VVIP BLOG INI

Rambut Gugur : Dilema Memilih Antara Yun Nam Hair Care Dan Shampoo Cap Bawang!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 5/03/2010 06:16:00 am

Salam,

*rAmBUt RoNtOk*

Adalah satu perkataan yang sangat ditakuti oleh lelaki-lelaki hensem dan macho (macam aku) di segenap pelusuk dunia selepas 'muka pecah'. Selalunya ini adalah penyakit pakcik-pakcik 'middle age' yang selalu kerja keras lupa tentang makan minum anak bini di rumah. Setiap pagi bangun awal dan balik lambat. Ketensenan yang melanda telah membuat perubahan secara fisiologis di dalam tubuh badan dan salah satu kesan daripada itu adalah rambut gugur!!

Ada pelbagai jenis rambut gugur yang boleh kita perhatikan:

1. 'Pulau Mutiara' di tengah lautan Hindi
 Kita dapat lihat perambut rontok jenis ini ade kesan rambut gugur di tengah-tengah nya. Cantik berbentuk bulat atau lonjong tidak kira kecil atau besar. Yang lebih parah lagi, bukan hanya Pulau Mutiara sahaja yang terbentuk, mungkin juga ada lagi pulau-pulau lain yang terbentuk. Kita namakan Pulau Daik Bercabang Tiga atau mungkin juga ditemani dengan Pulau Licin Gebu.

2. Rontok Seuniversal!!
Ini kalau kita lihat, orang yang gugur macam ni, rambut yang dulunya lebat hitam berkilau akhirnya nampak kulit-kulit kepala. Hitam bercampur dengan warna coklat-coklat sedikit. HUHUHU.

3. Rontok'U'
Jenis ini pula dapat kita perhati di tepi di bahagian dahi seperti ada satu buldozer yang mengorek bahagian tersebut, jadi nampaklah seluas-luasnya dahi kita (mungkin nampak seperti orang-orang yang ade pelajaran sedikit..Ahakkksss~~)

Rambut aku masuk kategori mana?? Mungkin sedikit nombor 2 dan 3!! Sedih betul rasa hati ini kerana walaupun umur masih muda dan belum lagi pun ade kerjaya dan menerima satu dugaan yang dahsyat ini. Kalau dulu waktu muda muka ni dah macam kawah kena didih, penuh dengan jerawat-jerawat yang tak de pass masuk bertempek di kulit muka. Dah besar sikit ok lah dah tak ada dah jerawat. Ingatkan sengsara dah berlalu, rupa-rupa baru nak bermula!! Haiyaaa~~

Aku mula perjalanan spiritual aku dalam mencari ubat yang berkesan untuk mengubati rambut rontok ku... aku mendengar pelbagai pendapat daripada rakan-rakan ku yang begitu concern dengan rambut ku yang tak kunjung tumbuh. Macam-macam opini dikasi. Dan setelah mendengar daripada banyak pihak, aku dapat dua pilihan yang kawan-kawan aku banyak sebut.










1. Yun Nam Hair Care
Yun Nam Hair Care adalah tempat tumpuan orang-orang yang kehilangan rambut macam aku ni untuk bertandang. Aku tak tahulah apa elixir yang akan dipakai oleh 'witch-witch' di dalam kedai tersebut, tapi ramai yang kata ubat Yun Nam memang mujarab (aku rasa diorang bukan tahu pon, bagi cadangan sebab Yun Nam memang banyak kali masuk iklan kat TV..HUHUHU)





2. Shampoo Cap Bawang
Jangan kan korang, aku sendiri pun tak pernah dengar jenama shampoo ni. Pertama kali aku dengar adalah apabila GF kesayangan aku yang mencadangkan produk shampoo ini kepada aku. Pernah hampir-hampir dia nak belikan shampoo ini sempena anniversary kitorang tapi berjaya aku patahkan hasrat gf aku (malu beb gf belikan shampoo anti gugur kat ko..HAHAHA)

Setelah di google di dalam internet, barulah dapat aku lihat muka sebear shampoo ini. Dengan pek kertasnya warna coklat usang, sekali tengok pasti tak akan ada yang mahu beli. Yang menariknya Jackie Chan adalah duta untuk shampoo itu!!(Jackie Chan rambut macam aku kah??!!)



Setelah aku lihat kedua-dua pilihan ini, tiba masanya untuk aku memilih, aku tak boleh biarkan wabak rontok ini terus menyerang aku!! Aku kena berjuang untuk menyelamatkan rambut-rambut aku yang masih ada!!Aku kena semaikan rambut-rambut yang baru!! Aku tak nak apabila aku berumur 40-an, yang menjadi pilihan aku adalah botak seumur hidup sebab rambut aku tewas dalam peperangan yang panjang itu~~

Kawan-kawan boleh bantu aku tak??Antara dua pilihan tadi, pilihan mana yang lebih bagus??!!




YUN NAM ATAU BAWANG??!!!




sekian......








Comments (4)

toksah pening2 pasal rambut..
zaman sekarang..botak lagi cun beb..

tanam bawang secara komersial lagi bagusssss

kalau ko ada 10k dlm tgn br ko p yun nam..kalau x,xyah la..dorang akan paksa ko amik py la pakej yg mahal...w'pun yun nam ada pakej yg mrah sikit (1000++) tp dorang x janji yg rambut ko boleh tumbuh tau...ni pengalaman aku ar...
tp apapun aku nasihatkan ko masuk website ni http://eforum6.cari.com.my/viewthread.php?tid=474258 ko akan paham maksud aku..

br balik dr yum nam..
i dan tunang i g yun nam sbb dpt voucher..
mmg mahal.. tapi diorg sendiri tak janji kesan dia..
so baik u try si bawang.. exceli i pun beli bawang tuk tunang i ag..
tapi tp if tak berkesan gak..i cakap dgn tunang i, i tak ksh la dia botak or tak janji dia syg i...