rakyat. Betapa berbunganya hati apabila soalan mereka dijawab pemimpin kesayangan mereka. Mereka rasa mereka diberi perhatian oleh pemimpin tersebut dan ini akan menambah sokongan rakyat kepada pemimpin.
3. Kenapa masih banyak pemimpin tidak menggunakan Twitter?
Seharusnya sekarang pemimpin perlu sedar bahawa ada alternatif lain untuk mereka berinteraksi dengan rakyat. Twitter adalah salah satunya. Di samping mereka meluangkan waktu mereka turun padang, sekarang mereka boleh meluangkan lebih banyak waktu lagi di luar kerja dengan menggunakan Twitter.
Pemimpin kerajaan terutamanya, seharusnya mereka menggunakan peluang ini untuk melontarkan idealisme dan dasar kerajaan untuk difahami rakyat. Mereka perlu bantu kerajaan untuk menjelaskan segala isu yang beredar di sekeliling rakyat. Personal touch dari pemimpin besar itu lebih terkesan dari penjelasan pemimpin-pemimpin di bawah ini. Mereka figure besar dan seharusnya merekalah yang berusaha untuk memberikan informasi kepada rakyat di bawah.
Jangan hanya lihat di atas sahaja, sampai di bawah dilupakan.
psstt: Lisa Surihani lagi banyak follower di Twitter dari pemimpin negara... he he he..
p/s: ini twitter aku @khairul_hafidz, insyaallah jika ada persoalan yang ingin ditanyakan, aku akan segera menjawabnya.
Comments (0)
Post a Comment