Ancaman Bunuh Mohd Safuan Terhadap Nik Aziz, Bijak Atau Bangang??!!
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in Facebook | Posted on 5/02/2010 12:34:00 pm
Salam,
Kecoh sekarang ni mengenai seorang yang bernama Mohd Safuan Mohd Hilmi yang telah membuat ancaman bunuh di laman sosial FB terhadap Nik Aziz pada hari Khamis lalu.
Perkara ini telah menimbulkan kekecohan terutamanya pada pro-pembangkang kerana mengganggap ancaman ini adalah ancaman yang serius yang perlu diambil perhatian dengan segera.
“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”
“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”…
“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”…
Ini adalah antara kata-kata Mohd Safuan di laman sosial FB.. jadi sebelum kita nak judge sesiapa, kita kena ambil kira beberapa perkara:
1. Betul ke Mohd Safuan FB ni adalah dia sendiri?? Bukan rekaan mana-mana pihak?
2. Betul ke Nik Aziz yang dia nak bunuh tu Tok Guru MB Kelantan.
3. Betul ini bukan kerja superimpose??
Pertama, kita kena kaji adakah Mohd Safuan ni adalah tuan empunya badan bukannya rekaan. Banyak je kes-kes yang kita tengok orang memalsukan akaun FB, letak sahaja gambar sesiapa dan mengutuk sesiapa tak tentu pasal. Aku pernah juga jumpa beberapa akaun yang palsu yang letak gambar-gambar kawan aku dan buat onar di FB. Ini adalah satu kemungkinan yang kita kena fikirkan.
Kedua, yang hamba Allah ini sebut Nik Aziz yang mana? Betul ke MB kelantan?? Tak jelas di situ sebab jika bawa masuk mahkamah juga pasti peguam akan spin tang tu. Mana tahu buka buku yellow pages tengok banyak pula orang nama Nik Aziz.. pun yang ini perlu difikirkan.
Ketiga, yakin gambar ini tak di superimpose?? Sebab ade je pernah aku terima FB yang di superimpose, dan puak-puak celik IT ni memang pandai buat kerja-kerja espionage macam ni untuk buat character assasination atau cuba nak menimbulkan pergolakan antara dua puak.
Kalau dah sudah kita kaji tiga aspek ini tadi, baru kita boleh buat keputusan.
Jika benar ini adalah satu pemalsuan, tidak wujud nama Mohd Safuan, maka terbukti ini adalah satu kerja jahat yang cuba nak merosakkan nama UMNO, besar-besar tulis orang ni orang UMNO dan gunakan 'orang UMNO' ni buat ancaman bunuh terhadap Nik Aziz. Mereka tahu ini akan menyebabkan orang PAS marah kerana mereka mengganggap Nik Aziz pemimpin besar spiritual mereka. Jangan cuba nak sentuh api, terbakar tangan tu nanti.
Dan jika benar memang orang ini adalah Mohd Safuan Pemuda UMNO sendiri, memang orang ni orang tak tahu guna akal yang sehat dan emosi. Membuat status di laman FB bukan perkara yang bijak atau senang cerita memang la ko ni bangang tak bertahap!! Yang pergi maki-hamun dan ugut bunuh orang dalam FB apasal?? Ko bukan bantu naikkan nama BN tapi bukan rosak dan susah orang je. Kerana perbuatan ko orang lain yang dapat susah. Takkan la tak boleh fikir orang perhati je apa yang ko buat dalam FB?? (lama tak mengutuk orang dalam blog)
Banyak respon daripada pemilik akaun FB yang lain dan dari pemimpin politik dalam hal ini. Ketua Dewan PAS Pusat, Nasarudin Hasan telah membuat laporan polis di BAlai Polis Chow Kit ke atas Mohd Safuan [klik sini]. Dan di FB telah dibentuk group yang mengutuk Mohd Safuan atas kekurang-ajarannya mengugut untuk bunuh Nik Aziz [klik sini]
Yang penting adalah, laman sosial bukan tempat nak main-main, jangan ingat kita boleh tulis sesuka hati di FB. Orang akan perhati dan bila-bila masa akan ambil mana-mana kesempatan untuk mewujudkan isu. Tak payah la nak ugut bunuh orang, nampak muka Mohd Safuan ni macam macho jek, rupa-rupanya emosi tak memasal. Kita perlu matang dan rasional. Tak kira mana-mana puak, jika nak selar mana-mana puak, guna hikmah dan cara yang betul. Bagi la pendapat yang profesional sikit. Guna fact and figures. Barulah orang nampak kredibiliti kita. Jangan la jadi budak hingusan yang reti melolong-lolong je.
Ini adalah satu siren amaran kepada semua, jangan memalukan dan menyusahkan diri sendiri. Sekarang ni sia-sia muka dah terpapar satu Malaysia. Tak ke segan nanti bila anak bini 10 tahun nanti tengok??
JANGAN JADI BODOH!!!
sekian.....
kah.. kah.. kah..
PASrael buat laporan polis...
Polis..??? Kenapa polis..???
PASrael kan ada Unit Anjing Pengesan sendiri. Kasi sendiri selesai laa...
kah.. kah.. kah..
Kasi lawak sikit..
Apa kita akan nampak bila PASrael buat laporan polis pasal N.Ajis "The Kelate Pope" A.K.A "Ulama Terompah" kena ugut bunuh..???
Nampak kelakar la....
Pasai depa kan anti PDRM...
JUSTICE 4 TOK BULU KETIAK...
JUSTICE 4 TEROMPAH JAMBAN...
JUS.. JUS.. JUS MATE 5.....
KAH.. KAH.. KAH..
Satu lagi..
Apa akan jadi bila N.Ajis "The Kelate Pope" masuk gereja pakai "TEROMPAH"..????
Jadi bising laaa.....
ketak.. ketuk.. ketak.. ketuk..
kah.. kah.. kah...
Pas tak perlu report polis sebab pas tak percaya polis.Puak puak pas bolih buat repot kat kerajaan langit kerana polis kerajaan langit lagi cekap siasat bunuh membunuh ni pergi cepat nanti terlambat.
Sebagai seorang HUlamak yang hebat.. Nick Are Zionist tak perlu nak takut mati..
Keluar kan la fatwa baru "Mati dibunuh orang UMNO masuk Jannah" ha ha ha... takut mati jugak rupanya orang tua nie...
INI NAK ALIH PANDANGAN SEBAB DURHAKA PADA SULTAN SELANGOR LA NIH...
Pakcik Nik.. Bertaubat lah.. jangan jadi hamba politik.. tolong lah jangan jual nama agama untuk kepentingan politik pakcik.. Islam itu agama yang suci, bukan parti politik...
sux nik ajis!
NIK AZIZ.....yg mana satu kena ugut bunuh ni?.....nama macam ni ramai kat Malaysia ni....Nik Aziz ni anak siapa...suami siapa, bapak siapa,...asal dari negeri mana,kampung dia kat mane,apa kerja nik aziz ni,muda ke tua nik aziz ni.....banyak lah pulak soal siasatnya....apa2 pun serahkan saja pd polis utk siasat...buat tok guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...jgnlah merasa curiga Nik Aziz ni bukan nama tok guru sorag je ok!!!....
ye x ye jugak...
orang2 pas pis pus nih..perasan je..
dorang ingat nama nik aziz tu...
macam bapaaak.. dia yang punya...
bapak kawan aku pon nama cam tu jugak..
cih..compem memang senang kena main..dorang nih..
takde pon budak ni taip terus kt n.ajis.x pyah nk bikin repot2.aku yakin n.ajis pon dh sedia nk...jgn ada yg nk brsandiwara udah le..
astaghfirullah
kalaupun nak benci dengan dia.. jangan la menggelar-gelarkan pulak
ulama'- jangan dibuat main-main...
Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya Allah ‘Azza waJalla berfirman: “Sesiapa yang memusuhi seseorang wali Aku maka sesungguhnya Aku isytiharkan perang terhadapnya....
hadis qudsi riwayat Al-Bukhari
saya pro nik aziz??
errr..
bukan ape.. saya hanya mampu menurut dada melihat akhlak umat Islam yang semakin menyimpang, menjadikan lidah dan kata-kata satu sumber dosa yang boleh menghumbankan diri dalam kemurkaanNya
berhentilah menggelar-gelar.. memberi nama busuk pada orang yang anda sendiri tidak pernah mahu mengenali peribadinya lebih mendalam..
kalaupun saya tidak mengenali ulama' itu, tapi saya tidak mampu untuk sanggup menghambur kata-kata hina kepada seorang manuisa, yang nilaian bezanya hanyalah TAQWA di sisi ALLAH MAHA KUASA.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, "Punca masuk neraka melalui 2 lubang iaitu mulut dan kemaluan". So, jaga baik-baik. Salah cakap masuk neraka.
sekian....