VVIP BLOG INI

Polis Sudah Tangkap Mohd Safuan Hilmi??!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in , | Posted on 5/04/2010 08:35:00 am

Salam,





KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman web sosial, Facebook.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata lelaki yang berumur dalam lingkungan 20an itu diberkas sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

"Sepasukan polis menahan suspek itu di satu kawasan di Butterworth kira-kira pukul 9 malam berhubung kes penyiaran ugutan bunuh terhadap Nik (Abdul) Aziz," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Beliau berkata bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman sosial itu dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit.

Sabtu lepas Dewan Pemuda PAS membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman web sosial milik seorang lelaki terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas itu.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At-Tantawi di Balai Polis Chow Kit selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook.

Dalam laman webnya lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh 'Nik Aziz'.

Zulkarnain berkata bagaimanapun polis belum dapat mengenal pasti sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman itu dan individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh berkenaan.

"Kami sedang mendapatkan tempoh reman terhadap suspek bagi menjalankan siasatan lanjut sebelum dia dibawa ke sini (IPD Dang Wangi) untuk disoal-siasat," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

-- BERNAMA


TANGKAP!!TANGKAP!!!



sekian....






Comments (1)

Apasal Si Nizar haramjadah dari Perak tu tak ditangkap lagi buat fitnah menghasut gila babi punya!! Ini tidak adil!!!!!